" We dont fight Israelis because they are Jews. We fight them because they are occupiers. If my own cousin had stolen my land, I would have fought him to get it back" - Syeikh Ahmad Yassin
==============
Sesungguhnya aku seorang tua yang lemah tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan lenganku yang sudah mati (lumpuh).
Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggemparkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini). Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan-(kerusi roda)-ku.
Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang berbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan. Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa umat Islam hingga menjadikan mereka begitu lemah?
Adakah kalian semua begitu, wahai umat Islam? kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman tehadap kami sehingga tiada suatu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?
Tiada suatu kaum pun (diantara kalian) yang bangkit menentang musuh musuh Allah yang telah mengobarkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukar kami dari pada golongan mulia yang dianiaya dan dizalimi kepada pembunuh dan pembantai yang ganas. (Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh musuh ) yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan pada nya ada kemuliaan?
Tidak malukah negara-negara ummat Islam ini membiarkan penjajah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah kekuatan-kekuatan ummat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya, dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai ramai sambil menyerukan,
“Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang di patah-patahkan. Kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hamba Mu yang beriman.”
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakangi (dalam keadaan melarikan diri) dan akan mati bersama-sama kami.. anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemudi.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakar bagi ummat yang diam dalam kebodohan. Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.
Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesunguhnya Allah akan menghukum siapa saja yang lalai menunaikan kewajiban yang diamanahkan. Dan kami berharap pada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin ummat ini.. wahai bangsa ummat ini.
» Teks Ucapan Syeikh Ahmad Ismail Yassin ( 1938 - 2004 ) .. gugur syahid pada subuh Isnin 23 Mac 2004 akibat dibedil dengan 3 roket yg dilancarkan dari helikopter Apache . Rahmat Allah ke atas beliau.
0 comments:
Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah