Thursday, January 20, 2011

TAGGED UNDER: ,

Bila Rosmah Mansur Menggedik

I am The First Lady Of Malaysia .. you know ...

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama

============

uuuuu ?
biar betik minah ni 
kah kah kah 


Wahai rakyat Negara
Wahai rakyat 1Malaysia
Tak kira bangsa, parti dan agama
Mari kita berbaik sangka
kah kah kah


Jangan lah kamu bermuram durja
First Lady kesana untuk mewakili kita
Walaupun siang malam melaram sesaja
Hotel pon bukan calang calang punya
kah kah kah 


Wahai pakcik makcik kat kampung
Semua jangan dok termenung
Sebab First Lady dah ganti Permaisuri Agong
Sampai pak arab pon kena lebong 
kah kah kah 


Wahai semua rakyat marhaen
Jangan lah asik fikir kelain 
First Lady kata ini lawatan bukan main main
Sesambil tu dia boleh ushar kain
kah kah kah 


Katanya lawatan ini banyak faedah
Demi rakyat dari Perlis hingga ke Sabah
So takde hal laa duit kerajaan dia tarah 
Lagipon .. ramai yang tak kesah 
haram jadah .. haramjadah 
kah kah kah

Nota : Makin terserlah kerakusan bik mama ni .. weyh .. sape yang lantik dia jadi PM ? kah kah kah 


Nota Sisi : Kutipan Dari Blog Member
Siapa gerangan Bik Mama - Kenali Rosmah Mansur  
Bik Mama Mengganas - Pembaziran Semasa Lawatan 
Pejabat F.L.O.M - Bongkar - Pejabat Bik Mama Di JPM

About Karmic Wheel
The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

3 comments:

  1. [ma] ujian menggerakkan tulisan bagi keenseman blog [/ma]

    ReplyDelete
  2. konpius sapa menteri malaysia sekarang nih.. bini menteri lak terlebih sibuk dari menteri..

    agaknya dunia tak mo layan sang menteri, maka dia anto bini lak.. kut2 dapat layanan..

    ReplyDelete
  3. [co] Malaysian Makcik [/co] jangan kompius .. relakan aja .. kah kah kah

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top