Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan.
“Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
"Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini.
Sumber : Malaysiakini
========================
Bila mamat ni diam .. wa ingat dia bodoh
bila dia bukak mulut ... laaa .. memang betul betul bodoh
kah kah kah
wa pasti dengan yakin bila lu sembang gini kat depan bebudak pencacai .. diowang akan tepuk tangan sambil anguk angguk kepala sambil membayangkan betapa otak lu memang ada batu geliga dan bertaraf glokal dan boleh gantikan tempat pengerusi pertubuhan bangsa bangsa bersatu .. kah kah kah .. eh kejap .. wa kunci jawapan tu .
Ello bro ..Isu kenaikan harga barang ni bukan modal politik la bro , ini soal ketelusan , ketelusan ~!! bukan keteluran .. kah kah kah
Ello bro ..Isu kenaikan harga barang ni bukan modal politik la bro , ini soal ketelusan , ketelusan ~!! bukan keteluran .. kah kah kah
Memang kerajaan PR kat 4 negeri tak dapat nak turunkan harga barang , konfem .. sebab belum pegang kerajaan pusat .. bukan pegang towkey barang punya pusat.. kah kah kah .. bila dah pegang kerajaan .. baru le boleh cerita .. sebab apa ? sebab yang kawal semua tu kementerian .. lu tau tak bro .. Kementerian ~!! bukan kemenyan .. kah kah kah .. sejak bila kerajaan negeri PR ada share dalam kementerian tu ? lu cakap ... cakap ~!!
Lagi satu lu cabar kerajaan negeri cari duit utk turunkan harga barang, weyh .. lu ni mabuk ke apa .. kah kah kah .. apa selama ni umno pakai duit tabung ke nak tadbir kerajaan ? lu ada akal ke idak ni ? Duit yang ada dalam dana kerajaan tu datang dari pelbagai jenis cukai, termasukla dari negeri negeri yang dikuasai PR. Lu tau ke cukai dari negeri Selangor berapa banyak ? tu jugak le yg luorang mentekadarah buat jadi macam harta mak bapak .. Apa kata lu cadangkan supaya hasil dalam negeri ni dikutip sendiri oleh Kerajaan Negeri memasing.. amacam .. berani ?
Tapi satu yang pasti la bro, wa dok kat Selangor. Tetiap bulan wa dah tak payah pikir nak bayar bil air ., memang le tak banyak .. tapi cuba lu bayangkan .. setiap kali bil datang .. nak terjojol bijik mata ...lu nak tau apsal ? sebab yg tertera kat situ .. kengkadang 8sen .. kalo banyak pon 23 sen .. tu paling maksimum.. lu bayangkan laa selama PR perintah Selangor , wa bayar air setakat ni tak sampai RM10 .. lu tau tak bro ??Tapi sape yg irihati ngan hasilkerja PR ni ? puakkk lu jugakkkkkk .. gila babun .
Bro .. dalam macam macam tekanan pon bro .. ahhhh .. wa kopipes je la .. lu baca sendiri ..
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui bahawa kerajaan negeri itu masih belum berjaya mencapai manifesto Pilihan Raya Umum 2008 dalam bidang ekonomi. Bagaimanapun, Azizan berkata kerajaan pimpinannya berjaya meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus.
"Jika dipandang dari sudut ekonomi, memang kita masih belum menampakkan hasil, tetapi dari sudut lain, kita telah dapat meningkatkan hasil negeri sebanyak 205 peratus."
Bukak mata lu besar besar bro .. 205% naik setahun .. 205% aduhai ... berapa banyak le gang lu dah kebas selama ni .
No 2 bro .. pasal Selangor plak ..
Dalam tempoh tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, YAB Dato’ Menteri Besar dan Pakatan Rakyat telah berusaha untuk menjamin demokrasi sebagai wahana tatakelola yang baik, ketelusan, pertanggungjawaban, merakyatkan ekonomi dan mengamalkan prinsip ‘value for money’ untuk menjana pertumbuhan ekonomi bagi memelihara kebajikan dan kemakmuran rakyat. Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan kecekapan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.
weyh .. laporan tu lu boleh cari kalo lu rajin baca Handsard Parlimen .. bukan wa yang sesuka cakap .. tapi Laporan Ketua Audit Negara la bro .. adoih .. lu tau tak audit tu apa ? kah kah kah
Ok no 3 .. dengan selamba kita skodeng Penang plak .. lu follow tak ni ?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melonjakkan pelaburan sebanyak RM1.53 bilion sehingga bulan Jun tahun ini.
"Statistik ini adalah berdasarkan laporan pelaburan terkini di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
wa nak bagitau lu .. yang ni pon bukan dibagitau oleh bomoh siam yang jual ubat kuat yang berlambak kat chokit nun .. tapi MIDA .. lu penah baca ke laporan MIDA ni ? .. kah kah kah
OK Last Call .. Kelantan .
“The World Bank (WB) in Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but it’s likely to stay that way for a considerable length of time given current efforts in poverty eradication".
eh .. apsal dia keluar Sabah plak ? kah kah kah ... owhh .. baru wa tau .. Sabah negeri termiskin , bukan Kelantan . Ke lu nak kata kajian Bank Dunia tu salah ? errr.. negeri Sabah sape yang perintah ? Negeri ke 2 termiskin kat Malaysia baru la jatuh kat negeri .. eh .. Terengganu ? aih .. bukan negeri banyak minyak ke ? .. padahal Kelantan apa ada ? kah kah kah ..
tu .. nengok bebaik .. ni bukan statistik yang dikeluarkan oleh Maniam peniaga kacang puteh bermotor .. tapi jawapan menteri dalam parlimen .. lu penah amik tau tak ?? cuba lu nengok 4 negeri yang teratas tu .. adoih .. segan le wa dengan keglokalan lu ..weyhh bro .. kesimpulannya .. KETELUSAN adalah perkara pokok .. bukan sekadar modal politik la bro ... bukak la fikiran .. jangan suka jadi bodoh .. kah kah kah
tu .. nengok bebaik .. ni bukan statistik yang dikeluarkan oleh Maniam peniaga kacang puteh bermotor .. tapi jawapan menteri dalam parlimen .. lu penah amik tau tak ?? cuba lu nengok 4 negeri yang teratas tu .. adoih .. segan le wa dengan keglokalan lu ..weyhh bro .. kesimpulannya .. KETELUSAN adalah perkara pokok .. bukan sekadar modal politik la bro ... bukak la fikiran .. jangan suka jadi bodoh .. kah kah kah
tepat dan bernas..thumbs up bro
ReplyDeletealamak wa yang tau cita pun..skrg da boleh pikir ...kasi tukau la...
ReplyDeleteAnon 1 & 2 .. thanks :)
ReplyDeletewaaaaa....makin pijar blog lu ni....i like.
ReplyDelete