Thursday, February 24, 2011

TAGGED UNDER: ,

Selangor Terkini Terbitan Zombie Kuang

Selangor Terkini (depan) yg diterbitkan oleh Alien berbanding Selangor Kini yg diterbitkan oleh manusia 

Pandangan yang disiarkan dalam Selangor Terkini merupakan rintihan dan masalah yang sememangnya dihadapi oleh rakyat, kata ADUN Kuang, Abdul Shukur Idrus, yang juga mengaku bahawa beliau ada mengedarkannya.

Secara kebetulan, katanya, kandungan Selangor Terkini adalah sama dengan pandangan pihaknya mengenai pentadbiran negeri dan ada orang yang menghantar akhbar itu ke pusat khidmatnya di Kuang.

Berikutan itu, katanya, beliau telah mengedarkan akhbar tersebut dalam satu majlis di kawasan pilihan rayanya.

Abdul Shukur yang juga ketua penerangan Umno Selangor bagaimanapun menafikan ianya diterbitkan oleh partinya.

Katanya, beliau sendiri tidak tahu siapa yang menghantar salinan penerbitan tersebut ke pusat khidmatnya.

Kewujudan Selangor Terkini dikecam oleh setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin, yang mendesak polis memperhebatkan lagi siasatan terhadap penerbitan itu yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.

Penerbitan itu dipercaya dicetak dan diedarkan tanpa permit dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kebenaran pihak berkuasa negeri.

Sumber : Malaysiakini   , Tajuk Berkaitan : Akhbar Palsu 

==========================================

Mamat ni buat pelik dah . Dia ngaku turut jadi agen dalam pengedaran akhbar misteri ni .. sebab elok je terletak kat depan pusat khidmat dia kat Dun Kuang nun .. kira cam magik laa .. tetiba je ada . Kalo buku 50 Dalil dulu ada pengarangnya .. tapi yang ni memang tak diketahui asal usul .. jatuh dari langit kot .. kah kah kah kah kah 

Mamat ni berjawatan Ketua Penerangan UMNO Selangor . Takkan dia tak tau basic dalam penerangan ? Maklumat kena tepat dan bersumber . Kalo idak .. dah setaraf surat layang je .. Takkan tak tau penerbitan cenggitu perlukan permit dari KDN ? so kalo dia sama sama tumpang tui dalam pengedaran akhbar ni .. secara otomatik dia sebahagian dalam penyebaran sesuatu yang melanggar akta .. tak gitu ? KDN taknak siasat ke ? 

Dalam masa yang sama , penggunaan lambang rasmi kerajaan Negeri Selangor pon turut merupakan satu kesalahan .. takkan dia tak tau ?? Bih tu cemana dia leh sandang Ketua Penerangan ? kah kah kah kah

Tapi apa nak heran ye dak ? makhluk dari planet ni semua pon boleh .. kah kah kah 

Asalkan boleh serang Kerajaan Negeri .. berita palsu pon jadi .. 

Nanti dia kata .. Akhbar tu terbit sendiri .. dan puak pencacai pon sambut ngan tepukan gemuruh ..

Macam kes peguam .. Semua tu macam saya .. tapi bukan saya 

Macam Kes TBH .. dia tak dibunuh dan tak membunuh diri 

Macam Kes DSAI .. dia mencederakan diri sendiri 

Sebab Malaysia Boleh ... kah kah kah kah kah 

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top