Sunday, May 20, 2012

Bersih 4.0 : Belum Buat Dah Kena Hijacked ??



Wakakakkkkk....Ini bukan BERSIH (Gabungan pilihanraya bersih dan adil) tetapi ini adalah Pemuda UMNO Selangor bersama-sama berganding bahu dengan PERKASA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyamar sebagai peniaga-peniaga kecil buat lagi satu NGO dinamakan BERSIH 4 yang dilancarkan di Dataran Madras depan Semua House, KL sebentar tadi......aktiviti penipu dan bodoh pertama mereka ialah akan memohon 60 permit peniaga bagi membuka gerai didepan rumah Datuk Ambiga pada 24-25/5/2012....Wahahahhahahahahahahhhhhaaaaaa.....bodus....  Sumber : Facebook Pejuang Keadilan



Pergh .. nengok muka sekor sekor .. ganaih ganaih ..polis pon tak berani amik tindakan kalo nengok aksi memasing..  kah kah kah kah

!update 4:58PM 20/5/2012


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Sekumpulan 60 peniaga merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara pada Khamis dan Jumaat ini.
Menamakan tindakan mereka sebagai “Bersih 4.0 — Mencucikan Bersih 1,2,3”, peniaga terbabit berbuat demikian bagi menampung kerugian mereka akibat perhimpunan yang bertukar ganas yang dianjurkan Ambiga di ibu kota pada  28 April lepas.

Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur Datuk Jamal Md Yunus berkata mereka akan berniaga pelbagai barangan, makanan dan minuman dari pukul 3.30 petang sehingga 8 malam pada hari terbabit.

“Kami berharap dapat memperoleh kembali kerugian akibat perhimpunan itu. Dianggarkan setiap peniaga boleh mendapat antara RM300 hingga RM500 sehari jika berniaga di kawasan itu (kediaman Ambiga),” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Turut hadir wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Majlis Perundangan Melayu serta peniaga kecil sekitar Kuala Lumpur.

Jamal berkata mereka akan meninjau kawasan itu esok sebelum memohon permit berniaga daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa ini.

“Kami akan teruskan berniaga jika permohonan permit tidak diluluskan kerana perhimpunan haram yang diadakan sebelum ini juga diteruskan walaupun tidak diluluskan oleh polis dan DBKL,” katanya.

Beliau berkata selain menuntut ganti rugi, Bersih 4.0 itu bertujuan menyampaikan mesej kepada penganjur perhimpunan haram termasuk Ambiga agar tidak lagi mengadakan perhimpunan yang boleh menjejaskan pendapatan peniaga dan mengganggu kententeraman awam.

“Bersih 4.0 ini juga untuk mencucikan kembali perkataan ‘Bersih’ yang telah disalahgunakan oleh penganjur perhimpunan Bersih serta memohon kerajaan mengambil tindakan kepada penganjur perhimpunan haram itu,” katanya.

Pada 10 Mei lepas, sekumpulan peniaga bertindak berhimpun dan membuka sebuah gerai burger di hadapan kediaman Ambiga, sebagai meluahkan rasa marah kerana menanggung kerugian selepas perhimpunan yang dianjurkan Ambiga dan disokong pembangkang itu berakhir dengan rusuhan. — Bernama

=============================

Geng peniaga rupanya .. kah kah kah .. Perkosa pon ada ..isk isk isk.. tak risau ke kalo ramai marking muka lepas tu boikot kedai  cik kak oih? 

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. Uihhh..! Sihat-sihat betul lembu peliharaan UMNO-APCO Zionis Malaysia nie..hahahaah....

    ReplyDelete
  2. Lepas ni pakat pamgkah mana2 makcik pakcik yang nak berniaga sangat kat depan rumah Ambiga tu. Biar rakyat ajar anjing2 upahan ni. Diorang ingat ALLAH tak tahu ke hati busok diorang yang turut serta dalam BERSIH 4 tu. Sekarang ni , balasan ALLAH tak payah nak tunggu bila dah masuk dalam kubur, tengah hidup ,dengan kufur nikmat ni ALLAH balas tunai didunia.. Makcik2 dan kakak kakek yang power tu , berniaga kat mana ye??????????

    ReplyDelete
  3. dah tak reti nak buat apa dah, bukan sorang AMBIGA yang mempelopori Bersih, ramai lagi, pegi lah buat depan rumah samad said pulak, inilah kalau pencacai, pengampu, dan pembodek UMPORNO, kesian melayu umno, mana lu punya Maruah, Islam tidak mengajar begitu,bagaimana kah kita nak dakwah kpd bukan islam, kalau ini lah cara yang di tunjukkan, islam menyuruh ummat nya menyampaikan secara berhikmah, kalau dah mereput inilah tindakan mengembalikan sokongan. terlambat....

    ReplyDelete
  4. Eloklah LHDN siasat peniaga-peniaga ni ada bayar cukai pendapatan ke tidak!!

    Kalau masuk RM300 hingga RM500 sehari tak kan tak kena cukai?

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top