Saturday, April 21, 2012

Eiii Bersihnya Daftar SPR ...



Satu Pembodohan Secara Terang Terangan Oleh SPR

Tiada negara lain yang lebih bersih dari Malaysia dan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Dunia mana ? Dunia Jam 10 ? 

Pertama : Kenyataan ini merupakan kata kata yang sangat bongkak dan penuh mimpi. Moh kita buat perbandingan dengan negara negara UK

In United Kingdom, a so-called annual canvass form is sent to every house. If ever there is a failure of completion of the form, or if there is a presentation of wrong information in the annual canvass form, a fine of a thousand pounds will be taken. However, because of the Representation Act of the People 2000, the revised version of the electoral roll is published every first of December annually. However, those names that are not included in the electoral roll still have a chance to be registered, since the register can be updated each month, provided that the dates are from January to September. In Australia, however, the list is compiled by the Australian Electoral Commission and enrolling in electoral rolls is compulsory for anyone who is eligible to vote. Local authorities are the ones responsible for obtaining the list of registered voters in Ireland. A draft register is being published every November after house to house inquiries have been done. 

Terjemahan bebas dari wa ..

Di UK, borang yang dipanggil Annual Canvass diedarkan ke setiap rumah. Jika terdapat sebarang kegagalan dalam melengkapkan borang, atau sebarang perlakuan memberi maklumat yang salah didalam borang Annual Canvass, denda sebanyak 1000 pound akan dikenakan. Bagaimanapun, disebabkan oleh Akta Representation Act Of The People 2000, senarai yang telah di semak akan di terbitkan setiap 1 Disember secara tahunan. Namun, jika terdapat nama yang tidak disenaraikan dalam daftar pemilih ianya masih boleh didaftarkan, memandangkan pendaftaran boleh dikemaskini setiap bulan dan berlangsung dari Januari sehingga September.

Di Australia pula bagaimanapun, senarai tersebut dikumpulkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Autralia dan pendaftaran untuk daftar pilihanraya adalah diwajibkan  keatas semua yang telah layak untuk mengundi.

Pihak Berkuasa Tempatan pula adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk senarai pengundi berdaftar di Ireland. Satu draf daftar pengundi akan diterbitkan setiap bulan November setelah satu kajiselidik dijalankan dari rumah ke rumah. 

==========================

Untuk meringkaskan entri, pada yang berminat boleh melanjutkan pembacaan kat link yang wa sertakan dibawah. Dekat situ luorang akan dapati betapa bezanya sistem yang diowang pakai berbanding dengan sistem yang terdapat kat Malaysia walopon kita sebumbung dibawah Commonwealth. (Di link UK Electoral juga luorang boleh dapat info tentang Ireland Utara, Scotland dan Wales).


Kedua : Apa asas perbandingan yang dibuat oleh TSAAMY dalam memperkatakan intergriti daftar pengundi SPR dengan negara lain ? Berapa banyak negara yang dijadikan panduan ? Apakah negara negara tersebut ? Zimbabwe ? Angola ? Burkina Faso ? Wa petik kata kata Mat Sabu masa ceramah ringkas countdown to Bersih 3.0 baru baru ni .. buat cerita bagi perabih .. jangan separuh jalan .. kah kah kah kah


Ketiga : Ok kita berbalik pada 'bersih'nya senarai pengundi yang ada kat Malaysia. TSAAMY sendiri pon pernah mengaku beberapa hari yg lalu bahawa daftar tersebut mengandungi lebih 40, 000 nama yang tidak dapat dipastikan samada mereka wujud atau sekadar pocong jadian. Rujuk - Memang Sah SPR Bangang~!! 

Dan ADUN Pandamaran, Ronnie Liu berkata, hampir separuh daripada pengundi baru didaftarkan oleh individu tidak dikenali di kawasan itu. Rujuk - Hantu Makin Banyak Kat Selangor

Kemudian, cemana boleh terdapat pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk. ‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru. Rujuk - Balai Polis Kerinchi

Seterusnya, wujud pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara. Rujuk - Formula Terengganu

Nota : Sekadar menyebutkan beberapa contoh

Keempat : Pindaan “terburu-buru” Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menyaksikan Parlimen bersidang hingga ke jam 3.22 pagi dalam usaha untuk meluluskan 8 pindaan yang bakal memberi keuntungan kepada kerajaan. Rujuk - Cenangau Daun Kari

Last But Not Least : TSAAMY dengan berlagaknya berkata yang tidak akan mengubah senarai yang sedia ada .. perghhh ... dah macam authoritarian. Jumud sekaligus angkuh tapi bodoh. Adakah Daftar Pemilih tu memang dipatternkan sebagai suci dan bebas dari sebarang kecacatan ?

Secara keseluruhannya, kenyataan ini cuma senada je ngan Mat Monggol dan Mat Sembab apabila mengatakan Sistem Pembelajaran kita adalah yang terbaik di dunia. Menempel pada dunia tapi dunia menempelak kita .. sampai bila kita nak nengok je lakonan badut kelas ketiga ni ? ..adoih .. bosannnnnn

Jawapannya .. Moh beramai ramai kita tunjukkan yang kita tak rela jadi soh chai pada badut badut ini dengan turun ke dataran merdeka pada 28/4/2012 .. yieehaaa


Bicara Pak Samad : Tunku Abdul Rahman Cuma Penyambut Kemerdekaan Dan Bukan Pejuang

Nota : Entri bertarikh 15 Sep 2011 dari Merdeka Review. Wa re-publish kerana bicara Pak Samad bukan sekadar ocehan dan omelan kosong. Bicara beliau bicara berisi, mempunyai substansi, diiringi fakta, khas kedudukannya sebagai sasterawan terulung negara. 

Entri ini akan kekal relevan selagimana Pekembar atau nama dayusnya umno, terus mendabik dada bahawa merekalah pejuang kemerdekaan negara dan penyelamat kepada kelangsungan bangsa.

========================

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam (15 Sep 2011 - Karmic).  Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.  Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa

"British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British.  Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," 

simpulnya di akhir ucapan beliau.  Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan.  Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya.  Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja.  Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan.  Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu.  Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Sumber - Merdeka Review

Wahai Mufti Pahang, Dato' Cerita Apa Ni ??

Sumber : Malaysiakini

Mufti ni samada beliau memang play safe atau pon mungkin dia tidak berapa peka tentang perkembangan isu semasa lantaran kurang sumber maklumat.

Maklum, dalam apa keadaan pon, hutang tetap kena bayar. Even pada era Rasulullah S.A.W, ada satu kisah masyhur bilamana beliau ketika itu berhutang dengan seorang dari kaum yahudi dimana orang yahudi tersebut meminta bayaran hutang dari Rasulullah SAW dengan cara biadap sehingga mendatangkan kemarahan pada Umar Al Khattab yang ketika itu ada bersama. Walaupun methode yang digunakan oleh yahudi itu dalam meminta hutang tidak wajar, namun apa kata Rasulullah SAW ?

"Wahai Umar, saya dan dia,mempunyai urusan yang lebih layak.Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya saya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut".

Malah, Rasulullah SAW pula meminta Umar untuk membayar sebanyak 20 gantang gandum kepada yahudi tersebut sebagai balasan kerana Umar telah telah berlaku kasar. 

Wa tak berniat untuk menyentuh lebih dalam tentang hal kewajiban untuk membayar hutang tapi luorang boleh refer pada topik Perihal Hutang dan Hutang Galak Kekufuran terus dari sumber.

So, memang terang dan jelas perkara berkenaan hutang seperti yang dimaksudkan secara verbal oleh tok Mufti Pahang dalam isu ni.. takde dakwa dakwi .. takde pertikaian.

Tapi masalahnya wahai Tok Mufti, soal PTPTN yang dibangkitkan oleh mahasiswa baru baru ni, BUKAN SOAL TAK NAK BAYAR HUTANG !!! .

Terang macam matahari tegak pukul 12 tengahari yang permasalahannya adalah untuk menghapuskan rantai PTPTN yang membelenggu mahasiswa. Hutang hutang yang dibebankan kepada mereka dicadangkan akan diambil alih oleh kerajaan dengan mengambilkira kesesuaian yang diperlukan dalam satu satu masa sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada dalam usaha bailout syarikat syarikat mega (kroni) untuk menyelamatkannya dari jahanam. 

Rujuk : 
Penghapusan hutang Tajuddin Ramli secara pukal (rujuk lampiran kat bawah)




Wahai Tok Mufti, isunya jauh dari tajuk enggan membayar hutang. Tapi lebih menjurus kepada pengurusan yang mempunyai tingkat akauntabiliti yang cemerlang dan dapat pula membantu pelajar pelajar ini untuk melunaskan hutang hutang terbabit.

Sebagai orang yang mempunyai ranking tertinggi dalam urusan agama, sudah pasti Tok Mufti sendiri tahu yang para pelajar ini (khas yang beragama Islam) adalah mereka mereka yang tergolong dalam asnaf Fisabilillah dalam menuntut ilmu dan layak sekiranya dianugerahkan 1/8 dari kutipan zakat kepada golongan ini.. tapi itu cerita lain.

Setelah dari pelupusan tersebut, peringkat seterusnya, mungkin ada pelajar yang layak diberikan biasiswa terutamanya mereka yang mempunyai kecemerlangan akademik dan datang dari keluarga yang kurang kemampuan, sementara selain dari itu pula dicadangkan untuk diberikan pinjaman tanpa faedah dan mesra peminjam. Itu yang jelas.

Harap Tok Mufti tidak terseret dalam kancah retorik yang cuba dibina oleh pihak pihak yang jaki dengan permintaan mahasiswa. Cukuplah dengan segala kebejatan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dan itu yang seharusnya ditegur oleh Tok Mufti. Jangan biarkan persepsi buruk keatas jabatan mufti tercipta hanya kerana untuk menjaga hati sebelah pihak .. itu yang wa sangat sangat harapkan.

Friday, April 20, 2012

Penentangan Bermula : DBKL Tolak Permohonan Bersih 3.0



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengizinkan BERSIH menggunakan Dataran Merdeka untuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil yang dianjurkan mereka pada 28 April ini.

Jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, perkara itu dimaklumkan melalui surat kira-kira jam 11 pagi ini.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, BERSIH turut membacakan kandungan surat itu kepada pemberita yang memberikan alasan Dataran Merdeka hanya boleh digunakan untuk acara "peringkat nasional" seperti sambutan Hari Kebangsaan dan hari Wilayah Persekutuan.

Menurut pengerusi bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan, pihaknya mengutus surat kepada DBKL dan polis pada pagi Isnin.

DBKL sebelum ini menafikan menerima sebarang permohonan daripada gabungan NGO itu berhubung bantahan "duduk bantah" mereka. - Sumber - MalaysiaKini

=================================

Bangsat betul alasan yang dikeluarkan DBKL. Nampak sangat ianya tindakan saat akhir bila satu masa DBKL nafi dah terima permohonan, tetiba pagi ni diowang keluarkan surat tolak. Apakah permintaan untuk pilihanraya yang bersih bukan acara peringkat nasional ? Orang orang DBKL mengundi kat mana ? Yang pastinya bukan kat Zimbabwe ..


  • Apakah perhimpunan kereta merupakan satu acara peringkat kebangsaan ?
  • Adakah perhimpunan motor merupakan satu acara peringkat kebangsaan ?
  • Apakah Karnival Jom Heboh yang difatwakan haram tu satu acara nasional ??
  • Adakah Karnival Iktiraf tu dapat pengiktirafan nasional dari DBKL ?
  • Cemana lak konsert konsert yang berlambak secara tahunan kat Dataran Merdeka ? Peringkat Nasional gak ke ?

Ini semua wayang, DBKL tak ada alasan sebenarnya untuk tolak permohonan Bersih 3.0. Jangan lupa, Di Kuala Lumpur hanya satu kerusi (Setiawangsa) yang dimenangi oleh BN. Selebihnya milik Pakatan Rakyat dan sudah sepatutnya DBKL lebih patuh kepada majoriti. 

Ahhh .. cerita banyak takde ... tolak atau tidak ... Bersih 3.0 tetap akan berhimpun .. yiehaaa~!!


TERKINI : Najib Dan Zahid Hamidi Bakal Di Panggil Oleh Mahkamah Perancis ??



NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam berjaya dalam hujahnya di depan hakim Roger Le Loire di tribunal Grande Instance Paris supaya kenyataan saksinya diterima.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia pada 2002.

Pengarah Suaram Kua Kia Soon, anggota sekretariat Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri berhujah di hadapan hakim dalam sesi tiga jam di Perancis yang berakhir pada jam 6 petang (waktu Perancis).

Peguam Perancis William Bourdon and Joseph Breham bertindak bagi pihak Suaram.

Ketika dihubungi, Gabriel berkata, pasukan meeka berjaya membentangkan kepada hakim Le Loire - satu daripada dua hakim siasatan dalam kes itu - yang menerima kenyataan mereka berhubung kenapa inkuiri mesti dibuat terdapat dakwaan sogokan itu.

Katanya, hakim menerima cadangan senarai saksi berpotensi yang dikemukakan Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Gabriel berkata, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kami beritahu mereka, kami failkan kes ini kerana Parlimen Malaysia gagal memberikan jawatan yang kami mahu berhubung pembelian kapal selam," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

"Kami juga menyebut bahawa kami tidak dapat mencari jawapan berhubung pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibu dan kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) untuk menyiasat aduan kami," tegasnya.

Sumber : Mkini

==============================



Najib sila demam sekarang 
Perbicaraan kali ni bukan dalam Malaysia
Tapi kat Perancis yang beribu batu jauhnya
Kes nak dibicara, kes scorpene bukan altantuya
Ini hal akauntabiliti, bukan cinta antara benua
kah kah kah kah

Najib sila demam sekarang
Kat sana jangan cuba cuba nak lebong
Jawapan kena kukuh, bukan pakai tin kosong
Faham soalan, jangan lah nanti luorang lopong
So, boleh le start minta nasihat dari prof kangkung
kah kah kah kah 

Najib & Zahid sila demam sekarang ... jangan demam masa perbicaraan .. kah kah kah kah

Bersih 3.0 - Lagu Tema Mentari Kuning Menyala lah Beserta Lirik





Sebuah lagu yang dituliskan khas untuk BERSIH 3.0 yang bakal berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April 2012.

Wa tengok banyak yang berminat nak tau lirik lagu ni, so wa dengan selambanya sekodeng laman blog owner/pencipta dia sendiri dan secara gerakan silang telah mengepost lirik tersebut kat sini.


Mentari Kuning Menyalalah


Matahari diangkasa,
Teruslah kau menyala,
Limpahi bumi Malaysia,
Cahaya keadilan,




Dengan jiwa yang terang,
Kami bangkit menuntut,
Pilihan raya wibawa,
Hak setiap warga,




C/o:




Kita laungkan BERSIH,
Belantan perisai baja,
Siapakah akan gentar?
Bila tuhan bersama kita,




Dari kota dan desa,
Kami duduk dan bantah,
Demi bonda tercinta,
KUNINGlah seluruh kota.

by Amin Iskandar

Thursday, April 19, 2012

Bersih 3.0 - Kasi Warm Up Dulu




Lagu ni bukan lagu Bersih 3.0. Hat lagu tu luorang boleh dengar terus kat You Tube. Entry ni Pre-3.0 - nak ajak luorang semua yang rasa rasa nak terbabit untuk warm up sebelum 28/4. 

So sebelum turun, pastikan luorang cukup cergas, cukup rehat dan cukup stamina sebagai persediaan kalo ada apa apa perkara yang tak di ingini berlaku - memang le duduk dan bantah tapi wa bimbang kalo tak sempat nak sampai kat tempat duduk tu, atau pon lepas duduk kejap dah kena berdiri & berlari plak ..well, harap harap ok je sepanjang perhimpunan.. tapi ye lah .. jangan pernah meminta sisik pada limbat .. always prepared for the worst case scenario .. eicewah.




Yeah .. berita yang baru diterima ..

Gangster murahan upahan UMNO yang melakukan keganasan di Dataran Merdeka awal pagi tadi, Muhamad Razali a.k.a Bob sudah kena cekup oleh pihak polis....kini beliau ditahan dibawah Sek 117 Kanun Acara Jenayah selama 6 hari untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan dibawah jenayah merusuh Sek 147 Kanun Keseksaan.....ahhh .. ada wa kesah ??

aksi kontrol bebal tahap bedebah

Mamat ni dah terlebih plak di highlight kat banyak blog ngan fb status update.. tetiba plak jadi public figure ngalahkan baru menang trofi juara karaoke,  wa harap dia dapat layanan yang sama macam OKT yang lain kat dalam lokap nun .. jangan ada dabel stended dari pihak polis .. errrr .. apa apa je laa

So, balik pada entri, pada bakal bakal peserta Bersih 3.0, bawak bawak jaga kesihatan, jangan plak ada yang bagi alasan sakit perut pasal terlebih makan sambal belacan malam sebelumnya .. bakal kena kutuk 7 bakul kalo buat alasan retorik cenggitu ... kah kah kah kah

Dah Takde Idea Lain Ke ?



Satu acara sukan bakal diperkenalkan tak lama lagi. Sukan ini berlainan dari segala jenis sukan yang pernah kita lihat dalam televisyen atau akhbar. Malah sukan ini bakal mengubah persepsi masyarakat sehingga mungkin setiap pesertanya akan mendapat kalungan bunga, peserta nya mungkin akan direbut oleh pakcik pakcik penduduk flat atau ppr yang merata sekitar lembah klang ni untuk dijadikan menantu, apatah lagi sukan ini telah mendapatkan restu yang tak berbelah bagi dari pihak kementerian dalam negeri- KDN.

Maka berbangga lah mak bapak di kampung. Berbangga la aweks aweks dan minah minah embun, berbanggalah si jongos jongos yang selama ini selalu diperkecil kecilkan bakat dan kemampuan mereka, betapa selama ini mereka sering dilabel, dimaki, dicela, diperendah rendahkan, yeah mereka memang layak untuk kontrol ensem sebab bidang yang mereka ceburi telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya apatahlagi dari KDN yang kita tahu sangat prihatin dengan keselamatan negara ... kah kah kah kah 

===============================

Pertubuhan Rempit Bersatu Dilancarkan

Kuala Lumpur : Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United yang dianggotai 200,000 (hmang aih) ahli kelab dan persatuan permotoran tempatan berusaha untuk membantu golongan muda bermasalah menyertai aktiviti rempit sebagai satu sukan rekreasi sekaligus mengubah persepsi sinis masyarakat terhadap mereka.

Presidennya, Wazi Abdul Hamid berkata, RU yang mendapat kerjasama dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermatlamat menyemai semula nilai positif pada anak muda untuk menjauhkan Mat Rempit dari aktiviti tidak sihat termasuk jenayah.

"Justeru, menerusi RU kami menggunakan pendekatan rakan dan berusaha menjadi pendengar kepada mereka untuk meluahkan masalah seterusnya membantu mencari penyelesaian. Antara tindakan dilakukan termasuk mendapatkan pekerjaan dan sebagai perantara menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan."

"Melalui program ini juga, kami menyediakan landasan betul untuk remaja membabitkan diri dengan aktiviti rekreasi lebih produktif dan kami akan melobi kerajaan bagi membina kemudahan trek dan fasiliti untuk aktiviti rempit"

Sumber : HMetro

=================================

Wa cuba untuk bersangka baik terhadap hasrat dan tujuan penubuhan Rempit Bersatu ni walopon susah nak masuk dengan matlamatnya. Bagi wa sebenarnya banyak lagi saluran yang boleh di channel kan untuk anak muda supaya lebih berinteraktif dalam masyarakat.  Bukan dengan merempit walopon statusnya di'halal'kan dengan dijenamakan sebagai sukan rekreasi. Mungkin niatnya baik, tapi kemudaratannya lebih banyak.

Nota : Kalo lepas ni kita terdengar bingit motor tengah merempit kat kawasan kita, jangan runsing, sebab mereka itu baru balik dari bersukan ... kah kah kah kah

Sedih . Punah ranah mentaliti orang orang dinegaraku. Jangan sampai nanti tak tahu nak bezakan antara mat rempit ngan spesis kat bawah ni ....


Oret, Lets Rock N Roll Baybeh .. kah kah kah

TERKINI : Sekumpulan Lembu Naik Minyak Kat Dataran - Update



  • Dilaporkan ramai yang tercedar dalam serangan sekitar jam 3 pagi tadi
  • Khemah dimusnahkan
  • Peralatan merakam seperti kamera dan video turut dipecahkan
  • Polis hanya memerhati tanpa berbuat apa apa
Edit : 17.00

Pihak polis telahpun memulakan siasatan terhadap insiden serangan pelajar di Dataran Merdeka di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan). 

Orang ramai yang melihat dan mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis yang berhampiran bagi membantu pihak polis mengenal pasti mereka yang terlibat.

*Video asal (40 mob) telah dipadamkan dengan alasan melanggar terma youtube.

Isu Serangan : Kenyataan Terbuka SAMM - Amno Dicabar Jangan Bacul



Kenyataan Terbuka
19 April 2012

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka.

Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan.

Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu.

Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.

Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.

Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.

Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.

SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.

Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yangs emakin hilang rasional mereka.

SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs ama , Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya.

Sekian.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Lembu Lembu Yang Terpinggir Kini Bergabung ...kah kah kah


Awas : Luorang kalo ada rasa rasa perut tengah penuh, baik jangan klik 'play' video kat atas .. sebab wa tak jamin kalo isi perut luorang bergelodak nak keluar dengan kadar serta merta.. 

Kaum kat dalam video ni adalah lambang lambang makhluk yang mempunyai terlalu banyak masa lapang sampai kepala hotak diowang blank dan dikhuatiri hanya dipenuhi angin. 

Kaum ini juga dipercayai hampir pupus dan kini hanya bergantung nasib pada nilai salakan yang mereka miliki walopon mereka sebenarnya mungkin sedar yang lembu mana mungkin boleh menyalak ... kah kah kah kah

Kaum ini akhirnya menyerahkan untung nasib mereka pada spesis yang  juga mempunyai pertalian jarak jauh, iaitu kodok pasir mas yang baru baru ini cuba menonjolkan kebodohan kelas pertama dengan mencuit hal ehwal dalaman negara todak.

Dengan tak malunya, ketua macai dari kaum ini teringin untuk menyandang gelaran 'Muryidul Am' dimana wa dengan amat yakin tanpa perisa tiruan, bahawa beliau langsung tidak memahami makna gelaran itu. Ini adalah  kerana beliau hanya layak menjadi 'Buruh Am' dalam kriteria pencacai.. kah kah kah kah

Dengan tanpa harga diri juga, ketua macai ini mengaku tak berani berdepan dengan DSAI sebab takut kena tibai ..dan tanpa ragu ragu juga wa rasakan inilah lawak yang paling shilake dalam abad ni ..

Selebihnya .. luorang tambah sendiri .. wa dah sakit perut .. apalah malang puak puak ni .. tibai + perkosa = monyet jadian .. kah kah kah kah kah

Wednesday, April 18, 2012

Berita Perkasa : Berita Tahap Sampah

gambar cilok dari blog amk shah alam



Wa tak dapat menghentikan kepala dari menggeleng ke kiri dan kanan bila baca hal hal berkaitan NGO yang bernama Perkasa ni. Bukan sengaja, terjadi secara automatik. Tak kira apa pon isunya, apa yang keluar dari mulut diowang samada dari pucuk sampai le ke pangkal, semua nya ternyata ayat ayat sampah belaka. Takde langsung yang boleh mencabar minda dan menaikkan nilai intelektual. Dinilai dari sudut individu plak, bila melihat ke wajah masing masing, ternampak le daya aura kebodohannya tapi bila diowang mula buka mulut .. laaa .. ternyata memang bodoh sungguh... kah kah kah kah kah

Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman hari ini berkata 

"Pembangkang menghina raja raja melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara. Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja"

Sampai entri ni ditulis, takde pon bukti bukti sahih yang nak mengaitkan perbuatan ahli ahli Pakatan Rakyat menghina Raja Raja Melayu. Celah mana ? Sekadar hearsay dari satu post yang takde standing ground langsung. Dan yang lebih bodohnya sampai terfikir 'merasakan kemungkinan' Pakatan Rakyat akan menukarkan Malaysia kepada negara republik. Wa percaya, Mr Bean pon tak terfikir nak buat lawak gini. 

Kepada mereka mereka yang rasa bersetuju dengan puak ni, wa nak bagitau, Raja kita memang telah terjamin kedudukannya dalam perlembagaan. Perlembagaan kita Raja Berparlimen. Cemana satu puak yang begitu bersungguh sungguh mempertahankan sistem Lord Reid boleh terlupa nak membaca cara perlembagaan a la British ni ? Di UK, walaupun pihak Istana di bahan kiri dan kanan oleh media, takde satu pon yang mencanangkan idea republik, A queen will remain a queen, malah mereka sendiri yang memasyhurkan Putera William sebagai bakal pengganti takhta Britain. Eh .. terlebih sudah .. wa rasa pemikiran puak ni tak sampai ketahap tu kot.. kah kah kah kah

Lagi satu, dah terang lagi bersuluh yang puak BN wa 'rasakan kemungkinannya' ingin menukarkan negara kepada republik. Siapa yang mengurangkan kuasa kuasa Raja Melayu ? UMNO .. righhtttt ..? siapa yang mencalarkan imej Raja Melayu ? .. UMNO .. righttttttt ???? siapa yang sampai nak tukar Raja Kelantan ? UMNO jugakk ... righttttt ??? ahh senang cerita rujuk entri wa yang lepas -> Sumpah melayu : Sumpah Yang Layu . 

Katanya puak ni nak jemput Hasan Akidah & Zul Kulim dalam perhimpunan yang akan diadakan sehari selepas Bersih 3.0 .. eh .. silakan lahh .. moga moga dapat kumpul 1 juta orang yang bakal bersetuju dengan perjuangan Perkasa, Jati Jalur Tiga dan Zul Bisul ... kah kah kah 

Katak katak yang dipercayai mati terkejut mendengar ucapan Timbalan Presiden Perkasa .. kah kah kah

Tuesday, April 17, 2012

Memang Sah SPR Bangang ~!!



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menegaskan daftar pemilih adalah bersih tanpa wujud sebarang pertindihan nama mereka yang meninggal dunia atau warga asing.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meminta mana-mana pihak supaya tidak terus memperbesarkan isu kononnya daftar pemilih itu 'kotor' demi kepentingan politik mereka.

Katanya, berdasarkan senarai daftar pemilih berjumlah 12.6 juta yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 25 Januari lalu, hanya 41,750 pengundi atau 0.3 peratus daripada jumlah pengundi dikategorikan sebagai pengundi meragukan iaitu sama ada mereka wujud atau sebaliknya. 

Sumber : Berita Hairan

========================

Kebelakangan ni, makin ramai badut yang berlumba lumba untuk menunjukkan siapa yang paling bangang diantara sesama mereka dalam usaha untuk menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Dr. M tidak perlu dipertikaikan -> Orang bodoh je yang tak sokong Pakatan Rakyat.

Contohnya macam manusia kat atas .. paragraf pertama dia kata daftar pemilih didapati bersih, suci dan boleh digunakan tanpa was was.

Paragraf kedua dia kata, terma daftar pemilih 'kotor' hanya diperbesarkan oleh pihak yang berkepentingan politik .. ye la sangat ..

Alih alih paragraf ketiga, dia ter'cakap' plak kategori yang diragui dalam daftar pemilih cuma 41, 750 orang 'je'. Ceh, lidah biawak betul ..

Jumlah 41 ribu tu boleh pakai kata 'hanya' je ke ? Hmang aih, kat mana dia menuntut ni ? Kalo 50 atau 100 tu kira logik la jugak. Weyh .. kawasan parlimen yang majoriti undi bawah 3,000 ada berlambak. Kerusi DUN plak toksah cerita le, yang majoriti bawah 500 pon ada. Dengan 41 ribu 'je' nama yang diragui, dengan senyum la gerombolan boleh sapu ikut mana yang dan. Shilake betul la SPR.

Menurut lanjutan dari komen mamat ni dalam sumber yang sama, setakat ni hanya sejumlah 782 nama (481 wujud, 301 meninggal dunia) yang berjaya disetelkan .. 782 dari 41,750 ? .. Bermakna masih ada baki 40, 968 lagi penama yang tinggal untuk di'bersih'kan sementara nak menunggu PRU13.. perghh, berapa bulan je lagi ni ?

Ah .. cerita banyak takde, SPR memang kotor dan dianggotai oleh orang yang pengotor. Bukan sekadar Daftar Pemilih, tapi pihak SPR juga wajib di 'BERSIH' kan !!!

Nota : wa cuma buat ulasan berdasarkan rujukan kat atas, walaupun dengan sedar, amat ragu dengan jumlah yang tercatat. Apakan daya .. wa tak cukup masa nak kejar Joe Jambul .. kah kah kah kah

Kenyataan Bodoh Dari Ibrahim Ali



Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.

"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini. - Sumber

================//=================

Ini adalah antara kenyataan yang paling dangkal yang wa pernah nampak. Nak kata bangang, sudah tentu .. nak kata cerdik .. huh .. jauh sekali. Kalo Singapura jentik sikit pasal Malaysia, puak puak ni laa yang akan terloncat loncat macam kambing termakan semut. Masa tu la semangat nasionalis akan membuak buak macam nak terkeluar ikut telinga. Lepas tu akan terbit laa memacam sepanduk yang mengutuk dan mengeji Singapura agar jangan masuk campur urusan negara tetangga.

Manusia jenis tak sedar diri. Kalau tak suka orang buat kat diri sendiri so jangan le buat ke orang lain. Ni sampai cabar dalam Parlimen then terbit plak dalam akhbar. Macam le orang Singapura tu tak tau nak baca bahasa melayu. Kalo lu nak orang hormat lu, lu pon kena hormat orang bhai ... 

Persoalannya, apa kena mengena Singapura dengan hal pentadbiran dalam negara ? Main bangsat ke ? Hal dalam kelambu apasal nak diseret jiran sebelah ? akal letak mana weyh .. ? Kalo Singapura nak amalkan polisi kominih sekali pun, apa kena mengena ngan negara kita ni? 

Awas : Menatang ni akan bermaharajalela menjelang PRU tak lama lagi. Jangan sangka ia ada perasaan malu sebab kulitnya memang dah keras tahap kematu.. kah kah kah kah

Monday, April 16, 2012

PANAS !! Patutlah Najib Beria ia Mempertahankan PTPTN - Dr. M Dah Bonsai

klik foto kalo nak jelas

Tu dia aih .. patut la dia beria ia mempertahankan PTPTN, idea asli dan tulus dari dia jugak rupanya. Abih tu yang Dr. M dok kalut kata DSAI yang punya perancangan tu datang dari celah mana ? huih .. karut .. memang karut .. ni dah kategori ketepek atas muka sendiri dah ni .. mana nak sorok ? .. kah kah kah

Sekodeng lagi satu paragraf ni, akhir penggulungan yang mana dia gak dok mencadang, lepas tu disokong oleh puak dia gak .. ex MB Perak, Tajol Rosli


klik foto kalo nak jelas

Tang mana yang kata DSAI ada kena mengena dalam ini gambar, tun Dr. M? siapa pulak yang terlupa ni ? kah kah kah kah

Nota : Petikan kat atas wa cilok direct dari hansard parlimen ikut tarikh Mei 1997.

Bicara SakMongkol AK47 - Zaman Pancaroba UMNO Sudah Tiba



ONE TWO THREE FOUR
LIMA ENAM TUJUH LAPAN
DATO NAJIB CAKAP BESOR
TAWAN SELANGOR TAKDE HARAPAN.

Kita lihat ribuan pasukan bermotor menyambut dan mengiringi kehadhiran Dato Najib , presiden UMNO dan PM for the time being, datang ke negeri Selangor. dalam konteks negeri Selangor, UMNO dan BN adalah parti pembangkang. Maka ketua parti pembangkang ini datang ke negeri yang di kuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk meniup semangat kedalam soldadu UMNO untuk menawan negeri Selangor

Zaman pancaroba UMNO sudah tiba.  Siapa soldadu presiden UMNO ini? mat motor, pekida, persatuan silat, RELA, dan pertubuhan yang sewaktu dengan nya. Mat motor tidak ada ibu bapa yang di rundung malang oleh harga barangan yang melambung tinggi? Tidak ada abang atau kakak, atau adik lelaki dan perempuan yang di bebani oleh hutang PTPTN? 

Di Germany negara taraf dunia pertama, pendidikan adalah percuma kecuali kos penyaraan. Jika kita menampung kos penyaraan nilai PTPTN akan jatuh serta merta. PTPTN boleh di biayai boleh sumbangan Petronas yang di bayar beransur ansur. PTPTN pun tidak dibayar oleh pelajar sekali gus. Mereka bukan menabung sejak mereka merangkak lagi. Dalam dunia ini hanya isteri PM Malaysia yang menyimpan duit untuk beli cincin dari Jacob and Company

PTPTN boleh kita bayar dengan membatalkan subsidi kepada IPP kesayangan UMNO dan Dr Mahathir. PTPTN boleh di bayar dengan membatalkan subsidi kepada operator dan pemilik tol lebuhraya. Hentikan subsidi kepada mereka. 

Jadi jangan terpengaruh dengan janji palsu ketua UMNO dan BN ini. keadaan untuk Najib betul betul sesak dan terdesak. Dalam bahasa Inggeris ini di katakan sebagai scrapping the bottom of the barrel. Kerak pun kerak lah. Takpe bila makan mendatangkan pening kepala. Apa nak buat. Desperate times call for desperate measures. Kalau pening telan panadol. Tak lut, telan sahaja cincin atau beg tangan Birkin Hermes tu. (kah kah kah kah)

Apa yang Najib tak buat? Mempromosi diri melalui menghasilkan survey yang menunjukkan bahawa 69% daripada yang di temubual menyokong nya? Lihat lah- belasan tahun minda orang Melayu Malaysia di asak dengan cerita seksual dan betapa besar saiz kemaluan Anwar Ibrahim. Maka hasil kajian temubual pun mesti 69%- ini posisi seksual atau apa? 

Dalam dunia ini, hanya Malaysia dan UMNO sahaja yang bergantung harap kepada punggung orang lain untuk survival nya. Apa jadi kepada pengadilan keatas punggung Saiful Bahri jadi penentu jatuh bangun UMNO dan Malaysia. 

Kemudian menghasilkan report card untuk nya oleh dia sendiri? Orang yang buat report card sendiri untuk di kemukakan kepada ibu dan bapa ialah orang yang ada perkara yang hendak di sembunyikan. Dunia ketawa bila Najib buat kad laporan keatas diri nya.

Berpakat dengan gengster Melayu? Kaki pukul? Semua Najib buat asalkan boleh mendatangkan kemenangan.  Pahlawan dan panglima- anda tidak ada ibu bapa yang sengsara dan abang, kakak dan adik yang menanggung beban hutang? Panglima dan pahlawan melindungi orang yang lemah dan tertindas – bukan menyebelahi penindas dan mereka yang zalim. 

Kita tahu bagaimana pasukan bermotor ini di kerah. Semua mereka menerima bayaran untuk menunjukkan bahawa force berada dalam tangan Najib. Hari ini, ini sahaja lah yang boleh Najib tunjukkan. Menakutkan rakyat dengan mengembeling elemen elemen yang boleh menakutkan rakyat serta ingin menunjuk kepada kerajaan negeri bahwa dia ada kekuatan. 

Sejak akhir ini, UMNO hanya ada strategi menakutkan orang ramai. Sebab itu pegawai kerajaan yang saya ingat siuman sedikitlah fikiran mereka dan pemimpin UMNO kesana kesini macam orang gila menyatakan bahawa jika UMNO tiada maka orang Melayu akan hilang dan musnah, jika UMNO tidak ada , agama Islam akan terancam dan jika UMNO tidak ada siapakah yang akan menjaga institusi raja Melayu? 

Saya kira raja Melayu mampu menjaga diri mereka sendiri jika kita lihat dari kemampuan seorang anak raja memukul seorang penyanyi sehingga pengsan kerana berebut gadis yang jelita. 

Secara serius, Institusi raja di jagai oleh perlembagan lah mat nye, bukan UMNO. Dan UMNO ternyata bukan nya pertubuhan yang boleh di percayai oleh raja raja Melayu. Dalam krisis perlembagaan 1998, bukankan UMNO yang mengepalai gerakan untuk menghina raja raja Melayu. Mustahil tuanku tuanku semua dapat melupakan bagaimana raja dari benua Hindi  mahu menghapuskan raja raja Melayu? 

Perlembagaan lah yang melindungi insitusi raja dan kasih sayang semua rakyat yang menentukan hidup nya insitusi raja Melayu. Dan semua rakyat bukan hanya rakyat yang ahli UMNO. UMNO tidak lansung mempunyai moral standing untuk mengakui mereka lebih menyayangi institsusi raja Melayu. 

DAP, PAS dan sekarang PKR tidak pernah mengancam instusi raja Melayu. Yang menggugat dari track rekod nya ialah UMNO. Maka adalah penipuan dan hipokrasi tahap tinggi pada pihak UMNO bilamana ia mengakui konon mempertahankan insitusi raja Melayu.

==========  Sumber  ===============

wa sambung lagi

One Two Three Four
Lima Enam Tujuh Lapan
Najib memang takde telor
Memang layak jadi menteri jaga pompuan 

kah kah kah kah kah

Ingatan Buat Semua : Jangan Cabar Karan Nanti Pendek Umur


KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengingatkan parti-parti politik di negeri ini supaya tidak memasang bendera parti di tiang-tiang elektrik.

Pengurus Besar TNB negeri Terengganu Md Yuslan Md Yusof berkata, memasang bendera di tiang-tiang elektrik boleh mengundang kemalangan elektrik.

"Kita nasihatkan parti-parti politik di negeri ini supaya menurunkan bendera-bendera yang telah dipasang di tiang-tiang elektrik kerana ia mengundang bahaya terutama apabila terdapat kabel elektrik yang tidak bersalut.

"Mana-mana bendera yang dipasang di tiang-tiang elektrik yang dikira berbahaya, kita akan turunkan bendera berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Perbuatan itu juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 Kerana Mengganggu Pepasangan Elektrik, katanya ketika diminta mengulas mengenai adanya parti-parti politik di negeri ini memasang bendera di tiang elektrik di merata-rata tempat tanpa mengira perbuatan itu adalah berbahaya.

Beliau berkata sepatutnya kes melibatkan dua lelaki yang maut ketika memasang bendera di tiang eletrik di Tanah Merah, Kelantan dijadikan iktibar dan tidak diikuti.

"Jadi kita nasihatkan pekerja-pekerja parti jangan memasang bendera parti di tiang-tiang elektrik bagi menghindari perkara yang tidak diingini," katanya. – Bernama

Memandangkan wa memang bergiat dalam bidang per'karan'an, so wa memang tak leh lari dari untuk bersetuju sangat sangat dengan amaran yang dikeluarkan oleh TNB ni. Elektrik satu menda yang memang kita takleh nak tengok ngan mata kasar .. mata halus pon takleh sebenarnya.. kih kih kih .. memang kengkadang nampak tiang elektrik tu clean and tidy tapi kebocoran elektrik boleh je berlaku dluar kawalan.

Petugas petugas yang nak pasang bendera parti seboleh bolehnya cuba elakkan dari bermesra dengan tiang tiang elektrik dan kawasan kawasan punca elektrik apatahlagi jika musim hujan. 1amp sahaja yang diperlukan untuk satu renjatan yang susah nak digambarkan (electrocute). Kalo lebih dari 1Amp .. luorang sendiri mau ingat.. jadikan apa yang berlaku dibawah ni sebagai satu iktibar dan pengajaran. 


Tapi cemana pon wa harap, pihak TNB jangan pilih kasih pada bendera yang dah 'terpasang' kat tiang tiang lampu tu. Jangan sebab bendera tu milik Pakatan kasi turun tapi kalo bendera dacing buat tak nampak.. tak gitu ? huhuhuhu

Bicara SakMongkol AK47 - UMNO Memang Celaka



One, Two, Three, Four- Pantun Hashim Gera

Saya baru pulang dari berceramah di bota kanan dan parit dalam negeri Perak. Ini negeri yang UMNO bising apabila MB yang sahih, Nizar menyerahkan 6000 grant tanah kepada rakyat negeri Perak, dari semua bangsa. Grant tanah yang di nanti puluhan tahun yang tidak di selesaikan pada zaman UMNO memerintah negeri Perak. Seorang dapat se ekar sahaja. Bising macam nak rak. 

Yelah, sebab jika tanah di beri sekarang, UMNO tak dapat merompak dan melanun lagi pada masa depan. Kalau dia orang dapat kuasa lah. Jadi kepada orang Perak saya berpesan- untuk mengelak diri dari di lanun dan di rompak, jauhkan diri anda dari UMNO. Jauh jauh. 

Bila Nizar melakukan tanggung jawab tersebut, orang UMNO semua bising. Beri tanah kepada orang Cina yang tanam sayur dan yang mendiami kampung2 baru.  Cina ini rakyat mana? Celaka betul orang UMNO. Mereka bersekongkol dengan orang cina tidak mengapa. kita berkawan dengan orang cina, UMNO tuduh orang cina yang jadi kawan kita kafir harbi. UMNO pulak sekarang mengkafirkan orang dan bertindak liar dan samseng. Inilah tanda2 UMNO akan jadi pembangkang. Mari kita bantu UMNO jadi parti pembangkang dan Najib jadi ketua pembangkang. 

Orang Myanmar, kemboja, Indonesia, Nepal kerajaan UMNO hari ini berikan mykad, orang UMNO tidak bising pun. Ini terang terang menggadai dan membelot negara. UMNO diam seribu bahasa. Maklum sajalah- mesti kekalkan kuasa dengan cara apa pun supaya kekal lesen untuk merompak dan melanun khazanah negara ini. 

Pada masa yang sama, kita menambah anggota RELA? Untuk jaga apa? PATI? Bukankah kita menyambut kedatangan PATI dengan tangan terbuka supaya boleh kita beri mykad untuk mengundi UMNO dan BN didalam PRU 13 nanti? Ini sikap UMNO yang penuh dengan hipokrasi.

Dan cuba kita tanya berapa ekar pulak yang Zamri Kadir beri dalam tempoh masa yang sangat singkat dia menjadi MB? Zamri telah memberi sebanyak 68,000 ekar iaitu 10 kali ganda dari apa yang di lakukan oleh Nizar!. Laknat sungguh pimpinan UMNO

Seperti kata Tun Daim Zainudin, beza orang yang datang mendengar ceramah PAS dan UMNO mudah sahaja. Pendengar ceramah UMNO di bayar. Kalau bukan dengan duit , jika tidak ada jamuan tidak akan datang. Majlis besar, orang di datangi dengan pengangkutan, di bayar duit dan di bekalkan dengan nasi bungkus atau jamuan yang mewah . maklum sahajalah UMNO banyak bela lembu.  Orang yang datang di jamu dengan gulai kawah. 

Tapi banyak kali, jumlah yang hadir dalam ceramah UMNO kita kena kena kira kerusi kosong, kuih muih, pinggan mangkuk untuk melapurkan kehadiran yang banyak. 

Orang yang datang mendengar ceramah PAS adalah rakyat marhein. Mereka menderma kepada seruan perjuangan PAS. perlakuan mereka datang dari sanubari. Itu cerminan keyakinan mereka. 

Apa pengajaran nya disini? Pengajaran nya ialah PAS dan penyokong nya boleh menang dan berjaya. Suatu ketika semasa Fidel Castro sedang bangkit melawan dictator Cuba masa itu, seorang penyokong nya di kejar dan di kepung oleh askar Batista. Daripada menyerah, penyokong itu telah mengebom diri nya sendiri sama seperti orang Palestin yang meletupkan diri mereka hari ini. apa petunjuk dari perbuatan tersebut, tanya seorang diplomat Amerika yang menyaksikan peristiwa di Cuba ketika itu? itu petanda, the rebels can win kata nya.

Demikian juga kepada penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Semangat yang di tunjukkan yang mencerminkan kesungguhan dan keyakinan akan mengatasi kebanjiran wang yang akan di lakukan oleh UMNO dalam PRU ini. UMNO tidak mampu menawarkan apa apa untuk menghidupkan keyakinan dan kepercayaan. Ia hanya tahu membeli kesetiaan rakyat. 

Tapi seperti kata Daim Zaiudin zaman kita membeli sokongan dengan wang ringgit sudah berakhir. Hari ini rakyat bertanya, ke mana kamu mahu bawa negara ini? dan Najib , UMNO dan BN tidak ada jawapan. 

Berbalik kepada Bota dan Parit. Masuk ke kawasan ini, saya teringat seorang ahli Politik Legenda dari Parit- Hashim Gera. Dia terkenal dengan kehandalan nya berpantun.

Jadi sempena berceramah kepada orang Bota dan Parit, saya mengingatkan pantun Hashim Gera.

One, two, three, four
Satu dua tiga empat
Husin nordin kereta besor
Orang paghit apa dapat?

Sebab saya padankan pula dengan sebuah pantun lagi

One two three four
Satu dua tiga empat
Rosmah mansor cincin besor
Rakyat Malaysia apa dapat

============= Sumber ==========

wa sambung ...

one two three four
satu dua tiga empat
Puak gerombolan memang berperangai denaso
Kat mana BN kuat, kat situ rakyat merempat

kah kah kah kah 

Edisi Khas Selangor : Air Percuma Setiap Bulan

ni bil air rumah wa .. mungkin sama ngan rumah luorang , harap maklum

Kerajaan Negeri Selangor memang dah beri keistimewaan ni sejak dari mula memegang tampuk pemerintahan. 


Kerajaan Negeri menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan. 

Wa buat congak mudah 

4 tahun = 48 bulan x RM11 bersamaan RM528

Tu dia aih, BR1M yang gembar gembur sana sini tu baru RM500, PR bagi terlebih plak. So bagi sesape yang dapat bantuan BR1M tu kira dapat 2 dalam 1 le ye. 

Pemberian air ni merupakan bayaran tetap untuk jumlah yang disebutkan kat ataih nun. Kerajaan Negeri secara berterusan akan membayar kepada KDEB pada jumlah penuh manakala KDEB plak memulangkan baki pada beza penggunaan air yang tak sampai pada had kuota. Sebab tu le luorang boleh tengok bil air wa jadi negatif (-23.75) .. huhuhu

Ini merupakan bukti yang jelas bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak mengamalkan sistem pilih kasih apabila konsep pemberian percuma ini diberikan kepada semua tanpa mengira fahaman politik berbanding BR1M yang pemohonnya perlu :

  • Mengisi beberapa borang termasuk borang keahlian umno
  • Perlu mengesahkan status ekonomi (lebih RM3000 tak layak walau tanggungan berlambak)
  • Terpaksa melalui proses dan penantian samada diluluskan atau tidak
  • Terpaksa menghadirkan diri pada program bantuan (untuk tujuan propaganda)


Nota  Rujukan : Kumpulan Darul Ehsan Berhad

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar “Hasil Negeri Untuk Rakyat” menerusi program “Merakyatkan Ekonomi Selangor“(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Selaku pemegang amanah, Kerajaan negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab.

Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini. ”Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.

Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.

“Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri,” katanya.
Sumber

Nota : Siapa kata bangkrap kalo PR memerintah sila tepuk dahi sampai lebam .. kah kah kah kah

Sunday, April 15, 2012

Najib Dah Jadi Menteri Jaga Angin Pulak


Boleh baca terus dari sumber 

"Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?" katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi 

Siapa Waris Malaya ?

Waris Malaya atau Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia Selangor ditubuhkan pada Disember lalu. Menurut Presiden WM, tujuan penubuhannya adalah untuk menjadi benteng dalam mempertahankan negara daripada ancaman pengkhianat negara yang menjadi alat kepada kuasa asing. Penaung kepada WM ialah seorang senator yang bernama Ezam Mohd Noor .. errkkk...

Kita tinggalkan perkara Senatak Ezam dalam topik ni dan biarkanlah dia bersama kotak kotaknya. WM nak jadi benteng keselamatan dalam mempertahankan negara dari ancaman pengkhianat? wah .. bukan main hebat. Memang terasa benar anginnya .. tapi angin satu badan laa ... kah kah kah

Seolah olahnya negara kita dah kekurangan petugas keselamatan sampai WM merasa terpanggil untuk mengisi tempat kosong. Matlamat penubuhan WM pon dah nampak ke'bangang'annya dan bagi wa, tak lain tak bukan cuma interpretasi pertubuhan samseng apatahlagi bila ternampak muka Awie yang memang cukup terkenal dengan beberapa kes pergaduhan .. ahh cerita pasal awie wa rasa Satu 'Malaya' Dan Tahu. 

Kemudiannya pulak bila rujuk pada gambar, WM bagi helmet kat PM. Adakah ini merupakan satu petunjuk yang kaki kaki rempit akan diberi ruang keselesaan dan keistimewaan menjelang PRU13 nanti ? Dan hampir pasti mereka mereka ini yang akan dipergunakan untuk membuat hingar bingar serta segala gangguan ketika berlangsungnya ceramah/program PR. Apatahagi WM juga dianggotai oleh para remaja seperti kata Najib: 

Beliau berkata perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.

Apa lagi yang boleh dilakukan oleh para remaja dalam hal berkaitan politik selain dari melakukan kacau ganggu yang telah terbukti terjadi disana sini. Contoh rujuk Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan 

Selebihnya wa nak copy-paste komen pembaca tentang isu ni .. wa rasa apa yang diowang perkatakan tu dah lebih dari cukup untuk menggambarkan pendapat rakyat secara umum.


Hilmi Al-Ampangi · Internship at AYU TIRAM MUSHROOM TRADING
mcm mane nk tunai jnji yg naijib ckp kn tu slagi kerajaan pusat belum ditakluki...tp ak sbg warga selangor ak brsyukur..kerajaan PR pling terbaik kpd rakyat..tgk la..air percuma di selangor, bntuan rm1000 anak selangor msuk U, n mcm2 lg tp x pnah dihebahkan oleh media pro BN..yg dihebahkan nye adalah cacian dan kepincangan negeri taklukan PR je..stiap prkara baru tu nk laksanakan kne la berperingkat n x leh la trus bg mcm poket doraemon..cube la pkir..kerajaan BN sndiri pn amek mase selama 55 tahun utk majukan negara..tp negeri PR baru 4 tahun memerintah..msih baru lg..tp bersyukur ..sekurgnye2..negeri dri PR tiada lg hutang yg trtggak drpd kerajaan BN sebelumnye...

Ahmad Saifullah Razali ·  Top Commenter · Uthm
lol anak muda samseng je yg join BN . yg educated semua fikir dgn rasional sebelum undi BN sebab mereka terdedah dgn media alternatif n mendapat access berita yang adil . Lihat lah kes dr khir toyo dulu sebelum nak kutuk kerajaan PR di Selangor sekarang . Pentadbiran di Selangor skrg berganda ganda lg baik dr sebelumnya

Red Mambang ·  Top Commenter · SMDL KG PANDAN
ANGIN KENCANG bkn saja dpt meranapkan PR diSELANGOR bahkan juga dapat MERANAPKAN KUASA BN DIMALAYSIA..aminnnn....amin...amin

Ctrz Ardect ·  Top Commenter
yang sokong puak2 yang mak bapak dia org bagi makan sumber subahat dari hasil BN ...itu sebab anak2 depa jadi gitu. yang jadi2 samseng belaka tu...anak2 penyokong BN tegar dari dulu,kini dan selamanya. tengoklah siapa ketuanya...mamak tu...keturunan bukan melayu tulin. PM kita ni...nak kata pandai tapi memang nampak kebodohannya....tak cerdik langsung. kuasa punya pasal tak kira siapa mereka....pakat bagi muka. Menang atau kalah bukan BN yang tentukan... kuasa Allah tetap penentu. Pejuang ISLAM pasti terus berjuang dan berkorban. JGN KITA BERSUBAHAT DGN PEMIMPIN ZALIM!

Saaid B Ghani ·  Top Commenter
Pada majlis itu, Presiden Waris Malaya Sheikh Whessal Sheikh Ahmad berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu bermatlamat menjadi benteng dalam mempertahankan negara daripada ancaman pengkhianat negara yang menjadi alat kepada kuasa asing.

Tentera upahan mana pula yang UMNO bentuk untuk mempertahankan negara dari ancaman pengkhianat negara? Siapa pula yang menjadi pengkhianat negara kalau bukan UMNO. Siapa pula menjadi alat kuasa asing kalau bukan UMNO. PRU 13 ini selain rakyat Malaysia, rakyat Indon, Bangla, Myamar, Nepal dan lain2 pekerja asing akan mengambil bahagian sebagai pengundi selain dari pengundi hantu sama ada hantu hidup atau hantu mati! Nama waris Malaya itu pun sudah cukup menakutkan. Serupa bunyi masa Malaya di bawah pemerintahan Kuminis. Malaya sudah tidak ada. Sekarang Malaysia. Sepatutnya waris Malaysia baru sedap disebut! Senjata apa mereka gunakan, kris bogel?

Nampaknya kita masih belum merdeka kerana waris Malaya masih ada. PR akan membentuk pertahanan negara baru ia itu waris Malaysia dan akan gunakan senjata moden. Biar mereka bersilat dari jauh, kita aim dengan machine gun SAR 21 ganti machine gun M16.

Sayed Abdul Rahman ·  Top Commenter · UTM, UiTM
Memanglah orang yg masih belum merdeka pemikiranya seperti waris Malaya sahaja yg akan menyokong BN, tetapi Penduduk Malaysia yg telah kenal siapa BN akan menolak BN. Jgn terkejut pengundi hantu pun lari dari BN kerana mereka tahu BN lebih hantu dari mereka.

Ibrahim Zakaria ·  Top Commenter · Ipoh, Perak
bagi rm 20-30..tsirt sehelai sebungkus nasi untuk makan tengah hari..itu lah modal untok memperalatkan rakyat...modal lama tu bro..dah lapuk..cari lah modal yang lebeh canggih sikit..jangan asek pakai modal tu..sampai kemati..buat semak je...hampeh sunngoh..ABU

Rizan Ariffin ·  Top Commenter · Works at Motong gotah
milik umno(bn)atau milik Allah kah angin kencang itu?kalau angin kencang landa selangor,sekali dgn umno(bn)dia ranapkan sekali.angin kencang ini tak mengenal mangsa...pukul rata mcm tsunami di acheh.

Matt Prak
20 komen sokong PR 1 komen sokong BN...pergh....kalu undi pilihanraya dah tentu hilang wang pertaruhan ni..sengit2


kah kah kah .. Najib dah macam ahlil nujum negara plak sampai tau hala tuju angin .. tapi yang dia tak tau angin yang melanda bukanlah angin kencang tapi cuma angin kentut yang perlahan dan berbau longkang .. kah kah kah

Berita Panas : Rosmah Pulak Buat Komik




Putrajaya - Sabtu -Selepas komik propaganda yang memaparkan Dato Seri Najib Tun Razak mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia, sebuah lagi komik politik akan diterbitkan. Komik Dato Seri Najib yang disebarkan ke sekolah-sekolah menengah melalui jabatan pelajaran daerah dikatakan menjadi bahan bacaan yang cukup diminati sejak kebelakangan ini. Oleh sebab itu kini tiba giliran Datin Paduka Seri Dr. Hajjah Rosmah Binti Mansor pula bakal diabadikan dalam versi komik. Jika Dato Seri Najib dilukis sebagai Superman, Datin Paduka Rosmah pula bakal diabadikan seperti watak komik Shin Chan didalam komik yang diberi tajuk BIK CERDAS. Ini adalah kerana komik Datin Paduka akan disebarkan ke tadika-tadika KEMAS. Ini diharap dapat memupuk semangat mencintai Ibu 1Malaysia dikalangan rakyat Malaysia sejak dari awal lagi. Pelukis dan penerbit komik Bik Cerdas, Encik Effi Saharudin apabila ditemu ramah wartawan Metroll berkata;

"Saya mengambil watak seakan Shin Chan untuk dijadikan template kerana ianya digemari anak kecil. Selain daripada itu kita tahu Datin Paduka seorang yang cerdas kerana mempunyai beberapa PHD tehormat daripada beberapa universiti bersprestij dunia. Pada hemat saya BIK CERDAS ialah tajuk komik yang sangat sesuai untuk beliau"

Komik Bik Cerdas akan diedarkan dalam masa beberapa minggu lagi bermula di Tadika KEMAS di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana kanak-kanak di negeri ini semuanya sudah termakan dakyah pembangkang yang gemar menghina Datin Paduka Rosmah.


kah kah kah .. macam bedebah punya lawak .. apa apa pon kredit untuk Harian Metroll .. luorang memang datang dari planet gedobah .. kah kah kah kah
 

Sama Sama Mendebik

Web / Blog PAS

Turut Mendebik

Sembang Je La

Site Info

free counters

Site Resources

Debik Karmic Copyright © 2011-12 Karmic Contact: Email To Karmic