Wednesday, August 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Kementerian Pelajaran Di Gesa Perbetulkan Fakta Sejarah



Kota Kinabalu : Kementerian Pelajaran digesa memperbetulkan segera fakta sejarah tentang kemerdekaan Malaysia.

Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Edward Dagul berkata, buku teks sekolah terutamanya pelajaran Sejarah perlu menyatakan dengan jelas fakta sebenar mengenai perkara itu.

"Tarikh sebenar negara ini mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia iaitu 16 September 1963 adalah berbeza dengan tarikh Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957."

"Tarikh sebenar Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 juga sepatutnya ada ditulis dalam buku teks supaya generasi muda dapat membezakan antara kemerdekaan Malaysia, Malaya dan Sabah."

"Selama ini hari kemerdekaan yang diraikan diseluruh negara merupakan tarikh kemerdekaan Malaya dan bukannya tarikh kemerdekaan Malaysia."

"Malaysia hanya wujud 49 tahun lalu tetapi Kerajaan Persekutuan meraikan hari kemerdekaan kali ke 55 pada tahun ini"

"Perbezaan tarikh kemerdekaan antara Malaysia dan Malaya adalah jelas tetapi Kerajaan Persekutuan sengaja melakukannya kerana mempunyai motif tersembunyi" kata Edward.

Beliau berkata, pembetulan tarikh kemerdekaan itu perlu dilakukan segera supaya generasi akan datang tidak lagi salah tentang fakta sejarah membabitkan kemerdekaan Malaysia, Sabah dan Malaya.

Katanya, tindakan 11 pemuda yang merakam gambar di pintu gerbang Istana Negeri ketika majlis sambutan perayaan hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 amat bermakna kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, pemuda pemuda itu yang pada hari ini sudah menjadi warga emas mengulangi tindakan mereka untuk memperingati hari kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 2012 bersamaan dengan usia Sabah yang mencapai 49 tahun.

"Kesemua mereka menyaksikan kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 dan juga pembentukan Malaysia pada 16 September 1963"

"Mereka layak untuk memberitahu kebenaran dan fakta sejarah yang betul bahawa Sabah merdeka 49 tahun lalu. Hari Kebangsaan pada tahun ini juga seharusnya diraikan untuk kali ke 49 dan bukannya 55. Malaysia wujud 49 tahun lalu bukannya 55 tahun," katanya.

Beliau berkata, gambar itu akan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda bahawa hanya rakyat Sabah sendiri boleh mempertahankan kedaulatan, hak dan autonomi negeri ini.

Edward seterusnya berkata, hanya rakyat Sabah berupaya mempertahankan fakta sejarah yang betul dan maruah Sabah.

Katanya, perayaan Sabah Merdeka 49 anjuran SAPP adalah satu usaha untuk menegakkan kebenaran dan memperbetulkan sejarah. - Sumber : Akhbar

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

9 comments:

  1. Kepada owner Blog dan si edward sabah tu..saya mohon anda semua mengkaji sejarah kemerdekaan Amerika.

    Adakah Negeri2 dalam Amerika memiliki tarikh kemerdekaan yg sama?

    Jika anda sudah memahami soal sejarah Amerika,anda dengan terlebih senang memahami sejarah kemerdekaan Malaysia.

    seperti yg kita tahu,USA menyambut ulangtahun Kemerdekaan di Bulan Julai(tarikh tak ingat)..Tarikh tersebut sebenarnya mengikut kerajaan pusat Amerika iaitu Washington yg mencapai tarikh kemerdekaan pada hari tersebut walaupun Negeri2 yg lain mencapai hari kemerdekaan di lain2 tarikh.

    Bila menyambut Hari Kemerdekaan secara Nasional,Amerika umumnya mengikut Tarikh Kemerdekaan washington selaku kerajaan persekutuan..dan negeri2 lain dalam amerika menyambut hari kemerdekaan negeri masing2 secara berasingan.

    Mohon anda memahami penjelasan simple,Apa yg sering diungkiti orang2 sabah sebenarnya sangat kurang info ilmu Am.

    ReplyDelete
  2. @Baka Tok Ayah Thanks for input .. dan wa sebenarnya memikirkan fakta yang sama sebelum menerbitkan artikel kat atas ..

    Walaubagaimanapun, dari konteks yang dinyatakan oleh Edward juga bukan sesuatu yang salah dari segi sejarah.

    Umum tahu .. United States pada asalnya adalah gabungan 13 koloni negeri utara yang kebanyakannya adalah negeri pesisir lautan Atlantik yang mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada Pada 4 Julai 1776 .. selepas itu barulah US yang asal itu disertai oleh koloni koloni lain sehinggalah yang terakhirnya Hawaii. Jadi dari segi itu, memang negeri negeri kemudian perlu mengikut tarikh kemerdekaan US kerana mereka menyertai US.


    Berbeza dengan apa yang dinyatakan oleh Edward .. Sabah tidak menyertai Malaya malah bersama dengan Malaya untuk membentuk Malaysia pada september 1963 .. malah kita memang ada hari Malaysia yang diwartakan sebagai cuti umum.

    Jadi kesimpulannya memang berasas untuk tidak menyambut kemerdekaan ke 55 tahun buat Sabah kerana mereka tidak menyertai malaya yang merdeka pada 1957. Mereka bersama Malaya (selain Sarawak dan Singapore) untuk membentuk Malaysia yang lahir pada 1963 ..

    :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih feedback dari anda..

    Jika anda perhatikan betul2..konsepnya sama sahaja..kenapa perlu dipolemikkan?

    Lihat..Selepas Texas bebas dari Mexico..Texas menyertai Amerika membentuk United state of Amerika..Benda yg sama terjadi seperti sabah dan sarawak yang menyertai Malaya membentuk Malaysia..tapi apabila menyambut hari kemerdekaan di peringkat Nasional..mereka mengikut washington..selepas tiba tarikh hari kemerdekaan texas setelah bebas dari mexico..mereka menyambut hari kemerdekaan mereka sendiri sama seperti sabah dan sarawak menyambut Hari Malaysia.

    Sebenarnya hal ini tak perlulah sangat dipolemikkan kalau semangat perpaduan tu ada.

    ReplyDelete
  4. @Baka Tok Ayah Sekali lagi kita balik pada point asal .. semangat perpaduan tu tak timbul kerana bukan tu yang diperbincangkan ..

    Kita renung dari apa yang wa tulis dalam komen terdahulu .. asasnya mereka menyertai US .. bukan menyertai washington , sebagaimana Sabah menyertai Malaysia bukan menyertai Malaya ..

    Wa sendiri pon taknak perkara ni dipolemikkan atas dasar politik sebaliknya penekanan perlu diberi atas aspek sejarah ..

    kita kena faham .. kalau bukan sekarang .. perkara ini pasti juga akan timbul kerana zaman dah berubah .. maklumat semakin senang di akses.

    Artikel tersebut secara tak langsung menyedarkan betapa Malaya memang telah disahkan merdeka sejak 1957 sebagai Malaya ..nama Malaysia itu dirasmikan 6 tahun sesudah itu

    ReplyDelete
  5. Maaf teman nak sedikit komen menyeleweng tang perubahan fakta Sabah dalam sejarah. Teman takmo komen fasal kemerdekaan, tetapi nak komen fakta berkaitan ekonomi Sabah.
    Buku Ilmu Alam darjah 5 tahun 70an menyatakan bahawa Sabah merupakan negeri terkaya di Malaysia kerana mempunyai hasil minyak. Tapi sekarang Sabah merupakan antara negeri miskin di Malaysia. Dan fakta ini semuanya sudah tiada dalam buku2 sekolah sekarang.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya Baka Tok Ayah lebih arif sejarah USA daripada sejarah Melaysia

    ReplyDelete
  7. Orang dari Sabah negeri minyakSeptember 20, 2012 at 6:26 PM

    Makasih ya admin kerana tulis fakta ini...diamlah kamu orang2 malaya...jangan banyak cakap...apa point kamu wahai rojak? memang la sabah negeri termiskin skarang ne sebab semua sumber negeri kami dihantar ke malaya untuk kasi maju malaya beb so ko diam sahajala jangan banyak cakap, jangan tukar topik. Insyallah kalau da tukar gomen mungkin sabah tak akan jadi negeri termiskin lagi.

    ReplyDelete
  8. Orang dari Sabah negeri minyakSeptember 20, 2012 at 6:28 PM

    INI KALI LAH...ABU

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top