perghh .. kalo batu ni yang jadi hujan .. bukan sekadar benjol .. tapi .. kojol .. kah kah kah kah kah |
Hari ni wa cuma buat blogwalking sebab kepala hotak wa kusut .. semalam pon wa tak update blog .. tapi apa de hal .. blog wa bukan ribu riban orang datang .. sape nak heran ye dak ? blog ciput .. tapi takpe, wa sedar keadaan tu .. kah kah kah kah kah ..
Alih alih wa terbaca satu komen dari blog otai Tukar Tiub (luorang boleh nengok kat sebelah kiri tu dia punya blog link) .. tanpa menunggu lebih lama .. wa cilok komen tu buat update .. sebab apa yang mamat tu luahkan adalah apa yang sebenar benarnya berlaku .. sebab wa sendiri pernah mengalaminya .
Luorang bayangkan le .. satu tin coke kecik 22pence .. wa beli 4 tin waktu petang untuk stok lepak masa malam .. tak sampai pon sepound sterling (masa wa lepak sana tahun 95 , conversion dia RM4 = £1 .. lepas tu kerja part time melambak .. sejam = £4.50 .. skang ni wa tak tau le rate dia) .. masa tu tiket tube (khidmat ketapi bawah tanah) untuk semua area baru £3. 60 sehari.. pegi le kemana mana destinasi pon .. turun naik ketapi sambung naik bas sampai lebam .. CD Metallica baru £5 je .. pendekata .. 10 pound tu susah betul nak abih dalam sehari .. kat Malaysia ?? RM50 gi pasar malam .. abih gitu je .. tak perasan .. kah kah kah kah kah kah ..
Ah wa malas aa nak ngomel bebanyak .. nak mandi .. luorang baca je la .. wa nak cakap .. tu le realitinya
================================
Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun. Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar, tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi...
1. Baju kat sana 3 pound. Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK ,baju orang kaya di Malaysia .
2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound. (wa tambah .. CAT 40pound , Dr Marten 25pound je)
3. Sewa bilik ada dapur 200 pound. (wa tambah .. studio room just 10 pound sehari.. kat tengah kota London woo .. bukan area setinggan .. kah kah kah kah)
4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama, paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana.
5. Pegi Asda ke Tesco ke, beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu.
6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir, orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana.
7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku, main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet.
8. Tambang tube nak ke airport...3 pound.
9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound.
10. Apa-apa barang pun mcm pakaian, tak puas hati dengan produk, boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari, takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut.
11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas...
12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash... dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini? Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand.. kereta di UK tidak ada value sangat kerana... pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat.
Bila dia balik Malaysia,
......kerja mesti kena ambik overtime, kalau tak duit tak cukup. Barang makanan sekali pegi beli Rm200. Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah. Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana? Adik ipar aku balik sini, sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku, "Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?"
Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain... Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK . Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia ,layak ke diorang?"
8 MAC 2011 3:59 PM Oleh Tanpa Nama
kah kah kah kah kah kah --di tempat orang takada subsidi -di negera sendiri ada subsidi --
ReplyDeletenapa lak pengeluar minyak sawit - keputusan bekalan --bukahkah itu semua membengokan rakyat --lu pikirlah sendiri --bertapa bertuahnnya menteri malaysia mewahhhhhhh
rj