Monday, April 16, 2012

TAGGED UNDER:

Bicara SakMongkol AK47 - UMNO Memang Celaka



One, Two, Three, Four- Pantun Hashim Gera

Saya baru pulang dari berceramah di bota kanan dan parit dalam negeri Perak. Ini negeri yang UMNO bising apabila MB yang sahih, Nizar menyerahkan 6000 grant tanah kepada rakyat negeri Perak, dari semua bangsa. Grant tanah yang di nanti puluhan tahun yang tidak di selesaikan pada zaman UMNO memerintah negeri Perak. Seorang dapat se ekar sahaja. Bising macam nak rak. 

Yelah, sebab jika tanah di beri sekarang, UMNO tak dapat merompak dan melanun lagi pada masa depan. Kalau dia orang dapat kuasa lah. Jadi kepada orang Perak saya berpesan- untuk mengelak diri dari di lanun dan di rompak, jauhkan diri anda dari UMNO. Jauh jauh. 

Bila Nizar melakukan tanggung jawab tersebut, orang UMNO semua bising. Beri tanah kepada orang Cina yang tanam sayur dan yang mendiami kampung2 baru.  Cina ini rakyat mana? Celaka betul orang UMNO. Mereka bersekongkol dengan orang cina tidak mengapa. kita berkawan dengan orang cina, UMNO tuduh orang cina yang jadi kawan kita kafir harbi. UMNO pulak sekarang mengkafirkan orang dan bertindak liar dan samseng. Inilah tanda2 UMNO akan jadi pembangkang. Mari kita bantu UMNO jadi parti pembangkang dan Najib jadi ketua pembangkang. 

Orang Myanmar, kemboja, Indonesia, Nepal kerajaan UMNO hari ini berikan mykad, orang UMNO tidak bising pun. Ini terang terang menggadai dan membelot negara. UMNO diam seribu bahasa. Maklum sajalah- mesti kekalkan kuasa dengan cara apa pun supaya kekal lesen untuk merompak dan melanun khazanah negara ini. 

Pada masa yang sama, kita menambah anggota RELA? Untuk jaga apa? PATI? Bukankah kita menyambut kedatangan PATI dengan tangan terbuka supaya boleh kita beri mykad untuk mengundi UMNO dan BN didalam PRU 13 nanti? Ini sikap UMNO yang penuh dengan hipokrasi.

Dan cuba kita tanya berapa ekar pulak yang Zamri Kadir beri dalam tempoh masa yang sangat singkat dia menjadi MB? Zamri telah memberi sebanyak 68,000 ekar iaitu 10 kali ganda dari apa yang di lakukan oleh Nizar!. Laknat sungguh pimpinan UMNO

Seperti kata Tun Daim Zainudin, beza orang yang datang mendengar ceramah PAS dan UMNO mudah sahaja. Pendengar ceramah UMNO di bayar. Kalau bukan dengan duit , jika tidak ada jamuan tidak akan datang. Majlis besar, orang di datangi dengan pengangkutan, di bayar duit dan di bekalkan dengan nasi bungkus atau jamuan yang mewah . maklum sahajalah UMNO banyak bela lembu.  Orang yang datang di jamu dengan gulai kawah. 

Tapi banyak kali, jumlah yang hadir dalam ceramah UMNO kita kena kena kira kerusi kosong, kuih muih, pinggan mangkuk untuk melapurkan kehadiran yang banyak. 

Orang yang datang mendengar ceramah PAS adalah rakyat marhein. Mereka menderma kepada seruan perjuangan PAS. perlakuan mereka datang dari sanubari. Itu cerminan keyakinan mereka. 

Apa pengajaran nya disini? Pengajaran nya ialah PAS dan penyokong nya boleh menang dan berjaya. Suatu ketika semasa Fidel Castro sedang bangkit melawan dictator Cuba masa itu, seorang penyokong nya di kejar dan di kepung oleh askar Batista. Daripada menyerah, penyokong itu telah mengebom diri nya sendiri sama seperti orang Palestin yang meletupkan diri mereka hari ini. apa petunjuk dari perbuatan tersebut, tanya seorang diplomat Amerika yang menyaksikan peristiwa di Cuba ketika itu? itu petanda, the rebels can win kata nya.

Demikian juga kepada penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Semangat yang di tunjukkan yang mencerminkan kesungguhan dan keyakinan akan mengatasi kebanjiran wang yang akan di lakukan oleh UMNO dalam PRU ini. UMNO tidak mampu menawarkan apa apa untuk menghidupkan keyakinan dan kepercayaan. Ia hanya tahu membeli kesetiaan rakyat. 

Tapi seperti kata Daim Zaiudin zaman kita membeli sokongan dengan wang ringgit sudah berakhir. Hari ini rakyat bertanya, ke mana kamu mahu bawa negara ini? dan Najib , UMNO dan BN tidak ada jawapan. 

Berbalik kepada Bota dan Parit. Masuk ke kawasan ini, saya teringat seorang ahli Politik Legenda dari Parit- Hashim Gera. Dia terkenal dengan kehandalan nya berpantun.

Jadi sempena berceramah kepada orang Bota dan Parit, saya mengingatkan pantun Hashim Gera.

One, two, three, four
Satu dua tiga empat
Husin nordin kereta besor
Orang paghit apa dapat?

Sebab saya padankan pula dengan sebuah pantun lagi

One two three four
Satu dua tiga empat
Rosmah mansor cincin besor
Rakyat Malaysia apa dapat

============= Sumber ==========

wa sambung ...

one two three four
satu dua tiga empat
Puak gerombolan memang berperangai denaso
Kat mana BN kuat, kat situ rakyat merempat

kah kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top