Labis : Sebaik sahaja proses penamaan calon, Mohd Azahar Ibrahim, 39, tanpa membuang masa terus memulakan kempen seawal jam 2 petang dengan mengunjungi makam Tok Tenang iaitu pengasas Kampung Tenang yang juga berkaitan dengan salasilah keturunannya, di Tanah Perkuburan Islam kampung Tenang, dekat sini sebelum bertemu penduduk di sekitar kawasan Labis.
Sumber : Berita Harian
===================
Eermmm .. nak kata apa eh ? luorang ada nak kata apa ? malas betul le bab ni .. sebab owang melayu memang fofular ngan perangai gini ..errmm.. keris, batu, kayu, keramat .. Perkara ni pasti ada polemik yang tak kunjung padam .. sampai semua dah masuk kedalam . Apa yang wa boleh kata .. kalo sekadar nak sedekah Al Fatihah .. boleh je buat dari mana mana .. tak semestinya pergi kubur sebagai agenda utama .. ahhh .. wa malas nak ulas bebanyak .. cuma wa nak share beberapa perkara .
KHURAFAT
Semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam
Khurafat adalah bidaah akidah
Apa saja kepercayaan kepada sesuatu perkara yang menyalahi ajaran Rasulullah SAW.
CIRI-CIRI KHURAFAT
- Tidak didasarkan pada nas-nas syarak (al-Quran atau hadis Nabi SAW).
- Cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau karut.
- Bersumberkan kepada kepercayaan-kepercayaan lama dan bercanggah dengan Islam.
- Menggunakan objek-objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya.
- Mempunyai unsur-unsur negatif dari segi akidah dan syariah.
- Berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus
HUKUM BERAMAL DENGAN KHURAFAT
Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, al-Hadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد
Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.
Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan kepercayaan tauhid kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
===============
Mamat ni ..
mungkin tak berniat sampai memuja
mungkin sekadar kebetulan saja
tapi takkan tak tau mana yang lebih utama ?
ni sampai jadi tajuk berita
weyh mamat
jangan buat perangai lahanat
nanti orang ingat itu yang Islam suh buat
perkara utama gi kubur keramat
bukan ke lebih afdhal .. buat solat sunat ?
weyh mamat
cemana pon wa kena pesan
ada batasan kufur dan iman
moga lu tau bezakan
bukan hanya gah nak kejar jawatan
dah le .. wa stop dulu .. sebab wa dengar ..
ramai blogger nak bongkar mamat ni punya tebiat ..
abih tanah kat area tu dia rembat ..
biasa le kalo umno . banyak musibat ..
Tunggguuuuuuuuu ~!!
rasanya dia berkempen untuk para pengundi hantu kat situ la...
ReplyDelete