Satu Pembodohan Secara Terang Terangan Oleh SPR
Tiada negara lain yang lebih bersih dari Malaysia dan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia. Dunia mana ? Dunia Jam 10 ?
Pertama : Kenyataan ini merupakan kata kata yang sangat bongkak dan penuh mimpi. Moh kita buat perbandingan dengan negara negara UK
In United Kingdom, a so-called annual canvass form is sent to every house. If ever there is a failure of completion of the form, or if there is a presentation of wrong information in the annual canvass form, a fine of a thousand pounds will be taken. However, because of the Representation Act of the People 2000, the revised version of the electoral roll is published every first of December annually. However, those names that are not included in the electoral roll still have a chance to be registered, since the register can be updated each month, provided that the dates are from January to September. In Australia, however, the list is compiled by the Australian Electoral Commission and enrolling in electoral rolls is compulsory for anyone who is eligible to vote. Local authorities are the ones responsible for obtaining the list of registered voters in Ireland. A draft register is being published every November after house to house inquiries have been done.
Terjemahan bebas dari wa ..
Di UK, borang yang dipanggil Annual Canvass diedarkan ke setiap rumah. Jika terdapat sebarang kegagalan dalam melengkapkan borang, atau sebarang perlakuan memberi maklumat yang salah didalam borang Annual Canvass, denda sebanyak 1000 pound akan dikenakan. Bagaimanapun, disebabkan oleh Akta Representation Act Of The People 2000, senarai yang telah di semak akan di terbitkan setiap 1 Disember secara tahunan. Namun, jika terdapat nama yang tidak disenaraikan dalam daftar pemilih ianya masih boleh didaftarkan, memandangkan pendaftaran boleh dikemaskini setiap bulan dan berlangsung dari Januari sehingga September.
Di Australia pula bagaimanapun, senarai tersebut dikumpulkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Autralia dan pendaftaran untuk daftar pilihanraya adalah diwajibkan keatas semua yang telah layak untuk mengundi.
Pihak Berkuasa Tempatan pula adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk senarai pengundi berdaftar di Ireland. Satu draf daftar pengundi akan diterbitkan setiap bulan November setelah satu kajiselidik dijalankan dari rumah ke rumah.
==========================
Untuk meringkaskan entri, pada yang berminat boleh melanjutkan pembacaan kat link yang wa sertakan dibawah. Dekat situ luorang akan dapati betapa bezanya sistem yang diowang pakai berbanding dengan sistem yang terdapat kat Malaysia walopon kita sebumbung dibawah Commonwealth. (Di link UK Electoral juga luorang boleh dapat info tentang Ireland Utara, Scotland dan Wales).
Kedua : Apa asas perbandingan yang dibuat oleh TSAAMY dalam memperkatakan intergriti daftar pengundi SPR dengan negara lain ? Berapa banyak negara yang dijadikan panduan ? Apakah negara negara tersebut ? Zimbabwe ? Angola ? Burkina Faso ? Wa petik kata kata Mat Sabu masa ceramah ringkas countdown to Bersih 3.0 baru baru ni .. buat cerita bagi perabih .. jangan separuh jalan .. kah kah kah kah
Ketiga : Ok kita berbalik pada 'bersih'nya senarai pengundi yang ada kat Malaysia. TSAAMY sendiri pon pernah mengaku beberapa hari yg lalu bahawa daftar tersebut mengandungi lebih 40, 000 nama yang tidak dapat dipastikan samada mereka wujud atau sekadar pocong jadian. Rujuk - Memang Sah SPR Bangang~!!
Dan ADUN Pandamaran, Ronnie Liu berkata, hampir separuh daripada pengundi baru didaftarkan oleh individu tidak dikenali di kawasan itu. Rujuk - Hantu Makin Banyak Kat Selangor
Kemudian, cemana boleh terdapat pengundi yang didaftarkan sebagai "Balai Polis Kerinchi" dalam daftar pemilih induk. ‘Balai Polis Kerinchi’ yang lahir pada 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872 mengundi di lokaliti Balai Polis Travers dalam Daerah Mengundi Bangsar Baru. Rujuk - Balai Polis Kerinchi
Seterusnya, wujud pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara. Rujuk - Formula Terengganu
Nota : Sekadar menyebutkan beberapa contoh
Keempat : Pindaan “terburu-buru” Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang menyaksikan Parlimen bersidang hingga ke jam 3.22 pagi dalam usaha untuk meluluskan 8 pindaan yang bakal memberi keuntungan kepada kerajaan. Rujuk - Cenangau Daun Kari
Last But Not Least : TSAAMY dengan berlagaknya berkata yang tidak akan mengubah senarai yang sedia ada .. perghhh ... dah macam authoritarian. Jumud sekaligus angkuh tapi bodoh. Adakah Daftar Pemilih tu memang dipatternkan sebagai suci dan bebas dari sebarang kecacatan ?
Secara keseluruhannya, kenyataan ini cuma senada je ngan Mat Monggol dan Mat Sembab apabila mengatakan Sistem Pembelajaran kita adalah yang terbaik di dunia. Menempel pada dunia tapi dunia menempelak kita .. sampai bila kita nak nengok je lakonan badut kelas ketiga ni ? ..adoih .. bosannnnnn
Jawapannya .. Moh beramai ramai kita tunjukkan yang kita tak rela jadi soh chai pada badut badut ini dengan turun ke dataran merdeka pada 28/4/2012 .. yieehaaa
I'm amazed, I have to admit. Seldom do I encounter a blog that's both equally educative and engaging, and let me tell you, you've hit the nail on the head. The problem is an issue that not enough people are speaking intelligently about. I am very happy I found this in my search for something relating to this.
ReplyDeleteReview my page - jetzt here
:) .. thanks
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete