Saturday, February 5, 2011

Apabila Sang Katak Berkokok

Adoih .. Jangan lupa kaver perut .. kah kah kah

Selalunya apa je ayat yang keluar dari mamat ni memang buat wa rasa nak terajang tong sampah . Memang gitu le selalunya sebab bagi wa , dengar bunyi itik menyudu 1000 kali lagi best dari dengar suara beliau .. kah kah kah . Ntah cemana , out of this world .. tetiba wa rasa nak suka plak ngan kenyataan dia bebaru ni . Mungkin mamat ni dah insaf kot .. dan mungkin dia nak offer penyerahan diri secara sukarela .. kah kah kah 

Maka berkatalah empunya diri yang dimaksudkan .. tak lain tak bukan .. iaitu mamat boroi sebagaimana kenyataan bergambar kat ataih nun  pada U.Meloya . 

"Bukan sahaja Shuhaimi wajar ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana melakukan perbuatan itu tetapi ramai lagi pihak dan individu lain yang bertindak serupa wajar dikenakan tindakan".

Betul betul betul .. betul tu YB Pasir Mas .. banyakkkkk sangattttt ... kah kah kah 

tapi wa taknak cerita yang bebanyak ni .. mungkin next change kaaa ... coming soon kaaa 

Satu yang wa nak sentuh , Isu Penabalan Tengku Ibrahim Tengku Indra Putra sebagai sultan Kelantan untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 1993 .. amacam , ingat tak ? 

Ok .. pada yang tak tau .. Ibrahim Ali salah sorang yang menggerakkan agenda ni .. disamping Anuar Musa dan beberapa individu yang lain .

Peristiwa berlaku di Ketereh , 28 April 1993 , di dalam acara Majlis Bersama Rakyat individu yang berkaitan ni telah menobatkan Tengku Ibrahim Indra Putera sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Ismail Petra masih bertakhta secara sah ketika itu .

Tengku Ibrahim Petra telah dihadiahkan 7 persalinan dari rakyat kununnya sebagai permahsyuran pertabalan menjadi Sultan Kelantan .

Laungan Daulat Tuanku telah dilaungkan sebanyak 4 kali kepada Tengku Ibrahim dan Anuar Musa yang mengepalai acara menjunjung duli sedangkan Kelantan telahpun mempunyai Tengku Ismail Petra sebagai Sultan yang sah . 

Ini bukan sekadar satu tafsiran undang undang sebagaimana yang dilakukan oleh Adun Sri Muda .. tapi lebih kepada perderhakaan secara terang terangan oleh puak puak bengong ni .. isunya .. tak puas ati ngan Sultan .. terus pakai undang undang sendiri nak ganti takhta .. bawah pokok plak tu .. kah kah kah ..yang pasti semuanya terakam kemas dalam sejarah .

So skang .. Brahim Ali dah kata 

"Diharap bukan setakat Shuhaimi sahaja yang ditahan di bawah akta itu. Sebelum ini banyak pihak mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur hasutan, menghina agama Islam dan hak Melayu sama ada secara lisan mahu pun bertulis dan mereka juga wajar dikenakan tindakan yang sama," katanya.

Amacam .. dah ready ke diri nak kena tahan ? kah kah kah 

Dah bincang ke ngan Anuar Musa nak dok kat mana lepas ni ? kah  kah kah 

Ke sekadar meludah kelangit ? kah kah kah 

Adoih Al Kataki .. mungkin melayu skang ni tak mudah lupa .. kah kah kah 

Tapi .. yang mudah lupa tu .. Melayu Perkasa .. kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top