Satu acara sukan bakal diperkenalkan tak lama lagi. Sukan ini berlainan dari segala jenis sukan yang pernah kita lihat dalam televisyen atau akhbar. Malah sukan ini bakal mengubah persepsi masyarakat sehingga mungkin setiap pesertanya akan mendapat kalungan bunga, peserta nya mungkin akan direbut oleh pakcik pakcik penduduk flat atau ppr yang merata sekitar lembah klang ni untuk dijadikan menantu, apatah lagi sukan ini telah mendapatkan restu yang tak berbelah bagi dari pihak kementerian dalam negeri- KDN.
Maka berbangga lah mak bapak di kampung. Berbangga la aweks aweks dan minah minah embun, berbanggalah si jongos jongos yang selama ini selalu diperkecil kecilkan bakat dan kemampuan mereka, betapa selama ini mereka sering dilabel, dimaki, dicela, diperendah rendahkan, yeah mereka memang layak untuk kontrol ensem sebab bidang yang mereka ceburi telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya apatahlagi dari KDN yang kita tahu sangat prihatin dengan keselamatan negara ... kah kah kah kah
===============================
Pertubuhan Rempit Bersatu Dilancarkan
Kuala Lumpur : Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United yang dianggotai 200,000 (hmang aih) ahli kelab dan persatuan permotoran tempatan berusaha untuk membantu golongan muda bermasalah menyertai aktiviti rempit sebagai satu sukan rekreasi sekaligus mengubah persepsi sinis masyarakat terhadap mereka.
Presidennya, Wazi Abdul Hamid berkata, RU yang mendapat kerjasama dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermatlamat menyemai semula nilai positif pada anak muda untuk menjauhkan Mat Rempit dari aktiviti tidak sihat termasuk jenayah.
"Justeru, menerusi RU kami menggunakan pendekatan rakan dan berusaha menjadi pendengar kepada mereka untuk meluahkan masalah seterusnya membantu mencari penyelesaian. Antara tindakan dilakukan termasuk mendapatkan pekerjaan dan sebagai perantara menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan."
"Melalui program ini juga, kami menyediakan landasan betul untuk remaja membabitkan diri dengan aktiviti rekreasi lebih produktif dan kami akan melobi kerajaan bagi membina kemudahan trek dan fasiliti untuk aktiviti rempit"
Sumber : HMetro
=================================
Wa cuba untuk bersangka baik terhadap hasrat dan tujuan penubuhan Rempit Bersatu ni walopon susah nak masuk dengan matlamatnya. Bagi wa sebenarnya banyak lagi saluran yang boleh di channel kan untuk anak muda supaya lebih berinteraktif dalam masyarakat. Bukan dengan merempit walopon statusnya di'halal'kan dengan dijenamakan sebagai sukan rekreasi. Mungkin niatnya baik, tapi kemudaratannya lebih banyak.
Nota : Kalo lepas ni kita terdengar bingit motor tengah merempit kat kawasan kita, jangan runsing, sebab mereka itu baru balik dari bersukan ... kah kah kah kah
Sedih . Punah ranah mentaliti orang orang dinegaraku. Jangan sampai nanti tak tahu nak bezakan antara mat rempit ngan spesis kat bawah ni ....
Oret, Lets Rock N Roll Baybeh .. kah kah kah
Keh keh keh keh...
ReplyDeleteBorang keahlian nak ambik kat mana bro? Teringin gak nak join...
@Madie aik .. lu nak rempit naik apa ?? besikal ke roller blade ? kah kah kah
ReplyDeleteLepas ni tubuhkan Perompak United...Perogol United...Perampas beg United...Pencuri Kabel United..Pencuri kereta Mewah United....Bonggok United.. Tak masuk akal tu lah yg nak di buat...
ReplyDelete