Monday, April 16, 2012

TAGGED UNDER:

Edisi Khas Selangor : Air Percuma Setiap Bulan

ni bil air rumah wa .. mungkin sama ngan rumah luorang , harap maklum

Kerajaan Negeri Selangor memang dah beri keistimewaan ni sejak dari mula memegang tampuk pemerintahan. 


Kerajaan Negeri menawarkan air bersih sebanyak 20 meter padu, bersamaan dengan 20,000 liter atau 5,680 gelen, setiap bulan secara percuma untuk rakyat.

Faedah ini adalah untuk semua tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, fahaman politik, asalkan tinggal di Selangor, berhak mendapat air percuma tersebut, setiap bulan. 

Wa buat congak mudah 

4 tahun = 48 bulan x RM11 bersamaan RM528

Tu dia aih, BR1M yang gembar gembur sana sini tu baru RM500, PR bagi terlebih plak. So bagi sesape yang dapat bantuan BR1M tu kira dapat 2 dalam 1 le ye. 

Pemberian air ni merupakan bayaran tetap untuk jumlah yang disebutkan kat ataih nun. Kerajaan Negeri secara berterusan akan membayar kepada KDEB pada jumlah penuh manakala KDEB plak memulangkan baki pada beza penggunaan air yang tak sampai pada had kuota. Sebab tu le luorang boleh tengok bil air wa jadi negatif (-23.75) .. huhuhu

Ini merupakan bukti yang jelas bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak mengamalkan sistem pilih kasih apabila konsep pemberian percuma ini diberikan kepada semua tanpa mengira fahaman politik berbanding BR1M yang pemohonnya perlu :

  • Mengisi beberapa borang termasuk borang keahlian umno
  • Perlu mengesahkan status ekonomi (lebih RM3000 tak layak walau tanggungan berlambak)
  • Terpaksa melalui proses dan penantian samada diluluskan atau tidak
  • Terpaksa menghadirkan diri pada program bantuan (untuk tujuan propaganda)


Nota  Rujukan : Kumpulan Darul Ehsan Berhad

Selepas Kerajaan Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, Kerajaan negeri mengamalkan dasar “Hasil Negeri Untuk Rakyat” menerusi program “Merakyatkan Ekonomi Selangor“(MES) yang bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

Selaku pemegang amanah, Kerajaan negeri melaksanakan tanggung jawab menguruskan harta-harta milik rakyat secara telus dan bertanggungjawab.

Justeru, setiap keuntungan yang diperolehi oleh anak syarikat akan disalurkan secara terus kepada rakyat, selaku pemilik mutlak terhadap harta-harta ini. ”Pemberian 20 meter padu air percuma kepada pengguna di Selangor – melalui KDEB – adalah salah satu usaha kita untuk menyalurkan keuntungan terus kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya lagi, jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat.

Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma.

“Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri,” katanya.
Sumber

Nota : Siapa kata bangkrap kalo PR memerintah sila tepuk dahi sampai lebam .. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. kah kah kah kah kah -- wa dengar cerita puak gerombolan terus di jangkiti virus bodoh tegar --terutama di johor -akan terus sokong umno - kerana memberikan air paling mahal di seantero semenanjung -kah kah kah

    ReplyDelete
  2. @Anonymous weyh .. virus tu beli kat mana ? kah kah kah kah

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top