Saturday, May 26, 2012

TAGGED UNDER: ,

Ustaz Mokhtar Senik Kantoikan Jamil Khir



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri jangan bohong, tidak ada satupun kenyataan dari Arab Saudi yang menyatakan kouta jemaah kita dikurangkan kerana isu Bersih 3.0.

"Saya telefon sahabat-sahabat di Arab Saudi, mereka bagi tahu tidak satu pun berita tentang kouta dikurangkan kerana Bersih 3.0, satu berita kolum kecil pun tak ada," ujar Ustaz Mokhtar Senik dalam ceramahnya dekat sini.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Jalan Tiang Tua, Pengkalan Minyak di sini malam tadi.

Beliau berkata kerajaan BN cuba untuk memburukkan Bersih 3.0 dengan mengaitkan isu kouta haji dengan penganjuran bantahan aman itu di Arab Saudi.


Roboh untuk buat yang baru

"Apa yang berlaku kouta haji semua negara dikurangkan kerana tindakan mereka merobohkan penempatan jemaah haji untuk digantikan dengan penempatan baru.

"Jadi oleh kerana ianya belum siap maka kouta tersebut dikurangkan.

"Tidak berbangkit langsung soal kemarahan kerajaan Arab Saudi terhadap demonstrasi Bersih 3.0," tegas Ustaz Mokhtar (gambar).

Menurut Ustaz Mokhtar, kerajaan Arab Saudi mempunyai pegawai-pegawai kedutaan mereka di Malaysia yang memantau dan meneliti himpunan Bersih 3.0.

"Pegawai-pegawai kedutaan mereka bukan duduk diam, mereka mengkaji objektif himpunan Bersih dan mereka melaporkan kepada Duta dan kerajaan mereka.

"Mereka tahu dan faham apa tujuan dan objektif Bersih 3.0, amat malang apabila kerajaan BN cuba menipu rakyat sekali lagi," tambah Ustaz Mokhtar.

==========================
Nota : 
Kalo tak membohong .. bukan le BN namanya .. kah kah kah 
Ini yang Pak Lah kata tu .. infra kelas dunia tapi mentaliti kelas 3
Macam rakyat masih duduk bawah lampu pelita minyak tanah
Macam time tv kena pakai generator atau bateri kereta 

Weyh .. Jamil .. zaman sekarang sekejap lepas lu cakap..
tak lama kemudian orang dah tahu lu gelembong 
semua pakai petik dan klik ..
Ke lu masih pakai dial up ?
kah kah kah kah

Sepatutnya berita tu berbunyi
Kerajaan Arab Saudi kurangkan kuota haji
Sebab menteri guna duit zakat untuk kegunaan peribadi
kah kah kah kah 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

5 comments:

  1. Itulah kelebihan UMNGOK masih lagi menganggap rakyat bawahan ni berfikir taraf IQ tolol macam mereka. Betul la kalau tak membohong tu bukan UMNGOK.

    ReplyDelete
  2. menteri agama jamil kucing ni pembohong juga.
    dasar jamil "madu tiga" p. ramlee,
    memang sah dia pembohong.
    jamil oooiii... duit zakat dah pulang balik ke?

    ReplyDelete
  3. BN - Bohong Namanya.....

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua komen anon diatas

    ReplyDelete
  5. lu jgn marah jamil kir dia tu adalah salah sorang asnaf maiwp tau!

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top