Thursday, January 20, 2011

TAGGED UNDER: , ,

Isa Semakin Pendek ..

Saya seorang muslim .. kadang kadang pon tak berapa paham apa itu  Islam .. Oleh itu sumua orang pon musti bersama Be End supaya terus tak paham Islam .. sekian trrrrimaaaa kaseyyyy










KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.

“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya.

Petikan dari Sumber  
Update Yang Berkaitan : Say No To Isa Samad
==============

adoih ... adoih lagi


mamat ni dah masuk kategori antik 
tapi dia ni geram je wa nak debik


kalo boleh debik sampai lembik
tak sedar umo makin pendek
tak abih abih dengan membodek
tapi dalam umngok .. apa nak pelik .. ye dak ?
kah kah kah 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)
sebab tak paham le kena bagi paham 
bukan asik dok dalam syak dan waham
sampai bila lu nak membaham
segala halam haram pon lu taram 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)

lu kan dah terbukti kaki rasuah 
sebab tu hukum semua lu main redah 
sekang ni lu nak serang Islam pulak dah 
pergh ..lu memang sah haramjadah 
kah kah kah 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)

diowang tu dah tentu bukan penganut
kalo lu tak bagi faham cemana diowang nak ikut
so sebab tu kena ada PAS untuk bagi input 
tapi lu plak buat perangai badut 
kah kah kah 

Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..
weyh .. siamang pendek   (sorry wa geram   kah kah kah)

lain kali cakap guna la akal
sebab tu la kena banyak tawakkal
tapi ye la .. kepala lu dah penuh kari dan dhal
sebab lu ngan mamak madey penah sekapal 
kah kah kah 

Nota : Mamat ni dah jadi cam kaduk naik junjung .. almaklum la .. baru terlepas ... kah kah kah
Nota : Edit Tajuk  .. Isa Semakin Pendek .. Akal .. 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Isa kata : Kita (UMNO) yang sudah muslim, kadangkala tak paham Islam ..

    macam mana nak paham klo ayat Al Quran yg diambil sekerat2....klo terkena batang hidung terus dipancung...
    tak semestinya kita pendek..akal pon pendek...kerana akal panjang le hukum Allah ditentang...hanya nampak yg senang2...yg susah tinggal dibelakang...

    umngok ni hidupnya dah lama...pelan lama pelan hancur jadinya...orang2 yg bermasaalah semuanya diberi tempat...melainkan KJ seorang...tercungap cungap melepas diri...entah hidup entah mati...lu tanggung le sendiri...

    ReplyDelete
  2. waghih david arumugam belah mana pulak ni?

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top