Tuesday, February 22, 2011

TAGGED UNDER: ,

Kerdau Bakal Jadi Bandar Alien ??

aik .. ni gambar papantanda Stesen Keretapi Kerdau tahun 2005 ..

Temerloh : Pekan Kerdau berpotensi dibangunkan sebagai bandar satelit menjelang 2020 berikutan kedudukannya yang terletak kira kira 20 kilometer dari Bandar Temerloh dan Mentakab dengan masa perjalanan kira kira 2 jam dari Kuala Lumpur ...

Sumber : Berita Hairan

============================

Gelembong dah mula naik syeh .. kah kah kah 

weyh ..luorang jangan le bagi pepening owang kampung 
Orang Kerdau bukan le macam owang kat Kepong 
Ini mesti idea datang dari grup profesor kangkung
Takkan ngan pakcik makcik tu pon luorang nak kelentong 
kah kah kah kah kah 

Yang tetiba keluar cerita pasal bandar satelit tu pasal hape ?
Takkan sebab alasan dari Temerloh dan Mentakab 20 Kilometer ?
Takkan sebab jarak dia dari kelumpo setakat 2 jam aje ?
Bih tu Bentong, Karak, Lanchang semua luorang nak campak mana ?
kah kah kah kah kah 

Adoih .. ni memang baik punya umpan 
Lagi baik dari projek mee cintan 
Sebab target 9 tahun ke depan 
kalo tak jadi pon .. takde sape nak perasan 
kah kah kah kah kah 

===============================

Bandar satelit ni hape ? bunyi macam pembelit je ... kah kah kah 

Macam macam cara nak kelentong owang kampung 

Profesor kangkung pon mula le create macam macam istilah 

Politik Wang dah lama ganti rasuah 

Rasionalisasi / Pelarasan Harga ... ganti Minyak/Barang Naik 

Sekang Bandar Satelit tu hape ? kah kah kah

Owang kampung angguk angguk geleng geleng .. 

Mulut memasing dah mula lazim ngan perkataan satelit 

Padahal mungkin dia tau satelit yang ada kat luar ruang angkasa tu je 

Humang aih .. kampung kita dah jadi satelit ... kah kah kah 

Denan Yakob kata .. “Arwah tak sempat (untuk menunaikan janji-janji itu), kita kena laksanalah...
“Bukan kerana pilihanraya, tidak... Contohnya, Allahyarham telah menjanjikan untuk membaiki rumah orang yang layak, setiap kampung lima (5) buah rumah. Dia berjanji, ada 100 buah rumah yang hendak dibaiki. Itu kita akan buat segera. Dalam minggu ini kita hendak buat. Sebab itu janji dia.( isu janji baikpulih rumah  masa PRU 12 dulu )

kah kah kah kah ... mujur ada PRK kat Kerdau skang ni

Baru le owang kampung dapat baikpulih rumah ...

Kalo idak .. PRU 13 pon belum tentu dapat .. waima sampai kaput .. kah kah kah

Bab baikpulih rumah owang kampung pon kantoi ... ni nak buat bandar satelit ?

kah kah kah kah .. sakit perot den .

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. koi nih sokmo lalu kerdau tuh...
    molek sgt kalu kerdau nak dijadikan bandar stelit tp jangan lee sakat manis mulut jek..
    parlimen kuala krau.. nama jek PARLIMEN ketnya tah apa2.. trafic light pun tarak w/pun dah bebilang-bilang org mati kat sempang tuh. bank pun tarak..

    ReplyDelete
  2. saya cadangkan pekan sari hari sabtu kat simpang kerdau tu dibuatlah di kawasan lapang, bukannya di muka simpang sekolah kerdau tu ye

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top