Sunday, May 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Isu Muzakarah: Perpaduan Umno & PAS Isu Yang Sudah Mati



ISU muzakarah antara Umno dan Pas mendapat perhatian semula selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, menyatakan kesediaan bertemu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Umno bagi perjelaskan dakwaan sesetengah pihak yang parti itu tersasar daripada perjuangan Islam.

Bagi merungkai isu ini, ikuti temu bual ringkas Sinar Harian bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, semalam.


Apa komen Datuk mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, seolah-olah beranggapan muzakarah ini adalah usaha penyatuan Umno-Pas?

Mustafa: Bagi saya, Muhyiddin mungkin tidak mengetahui niat asal Pas, muzakarah ini bukanlah berkenaan kerjasama politik. Mungkin kerana isu kerjasama ini berterusan lama, maka bila sebut sahaja muzakarah maka semua ingat kerjasama politik, sebenarnya tidak.

Apa yang Pas cuba adakan cukup jelas, iaitu bukan muzakarah politik, sama seperti yang disebut Presiden baru-baru ini, iaitu mahu membuka peluang kepada Pas untuk menjelaskan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan parti lari daripada perjuangan Islam.


Bagi Datuk kenapa Muhyiddin berkata demikian?

Mustafa: Mungkin Muhyiddin tidak tahu atau tidak faham ataupun buat-buat tidak faham.


Adakah berkemungkinan muzakarah politik boleh terjadi ekoran pertemuan ini?

Mustafa: Isu muzakarah politik atau kerjasama antara Umno dan Pas ini isu lama, kita sudah tutup buku, isu yang mati. Pendirian kita jelas seperti yang diterangkan sebelum ini.


Berapa banyak NGO yang sudah berminat untuk pertemuan ini?

Mustafa: Setakat laporan yang saya terima, mungkin Persatuan Peguam Islam mahu berjumpa dengan kita termasuk beberapa NGO lain. Kita sentiasa buka pintu pertemuan.

Ahad lalu, Abdul Hadi dalam satu sidang media menyatakan kesediaan parti tersebut bermuzakarah dengan semua pihak termasuk Umno bagi menjelaskan isu kekeliruan mengenai perjuangan Pas yang dikatakan terpesong dari matlamat asal.

Sumber : Sinar Harian 

=====================

Tepat dan jitu. Muzakarah untuk menjelaskan pendirian PAS dalam banyak isu berbangkit. Bukan sebagaimana yang difahami oleh puak ameno. BN serang PAS dari berbagai sudut kemudian tak pernah bagi ruang untuk menjawab dalam media siaran maka dengan itu PAS menyatakan kesediaan untuk muzakarah kalau ameno nak tahu jawapan. Jawapan secara berdepan bukan secara pukul curi. 

Kalau ameno nak timbulkan isu perpaduan lagi sebagai motif muzakarah, individu yang dikehendaki itu telah dikeluarkan dari PAS maka silalah berjumpa dengan Hassan Akidah, buat lah perpaduan dengan kumpulan Jati .. kah kah kah

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top