Mereka juga memilih lilitan warna kuning .. Bersih 3.2 ?? kah kah kah |
Nota Foto : Orang ramai yang sedang berdemonstrasi didepan Pejabat KPUD DKI, Jakarta, Jalan Budi Kemulyaan, Jakarta Pusat pada hari Jumaat 18/5/2012. Aksi yang disertai oleh ratusan peserta dari pelbagai parti politik dan NGO adalah untuk menolak 1.4 juta pemilih yang diragui dalam daftar pemilih yang disenaraikan dalam Daftar Pemilih Sementara Pilihanraya Gubenor DKI Jakarta. Lanjutan dari demonstrasi ini, KPUD telah menunda tarikh penetapan Daftar Pemilih Tetap yang dirancang untuk diadakan antara 20 - 22 Mei nanti.
=================
Ketua Sekretariat Pendataan Pemilih KPU Propinsi DKI Jakarta (POKJA), Aminullah mengesahkan penundaan tarikh tersebut, seterusnya akan melakukan penelitian dan pengesahan atas dakwaan adanya jumlah berganda (pendaftaran lebih dari satu kali) dari daftar pengundi serta pelbagai keraguan lain.
"Penetapan Daftar diperingkat PPS ditunda. Kami menunggu maklumbalas dari masyarakat. Kemudian akan disahkan semula, kerana perlu dibuktikan", kata Aminullah di Jakarta, Jumaat 18 Mei 2012.
Biarpun, mesyuarat DPT tertunda, Aminullah tetap berharap agar jadual yang telah ditetapkan berjalan mengikut perancangan. Menurut jadual KPU Propinsi DKI Jakarta, semakan diperingkat PPS dilakukan pada 18-20 Mei dan pengumuman Senarai DPT pada 20-22 Mei.
"Jika proses semakan di peringkat PPS lancar maka untuk peringkat selanjutnya sudah lebih mudah, sehingga mudah mudahan tidak menunda proses selanjutnya", jelasnya lagi.
=======================
Nota Kaki :
Weyh .. SPR kena tengok dan belajar
Jangan tanya Haniff Omar .. nanti dia kata nampak komunis dalam foto tu
Jangan tanya KPN .. nanti dia kata perhimpunan tu takde permit
Jangan tanya Mooyiddin .. nanti dia cakap SBY dah offer stadium
Jangan tanya Najib ngan Madet .. gerenti demonstrator tu nak runtuhkan kerajaan
Jangan tanya kat peniaga, pemandu teksi dan mufti
Jangan , Jangan , Jangan .. kah kah kah kah
Himpunan aman walaupun kat tengah bandar Jakarta
Takde Halangan dari PBT
Takde FRU dan Polis
Takde Teargas dan Watercanon
Jawatankuasa Pilihanraya mendengar bantahan rakyat
Kat sini .. apa pon tak boley .. kah kah kah kah
Rujuk Entri Terdahulu |
dalam masa sepuluh tahun lagi indonesia mungkin akan mencatat pendapatan per isi rumah yang lebih tinggi dari malaysia!
ReplyDelete