Saturday, May 26, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Refresh : Isu Demonstrasi Haram - Jangan Main Tenis Tapi Guna Peraturan Badminton



Penjelasan yang perlu difahami oleh semua yang mempertikaikan demonstrasi atau mereka yang bersetuju tapi ragu dengan hukum demonstrasi.

Cuba anda bayangkan, anda bermain bola sepak di padang, tetapi menggunakan undang-undang ping-pong?

Fikirkan juga, anda mahu menghukum demonstrasi yang merupakan antara komponen demokrasi, tapi anda menggunakan asas peraturan sistem syura yang diamalkan dalam memilih pemimpin pada zaman dahulu.


Ikuti video penjelasan
Penceramah: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Tanyalah Ustaz (12/6/2011)
Tajuk: Amar Makruf Nahi Munkar
Kredit: Tukang upload MP3 entah siapa entah..
Jangan ragu-ragu! Demonstrasi adalah halal! Bukan bid'ah dan bukan haram..




Antara Isi Kandungan Yang Disentuh :

  • Jangan terlalu kaku ketika berhadapan dengan teks syarak (nash) yang berkaitan dengan muamalat. Tidak seperti dalam hal-hal ibadah.
  • Dalam hal muamalah mestilah bertepatan dengan maqasid atau roh syariah. Sedangkan dalam hal ibadah mestilah bertepatan dengan teks syarak atau nash.
  • Cara perlantikan pemerintah pada zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman selepasnya adalah berbeza dengan yang ada sekarang, iaitu demokrasi. Dahulu, untuk melantik khalifah tiada pilihanraya. Tiada pungutan suara dari rakyat. 
  • Islam tidak menghalang cara demokrasi dan segala komponen di dalamnya yang tidak bertentangan dengan syariat.
  • Demonstrasi adalah salah satu dari komponen demokrasi yang tidak bertentangan dengan Islam.
  • Hadis-hadis tentang menegur pemerintah dan ketaatan kepada mereka hendaklah difahami dalam konteks hadis itu. Ia tidak boleh digunapakai secara umum.
  • Cara untuk mengelakkan demonstrasi ialah dengan kerajaan mendengar pandangan rakyat.
  • Dibenarkan mengadakan demonstrasi aman untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang kelemahan kepemimpinan. Namun tidak boleh menyentuh kesalahan individu atau peribadi pemimpin.
  • Apakah melaungkan bantahan terhadap pemerintah atau menegur mereka secara terbuka boleh dilabel sebagai Khawarij? Selagi rakyat menegur dan meluahkan perasaan marah secara aman tanpa angkat senjata, mereka tidak boleh dianggap sebagai khawarij.

Dengar dan cuba fahamkan.

Sumber 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top