Kerajaan berkata akan menubuhkan satu badan bebas untuk menyiasat dakwaan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu, tetapi persoalannya, Siapakah yang bakal menganggotai panel siasatan tersebut dan apakah motif disebaliknya?
Satu perkara yang sering menjadi persoalan, keyakinan rakyat adalah amat rendah terhadap siasatan bebas seperti ini. Diantara pendapat yang paling kritis terhadap perkara yang diumumkan oleh Najib semalam datang dari Dr. Lim Tek Ghee, yang mengatakan ini semua tak lain tak bukan, hanyalah satu helah Pilihanraya semata mata.
"Dalam satu ketika, Najib mengatakan Bersih 3.0 adalah satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan. Seketika kemudian dia berkata akan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas. Ini membuktikan yang Najib tidak ikhlas dan ianya jelas hanyalah satu sandiwara politik memandangkan pilihanraya sudah semakin hampir." Ujar Lim, yang mengetuai badan Centre for Policy Initiatives.
Kita sudah mempunyai banyak pengalaman dengan Suruhanjaya Diraja dan pelbagai Panel Bebas lain, namun semuanya berfungsi hanya untuk memenuhi kehendak kerajaan semata mata, katanya lagi.
"Ia tidak akan menjadi 'bebas' sepenuhnya dan hanya akan menjadi alat menyampaikan hasil dari sudut pandangan BN dan Polis, yang kemudiannya akan dijadikan hujah dan modal politik oleh pihak yang berkenaan. Kita perlu menolak panel sebegini melainkan jika kerajaan menukar kaedah dalam pemilihan anggotanya. Terma terma rujukan juga perlu diberikan keutamaan."
Ketika diminta untuk mencadangkan nama untuk anggota panel tersebut, Lim berkata, cadangan itu perlu datang dari pihak yang terlibat - Penganjur Himpunan Bersih 3.0, Suhakam, Majlis Peguam dan Media.
Naib Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, bersetuju bahawa sebuah panel yang tidak mendatangkan apa apa hasil hanyalah satu usaha yang sia sia. "Kita telahpun mempunyai pengalaman yang mengecewakan dengan panel seperti ini, dimana pandangan awam tidak diendahkan dalam hasil laporan mereka."
Terdapat banyak bukti
Leong merujuk kepada Suruhanjaya DiRaja bagi Salah Laku Polis dan siasatan yang lebih terkini di dalam kes kematian Teoh Beng Hock.
"Malah laporan tahunan daripada Suhakam tidak dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Tidak ada gunanya mempunyai sebuah suruhanjaya siasatan, atau panel bebas atau siasatan Suhakam, jika penemuan dan cadangan langsung tidak diendahkan. Ia hanya satu proses melengahkan masa atau membuang masa dan juga sumber. "
Leong turut menambah, Pihak polis telah mengatakan bahawa mereka dapat mengenalpasti identiti para peserta Bersih 3.0 dari rakaman video dan foto yang mempunyai salah laku dan akan mendakwa peserta terbabit. Maka pihak polis juga sepatutnya melakukan perkara yang sama kepada anggotanya yang melakukan keganasan dan terlalu banyak bukti mengenainya di internet.
"Polis seharusnya menamakan pegawai pegawai ini dan serahkan kepada Peguam Negara untuk mendakwa mereka. Jangan buang masa, sila ambil tindakan"
Leong berkata jika pihak berkuasa ingin menubuhkan panel siasatan bebas, perkara perkara berikut wajib diambil kira :
- Siapakan yang akan menjadi ahli ?
- Apakah yang akan menjadi terma rujukan?
- Apakah kuasa yang dimiliki?
- Dari mana kuasa itu diperolehi?
"Adalah sangat tidak produktif untuk mempunyai satu panel siasatan namun akhirnya tidak membawa apa apa makna" Leong turut mempersoalkan jika panel yang ingin ditubuhkan itu hanya bermatlamat untuk menyiasat isu keganasan terhadap pengamal media. "Bagaimana pula dengan dakwaan keganasan polis terhadap individu individu lain yang terlibat dalam isu tersebut seperti para kerani, setiausaha, pengurus, doktor, jurutera, peguam, arkitek, ahli bank, ahli perniagaan, para pekerja IT, petani, pemilik gerai, pelajar, pesara, juruterbang, buruh, jururawat, artis dan lain lain?"
Kita Amat Perlu Pada Yang Berkecuali
Walau bagaimanapun, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam ASLI , Ramon Navaratnam, berkata mempunyai panel seperti itu adalah "masih lebih baik daripada tiada langsung" walaupun beliau lebih berminat jika siasatan dilakukan oleh Suhakam
Beliau mencadangkan nama-nama berikut sebagai pilihan untuk pengerusi suruhanjaya yang dicadangkan:
- Polis bekas ketua Tun Mohammed Hanif Omar
- Veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah
- Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam
- Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.
Seseorang yang terpercaya dan tidak mempunyai apa apa kaitan dengan polis perlu mengetuai panel, bukan saya, kita perlukan seseorang kredibiliti yang tinggi
"Siasatan perlu dilakukan dengan cepat - jangkamasa satu bulan, dan perlu tampil dengan kesimpulan dan cadangan. Terdapat bukti yang mencukupi dari setiap pihak"
Robert Phang, Pengerusi Social Care Foundation, juga berkata, Suhakam adalah badan yang terbaik untuk melakukan siasatan. "Suhakam dilihat sebagai anti-kerajaan, tetapi fakta itu sama sekali tidak benar," katanya.
"Dalam mana mana kes, tidak ada gunanya meletakkan mereka yang berpihak. Kita memerlukan seseorang yang lebih adil dan saksama. Satu nama yang boleh saya cadangkan ialah Naib Pengerusi Suhakam - Simon Sipaun. Juga Abu Talib Osman yang merupakan Pengerusi Suhakam. Kita amat perlu pada yang berkecuali. Persoalannya berkecuali dari apa ? Berkecuali dari sudut pandangan politik atau pandangan awam? Kita perlu mengenepikan ahli politik kerana mereka sememangnya terikat. Mungkin media juga perlu mencadangkan beberapa nama"
Semalam Najib berkata individu yang bakal menganggotai panel siasatan itu adalah mereka yang "boleh dipercayai, berpengalaman dan dihormati" sambil menambah mungkin ianya akan dibentuk dalam minggu depan.
Sebuah portal memetik kenyataan Tony Pua dari DAP yang mendesak kerajaan untuk melantik Suhakam untuk menjalankan siasatan dan berkata cadangan untuk menubuhkan sebuah panel bebas yang berasingan adalah sesuatu yang tidak perlu.
Terjemahan Bebas Karmic
Sumber Asal : Teoh El Sen @www.freemalaysiatoday.com - 4 May
blog lu wa dah link kan. tankiu
ReplyDelete@budak kampung online oret bro .. thanks :)
ReplyDelete