Saturday, February 26, 2011

TAGGED UNDER:

Alahai ..Bila Wanita UMNO Merajuk


Merlimau - Wanita Umno Jasin berasa kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih wakil daripada pergerakan itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau seperti diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Selain tersinggung, mereka mendakwa pemilihan itu menunjukkan suara Wanita selama ini tidak pernah didengar dan diperdulikan barisan atasan.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang berkata, keadaan itu menjunjukkan pucuk pimpinan tidak mahu memberi peluang kepada Wanita, sedangkan pembangkang pernah meletakkan calon wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Tenang sebelum ini.

"Wanita ada melancarkan program 'Gelombang Merah Wanita' untuk menunjukkan pada pucuk pimpinan komitmen dan persediaan kita, tetapi nampaknya 'signal ini tidak diperhatikan. Jika pembangkang boleh mengeluarkan calon dari kalangan wanita kenapa tidak BN. BN tidak pernah meletakkan wanita sebagai calon walaupun sudah 15 kali PRK" katanya ketika ditemui Sinar Harian disini, semalam.

Zaleha yang juga antara tujuh nama calon yang tersenarai berkata, beliau kecewa kerana calon yang dipilih bukan pilihan pengundi di kawasan itu. 

"Kami menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berada diluar negara melalui setiausahanya" katanya.

Sumber : Sinar Harian 

===========================

Adoih pecah pala Malikul Sembab ...
kah kah kah kah kah 

Zaleha Oh Zaleha 
Buat apa lu kasi bocor cerita
Ini kan hal dalam kelambu punya
Sampai PR pon lu nak ungkit sama
Haiya .. c'mon la .. it just a small matter

Zaleha Oh Zaleha
Lu kata itu atasan bikin lu tersinggung
Adeih .. biasa maaa .. jangan terpekik terlolong
Sekarang lu sudah bocor gerombolan punya pekung
Aiseh .. nanti lu jugak susah .. sape mau tolong ??

Zaleha Oh Zaleha
Yang pasti .. lu bikin wa sedar satu perkara
Sudah 15 PRK .. satu calon pon wanita takda
Ceh .. macam mana wa boleh tak nampak ini cerita
So .. wa ucap banyak banyak tima kasih laaaaa

Zaleha Oh Zaleha
Opsss .. rupanya lu marah sebab nama lu tersenarai
Tapi alih alih  gugur sebelum sempat lu try
Patut laaa lu punya angin satu badan dah membadai
Apa lagi .. calon bebas laa ..baru betul ada akai

Zaleha Oh Zaleha
Lepas tu lu bagitau pulak lagi
Calon dipilih bukan kehendak pengundi
Waaaa .. ini cerita betul betul  sensasi
Apa lagi kasi langgar laaa .. jangan undi

Zaleha Oh Zaleha
Lu cakap lu sudah ngadu sama itu Kak Jat
Apa pasal wanita tarak dapat tempat
Eiceh .. sesilap dia dah tau lagi cepat
Sebab tu keluar negara dia berangkat

Zaleha Oh Zaleha
Apa sebab lu tutup bilik gerakan
Hari ni kan dah tiba untuk penamaan
Freak .. ke lu nak tarik perhatian ??
Minta dipujuk .. almaklum laa .. perempuan

Apa apa pon ...
Ali Ketam gerenti hangin ngan lu
Sebab lu dah buat tindakan melulu
Sepatutnya lu dah sedar dari dulu
Tapi apa nak buat .. Tak Tercapai Akalmu
kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah (gelak postponed)

Nota :
Tersenarai dan tak terpilih di Kerdau kata nak tanding bebas
Tersenarai dan tak terpilih di Merlimau plak tutup bilik gerakan
Gini le perangai ahli ahli barisan gerombolan  yang frust
Dulu .. kini .. dan selamanya ... GILA JAWATAN
kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. aduhai lehaaaaaaaaaaaa-jangan lah merajuk
    kah kah kah kah kah kah

    rj

    ReplyDelete
  2. itu pasai laaa lu orang suka sondol maaaaa!!!!..ala otak tapi talak akai maaaaaaa!!!.....olang ala cakap sulah lama...tapi lu olang selupa itu olang pekak maaa....bila talak pilih aje ...lu olang balu mau ngamuk!!!...apa guna...??? kasi hantam sama dia maaaaa.....lu olang angkat itu lain punya bendela...balu ala babut!!!!aiyakkk!!ini bendela cap 'kelis' arr! mmg talak guna punya ......hahahaha

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top