Sunday, March 6, 2011

TAGGED UNDER: ,

Swinger - Metode Terbaru Pra-Pasca Pilihanraya


Swinger - Bahasa mudah dia hayun /  hayunan / melantun / ulangalik
atau dalam bahasa standard dia ... mangkuk ayun~!!
kah kah kah kah kah

Lepas je pilihanraya ke 12 ari tu , sebelum PERAK dicabul , sebelum 3 owang wakil dari PR tetiba berubah jadi katak .. luorang ingat tak cerita Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim masuk PKR ? 

Nasarudin menyertai PKR tetapi beberapa hari lepas tu masuk balik ke lubuk Umno. Then, tiga Adun Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan sorang DAP – meninggalkan pakatan dan menyatakan sokongan kepada BN. Akibatnya, kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN negeri Perak.

Bebaru ni plak cerita dari Felda Jengka 25, bukan owang lain .. tapi bekas ketua cawangan parti keris gak .. ulangpakai skrip yang sama . Keluar kejap buang angin .. lepas tu masuk balik sebab dah kempis .. kah kah kah kah kah 

Ada 3 kemungkinan yang wa agak dalam kes kes gini ..

1. Mungkin pada awal nya mamat ni merajuk sebab tak diperhatikan.. kemudian kebetulan masa ni ada PRK .. so masa ni lah saat yang terbaik utk buat honar. Ye le ... semua lensa tertumpu kat situ .. kalo masa ni terseliuh sebab pasang bendera BN pon dapat masuk hospital kelas pertama (sesilap  bagi lagi sensasi kata kena kejar ngan petugas PAS) . So dia jump keluar .. baru le dapat perhatian .. kemudian datang le pujukan pujukan yang dia harapkan .. then .. swing balik ke tempat asal. 

2. Mungkin memang dah plan dari awal. Macam kes Adun Bota tu .. ni nama nya perang saraf. Bila dah dilambung isu yang dia sertai kem PR.. bila owang masih ada sisa senyuman .. dia swing balik .. buat owang lain semua terkedu sampai nak telan air liur pon sangkut. 

3. Geng gila glamour .. kah kah kah kah .. yang ni banyak .. setiap kali PRK atau PRU ada je beribu ribu orang yang dah tak percaya pada parti sekian sekian. Kengkadang datang dari cawangan yang tak wujud .. jawatan yang tak pernah ada .. nama orang pon tak pernah tersenarai dalam keahlian.. kah kah kah kah kah 

Apa pon kemungkinan .. geng geng ni semua nya memang tak pernah ikhlas dari awal .. semua ada kepentingan peribadi .. diowang ni samada sedar atau idak, memang tak layak dok dalam mana mana parti pon sebenarnya .. patut kena backhand je .. huhuhuhu

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top