Tuesday, April 17, 2012

Memang Sah SPR Bangang ~!!



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menegaskan daftar pemilih adalah bersih tanpa wujud sebarang pertindihan nama mereka yang meninggal dunia atau warga asing.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof meminta mana-mana pihak supaya tidak terus memperbesarkan isu kononnya daftar pemilih itu 'kotor' demi kepentingan politik mereka.

Katanya, berdasarkan senarai daftar pemilih berjumlah 12.6 juta yang dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 25 Januari lalu, hanya 41,750 pengundi atau 0.3 peratus daripada jumlah pengundi dikategorikan sebagai pengundi meragukan iaitu sama ada mereka wujud atau sebaliknya. 

Sumber : Berita Hairan

========================

Kebelakangan ni, makin ramai badut yang berlumba lumba untuk menunjukkan siapa yang paling bangang diantara sesama mereka dalam usaha untuk menunjukkan bahawa apa yang dikatakan oleh Dr. M tidak perlu dipertikaikan -> Orang bodoh je yang tak sokong Pakatan Rakyat.

Contohnya macam manusia kat atas .. paragraf pertama dia kata daftar pemilih didapati bersih, suci dan boleh digunakan tanpa was was.

Paragraf kedua dia kata, terma daftar pemilih 'kotor' hanya diperbesarkan oleh pihak yang berkepentingan politik .. ye la sangat ..

Alih alih paragraf ketiga, dia ter'cakap' plak kategori yang diragui dalam daftar pemilih cuma 41, 750 orang 'je'. Ceh, lidah biawak betul ..

Jumlah 41 ribu tu boleh pakai kata 'hanya' je ke ? Hmang aih, kat mana dia menuntut ni ? Kalo 50 atau 100 tu kira logik la jugak. Weyh .. kawasan parlimen yang majoriti undi bawah 3,000 ada berlambak. Kerusi DUN plak toksah cerita le, yang majoriti bawah 500 pon ada. Dengan 41 ribu 'je' nama yang diragui, dengan senyum la gerombolan boleh sapu ikut mana yang dan. Shilake betul la SPR.

Menurut lanjutan dari komen mamat ni dalam sumber yang sama, setakat ni hanya sejumlah 782 nama (481 wujud, 301 meninggal dunia) yang berjaya disetelkan .. 782 dari 41,750 ? .. Bermakna masih ada baki 40, 968 lagi penama yang tinggal untuk di'bersih'kan sementara nak menunggu PRU13.. perghh, berapa bulan je lagi ni ?

Ah .. cerita banyak takde, SPR memang kotor dan dianggotai oleh orang yang pengotor. Bukan sekadar Daftar Pemilih, tapi pihak SPR juga wajib di 'BERSIH' kan !!!

Nota : wa cuma buat ulasan berdasarkan rujukan kat atas, walaupun dengan sedar, amat ragu dengan jumlah yang tercatat. Apakan daya .. wa tak cukup masa nak kejar Joe Jambul .. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. SPR tak banggang, SPR tu cuma jurucakap kerajaan BN jer. So apa lagi PRU13 ni, KITA MAMPU MENGUBAHNYA....HANYA GUNA PENSIL SAJA

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top