Tuesday, May 22, 2012

Perbicaraan DSAI, Azmin Ali & Che'gu Bard Bermula

Foto: Malaysiakini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kawasan di sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta telah dikawal oleh pihak polis.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.

Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.


Kronologi : Update setiap 10 minit

9.20 AM:
Azmin tiba di mahkamah

9.40 AM:
Masih menunggu untuk ketibaan hakim
Kumpulan peguam pembelaan sudah bersedia dan hanya menunggu Karpal untuk tiba

9.50 AM:
Bilik mahkamah penuh. 3 pemimpin PKR ini adalah yang pertama didakwa dibawah undang undang yang baru diperkenalkan - Dr. Xavier Jayakumar

10.00 AM:


Kelihatan ketiga tiga pemimpin sedang berbincang bersama barisan peguam
Panas :  Datuk Yusof, pendakwa kanan kes fitnah liwat pagi ini tiba tiba sertai pasukan pembelaan kes DSAI
Pertuduhan terhadap DSAI mula dibacakan
Ikat jamin untuk DSAI sedang diperbincangkan
DSAI diberikan ikat jamin RM500

10.10 AM:
Mahkamah slesai baca pertuduhn terhadap DSAI, beliau tidak mengaku bersalah mahkamah bebaskan dgn ikat jamin RM500 (utk pertuduhan pertama)
Perbiacaraan untuk pertuduhan pertama ditetapkan pada 2 Julai

10.15 AM:
Pertuduhan dibacakan kepada Azmin Ali

10.17 AM:
Azmin juga diberikan ikat jamin sebanyak RM500

'Pertuduhan ke atas DSAI dan saya dibacakan di depan Hakim Tuan Mahmud Abdullah. Tarikh bicara 2 Julai 2012. Ikat jamin RM 500' - Azmin Ali

10.22 AM:
Pertuduhan pada Che'gu Bard pula dibacakan

10.23 AM:

'Alhamdulillah tuduhan dibacakan dan saya tak mengaku salah.. Hakim bebaskan dgn jaminan rm500.. Perbicaraan akan ditetapkan 2Julai' - Che'gu Bard

10.26 AM:
Tuduhan ke dua dibawah seksyen 188 Penal code dibacakan
Kesemua pemimpin dituduh secara bersama melanggar arahan mahkamah  pada hari perhimpunan

10.30 AM:
Mahkamah membenarkan ikat jamin bagi pertuduhan kedua kepada ketiga tiga pemimpin dan menetapkan 2 hb Julai 2012, sebagai tarikh perbicaraan.

1st charge of 'Street protest' means that 300,000 people committed the same offence! Why charge only 3 of them? Clearly political! - Sivarasa

10.40 AM:

Kes telah ditetapkan untuk diperdengarkan pada 2hb Julai 2012, pihak pendakwaan perlu mengemukakan dokumen kepada pihak pembelaan sebelum tarikh itu - Sivarasa

11.00 AM:

Dlm pejabat pegawai polis penjaga mahkamah...jumpa Tuan Munusamy, pegawai polis yg menahan saya di sekolah ketika mengajar hampir 11thn dulu - Che'gu Bard

11.40 AM:

DSAI sedang menunggu untuk proses ikat jamin

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. sumbat je mangkuk hayun tiga ekor tu dalam penjara..lepaih pilihanraya raya nanti baru lepaih depa...punya la baguih kerajaan la ni tu pun nak tukar...apa punya pr tau nak merusuh aje...kalau hangpa perintah pun sama juak makan rasuah.kroni,nepotisme,songlap,rembat macam kami la ni...
    diam diam aja lah...kalau kes lembu dulu hangpa tak kecoh ...dah setel dah,,
    kes kapal selam.altantuya,kes 1 bilion,,,kalau hangpa mangkuk hayun tak bising kat public mesti depa tak tau...kalau nak kami boleh bagi sikit kat hangpa...kes undi hantu .kami import bangla.myanmar,india,,,pilipin..kalau hangpa tak bising orangramai tak tau pun...relaks aja la...
    pilihanraya kami menang tiap-tiap 5 tahun...minyak kami nak naik ka,,cukai nak naik ka..duit kami tak bagi kat rakyat ka...depa tak kisah punyalah...hangpa tak payah bising-bising la ...apa punya pr bodoh...la ni terpaksa kami bazirkan duit juta juta bagi kat rakyat balik,,,,hangpa punya pasal rakyat dah tau.celik dengan perangai kami..minyak pun kami tak brani naik harga....

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top