Saturday, February 5, 2011

TAGGED UNDER:

Palestin : Derita Bumi Barakah - Jangan Lupa Kewujudannya


Senarai Tajuk : 
Penduduk di penempatan haram Yahudi telah melepaskan tembakan serta membunuh 2 orang remaja Palestin dalam 2 kejadian berasingan di Tebing Barat yang mereka duduki dan pada masa yang sama, badan bersenjata Yahudi terus menerus melepaskan tembakan kearah pekerja buruh Palestin di Gaza dan menangkap serta memukul orang awam termasuk kanak kanak di beberapa bahagian negara ini .

Berikut adalah laporan yang dikeluarkan berkenaan keganasan yang dilakukan oleh Entiti Haram Yahudi keatas penduduk penduduk Palestin. 


Penduduk Palestin mengusung tubuh Uday Qadous yang ditembak dan dibunuh oleh penduduk haram Yahudi berdekatan perkampungan Iraq Burin di Tebing Barat . Kejadian berlaku pada 27 Januari 2011.
Seorang peneroka haram Yahudi di penempatan Barkha dipercayai telah menembak sekaligus membunuh seorang remaja Palestin yang berumur 19 tahun, Uday Qadous setelah mereka terlibat dalam perkelahian mulut pada 27 Januari. Kejadian tersebut berlaku di kawasan utara Tebing Barat, di perkampungan Iraq Burin berdekatan Bandar Nablus. 

Organisasi Hak Asasi & Kemanusiaan Palestin - Al Haq, yang melakukan siasatan telah melaporkan Uday bersama sepupunya, Umar sedang bekerja di ladang milik mereka ketika Uday keluar mencari beberapa ekor kambingnya yang hilang dari kawasan tersebut. 

"Umar yang bimbang tentang keselamatan sepupunya itu telah keluar mencarinya seketika kemudian dan mendapati Uday sedang berdiri di sebuah jalan yang tidak berturap yang menghubungkan penempatan haram Barkha dengan pengkalan tentera tempatan. Seorang penduduk Yahudi sedang berdiri dalam jarak 10 meter bertentangan dengan Uday dan mereka ketika itu sedang bertengkar" 

"Apabila mereka bergerak semakin kehadapan, Umar tidak dapat lagi melihat kedudukan mereka, dan ketika itu beliau terdengar bunyi tembakan dan dapat melihat penduduk Yahudi tersebut melarikan diri dari lokasi kejadian. Pembunuh tersebut dikatakan mempunyai kulit yang cerah, berambut keperangan dan memakai Kippa, membawa beg sandang berwarna hitam dan mempunyai pistol yang terselit dipinggangnya" lapor Al - Haq

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam kamera pengawasan tentera Israel dan telah pun dimuatkan di YouTube (Klik Untuk Saksikan). Visual singkat ini berjaya merakam keadaan Uday rebah secara tiba tiba ketika ia mula bergerak menjauhi penduduk haram tersebut.

Menurut laporan dari Agensi Ma'an, Pegawai Perubatan Hospital Rafadiya di Nablus mengesahkan bahawa Uday Qadous telah ditembak pada jarak dekat dibahagian dada dan peluru menembusi paru parunya. Klik Untuk Laporan Autopsi 

Nota : Laporan Terkini - KLIK ->  Pembunuhan Uday Qadous Dari Agensi Al Haq 


Keesokan harinya di perkampungan Baitul Ummar, selatan Tebing Barat, sekumpulan kaum Yahudi dari penempatan haram Bat Ayn telah memasuki pinggir kawasan dan melepaskan tembakan rambang kearah penduduk Palestin. Yusuf Ikhlayl Fakhri, seorang remaja yang berumur 17 tahun telah ditembak di kepala ketika sedang berada di kebun anggur milik keluarganya.

Seorang remaja lain dikatakan turut terkena tembakan dilengan, bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak membimbangkan.

Projek Solidariti Palestin (PSP), sebuah pertubuhan aktivis di Baitul Ummar melaporkan, Ikhlayl yang pada mulanya berada dalam keadaan koma ketika dihantar ke hospital Hebron, telah meninggal dunia pada keesokan harinya akibat dari kecedaraannya. Menurut PSP lagi, pada hari kejadian (Jumaat), sekurang kurangnya 100 orang Yahudi telah mengambil bahagian dalam serangan dengan melepaskan tembakan kearah rumah kediaman penduduk Palestin di daerah Saffa yang berdekatan dengan Baitul Ummar. Pada masa yang sama, para enyerang lain telah melepaskan tembakan dipersekitaran Jodor, dimana Ikhlayl berada.

Klik Berita Lebih Terperinci Dari Sumber 

Puluhan warga Palestin dari Baitul Ummar dan Surif  telah menyerbu kawasan kejadian sejurus selepas itu untuk membantu komuniti yang diserang, walaubagaimanapun menurut PSP, 7 buah jip tentera Israel telah didatangkan untuk mengiringi penyerang pulang ke penempatan haram mereka.

Ikhlayl adalah salah seorang peserta program Fotografi Remaja dibawah tajaan Pusat Komuniti Untuk Kebebasan & Keadilan dan merupakan seorang ahli yang aktif didalam PSP didalam projek projek pendidikan dan program inisiatif masyarakat berorientasikan perkhidmatan.

Bekah Wolf, pengasas bersama PSP yang sentiasa akrab dengan Ikhlayl berkata kepada akhbar "Yousef adalah seorang remaja yang sentiasa berharap untuk perubahan masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Palestin"

Wolf menyambung "Hidupnya yang baru bermula, telah diragut oleh pengganas Yahudi sayap kanan. Orang ramai diseluruh dunia harus berasa marah dengan kejadian ini dan mesti berusaha agar para penyerang ini dibawa kemuka pengadilan"

Dianggarkan, 10 000 orang telah berarak memenuhi jalan di Baitul Ummar ketika penduduk mengusung jenazah Ikhlayl sambil mengibarkan bendera Palestin dihari pengkebumiannya pada 29 Januari.

Ketika perarakan melalui kawasan yang berdekatan dengan menara penembak tepat Israel di pintu masuk menuju ke kawasan perkuburan, tentera Yahudi melakukan serangan ke atas mereka dengan membaling bom bunyi dan tabung gas pemedih mata sementara sebilangan penduduk yang menyertai perarakan telah membalas dengan membaling batu ke arah menara tersebut.

Klik Untuk Berita Serangan 

Sejurus selepas itu, beberapa jip milik tentera Israel tiba dan para askarnya mula melepaskan tembakan peluru getah dan peluru hidup kearah orang ramai. Penduduk mula bersurai pada ketika ini dengan membawa mereka yang tercedera keluar dari kawasan tersebut manakala sebahagiannya lagi terus menghadapi tentera dengan cuma berbekalkan batu.


PSP turut melaporkan bahawa tentera Israel juga telah menyerang pasukan Ambulan Palestin ketika mereka cuba untuk memberikan bantuan perubatan kepada orang awam yang tercedera.

Sehari sebelum peristiwa pembunuhan Ikhlayl, penduduk Yahudi dari penempatan haram yang sama telah memusnahkan ratusan pohon zaitun (klik untuk berita lanjut) milik warga Palestin diladang Baitul Ummar.

Manakala, pada 27 Januari, tentera Israel telah menahan 2 orang kanak kanak dari Baitul Ummar. Laporan PSP mengatakan kedua dua kanak kanak tersebut, Hamza Ahmed Abu Hashem, 11 tahun bersama Bilal Mahmood Awad , 12 tahun telah ditangkap ketika mereka sedang bermain bola berdekatan dengan rumah mereka. Baca Seterusnya Dari Sumber

Bilal dan Hamza telah dibawa ke penempatan Yahudi, Karmei Tsur dan kemudiannya dipindahkan ke Balai Polis di penempatan Kiryat Arba di Hebron.

Hamza adalah merupakan anak kepada seorang Aktivis Kemasyarakatan didalam Jawatankuasa Nasional Menentang Tembok & Pemukiman Baitul Ummar. Kumpulan ini mengadakan demonstrasi tanpa senjata secara mingguan dalam proses menentang pembinaan tembok dan penempatan haram oleh Yahudi.

Dalam kenyataan akhbar, PSP mengesahkan bahawa Hamza telah dibebaskan manakala Bilal masih kekal dalam tahanan Israel

Bekah Wolf pula melaporkan pada 3 Februari, 2 orang pemuda Palestin telah ditangkap oleh tentera Israel dan ditahan di penempatan Karmei Tsur. Kedua dua mereka berusia 17 tahun menurut Wolf.

Tambahnya lagi, anggota keluarga salah seorang remaja yang ditahan telah dipukul dengan kejam ketika tentera Israel menceroboh masuk kerumah mereka dalam usaha menangkap remaja terbabit. Anggota PSP juga telah dipukul ketika ingin menyiasat tentang keadaan 2 remaja tersebut. Manakala dalam kejadian yang berasingan , seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditangkap di jalan masuk ke Baitul Ummar juga pada 3 Februari lalu.


Tentera Israel juga telah menangkap beberapa orang kanak kanak Palestin di daerah Nabi Saleh di Tebing Barat pada minggu lepas menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Media Antarabangsa Timur Tengah (IMEMC)

Pada hari Ahad, 23 Januari. Pasukan tentera Israel juga  telah menahan seorang remaja, Islam Al Tamimi yang berusia 14 tahun dalam sebuan awal pagi disini. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh IMEMC, ini adalah kali kedua dalam masa 3 minggu Islam telah ditahan dan disoalsiasat selama 8 jam ketika berada dalam tahanan. Baca Seterusnya dari Sumber

Islam telah dinafikan akses kepada badan perundangan selama 5 jam pertama, ketika ia dipaksa mengaku melakukan lontaran batu ketika protes terhadap pembinaan tembok haram. Ibubapanya juga telah dinafikan untuk bertemu dengannya ketika siasatan sedang dijalankan sedangkan mereka mempunyai hak secara undang undang . Adik kepada Islam, Karim Al Tamimi yang berusia 10 tahun juga ditahan pada hari Selasa minggu yang sama, namun dibebaskan setelah 7 jam disoalsiasat.

Pada 26 Januari, tentera Israel telah menangkap 2 orang remaja 15 tahun bersama sama dengan Basem Tamimi iaitu Pemimpin JawatanKuasa Popular Menentang Pembinaan Tembok Dan Penempatan Haram di Nabi Saleh 

Joseph Dana, seorang wartawan bebas dan koordinator media untuk Jawatankuasa Popular Penyelarasan Perjuangan telah melaporkan bahawa pasukan tentera Israel telah mengenakan teknik seksaan keatas Islam al Tamimi ketika dalam proses soalsiasat. Baca Laporan Joseph Dana


Tentera Israel telah membelasah dan menahan seorang petani Palestin yang berusia 19 tahun di Daerah Hadidiya yang terletak di utara Lembah Jordan, ketika beliau sedang mengembala diladang ternaknya, Lapor Projek Solidariti Lembah Jordan (JVSP) pada 2 Februari yang lalu. Laporan Lengkap 

Setelah dipukul dengan teruk oleh askar Israel, Ghazi Bsharat telah dibawa ke pusat tahanan tentera yang berdekatan sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian. 

JVSP juga turut melaporkan, seramai lebih kurang 30 orang penduduk Yahudi dari penempatan haram Maskiyot telah menyerang penduduk Palestin di Ein Al Helwa yang juga terletak diutara Lembah Jordan pada 29 Januari. Seorang wanita bersama anak perempuannya yang berusia 11 tahun telah dipukul dan diancam dengan kekerasan yang lebih dahsyat dalam satu usaha yang dikatakan untuk memaksa penduduk Palestin supaya meninggalkan kawasan tersebut. Petikan Dari Sumber


Pusat Maklumat Wadi Hilwah (SILWANIC) melaporkan tentera Israel telah membakar rumah penduduk setelah mereka melepaskan beberapa tembakan gas pemedih mata kedalam rumah tersebut. Kejadian berlaku di Baten Al Hawa di daerah Silwan pada 28 Januari yang lalu. Rujuk Laporan 

Lanjutan dari kejadian itu, pasukan keselamatan Israel termasuk badan kepolisan telah melepaskan tembakan kearah penduduk Palestin yang bangkit melakukan protes terhadap kehadiran tentera di kawasan tersebut. SILWANIC melaporkan , seorang kanak kanak berusia 12 tahun cedera parah dimuka akibat terkena tembakan peluru getah yang dilepaskan oleh polis Israel. 

Sejurus kemudian, protes semakin memuncak di kawasan Baten Al Hawa dimana SILWANIC melaporkan penduduk haram Yahudi dengan dibantu oleh tentera Israel telah masuk campur didalam keganasan terhadap penduduk Palestin. 

Para pemuda Palestin telah melemparkan beberapa bom Molotov kearah tentera Israel yang telah menguasai beberapa bumbung rumah yang berdekatan. Beberapa buah bom api juga telah dilontarkan kearah penempatan haram Yahudi di Beit Yonatan iaitu sebuah kawasan yang berhampiran. Petikan Dari Sumber 


Penembak Tepat Israel yang ditempatkan disepanjang sempadan Gaza telah menembak seorang lelaki Palestin yang berusia 21 tahun pada 31 Januari yang lalu menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR). Dari Weekly Reports

Para penembak tepat yang ditempatkan dimenara kawalan berdekatan Bandar Beit Lahiya telah melepaskan tembakan kearah sekumpulan pekerja Palestin yang sedang mengutip sisa runtuhan di tapak penempatan haram Israel yang telah dikosongkan. 

Mohammed Zakariya Halawa dari Jabaliya, tercedera apabila sebutir peluru hinggap di kaki kirinya, sedangkan ketika itu beliau berada pada jarak 150 meter dari sempadan. 

Kesempitan hidup dan akibat sekatan yang telah berlanjutan selama 4 tahun yang dikenakan oleh Israel di wilayah yang dirampas di Jalur Gaza telah memaksa para buruh dari Palestin untuk mengutip bahan industri mentah dan bahan bahan lain dari sisa runtuhan dari kawasan yang berdekatan dengan zon kawalan tentera iaitu sepanjang 300 meter sepanjang kawasan utara, timur dan sempadan maritim. 


Di sebuah perkampungan Dhammash, berdekatan Tel Aviv, pihak polis Israel telah menahan dan membelasah anggota keluarga Shaaban pada 22 Januari atas tuduhan mereka menjadi dalang kepada penyeludupan pekerja tanpa permit, menurut laporan yang disediakan oleh seorang wartawan bebas Max Blumenthal. <-- Klik Untuk Laporan

Polis di bandar Lydd secara kasarnya telah menahan Ali, Farida dan 5 lagi anggota keluarga Shaaban dimana penahanan mereka tidak dimaklumkan sehingga hari Isnin berikutnya (2 hari selepas penahanan). Hakim kemudiannya melanjutkan tempoh penahanan mereka ke hari Khamis berikutnya dimana Peguam kepada keluarga Shaaban telah dinafikan untuk berjumpa dengan mereka - taktik yang sama dengan cara yang digunakan oleh Mahkamah Tentera Israel di tebing Barat.

Rakaman dari kamera telefon bimbit yang menunjukkan pihak polis Israel membelasah ahli keluarga Shaaban telah berjaya dimuatkan di YouTube.<- Klik Untuk Saksikan

Sudah lebih dari setahun, penduduk Palestin di Dhammash hidup dalam pelbagai tekanan dan ancaman dari polis Israel dan diugut secara berterusan untuk meninggalkan kediaman mereka yang dianggap 'tidak diiktiraf' oleh Negara Yahudi tersebut sejak 1948. Penduduk Palestin di Dhammash adalah merupakan rakyat negara Israel dan merupakan pembayar cukai namun mereka tidak mendapat layanan sebagai warganegara dimana kehadiran mereka juga dinafikan. 

Menurut laporan yang dikeluarkan, akibat dari penindasan yang berterusan keatas penduduk bangsa Palestin di Dhammash, dan pemisahan dari Bandar Lydd,( Klik Untuk Koleksi Foto)  kebanyakan penduduk Palestin hari ini telah menjadi pelarian dimana rumah mereka telah dimusnahkan dan mereka kehilangan tanah dan tempat tinggal. 


Allahuakbar~!!

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top