gambar cilok dari blog amk shah alam |
Wa tak dapat menghentikan kepala dari menggeleng ke kiri dan kanan bila baca hal hal berkaitan NGO yang bernama Perkasa ni. Bukan sengaja, terjadi secara automatik. Tak kira apa pon isunya, apa yang keluar dari mulut diowang samada dari pucuk sampai le ke pangkal, semua nya ternyata ayat ayat sampah belaka. Takde langsung yang boleh mencabar minda dan menaikkan nilai intelektual. Dinilai dari sudut individu plak, bila melihat ke wajah masing masing, ternampak le daya aura kebodohannya tapi bila diowang mula buka mulut .. laaa .. ternyata memang bodoh sungguh... kah kah kah kah kah
Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman hari ini berkata
"Pembangkang menghina raja raja melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara. Berdasarkan insiden itu, Perkasa merasakan kemungkinan mereka akan perlahan-lahan menukarkan Malaysia kepada negara Republik, negara tanpa Raja"
Sampai entri ni ditulis, takde pon bukti bukti sahih yang nak mengaitkan perbuatan ahli ahli Pakatan Rakyat menghina Raja Raja Melayu. Celah mana ? Sekadar hearsay dari satu post yang takde standing ground langsung. Dan yang lebih bodohnya sampai terfikir 'merasakan kemungkinan' Pakatan Rakyat akan menukarkan Malaysia kepada negara republik. Wa percaya, Mr Bean pon tak terfikir nak buat lawak gini.
Kepada mereka mereka yang rasa bersetuju dengan puak ni, wa nak bagitau, Raja kita memang telah terjamin kedudukannya dalam perlembagaan. Perlembagaan kita Raja Berparlimen. Cemana satu puak yang begitu bersungguh sungguh mempertahankan sistem Lord Reid boleh terlupa nak membaca cara perlembagaan a la British ni ? Di UK, walaupun pihak Istana di bahan kiri dan kanan oleh media, takde satu pon yang mencanangkan idea republik, A queen will remain a queen, malah mereka sendiri yang memasyhurkan Putera William sebagai bakal pengganti takhta Britain. Eh .. terlebih sudah .. wa rasa pemikiran puak ni tak sampai ketahap tu kot.. kah kah kah kah
Lagi satu, dah terang lagi bersuluh yang puak BN wa 'rasakan kemungkinannya' ingin menukarkan negara kepada republik. Siapa yang mengurangkan kuasa kuasa Raja Melayu ? UMNO .. righhtttt ..? siapa yang mencalarkan imej Raja Melayu ? .. UMNO .. righttttttt ???? siapa yang sampai nak tukar Raja Kelantan ? UMNO jugakk ... righttttt ??? ahh senang cerita rujuk entri wa yang lepas -> Sumpah melayu : Sumpah Yang Layu .
Katanya puak ni nak jemput Hasan Akidah & Zul Kulim dalam perhimpunan yang akan diadakan sehari selepas Bersih 3.0 .. eh .. silakan lahh .. moga moga dapat kumpul 1 juta orang yang bakal bersetuju dengan perjuangan Perkasa, Jati Jalur Tiga dan Zul Bisul ... kah kah kah
Katak katak yang dipercayai mati terkejut mendengar ucapan Timbalan Presiden Perkasa .. kah kah kah |
Idea dan pandangan geng ini memang bodoh. Dah tua masih sanggup jual kebodohan utk cari makan. malu sikit kepada Anak dengan pandangan bodoh tu...dari ketua sampai ke Anak buah bodoh tahap gaban.
ReplyDelete@Anonymous mungkin 'bodoh' dan 'malu' tu dah takde dalam daftar kamus diowang ..
ReplyDelete