KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengingatkan parti-parti politik di negeri ini supaya tidak memasang bendera parti di tiang-tiang elektrik.
Pengurus Besar TNB negeri Terengganu Md Yuslan Md Yusof berkata, memasang bendera di tiang-tiang elektrik boleh mengundang kemalangan elektrik.
"Kita nasihatkan parti-parti politik di negeri ini supaya menurunkan bendera-bendera yang telah dipasang di tiang-tiang elektrik kerana ia mengundang bahaya terutama apabila terdapat kabel elektrik yang tidak bersalut.
"Mana-mana bendera yang dipasang di tiang-tiang elektrik yang dikira berbahaya, kita akan turunkan bendera berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Perbuatan itu juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 Kerana Mengganggu Pepasangan Elektrik, katanya ketika diminta mengulas mengenai adanya parti-parti politik di negeri ini memasang bendera di tiang elektrik di merata-rata tempat tanpa mengira perbuatan itu adalah berbahaya.
Beliau berkata sepatutnya kes melibatkan dua lelaki yang maut ketika memasang bendera di tiang eletrik di Tanah Merah, Kelantan dijadikan iktibar dan tidak diikuti.
"Jadi kita nasihatkan pekerja-pekerja parti jangan memasang bendera parti di tiang-tiang elektrik bagi menghindari perkara yang tidak diingini," katanya. – Bernama
Memandangkan wa memang bergiat dalam bidang per'karan'an, so wa memang tak leh lari dari untuk bersetuju sangat sangat dengan amaran yang dikeluarkan oleh TNB ni. Elektrik satu menda yang memang kita takleh nak tengok ngan mata kasar .. mata halus pon takleh sebenarnya.. kih kih kih .. memang kengkadang nampak tiang elektrik tu clean and tidy tapi kebocoran elektrik boleh je berlaku dluar kawalan.
Petugas petugas yang nak pasang bendera parti seboleh bolehnya cuba elakkan dari bermesra dengan tiang tiang elektrik dan kawasan kawasan punca elektrik apatahlagi jika musim hujan. 1amp sahaja yang diperlukan untuk satu renjatan yang susah nak digambarkan (electrocute). Kalo lebih dari 1Amp .. luorang sendiri mau ingat.. jadikan apa yang berlaku dibawah ni sebagai satu iktibar dan pengajaran.
- Kanak Kanak Maut Terkena Renjatan Elektrik Tiang Lampu
- Azab Kena Kejutan Elektrik
- 2 Maut Terkena Renjatan Elektrik
- Wanita Maut Kena Renjatan Elektrik
Tapi cemana pon wa harap, pihak TNB jangan pilih kasih pada bendera yang dah 'terpasang' kat tiang tiang lampu tu. Jangan sebab bendera tu milik Pakatan kasi turun tapi kalo bendera dacing buat tak nampak.. tak gitu ? huhuhuhu
Salam ziarah balas.
ReplyDeleteSaya dah tunaikan hajat saudara. Blog saudara di dalam senarai bloglist2 di blog saya.
TNB ni pun satu.. Dulu senyapnya tapi alih2 skg dah bebunyi. Mungkin dah terima arahan dari suara ghaib suruh turunkan bendera pakatang kot. Kalu bendera be eng dok gini aku ghase... Guane gamok??
ReplyDelete@mountdwellerterima kasih tuan .. alhamdulillah
ReplyDelete@Anonymous mungkin jugak la .. sebab tnb dalam usaha untuk pujuk kerajaaan naikkan harga tariff .. so ada kemungkinan ada suara misteri disebalik perkara ni .. hrmmmm ..
ReplyDelete