Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan kenyataan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew meminta umat Islam negara itu longgarkan pegangan agama kerana beliau memang langsung tidak menghormati agama dan sensitiviti orang lain.
Dr. Mahathir juga melihat orang Melayu Singapura ketakutan dan sentiasa berjaga-jaga jika mahu bersuara sebab bimbang menjadi mangsa.
Sumber : Meloya
===========================
Tun ..
Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entah kan tidak
Apa diharap pengertian orang
Diri sendiri pon sama haprak
Tun ..
Apa diharap pada Lee Kuan Yew
Bukan Islam, melayu pon tidak
Pakat pakat le tegur MCA dulu
Toksah dok kalut yang seberang tambak
Tun ..
Pulau Pandan jauh ketengah
Gunung Daik bercabang tiga
Singapura tu PAP yang perintah
Sayang .. dalam negara pon 2 x 5
Tun ..
Pisang Emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Kenyataan LKY memang kurang ajar
Kenyataan Tun lebih mengguris hati
Masih ingatkah Tun pada kesemua kenyataan Tun yang mencerca Islam ?
Masih ingatkan Tun pada kesemua perkataan balaci balaci yang mengampu Tun ketika itu ?
Masih ingat kah ... kah kah kah
Wa tak heran Tun
Wa tak harap Tun ingat
Sebab seperti kata Tun .. Melayu Mudah Lupa
Tapi Tun ..
Segalanya wa masih simpan
Segalanya masih segar diingatan ..
Kata kata itulah yang membuat orang semakin tak paham agama
Kata kata yang membuat Islam ditertawa
Wa titip kan kembali kat sini ..
Moga Tun dapat imbas kembali ..
======================
Kenyataan Tun dalam temubual dengan wartawan, 18 Ogos 1991 :
“Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”
Ucapan Tun di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC 8 Nov.1991 :
“Ajaran ulama’ inilah yangmenyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata membuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.
Ucapan Tun pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor :
“Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti”
Ucapan Tun pada 2 Mei 92 :
“Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”.
Kata kata Tun dalam temubual dengan media massa, 14 Julai 1992 :
“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
Kenyataan Tun ketika bercakap kepada wartawan, 24 April 1992 :
“Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”
Kenyataan Tun dalam kenyataan kepada wartawan, 30 April 1992 :
“Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud, tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
Ucapan Tun dalam ucapan di Papar, Sabah, 2 Mei 1992 :
“Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim: “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”. (Subhanallah.. Tun, ini tuduhan pada Allah)
Ucapan Tun di Pasir Mas Kelantan pada 14 Ogos 1994 :
“Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.
Ucapan Tun di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan pada 3 Mac 1994 :
“Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
Ucapan Tun di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan pada 3 Mac 1994 :
“Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik”.
Cabaran Tun di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994 :
“Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”
Ulasan Tun di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 :
“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”
Lanjut Tun ketika di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 :
“Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”
Dan lagi kata Tun didepan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 :
“Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”
Renungkanlah kata kata Tun sendiri dalam ucapan di Pasir Mas, 14 Ogos 1994 :
“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
Sindir Tun ketika di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 :
“Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”
Ucapan Tun di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 :
“Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.
Kemudian berlanjutan di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 :
“Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”
Kata kata Tun dalam sebaran Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS :
“Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.
Tun tak puas hati lalu pada 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO :
“Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.
Lanjutan dari gesaan itu Dato’ Ishak Baharom telah ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.
Tun ..
Apa ke jadahnya semua ni ?
Semudah tu ke Tun lupa ?
Itu ke yang Tun maksudkan pada LKY sebagai langsung tak menghormati agama ?
Sabar dulu Tun ..
Perkara ini berjangkit pula pada anak didik Tun
Anak didik yang 2 daripadanya mewarisi corak pemerintahan Tun
Yang ketika itu pula berada bawah naungan Tun
Sebuah naungan yang selamat.
Wa titip kan sekali kata kata kedua duanya..
Bersama dengan labu labunya
Pewaris langsung pemerintahan Tun, Tun Abdullah pada 13 Nov 99 berkata:
“Apa erti negara Islam jika mundur”.
Tun Abdullah juga mengikuti jejak yang Tun tinggalkan dengan sewenangnya berkata :
“Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya”.
Malah Tun Abdullah lah juga yang mengenalkan Islam corak baru yang diberi nama Had Hari nya ..
Anak didik faveret Tun, Najib, yang menjadi PM sekarang telah berkata pada wartawan pada 20 April 92 :
“Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”
Begitu juga dengan kata katanya pada tahun 93 :
“Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.
Turut berada dalam senarai, kesemua orang orang yang sengal yang turut berada dibawah didikan Tun
Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993 :
“Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan”.
Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio 3 Ibu Kota, 6 Mac 1994 :
“Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 :
“Tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang”.
Dato’ Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub “The Ship” di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras :
“Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya,”
Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis Peguam :
“(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”
Dalam banyak banyak kenyataan ni Tun, ada satu yang bebetul buat wa pecah perut .. sungguh berhasil cara didikan Tun dalam menyerang agama .. Ini satu kenyataan oleh Mat Bebal yang masih ada dalam kerajaan hari ni .
Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam :
"Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat demikian ia akan hilang undi kepada PAS".
kah kah kah kah kah
UMNO terpaksa kan Tun ? Terpaksa je guna agama untuk kekal berkuasa.
Tun ..
Kebelakangan ni .. semakin banyak serangan keatas agama telah berlaku
Kenapa Tun tak perbetulkan ?
Kenapa Singapura yang lebih Tun titikberatkan ?
Jangan lupa Tun ..
Ucapan Masyitah yang membenarkan pelacuran :
"Wanita dibenarkan melacur". Beliau antara lain mengatakan bahawa wanita boleh melacurkan diri jika kesempitan hidup atau darurat.
Ucapan Masyitah lagi :
"orang itu mencuri, adakah kerja kita nak buat hudud potong tangan dia saja. takpelah! dia mencuri tangan kanan, potong tangan kanan, dok esok dia mencuri lagi, potong tangan kiri, lepas tu dia mencuri lagi, nak potong apa pun tak tau, potong kaki pulak, lepas tu dia mencuri lagi, curi dengan mulut la dah takde tangan! Adakah kita nak melaksanakan hukum potong tangan itu ke, ataupun kita nak bagi kat dia ruang macam mana dia boleh berniaga, bila dia sudah ada ruang-ruang kebaikan maka dia tak mencuri la, macam tu lah....."
Lagi Honar Oleh Masyitah
Ketika serbuan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) terhadap remaja Melayu yang mengadakan Pesta Seks di Disko Zouk, Jalan Ampang Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Biarpun kejadian tersebut dianggap suatu penghinaan terhadap umat Islam di negara ini, namun Dr.Mashitah lebih suka menyalahkan pihak JAWI yang kononnya bertindak melampau terhadap remaja terbabit. Walhal, dalam kes tersebut remaja terbabit sememangnya berperlakuan sumbang, minum arak serta langsung tidak mencerminkan imej seorang remaja di sebuah negara Islam Hadhari seperti Malaysia ini.
Tun ..
Banyak lagi yang wa nak titipkan
Termasukla yang terbaru .. Isu Salam Menggunakan Sarung Tangan
Tapi udah udah laa
Moga moga pembaca bukan orang yang mudah lupa
Tak seperti kata Tun .. tapi .. err .. Tun Melayu ke ?
Kah kah kah kah kah
kah kah kah kah kah...
ReplyDeleteitu TUN mamak KUTTY Keirala, mana boleh dia lupa.. yg lupa cuma melayu.. itu TUN juga kasi hina sama itu agama, lagi mau bising ka kalu itu worang cina kutuk sama Islam..?? itu TUN apa ugama pun dia tarak tau ka?? dia Islam ka? kalu Islam kalu, apsai itu janggut nabi jugak itu TUN ada kutuk?
[ma] @madieWowh itu pasal gillete ka ? haiyaa .. wa pon sudah lupa .. ya la .. wa melayu maaaa .. kah kah kah [/ma]
ReplyDelete