Nota : Wa masih ternanti nanti apa kesudahan drama saman menyaman antara Zahida, Shafie, Ex driver, Zuraida yang macam cerita bajet rendah yang sangat anti klimaks. Refer entri wa yang lepas - Apa Kesudahan Dengan Cerita Ni ?.
Buat sementara menunggu ending yang entah ada ntahkan tidak tu, moh kita layan plak pendedahan terbaru yang datang dari laman Sabahkini berkaitan dengan menteri kaki bedal ni .. lets cekidaut ..
===//===
Saudara Pengarang,
TIDAK siapa menduga dengan gaji kecil dan berjawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pemuda MCA Sabah, Wilfred Yong Chen Leong, mampu hidup mewah ketika majoriti Ahli Parlimen Malaysia masih berada dalam lingkungan YB PPRT!
Tetapi itulah hakikatnya yang terpaksa diakui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan menjalankan siasatan sekalipun beberapa laporan rasmi telah dibuat terhadap Wilfred Yong; termasuk enggan mengarahkan 'Macai Shafie' ini membuat pengisytiharan harta.
Wilfred Yong @ Wilfred Bin Apdal bolehlah dianggap sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) dan Pengawal Kewaangan bagi syarikat Golden KKLW Berhad (111111-A) iaitu syarikat hanya wujud dalam kepala Shafie dan Wilfred; tetapi belum didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak perlu menggunakan kanta pembesar Sherlock Holmes atau menggunakan khidmat James Bond untuk menyiasat kes kemewahan, penggubahan wang haram dan pelarian cukai oleh Wilfred Yong dan mungkin juga menjadi proksi menterinya.
Sebagai Setiausaha Politik; tidak mungkin Wilfred mampu memiliki dan memandu Ferrari (kereta baru); Maseratis, Porche Panamera yang kesemuanya bernilai RM5 juta. Kekayaan luar biasa Wilfred Yong ini tidak termasuk dua unit Apartment Mewah berdekatan KLCC yang bernilai lebih RM10 juta.
Saya tidak terkejut jika laporan Sabahkini.net sebelum ini bahawa Shafie Apdal telah melantik 'isteri kedua'nya Zahida Mohd Rafik untuk menyimpan semua hartanya di luar negara termasuk rumah mewah di London yang bernilai RM10 juta dan wang tunai RM3 billion di Swiss Bank.
Namun tidak mungkin hartanya juga disimpan oleh Setiausaha Politiknya, Wilfred Yong; terutama kereta mewah, rumah dan wang tunai kerana Wilfred Yong mendakwa semua itu hasil kerja kerasnya selama ini.
Memang diakui ramai termasuk juga Pegawai Penyiasat SPRM bahawa kebanyakan projek khas dan mewah KKLW dilaksanakan oleh salah seorang lagi 'Macai Shafie' yang jarang muncul di khalayak ramai iaitu Winston Garet Majaham (Emas Ramai Sdn.Bhd) yang menyimpan dana politiknya; tidak termasuk Presiden KDM Malaysia (Agen GESTAPO Shafie) Datuk Peter Anthony (Asli Jati Engineering Sdn.Bhd) yang mendapat kebanyakan kontrak runding terus atau terhad KKLW.
Nota : Sila baca entri berkenaan Peter Anthony di Sabahkini & Projek Gajah Putih Vs Projek Kering Hati
Ketiga-tiga mereka ini, Wilfred Yong, Winston Majaham dan Peter Anthony adalah 'Menteri' dalam Kabinet Bayangan Shafie di KKLW. Isu ini bukan menjadi rahsia lagi di kalangan kontraktor di KKLW.
Mengikut modus operandi yang dikesan selama ini, setelah kontraktor dipilih (tender tertutup atau terhad), Shafie akan mengarahkan proksi atau bill collectornya memungut antara 20 hingga 60 peratus daripada nilai projek Top-Up.
Beberapa bill collector yang telah dikenalpasti ialah Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, Hamid Apdal, Marzuki Nasir (anak Nasir Tun Sakaran) Datuk Christopher Chiew, Azis Jamman, Alfred Chan, Datuk Chin Su Phin, Datuk Peter Anthony, Datuk John Ambrose, Yusof Said, Wilfred Yong dan sebagainya.
Sehubungan itu, saya mencadangkan agar SPRM dibubarkan sahaja jika tidak mampu menjalankan siasatan dan mendakwa Wilfred Yong dan bossnya, Shafie Apdal yang telah disahkan oleh SPRM mendapat sejumlah wang daripada projek 'Top-Up' Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi.
Salam Hormat,
C.K.ABDULLAH
Sabahkini.
sang bedal yang suka bedal...dia bedal semuanya...ini mcm punya org lagi mau simpan ka ????
ReplyDeletesang bebal yg tidak lagi afdal...kahkahkah.
ReplyDeleteSebagai seorang rakyat negara Malaysia ni, seram sejuk bila baca berita mcm ni. apa akan jadi pada negara ni kalau masih di jajah oleh BN. Tu pun ada perwakilan yg masih dapat ditipu oleh mereka di PWTC sehingga menangis bila didendangkan lagu Anak Kecil Bermain Api. Bukan anak kecil tapi UMNO dan Pemimptn UMNO selalu main api dan bakar Negara ni. Aku doakan semoga Api tu sambar UMNO lepas ni, biar jadi ABU........Insyallah
ReplyDelete