Saturday, April 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Wahai Mufti Pahang, Dato' Cerita Apa Ni ??

Sumber : Malaysiakini

Mufti ni samada beliau memang play safe atau pon mungkin dia tidak berapa peka tentang perkembangan isu semasa lantaran kurang sumber maklumat.

Maklum, dalam apa keadaan pon, hutang tetap kena bayar. Even pada era Rasulullah S.A.W, ada satu kisah masyhur bilamana beliau ketika itu berhutang dengan seorang dari kaum yahudi dimana orang yahudi tersebut meminta bayaran hutang dari Rasulullah SAW dengan cara biadap sehingga mendatangkan kemarahan pada Umar Al Khattab yang ketika itu ada bersama. Walaupun methode yang digunakan oleh yahudi itu dalam meminta hutang tidak wajar, namun apa kata Rasulullah SAW ?

"Wahai Umar, saya dan dia,mempunyai urusan yang lebih layak.Biarlah kami berdua yang menyelesaikannya dan janganlah kau mencampurinya. Sebaik-baiknya engkau suruh saya bayar hutang itu dengan baik dan suruh dia menuntut hutang dengan baik juga. Sebenarnya saya masih ada tiga hari lagi tempoh untuk membayar hutang tersebut".

Malah, Rasulullah SAW pula meminta Umar untuk membayar sebanyak 20 gantang gandum kepada yahudi tersebut sebagai balasan kerana Umar telah telah berlaku kasar. 

Wa tak berniat untuk menyentuh lebih dalam tentang hal kewajiban untuk membayar hutang tapi luorang boleh refer pada topik Perihal Hutang dan Hutang Galak Kekufuran terus dari sumber.

So, memang terang dan jelas perkara berkenaan hutang seperti yang dimaksudkan secara verbal oleh tok Mufti Pahang dalam isu ni.. takde dakwa dakwi .. takde pertikaian.

Tapi masalahnya wahai Tok Mufti, soal PTPTN yang dibangkitkan oleh mahasiswa baru baru ni, BUKAN SOAL TAK NAK BAYAR HUTANG !!! .

Terang macam matahari tegak pukul 12 tengahari yang permasalahannya adalah untuk menghapuskan rantai PTPTN yang membelenggu mahasiswa. Hutang hutang yang dibebankan kepada mereka dicadangkan akan diambil alih oleh kerajaan dengan mengambilkira kesesuaian yang diperlukan dalam satu satu masa sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan yang sedia ada dalam usaha bailout syarikat syarikat mega (kroni) untuk menyelamatkannya dari jahanam. 

Rujuk : 
Penghapusan hutang Tajuddin Ramli secara pukal (rujuk lampiran kat bawah)




Wahai Tok Mufti, isunya jauh dari tajuk enggan membayar hutang. Tapi lebih menjurus kepada pengurusan yang mempunyai tingkat akauntabiliti yang cemerlang dan dapat pula membantu pelajar pelajar ini untuk melunaskan hutang hutang terbabit.

Sebagai orang yang mempunyai ranking tertinggi dalam urusan agama, sudah pasti Tok Mufti sendiri tahu yang para pelajar ini (khas yang beragama Islam) adalah mereka mereka yang tergolong dalam asnaf Fisabilillah dalam menuntut ilmu dan layak sekiranya dianugerahkan 1/8 dari kutipan zakat kepada golongan ini.. tapi itu cerita lain.

Setelah dari pelupusan tersebut, peringkat seterusnya, mungkin ada pelajar yang layak diberikan biasiswa terutamanya mereka yang mempunyai kecemerlangan akademik dan datang dari keluarga yang kurang kemampuan, sementara selain dari itu pula dicadangkan untuk diberikan pinjaman tanpa faedah dan mesra peminjam. Itu yang jelas.

Harap Tok Mufti tidak terseret dalam kancah retorik yang cuba dibina oleh pihak pihak yang jaki dengan permintaan mahasiswa. Cukuplah dengan segala kebejatan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib dan itu yang seharusnya ditegur oleh Tok Mufti. Jangan biarkan persepsi buruk keatas jabatan mufti tercipta hanya kerana untuk menjaga hati sebelah pihak .. itu yang wa sangat sangat harapkan.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

7 comments:

  1. The Mufti should advise the Menteri Besar of Pahang and Pahang state goverment to settle the debt the logging company before intervening into other issue of which he is unknowledgeble.

    ReplyDelete
  2. Kalau duduk bawah pemimpin rasuah maka Mufti pun akan turut biul dan tolol macam pemimpin itu juga.

    ReplyDelete
  3. Tok Mufti, sila beri nasihat kepada ketua kerajaan Pahang yang tidak mahu langsaikan hutang yang dituntut oleh syarikat balak. Tuanpunya syarikat sednag bermuflis akibat tindakan ketua kerajaan Pahanng enggan untuk membayarnya walaupun telah diarahkan oleh Mahkamah agung negara gerombolan. Sila ambil perhatian. Jangan asyik nak tekan mereka yang lemah. Tekan lah ketua2 gerombolan un tuk patuh dan taqwa kepada ALLAH. Mereka menipu dalam semua urusan atas kepentingan Melayu. Nak termuntah aku.

    ReplyDelete
  4. @Shintaro yes indeed.. he have to play his role more clearly in which are more relevan rather than poped out in certain issues out of nowhere ..

    ReplyDelete
  5. @azura ini le dinamakan nampak kuman kat seberang tapi gajah kat depan mata langsung buat tak tau ..

    ReplyDelete
  6. Dia suruh bayar PTPTn je.
    Hutang bayar le.

    Dia tak kata pun jangan tuntut supaya ptptn diteruskan.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top