Saturday, January 22, 2011

Bik Mama - The Puaka Strike Back

Lawatan ini adalah untuk rakyat Malaysia .. saya sayang anda semua .. kah kah kah 
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Pihak yang mengkiritik lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara tidak faham dengan peraturan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.¹

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentadbiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Rais berkata, demikian bagi membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan lawatan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri ke tiga buah negara itu.

"Teguran ini bangkit dari rasa politik jahat yang pada akhir-akhir ini dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dibangkang dan pembangkang gemar memperli, memperkecilkan dan memfitnah orang-orang yang berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - Bernama

Lanjutan dari tajuk Bila Rosmah Mansur Menggedik 
======================

Kadir Jasin Mengatakan  

"Rosmah sudahpun mempunyai profil yang cukup tinggi dan mempunyai kedudukan de facto dalam sistem pemerintahan negara melalui projek Permata Negara yang mendapat peruntukan langsung dari Perbendaharaan sebanyak RM111 juta dalam Belanjawan 2011². Beliau juga memperoleh dan menikmati liputan berita yang cukup rapi dan meluas daripada media," tulis Kadir.

Selepas memperincikan kemunculan begitu ramai isteri sebagai pengganti suami dalam lanskap politik dunia, Kadir sempat mengusik: "Saya rasa pembangkang pun akan pening kepala kalau Rosmah bertanding. Hubungan beliau yang akrab dengan bintang-bintang Bollywood, boleh digunakan untuk menarik puluhan ribu hadirin ke ceramah-ceramah pilihan rayanya..  kah kah kah .. 

======================

Lihatlaaaa keindahan .. sawah padi bersama hati kuuuuu
Lihatlaaaa kebengongan .. sorang menteri asal jelebu
kah kah kah


weyh mamat jambatanª ..
semenjak dua menjak ni banyak plak lu meraban
apa bodek najib ke ? nak kaver lu punya jamban
yang dipertikaikan sekarang bukan sekadar lawatan
tapi mileage dia dah lebih dari menteri kerajaan


weyh mamat jambatan ..
bik mama ni dah lebih dari Agung³
semua makan pakai nak kena tanggung
padahal rakyat tau dia punya pekung
Najib sendiri pon tak dapek nak nolong
kah kah kah


weyh mamat jambatan ..
kalo dia bebetul nak jadi menteri
lu nasihatkan dia cecepat balik kesini
lepas Tenang ada 2 kerusi lagi menanti
suh dia jadi calon .. wa tak sabar nak undi
kah kah kah


weyh mamat jambatan ..
lu tak rujuk Tun Det ke mintak pendapat
cemana dulu dia serang budak tingkat 4
sebab takde portfolio tapi ada pejabat
ke sebab dia laki PM .. lu kaver dia rapat rapat ..
cilanat .. kah kah kah

errr... Tun Det .. taknak ulas ke isu ni ? ke sebab dia tak de kena ngena ngan Badawi ? kah kah kah

Nota : Masa di Singapura dulu pun Rosmah pernah kata dia TIDAK AKAN MEMPERDULIKAN apa rakyat kata tentang beliau kerana perkara yang sama juga turut dialami oleh wanita-wanita pertama dari negara lain. Dengan maksud lain, Rosmah akan terus hidup dengan gaya bermewah-mewah selagi peluang ini masih dinikmati ketika laki masih menjadi PM sekarang, 

dah tak jadi besok belakang kira, 
buat masa ni dia tak akan peduli apa orang lain nak kata
ada peluang rembat je apa yang tiba 
Najib tak kisah .. sebab dia sibuk ngan mimpi altantuya
kah kah kah 

Rujukan :
1 - Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet .. errr . bukan masa ni lu pon menentang kerajaan ke ? kah kah kah
2 - Baca Kisah FLOM ( First Lady Of Malaysia) perghhhh

3 - Rosmah took in the sights of Muscat during a cruise on board the Fulk Al Salamah (Ship of Peace) that belongs to the Ruler of Oman, Sultan Qaboos bin Said. It is learned that it was very rare for the Omani monarch to consent to the 136m-long yacht being used to carry guests from outside the Omani royal family. 

a - Kenyataan mamat jambatan ni masa dok dalam S46..  bila ditanya kemungkinan untuk menyertai semula gerombolan .. katanya .. Jambatannya telah ku bakar ... kah kah kah .. jambatan kayu ke ?

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. kah kah kah kah kah --memanggggggggg puaka tahap dewa
    rj

    ReplyDelete
  2. [ma] RJ bukan tahap dewa aaa ... tahap dewata raya .. kah kah kah [/ma]

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top