Saturday, February 5, 2011

TAGGED UNDER:

Kes YB Shuhaimi : Dedah Siapa Penderhaka Sebenar


Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, YB Suhaimi Shafiei semalam dan dijangka menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan pada Isnin ini.

Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada  Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian Teoh Beng Hock, Kugan dan adik Aminulrashid?

Kerajaan negeri memberi sokongan penuh kepada YB Suhaimi dan tidak percaya beliau mempunyai sebarang niat  untuk memburukkan institusi Raja-raja Melayu. 

Ini dapat dibuktikan apabila YB Shuhaimi dan semua ADUN Pakatan Rakyat yang lain,  menyokong  dalam sidang Dewan Negeri pada 24 Januari lalu untuk mengembalikan  Perlembagaan Negeri kepada bentuk asalnya yang memberi kuasa kepada DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk memilih 3 pegawai ex-officio kerajaan negeri.

Sebaliknya, kesemua ADUN Umno/BN pula menolak pindaan ini yang sekali gus menghalang pengembalian kuasa pelantikan tiga ex-officio kepada DYMM Sultan. 

Dalam hal ini, rakyat boleh menilai sendiri siapakah sebenarnya penderhaka yang  tidak menghormati langsung institusi Raja-raja Melayu tetapi dengan lantang melabelkan orang lain sebagai penderhaka.

Rakyat juga dapat melihat berlakunya ketidakadilan pihak berkuasa apabila kes yang tidak mengancam keselamatan negara diberi keutamaan untuk diselesaikan sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang meragut nyawa dan menjejaskan kualiti hidup rakyat gagal diselesaikan dengan kadar segera walaupun banyak aduan telah dibuat.

Dalam kes YB Shuhaimi, Kerajaan negeri negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini. Kerajaan Negeri akan membantu beliau dengan pembiayaai kos perundangan untuk YB Shuhaimi dan menyokong usaha beliau untuk menegakkan keadilan. 

Apa yang berlaku hari ini menguatkan lagi iktizam dan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengembalikan integriti institusi penguatkuasaan termasuk kehakiman, Pejabat Peguam Negara dan polis sekiranya diberi mandat untuk memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

Sumber : Suara Keadilan 

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top