Wednesday, January 26, 2011

TAGGED UNDER: ,

Awas : Projek Pemandulan Sebaran Akan Bermula


Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garispanduan berkaitan kenyataan dan perbuatan berbaur hasutan yang akan merangkumi penerbitan di internet seperti portal berita dan blog, Rabu ini.

Garispanduan itu, yang berasaskan pada empat atau lima undang- undang, telah diteliti oleh peguam negara, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri Dalam Negeri tahun 2009 dan 2010 bagi permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, permit masuk dan daftar lewat kelahiran, di Putrajaya hari ini.

Baru-baru ini, Hishammuddin mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media internet dan lamanweb sosial.

Petikan dari : Malayskiakini

=============

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

"Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya.

Petikan dari : Malayskiakini 

=============

Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.

Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

Petikan dari : Malayskiakini
=============

Luorang nak dengar satu kesah ?

Dedulu , masa wa muda remaja wa suka tengok TV , sebab tu je la yang ada sebagai hiburan . Nak nengok video bukan takde , tapi kena gi rumah jiran , kena bayar plak tu , 20 sen satu kepala .. adeih  .. tapi cerita punya pasal , wa menggagahkan diri gak curi duit syiling mak wa yang kengkadang berserepah lepas dia balik kedai (weyh .. wa masih kategori anak mithali .. lepas amik .. dah pakai .. baru bagitau .. kah kah kah) . Ada sekali tu wa terkena , jiran wa ni canang ada cerita baru .. Zombie .. perghh .. wa pon tanpa berlengah lagi terus spot check purse mak wa .. alahai mak .. bukan banyak .. 20 sen je .. . Sekali bila cerita dah dah start, laa rupanya cerita yang sama wa dah tengok 3 hari lepas. Then wa dengan rasa tak puas ati , mintak balik duit wa , baik wa gi makan ABC , tapi permintaan wa ditolak tanpa kos oleh jiran wa tu . Weyh Makcik Sauyah .. lu memang melayu glokal .. kah kah kah 

TV . Wa masih ingat cerita cerita yang bercorak sains fiksyen yang bagi gambaran apa yang akan terjadi di abad ke 21. Katanya masa tu , manusia akan sampai ke satu tahap teknologi luar jangkauan. Manusia dah boleh guna kenderaan terbang, lepas tu ada robot jalan sana sini kat pekan dan bandar, ada kereta yang supersonik dan memacam lagi la yang buat wa selalu nak kena pelempang dek ayah wa sebab asik bertanya .. pasal menda menda luar kawasan liputan ni .. adoih .. tapi wa sangat berharap dapat hidup lagi masa semua tu terjadi .

Bila melangkah je ke abad 21, syukur alhamdulillah , wa masih bernafas walaupon dalam lumpur (pinjam lagu Wings sat sebagai lagu latar belakang). Damn . Siyes wa tak pernah marah kat para saintis bila angan angan wa masa kecik tak berlaku pon dalam alam realiti .

  • Mana ada robot kat Bukit Bintang yang jual aiskrim ?
  • Mana ada kereta supersonik ?
  • Mana ada kenderaan kapal terbang yg bersimpang siur kat ruang udara ?
  • Mana de .. mana ? mana ?


Sungguh wa tak marah , sebab wa masih berpegang pada pepatah "kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan.. tak perlu dikesahkan" (Wings - wa pinjam lagu ni plak) . Apa yang lebih mengharukan bila kerajaan mula membina MSC .. multimedia super corridor yang wa nampak, sikit sikit, angan angan wa bakal jadi kenyataan walaupon dalam hati wa dah tau .. puak ni gebang je lebih . tapi takpe le .. janji IT mesti jalan terus. Salah satu produk hasil dari perkembangan ni ialah .. sesuatu yang dinamakan ..Dasar Langit Terbuka .. perghh .. nama yang cukup untuk buat wa mandi 3 kali sehari .. sape penah tutup langit . angkat tangan .. kah kah kah 

Dengan sistem jaringan maklumat tanpa batasan ni , wa rasa bebetul dah hidup dalam dunia futuristik . Sungguh . Tagline - "Ye nak cari apa ? Pakcik Google sedia membantu" wa rasa cukup meninggalkan kesan yang mendalam didaerah jiwa wa yang paling murni . perghh .. ayat tak boleh blah . 

Tetiba ari ni .. ada le 2 - 3 insan kamil (Camel) yang tetiba rasa , ruang langit terbuka ni sangat merbahaya kepada perahu perahu kecil dan sederhana. Untuk itu satu akta perlu diperkenalkan untuk menyekat maklumat yang sebenarnya dah banyak bagi anjakan paradigma pada pakcik dogol, wak karto, makcik joyah, eric mantoya dan berjuta lagi nama yang tak larat wa nak sebut sebab kalo diowang mintak royalti kang ..kat maa wa nak cekau duit ? kah kah kah 

Weyh , samdols , luorang nak suh owang balik dok kat zaman jepon ke ? nak suh berita hantar pakai telegram balik ? Sampai hati luorang merendahkan kemampuan mentaliti orang ramai ye ? Luorang dah buang tebiat ke hape ? Fitnah apa nya ? kalo luorang nak tau apa itu fitnah .. rajin rajin la baca utusan meloya ngan berita hairan .. tapi tu lu punya pasal la nak baca ke idak .. yang lu dengki dengan wa ni apsal ? patut kah ? patutkah ? kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top