Ketua Wanita MCA Melaka, Kian Sit Har, yang ditegur Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 di Melaka pada 28 April lalu, bertegas bahawa parti itu mesti bangun menentang sebarang salah laku BN.
"Pada masa ini, kita tidak boleh bersikap neutral. Kita perlu membuat pilihan antara yang benar dan yang salah.
"Parti mungkin ada pendiriannya sendiri, tetapi kita mesti memihak kepada keadilan. Kita tidak boleh mengikut secara membuta tuli jika BN atau MCA melakukan sesuatu yang salah.
"Jika anda berfikir ada sesuatu yang tidak kena, maka kita mesti menyuarakannya. Betul tetap betul, salah tetap salah, dan kita tidak perlu takut (untuk bersuara)," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini di pejabatnya di Melaka minggu lalu.
Sebagai contoh, kata senator yang berusia 73 tahun itu, ialah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas untuk menyiasat keganasan di perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.
Dalam nada kecewa, Kian berkata: "Sudah pasti pembangkang akan menuduh kita tidak adil. Bagi saya pun, Hanif tidak sesuai.
"Selepas berkata BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan, bagaimana anda boleh memintanya menganggotai panel tersebut?
"Kami (di perhimpunan BERSIH) tidak pernah terfikir untuk menjatuhkan kerajaan semasa protes," kata Kian.
Sumber : Malaysiakini
=========================
Amacam .. apa rasa ?
Mungkin sekarang ni Ali Rustam tengah call Soi Lek
Dan mungkin Soi Lek tengah cari panadol
pening cemana nak jawab ngan Najib ..
kah kah kah kah kah
Soi Lek dapat cash ..
semalam dia tanya PAS dapat restu PR ke pasal muzakarah ?
hari ni nak tanya balik .. ketua wanita MCA tu dapat restu BN ke ?
kah kah kah kah kah
Wa rasa secara peribadi ..
BN takkan amik apa apa tindakan
sebab diowang baru je belasah DAP pasal Tunku Aziz
so diowang terpaksa diamkan isu ni supaya nampak lebih gentle
risau nak bersuara takut takut nanti tertelan batu ..
kah kah kah kah kah
hape pon tak bley..
Syabas buat Kian Sit Har
Walau berbeza ideologi .. tapi dapat buktikan ..
Keadilan itu milik semua ..
.. Justice For All
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah