Sunday, March 6, 2011

TAGGED UNDER: ,

Tuan Ibrahim .. Kasi Kering Kontang Laaaa

TEMERLOH, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) akan memfailkan saman terhadap akhbar Utusan Malaysia dan TV3 kerana didakwa memfitnah beliau membeli tanah peneroka Felda yang sebenarnya dibeli oleh pihak lain.

Berdasarkan laporan blog-blog Umno, semalam Utusan menyiarkan tiga artikel berturut-turut yang menuduh Tuan Ibrahim mengambil kesempatan daripada peneroka tanah rancangan yang kesempitan hidup dengan membeli tanah mereka.

Malah Utusan turut menuduh disebabkan pembelian tersebut, tuan tanah asal tersebut kini hidup dalam serba kedaifan.

Pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim turut dilaporkan Buletin Utama di TV3 pada sebelah malamnya walaupun selepas pembeli sebenar tanah tersebut, Ibrahim Osman membuat pendedahan sebenar dalam satu sidang akhbar di markas induk PAS Kerdau dengan menafikan perkara tersebut.

"Saya sangat dukacita dengan tuduhan itu kerana hasrat beliau untuk membantu saya dan peneroka berkenaan telah bertukar menjadi satu fitnah terhadap beliau.

"Hasil dari jualan tanah Felda tersebut, peneroka berkenaan telah berjaya membangunkan 15 ekar ladang sawit dan juga ternakan kambing dan lembu, bukannya menjadi dhaif sebagaimana didakwa," kata Ibrahim Osman dalam sidang media khas di Markas PAS Kerdau lewat petang semalam.

"Sebenarnya apa yang berlaku adalah, seorang peneroka Felda telah mengiklan di merata-rata tempat mahu menjual tanahnya. Beliau juga telah menemui saya dan meminta saya membelinya.

"Memandangkan saya tidak ada duit, saya telah bertanya kepada Datuk Tuan Ibrahim untuk membantu saya. Dia bersetuju meminjamkan dahulu duit kepada saya dan sebagai jaminan terhadap pinjaman tersebut saya bersetuju menggunakan nama isteri beliau sementara saya 
menjelaskan kesemua pinjaman itu.

"Apabila saya mempunyai duit, saya telah mengambilalih tanah itu dan menggunakannya untuk dicagarkannya kepada pihak Mara atas nama syarikat saya, Syarikat Pintar Kesuma Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa soal Datuk Tuan Ibrahim membeli tanah Felda sehingga menganiaya peneroka Felda tidak berbangkit sama sekali dan satu dakwaan dan tuduhan yang tidak benar.

Foto : Ibrahim Osman menunjukkan bukti bahawa tanah itu adalah milik beliau melalui syarikatnya

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dalam sidang media itu berkata, beliau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan isu ini dan hanya membantu meminjamkan wang kepada Ibrahim sahaja.

"Media dan Umno hanya cuba mengalih isu sebenar di Kerdau iaitu masalah hutang kerajaan negeri dengan membangkitkan perkara yang tidak benar ini," katanya.

Harakahdaily difahamkan Tuan Ibrahim akan berbincang dengan peguamnya untuk memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 serta beberapa pihak lain dalam masa terdekat.

Sumber : HarakahDaily

=============================

Kasi pecah laaaaa
Jangan sekadar suh mintak maaf ..
Kena ajar sampai lebam
kah kah kah kah kah

Standard dah tu ..
Utusan Meloya ngan TV3 suku
Sepusat sepusing dok mengampu
Juara gelembong, bohong dan menipu
kah kah kah kah kah 

Lepas ni Tuan Ibrahim jangan undur
Saman je diowang .. kena kasi gempur
Kalo boleh .. buat sampai diowang menggelupur
Jumlah kasi up .. sampai poket dia bocor
kah kah kah kah kah 

Kalo boleh buat macam si Rais Yatim
Sama blogger Sharpshooter dia mau claim
Padahal blogger umno yg patut kena blame
Sebab sebar isu Robengah yang dia dok aim
kah kah kah kah kah 

Blogger pencacai pon semua kasi redah
Jangan biar diowang sesuka sebar fitnah
Tunjuk experience diowang dalam mahkamah
Bagi diowang tau langit tinggi ke rendah
kah kah kah kah kah 

Nota : Bila Denan kata Pembangkang takde isu .. ini je isu yang beliau boleh bawak ?? memang lidah biawak  kah kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top