Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

PR - BN, Pertempuran Satu Lawan Satu



MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR meng-uji ‘kekuatan’ dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.

“Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau dengan nada yakin.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.

“Dengan keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat kepada BN,” katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang.

Beliau memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak.
“Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.

“Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita ‘menebang’ pokok besar (BN), ia akan tumbang jua nanti,” tambahnya.

Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelamrin.

Lebih 100 penyokong PAS dan PR hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak.

Turut hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi PRU13 akan datang.

“Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan mendaftarkan pengundi-pengundi baharu.

“Keluar dan dapatkan se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka, nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya kelak,” tambahnya.

Monday, September 3, 2012

TAGGED UNDER: ,

Artikel : DAP Sedia Jadi Rakan Baik Dalam Pakatan Rakyat



Apa jua cadangan atau nasihat yang baik, pastinya pihak yang dinasihat itu akan cuba menelitinya dengan bersungguh-sungguh dan menerimanya dengan hati yang terbuka, malah jika dapat, pastinya nasihat itu akan dizahirkan dengan tindakan yang bersungguh-sungguh demi – kebaikan bersama.

Oleh itu, kita meneliti nasihat dan cadangan mana-mana pihak sungguhpun nasihat itu kedengaran bernada sinis sekali.

Hudud mainan UMNO

Berkaitan dengan isu hudud – pendirian Pakatan Rakyat sudah memadai untuk kita ingatkan kepada mana-mana pihak bahawa DAP, PAS dan PKR telah bersetuju untuk berbeza pendapat dalam soal ini atas dasar untuk fokus kepada isu utama iaitu korupsi (rasuah dan salahguna kuasa UMNO BN) dan memperkukuh ekonomi dan struktur sosial rakyat Malaysia.

Malah PAS sendiri telah cukup matang untuk menghadapi isu hudud yang dijadikan alat permainan politik oleh UMNO. PAS sendiri telah berikrar utuk fokus kepada gagasan Negara Berkebajikan yang mana, itu jugalah intipati ajaran Islam iaitu untuk memakmurkan dunia.

Justeru, jika isu hudud masih menjadi masalah kepada sesetengah pihak maka tidak ada apa lagi yang dapat kita jelaskan kerana mereka berhak memilih sama ada mahu terus duduk dalam gelap minda sendiri atau keluar menerima cahaya pengetahuan.

Anti lompat parti dalam semangat demokrasi

Kemudian yang dirunsingkan lagi ialah perkara tentang cadangan draf undang-undang anti lompat parti. Hal ini juga telah pun penulis kita jelaskan dalam rencana sebelum ini di sini . <- klik untuk baca.

Jadi bagi mereka yang sukar untuk melihat isu ini secara objektif, silalah membacanya. Malah dalam cadangan tersebut, secara implicitnya (tersirat) terkandung semangat untuk terus menjunjung dan menghormati nilai demokrasi dan kebebasan dalam cara yang paling bersih.

Jika kita cuba berlapang dada dan mengerah sedikit akal fikir tentang cadangan tersebut, mungkin juga kita boleh memahami bahawa setiap cadangan yang objektifnya mahu mengelak kemudaratan pada masa depan, seharusnya diteliti terlebih dahulu. Malah pengamal demokrasi diseluruh dunia juga sedar bahawa ‘demokrasi’ juga boleh dijadikan alat untuk melahirkan pemimpin diktator. Justeru, cadangan ini harus dilihat dengan berhati-hati dan teliti.

Isu ini boleh menjadi indikasi apabila cadangan dari DAP ini sedang melalui proses penilaian dan perdebatan oleh masyarakat umum. Bukan seperti UMNO BN. Lihatlah pindaan undang-undang 114A Akta Keterangan, Akta Perhimpunan Aman, Akta Keharmonian Nasional dan pelbagai lagi undang-undang yang tidak dibuka kepada umum untuk dibahas dan dinilai. Jadi apa yang cuba DAP cadangkan ini masih mengikut proses demokrasi dalam semangat Pakatan Rakyat.

Apabila satu-satu cadangan dibuka untuk dibincang dan dibahas secara waras, pasti ia akan menjadi input yang baik untuk semua pihak dan cadangan tersebut. Mungkin cadangan DAP dalam isu anti lompat parti ini tidak cukup lengkap, maka dengan adanya ruang terbuka, maka semua pihak dapat memberi buah fikiran bagaimana mahu ia jadi lebih baik dan lengkap. Malah jika ada pihak yang tidak bersetuju, DAP tetap menerimanya. Jadi, memang ia bukan satu isu besar pun.

Kerja politik juga adalah kerja mendidik

Setiap cadangan merupakan kerja politik untuk menarik kefahaman dan keyakinan rakyat untuk menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat. Kerja politik ini bukan sahaja berceramah siang dan malam atau buat rumah terbuka setiap minggu. Kerja politik merangkumi pelbagai aspek, tunjangnya adalah pendidikan tentang demokrasi dan politik.

Dengan adanya perdebatan dalam Pakatan sendiri, ia seharusnya dilihat oleh mereka yang celik politik sebagai suatu dimensi demokrasi yang sihat dan tulen. Apa guna jika kita berjaya kalahkan BN jika rakyat terus jahil tentang politik dan adalah lebih parah lagi jika PR kalah dalam keadaan rakyat yang masih tidak cukup pendidikan dengan dunia demokrasi – dunia yang pelbagai warna. Ketika itu kita bukan sahaja kalah dalam pilihanraya merebut kuasa malah kita telah kalah dari segi moralnya.

Inilah yang dikatakan, apabila terlalu taksub nak menang hingga tanah dan rumah habis tergadai. Biar kita (PR) menang dengan jalan bersih (rakyat sokong dan undi kerana yakin dengan dasar PR) dari kalah dengan kehilangan moral – tanpa pengetahuan. – Mazir Ibrahim, Roketkini.com

Friday, August 24, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pakatan Rakyat Bersatu Atas Nilai Persamaan



Di Malaysia, apabila disebut tentang keunikan dalam makna yang di‘letak’ oleh kerajaan, pasti sekali ukuran itu diletak pada zahirnya. Penuh dengan warna warni, beraneka ragam busana dan kraftangan. Jadi, nilai baik yang ada pada setiap bangsa dan agama di Malaysia itu hanya ditumpukan pada aspek zahir atau lahiriah saja.

Begitulah adanya dalam Barisan Nasional, persengkokolan UMNO, MCA, MIC dan komponen lain hanya bersifat perkongsian permukaan, iaitu hubungan kerana faktor kuasa dan pembahagian sumber ekonomi. Bukan kerana perkongsian nilai atau idealisme.

Buktinya, MCA, MIC dan parti komponen lain hanya mampu menurut sahaja kehendak UMNO malah bersama-sama membiakkan budaya rasuah dan fitnah. Nilai rasuah dan fitnah ini memang diketahui oleh mereka, tetapi atas sebab kuasa, maka mereka berkompromi.

Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP khususnya memang berbeza dari segi ideologi namun ketiga-tiga parti komponen utama dalam PR ini telah bersatu kerana satu nilai. Nilai inilah yang telah menyatukan kami. Tanpa nilai ini, PR tidak akan mampu untuk bersama atau bekerjasama.

Basmi rasuah bukan sekadar slogan

Rasuah merupakan satu kanser paling bahaya dalam mana-mana negara, bangsa dan agama. Kerana rasuahlah budaya kita rosak, kerana rasuahlah sebuah tamadun agung boleh hancur, kerana rasuah jugalah maka agama hanya menjadi barang dagangan, malah dengan rasuahlah maka semua nilai-nilai baik akan rosak binasa.

Kanser rasuah ini amat sukar dikesan dan diubati, hanya dengan semangat dan kejujuran sahaja yang mampu mengawal penyakit ini. Semangat dan kejujuran bukanlah benda yang kita boleh lihat atau ukur secara lahiriah. Tetapi semangat akan dapat dilihat dengan perlaksanaan kata-kata. Wujud isu, wujud siasatan, wujud pendakwaan, wujud pembelaan dan wujud kesan undang-undang dan moral. Inilah yang dimaksudkan dengan perlaksanaan kata (janji).

Penyakit ini tidak boleh diurus hanya menggunakan institusi kerana insititusi juga boleh dirasuah, kanser ini tidak boleh dibendung hanya dengan kerja satu orang sebaliknya semua pihak mesti terlibat sama dalam membendung penyakit berbahaya ini.

Paling utama, bagaimana nilai ini boleh diajar diperingkat awal usia manusia, diajar diruang awam tanpa melibatkan hal-hal formalistik. Budaya buruk berkembang secara virus dalam amalan masyarakat, begitu juga dengan budaya yang baik, ia sama.

Atas kesedaran tentang bahaya penyakit rasuah inilah maka PAS, DAP, PKR dan parti-parti komponen lain bersatu untuk memerangi, melawan, menentang atau membasmi penyakit kanser yang amat merbahaya ini.

Nilai ini dinamakan reformasi atau Ubah. Maksudnya amat jelas, kita mahu mengubah budaya jelek ini kepada budaya yang amanah, jujur, telus dan berintegriti. Tidak kiralah apa ideologi kita, apa agama kita, dari mana budaya kita, apa warna kulit kita, apa bahasa kita. Yang pasti, ucapan yang sama kita laungkan ialah Ubah.- Mazir Ibrahim, Roketkini.com

Tuesday, August 14, 2012

Pakatan Semakin Bersemangat Walaupun Terus Dihunjam Kritikan Dari BN

Foto : Kelihatan DSAI sedang membincangkan sesuatu Baru Bian sementara Kadir Sheikh Fadzir dan lajim Ukin turut serta dalam Program Pentas Rakyat.


KUCHING: Pakatan Rakyat (PR) tetap bersatu meskipun setiap tindakan dan rancangan mereka sering dikritik Barisan Nasional (BN) terutama membabitkan Buku Jingga.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kritikan daripada BN tidak memberi masalah sebaliknya terus memberi semangat kepada PR untuk mengadaptasi isi kandungan buku terbabit.

Menurutnya, gabungan PR merangkumi PKR, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS berpegang kepada elemen kepercayaan bukannya kejutan.

“Apa yang kami rancang dalam Buku Jingga sudah dikaji sedalam-dalamnya oleh gabungan PR dengan strategi yang difikirkan perlu.

“Kami hanya bercakap (merancang) mengenai Malaysia Baharu dengan sistem kerajaan yang mempunyai agenda terkini,” katanya ketika menyampaikan ceramah awam pada Pentas Rakyat di sini, malam kelmarin.

Anwar menjelaskan, setiap perancangan PR adalah berteraskan pembelaan rakyat dan bukannya omong kosong semata-mata.

“Saya berani berjanji, kalau kita menang hari ini (pilihan raya) esok harga minyak di seluruh negara akan turun,” ulangnya.

Pada majlis sama, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya cabar PM berdebat namun sehingga hari ini tidak menerima jawapan untuk berbuat demikian,” jelasnya.

Sementara itu, bekas Ketua UMNO Beufort Datuk Lajim Ukin pula berkata, BN tidak boleh terlalu yakin dengan menyatakan Sabah dan Sarawak deposit tetap BN.

“Ini kerana bukan BN sahaja yang mampu memberi faedah terbaik kerana ada bank lain (PR) mampu melakukan perkara sama,” kata Lajim.

Beliau mendakwa Sarawak akan menjadi lebih maju sekiranya berada di bawah pemerintahan PR.

“Saya datang ke negeri ini adalah untuk memberitahu rakyat Sarawak agar lebih bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” ujarnya.

Lebih 300 penyokong PR hadir pada majlis tersebut dan turut dihadiri bekas pemimpin UMNO Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Pemimpin pembangkang lain yang turut menyampaikan ceramah termasuk Ketua PKR Negeri Baru Bian dan Setiausaha DAP Chong Chieng Jen. - Borneopost

Khabar Angin Perubahan Sedang Bertiup Kencang Di Bumi Kenyalang??



Kuching: Pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliau ada berhubung dengan beberapa pemimpin dari BN Sarawak tetapi menafikan laporan yang beliau ada berjumpa dengan Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud di Singapura.

"Perjumpaan saya dengan Taib kali terakhir berlangsung pada tahun 2004 semasa saya menghadiri jamuan rumah terbuka Hari Raya bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas."

"Saya telah dijemput dan saya hadir. Jadi itu adalah pertemuan terakhir saya dengan Taib." ujar Anwar sambil menambah bahawa beliau tidak ke Singapura semenjak beberapa bulan kebelakangan ini.

DSAI bagaimanapun mengakui bahawa beliau ada berhubungan dengan beberapa orang pemimpin BN terutamanya mereka yang hampir pasti tidak disenaraikan sebagai calon BN.

Ketika ditanya samada ada sesiapa dari negeri Sarawak yang bakal menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata "Sekiranya anda bertanya tentang ada hubungan, maka jawapannya, Ya".

"Sekiranya anda faham cara saya, seandainya mereka ingin menyertai PR, maka terpulanglah pada mereka untuk membuat pengumuman. Saya tidak akan membuatnya .. saya bukan wakil atau jurucakap mereka," ujar beliau.

Ketika didesak dengan lebih lanjut, Anwar memberitahu "Saya fikir, dengan mengenalpasti masalah, mengetahui tentang hal politik dan masalah berkaitan ekonomi di Malaysia dan Sarawak, terdapat alasan yang kukuh mengapa mereka perlu meninggalkan BN."

Terdapat khabar angin yang berlegar di Kuching mengatakan terdapat beberapa orang Ahli Parlimen yang bakal digugurkan dari senarai calon BN telah menghubungi para pemimpin Pakatan.

Ahli Parlimen ini dikatakan terdiri dari mereka yang datang dari Parti Bumiputera Bersatu, Sarawak Progressive Democratic Party dan Parti Rakyat Sarawak.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan, Ahli Parlimen Hulu Rajang selama lima penggal, Billy Abit Joo, telah memberitahu rakan rakannya bahawa beliau akan mendapatkan pandangan ahli akar umbinya jika beliau benar benar digugurkan dari menjadi calon untuk Hulu Rajang.

Kepada rakan rakan rapatnya, Naib Presiden PRS ini memberitahu, beliau mungkin akan bertanding samada sebagai calon bebas ataupun calon parti lawan.

PRS dikatakan berura ura untuk mencalonkan Wilson Ugak, yang juga merupakan setia sulit kepada Menteri Pembangunan Tanah merangkap presiden PRS, James Masing.

Dari kem PBB, sembilan anggota dikhabarkan bakal digugurkan dari senarai calon. Diantaranya adalah Ahli Parlimen Santubong - Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Mambong - James Dawos Mamit, Ahli Parlimen Mukah - Mohd Leo Michael Toyad dan Ahli Parlimen Batang Lupar - Rohani Karim.

Sementara bagi empat calon SPDP, berada dalam ketidakpastian yang jelas dan kata putus untuk mereka akan hanya dibuat oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak yang mempengerusikan BN.

Pakatan Akan Mencalonkan Lajim & Bumburing ?

Terdahulu DSAI memberitahu para wartawan, beliau telah memberikan taklimat kepada para pemimpin PKR di Sarawak tentang perkembangan isu politik semasa termasuk perkara yang berlaku di Semenanjung terutamanya yang melibatkan Umno dan BN.

"Itulah sebabnya kenapa saya meminta Kadir Sheikh Fadzir (bekas menteri dari Umno), dan juga Lajim untuk turut hadir dan menerangkan perkembangan terbaru (politik) di Sabah dan Semenanjung."

"Tan Sri Kadir telah menjelajah keseluruh negara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menerangkan kenapa beliau bertindak meninggalkan Umno dan BN. Malah, saya telah mencadangkan agar parti memberikan platform untuk beliau memberikan penerangan tentang isu-isu Semenanjung," ujar beliau.

Diatas perkara perletakan jawatan Lajim dan Wilfred Bumburing dari BN, DSAI berkata, "Mereka berdua bersungguh sungguh untuk merealisasikan agenda pembaharuan dan juga komited serta menyokong perjuangan Pakatan Rakyat"

"Di dalam kes Lajim dan Bumburing, seandainya diberikan peluang, mereka akan bertanding dibawah panji Pakatan" tambahnya.

Sunday, August 12, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Isu Talam : Dedah Jadi Padah, MCA Jerut Leher Sendiri

Gambar ehsan Pejabat Menteri Besar Selangor



10 OGOS – Kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tidak nampak. Begitulah yang sedang berlaku sekarang kepada ‘ayam sabung’ MCA-BN Datuk Chua Tee Yong apabila terus menerus membuka mulut mengomel dan membuat kenyataan terhadap pengutipan semula hutang Talam oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malangnya bagi Chua yang merupakan anak kepada Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, tanpa ragu lagi beliau terbukti melakukan kesilapan besar yang melucukan. Apa tidaknya, tindakan Tan Sri Khalid adalah mengutip semula hutang untuk kerajaan negeri, dan bukannya ‘menyelamatkan’ syarikat Talam, sebanyak RM392 juta dalam bentuk aset dan tunai.

Sudahlah hutang RM392 juta tersebut warisan ‘pusaka’ pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini di mana ia tidak dipungut dengan baik, tetapi bila kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat mahu menyelamatkan wang rakyat dengan kutip hutang semula, mereka dituduh selamatkan syarikat. Memang tak masuk dek akal.

Tuduhan yang memperbodoh dan memalukan BN

Antara tuduhan Chua terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid ialah mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyelamatkan Talam sehingga RM1billion (yang sehingga kini anak Presiden MCA itu gagal membuktikan jumlah yang dituduhnya itu).

Adakah Chua mengalami kecelaruan bahasa sehinggakan beliau tidak dapat membezakan antara perkataan ‘mengutip hutang’ dan ‘menyelamatkan syarikat’? Kalau selamat, apa yang selamatnya? Kerajaan negeri ‘ambil’ dari Talam, bukan ‘beri’ kepada Talam. Wang kerajaan adalah milik rakyat. Mengapa BN yang gagal membantu rakyat dalam isu Talam tiba-tiba mahu menyalahkan Pakatan yang berani bertindak demi rakyat sekarang?

Di sebalik tuduhan tak berasas dan tersasar dari fakta sebenar, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, mempersoalkan sama ada Chua melaksanakan tugas kementeriannya dengan mencari sebab kenapa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFC, apatah lagi ia dimiliki oleh keluarga Ketua Wanita UMNO sendiri Datuk Shahrizat Jalil pada 2008?

“Adakah Datuk Chua Tee Yong akan mengutip semula RM250 juta hutang NFC yang di bawah bidang kuasa kementeriannya sendiri memandangkan beliau kelihatan terlalu sibuk dengan pengutipan balik RM392 juta hutang oleh kerajaan negeri Selangor,” ujarnya.

Katanya, Chua yang begitu ghairah melawat beberapa kawasan di Selangor untuk mencari kesalahan kerajaan PR Selangor sepatutnya menjalankan amanahnya sebagai timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melawat NFC juga.

“Adakah Chua sering melawat NFC, mungkin untuk membilang berapa ekor lembu  yang dipelihara dan dibiakkan dari melawat beberapa ‘trip memancing’ di tasik Bestari Jaya?” ujarnya.

Hentam keromo BN

Katanya, hartanah itu bukan sahaja telah dinilai oleh penilai profesional tetapi juga dinilai oleh Jabatan Perkhidmatan dan Penilaian Hartanah (JPPH) di bawah bidang kuasa kementerian Kewangan kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya penilai profesional dan JPPH boleh mencapai satu nilai yang boleh dipersetujui bersama, siapa pula Datuk Chua Tee Yong untuk memberikan nilai yang berbeza terhadap tanah ini? Adakah Datuk Chua Tee Yong memutuskan untuk jadi penilai hartanah dari seorang akauntan?”

Nampaknya BN semakin resah dan celaru. Di sebalik ‘pendedahan’ kononnya salah guna kuasa dilakukan oleh kerajaan PR Selangor, mereka akhirnya menjerut leher sendiri.

MCA pejam mata skandal kewangan UMNO

Buat Datuk Chua Tee Yong, adakah beliau pernah mengambil inisitif untuk mencari punca mengapa NFC tidak membayar satu sen pun hutang mereka pada kerajaan apatah lagi hutang tersebut sepatutnya perlu dibayar sejak Januari 2012?

Adakah Datuk Chua mampu dan berani memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa setiap sen dari amaun RM250 juta akan dipungut semula tidak kira samada secara tunai ataupun aset sepertimana yang telah kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim lakukan terhadap hutang Talam?

Lagipun, bagi rakyat Selangor yang mengenali Tan Sri Khalid, bekas tokoh korporat yang menjayakan usaha meningkatkan ekonomi orang Melayu suatu ketika dahulu bukanlah orang bodoh dan cuai yang senang-senang dipermainkan. – Roketkini.com

TAGGED UNDER: ,

Akhirnya, Tamrin Ghafar Secara Rasmi Isytihar Menyertai PAS



KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.

Sumber - Harakahdaily

Sunday, August 5, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Jawapan Yang Amat Memberansangkan Oleh Lajim Ukin Dan Wilfred Bumburing Isu Sabah



GELOMBANG kebangkitan rakyat Sabah tidak lagi dapat ditahan-tahan, apatah lagi dengan wujud gerakan Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang kedua-duanya menyokong Pakatan Rakyat.

Malah, penggerak APS, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing mengisytihar keluar BN keluar manakala peneraju PPS, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meletak semua jawatan dalam Umno. Editor Suara Keadilan (SK), Fazallah Pit menemu bual mereka secara berasingan bagi menyelongkar isi hati mereka.
Temu bual dengan Lajim Ukin:



SK : Apakah agenda sebenar Pakatan Perubahan Sabah (PPPS)?

LAJIM : Oleh kerana masa ini kita tidak ada parti berdaftar, maka kita tubuhkan PPS. Dengan tujuan kita berjuang bersama-sama pembangkang sama ada dari Semenanjung atau Sabah. Kita sama-sama pertahankan hak-hak orang Sabah

Pakatan sedemikian akan mendokong perjuangan KEADILAN, PAS, DAP atau parti-parti pembangkang di Sabah. Kita memikir untuk mendaftar parti baru tetapi sudah banyak parti yang didaftarkan. Difahamkan Sabah ada lebih 10 parti yang mengemukakan pendaftaran tetapi belum lulus.

Jika parti-parti tersebut lulus, kita akan menimbangkan parti mana pilihan kita dan kita akan terajui bersama.

SK : Bagaimanakah senario sebenar gelombang kebangkitan rakyat di Sabah?

LAJIM : Sambutan rakyat Sabah cukup memberangsangkan. Saya mendapat maklum balas dari rakan-rakan di peringkat akar umbi bahawa rakyat pelbagai kaum inginkan perubahan. Terutamanya perubahan status kerajaan. Mereka ingin sebuah kerajaan baru ditubuhkan di Sabah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan dapat bertindak ke atas isu-isu yang amat menakutkan rakyat Sabah

SK : Isu apakah yang menghantui rakyat hingga mahu menukar kerajaan sedia ada?

LAJIM : Isu utama adalah pendatang tanpa izin yang berleluasa. Tidak ada tindakan konkrit oleh kerajaan pusat. Ini kuasa kerajaan pusat. Oleh itu, kita harap kerajaan pusat berubah (dalam PRU).

Dengan kerjasama kerajaan pusat baru, satu Suruhanjaya DiRaja perlu dibentuk untuk menyiasat kehadiran pendatang tanpa izin, termasuk pengeluaran kad pengenalan palsu atau diragui.

Kedua masalah pembangunan. Sabah masih ketinggalan jauh dalam semua aspek berbanding Semenanjung. Kita akan suarakan masalah ini sama ada oleh PPS atau Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan kerajaan pusat (yang baru) ambil perhatian serius mengenai masalah itu.

Begitu juga segi agihan peruntukan prasarana luar bandar, pendidikan, kesihatan dan lain-lain yang masih ketinggalan jauh berbanding Semenanjung. Kita tidak cemburu. Tetapi kita telah puluhan tahun merdeka bersama-sama persekutuan, jadi tidak boleh ditinggalkan.

SK : Bagaimana perubahan kerajaan boleh berlaku ketika terlalu ramai pendatang tanpa izin diberi kad pengenalan dan boleh mengundi?

LAJIM : Seluruh rakyat asal Sabah yang menjadi pengundi 800,000 orang. Jika semua turun mengundi, walaupun ada pertambahan (pengundi hantu) tetap tidak mengatasi pengundi asal Sabah. Orang asal Sabah perlu turun mengundi sehingga 80 peratus.

SK : Mengapakah PPS dan APS tidak bergabung?

LAJIM : Itu satu identiti, PPS diketuai Bumiputera beragama Islam (manakala) APS untuk Bumiputera bukan Islam. Kita buat supaya ada persefahaman dan hala tuju masing-masing yang bermatlamat bekerjasama dengan Pakatan.

Rakyat Sabah tertanya-tanya mengapa apabila hampir PRU, baru kerajaan Persekutuan umum siasat IC palsu?

Itulah yang mengecewakan rakyat Sabah. Di saat-saat akhir baru ada penubuhan Suruhanjaya DiRaja, pengumuman air dan sebagainya. Kenapa sekarang? Bukan 10 atau 20 tahun lepas. Kita merdeka sudah lebih 50 tahun. Sabah dan Sarawak sama-sama membentuk Malaysia pada 16 September 1963.

SK : Ada pihak mempertikai mengapa sebelum ini tidak bawa masalah Sabah di Parlimen?

LAJIM : Di pihak kerajaan saya tidak boleh menyuarakannya (di Parlimen) sebab saya Timbalan Menteri, sebahagian kabinet persekutuan. Tetapi dalam majlis tertentu, dalam MT Umno atau dalam perhimpunan tertentu saya suarakan.

Bila saya lantang, maka saya dianggap penentang kerajaan. Pada saya, apa yang disuarakan itu sesuatu yang perlu diselesaikan oleh kerajaan kerana mereka ada kemampuan. Misalnya ketiadaan bekalan air, elektrik sering terputus, jalan raya belum sempurna dan lain-lain.

SK : Maknanya semua saluran menyuarakan masalah dari dalam kerajaan sudah tertutup?

LAJIM : (Mungkin) ada tapi nampaknya agak perlahan. Terdapat anggapan Sabah deposit tetap dan sokongan tidak akan berubah (walaupun masalah tidak selesai) tetapi pada kita kalau simpan fix deposit di bank dan kadar faedah turun, maka kita kena tukar ke bank yang lain. Begitulah jika Sabah dianggap simpanan tetap.

Kalau dianggap penyumbang kekuatan BN di peringkat persekutuan, maka seharusnya kita diberi perhatian yang lebih menyeluruh mengenai masalah yang dihadapi rakyat.

SK : Bagaimana rakyat yakin kepada PPS sebab sejarah Sabah mengalami banyak pertukaran kerajaan?

LAJIM : Rakyat sudah buat keputusan lebih awal. Contohnya di kawasan saya ada ketua cawangan, malah yang masih pegang jawatan dalam kerajaan sudah lebih awal sertai KEADILAN. Ada yang bayar RM200 ahli seumur hidup. Maknanya rakyat peringkat akar umbi sudah tahu menilai apa sepatutnya mereka lakukan untuk kebaikan Sabah dan generasi akan datang

SK : Harapan jika Pakatan memerintah Sabah dan Persekutuan?

LAJIM : Dalam buku ‘Hala tuju Aspirasi Rakyat Sabah’ jelas ada tuntutan yang dikemukakan rakyat. Itu kita akan kemukakan kepada kerajaan (pusat) baru, supaya bukan sahaja mereka teliti, tetapi mereka ambil tindakan dalam tempoh yang sepatutnya. Kita yakin kerajaan pusat lebih banyak kuasa daripada kerajaan negeri (realisasi tuntutan). Kerajaan harus prihatin akan kehendak rakyat Sabah.

SK : Perubahan di peringkat negeri banyak berlaku tetapi di peringkat pusat tidak pernah. Sejauh mana ia realistik?

LAJIM : Banyak negara yang merdeka hampir sama dengan Malaysia telah berubah. Di Indonesia, Golkar jatuh, di India Parti Kongres jatuh, parti LDP Jepun pun jatuh. Di Singapura dalam PRU yang lepas agak membimbangkan. Tidak hairan di negara kita rakyat sudah matang, terutama di kalangan generasi muda, mereka ingin membentuk kerajaan yang betul-betul menjiwai rakyat

Perlu satu dasar konkrit melibatkan generasi muda, wanita dan seluruh rakyat . Kita akui Malaysia pelbagai kaum; ada Melayu, India, Cina dan Orang Asli. Di Sabah ada lebih 31 suku kaum. Aspirasi mereka perlu diambil kira.

SK : Mungkihkah lebih ramai ahli politik Sabah akan sertai PPS?

LAJIM : Banyak yang akan sertai kita termasuk yang masih pegang jawatan. Tetapi mereka maklumkan kepada saya supaya lancar PPS dulu kemudian satu demi satu akan sertai kita. Termasuk bekas-bekas wakil rakyat dan pemimpin di peringkat negeri, kawasan juga pesara kerajaan yang sedia membantu.

Berikut temu bual  bersama Wilfred Bumburing:


SK : Mengapa menyertai Pakatan Rakyat?

BUMBURING : Kita lihat keadaan politik tanah air Malaysia dan Sabah. Saya sebagai Timbalan Presiden UPKO, Ahli Parlimen Tuaran melihat keadaan politik dan cara pemerintahan di Malaysia, pertamanya tidak ada perkongsian kuasa.

Dalam BN, yang memerintah sepenuhnya ialah Umno. Parti komponen hanya ikut telunjuk. Hanya ada setiakawan semasa pilihan raya, selepas itu Umno yang menguasai. Kita juga lihat keadaan kerajaan amal rasuah. Ini dilaporkan media, disentuh dalam Parlimen tapi tiada respon sama sekali.

SK : Selain isu nasional seperti rasuah, apa isu yang dekat dengan hati pengundi di Sabah dan mendorong berlaku perubahan?

BUMBURING : Ibu kepada semua masalah di Sabah ialah kebanjiran pendatang tanpa izin. Kalau kita pisahkan dari segi kaum, sudah melintasi semua kaum yang lain. Pendatang sudah 27 peratus sedangkan Melayu (22%), Kadazandusun (17%).

Kita dapati ada 250,000 pendatang tanpa izin sudah jadi pengundi. Itu yang jelas dilihat sebagai Filipino, Bugis tapi mereka dapat kad pengenalan dengan berselindung dalam suku-suku lain, Melayu, Bajau. Mereka mendatangkan pelbagai masalah. Dari segi ekonomi, mereka kuasai teksi sewa, bas mini, tamu (pasar).

Sejak PRU 10 dan makin ketara PRU 11. Apabila pilihan raya, mereka diangkut dengan bas untuk mengundi. Dan PRU 13, kita jangka tidak kurang 300,000 sudah masuk. Jadi, kenapa BN biarkan orang asing menentukan masa depan negara? Ini masalah terbesar Sabah.

SK : Seteruk mana masalah perkongsian kuasa dalam BN?

BUMBURING : Baik BN Sabah, mana ada masyuarat. Dari dulu sampai sekarang, ada satu kali saja tapi itu bukan mesyuarat – datang pun marah-marah sahaja. Buat gaduh.

Selain itu, kita di Sabah dikenali sebagai fixed deposit (deposit tetap). Kita dibagi lima peratus hasil minyak, diangkut ke Semenanjung dan dibelanjakan dalam projek-projek mega. Dan dibagi kontrak kepada kroni Umno. Sedangkan kita di Sabah makan habuk.

Saya pernah cari orang susah untuk menerima bantuan. Di Tuaran, saya daftarkan 3,000 nama keluarga. selepas empat bulan, 800 nama dipotong. Saya melawat orang susah, terlantar 20 tahun tapi selepas empat bulan, nama dipotong tanpa sebab. Bila saya tanya di Parlimen, cakap tidak jadi sebab tiada wang.

SK : Kenapa ketika masih BN, tidak perjuangkan khususnya di Parlimen?

BUMBURING : Ada beberapa sebab. Dalam mesyuarat, kita suarakan semua ini, dalam parlimen, sudah berapa tahun kami bersuara tapi respon tidak konkrit. kita dikenal sebagai fixed deposit (deposit tetap) tapi peruntukan tidak dibagi sama rata.

Di mana keadilan BN? Itu yang ketara sekali. Jadi kita perjuangkan dalam Parlimen, dalam mesyuarat tapi tidak diberi respon yang konkrit. Soal projek, jangan ceritalah. Selain Umno di Sabah ini, jangan harap dapat satu sen pun kontrak kerajaan.

Tapi, di Parlimen, perjuangan Pakatan Rakyat selari dengan hasrat rakyat. Saya lihat perbahasan, saranan dan dasar yang dibawa pemimpin Pakatan baik untuk rakyat. Saya lihat, masalah yang disebut itu, pemimpin BN tutup telinga sahaja. Maka saya berpendapat, penyelesaian masalah Sabah tidak ada. Saya tidak lihat apa-apa cara kalau masih dalam BN. Itu sebab saya dan rakan-rakan sertai Pakatan.

Mungkin ada anggapan penyertaan dalam Pakatan hanya untuk ambil kesempatan kerana BN semenangnya akan tumbang.

Saya sedia hadapi semua ini. Kerana apa yang kita buat ini kita rasa pada jalan yang betul. Saya tidak kisah dengan serangan dari rakan saya sendiri. Serangan itu tidak penting. Yang penting rakyat tahu apa sebab. Dalam setahun dua ini, suara saya di Parlimen terarah kepada pembangkang, malah awal tahun ini Sri Gading dari BN jerit pada saya, cakap Tuaran ini pembangkang atau BN?

Apabila saya suarakan hasrat rakyat, saya dianggap pembangkang. Sebabnya, BN tidak sedia dengar suara rakyat. Apabila kita bersuara tidak ikut lagu BN, dipanggil pambangkang. Mereka tiada hak untuk tutup suara saya, yang penting saya wakil rakyat dan saya sampaikan apa yang diminta oleh pengundi.

SK : Bagaimana persediaan rakyat Sabah untuk menukar kerajaan?

BUMBURING : Kita lihat di Sabah, sebenarnya perasaan akar umbi sudah sedia. Kalau banding 1995 ketika PBS tumbangkan BN, begitulah. Malah, saya ingat lebih hangat, lebih hebat. Perasaan itu sudah membara tapi tidak ada saluran sebab kebanyakan pemimpin masih dalam BN. Ada sedikit tapi bilangan dalam pembangkang belum cukup. Kita perhatikan satu kebangkitan tsunami dari Sabah. Malah, respon terhadap pengisytiharan APS begitu tinggi sekali

Saya juga tidak anggap Pakatan sebagai pembangkang tapi kerajaan alternatif kerana sudah kerajaan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Sebelum ini, kita mahu bawa UPKO keluar BN dan sertai Pakatan tapi nampaknya pimpinan UPKO ambil keputusan kekal dalam BN. Jadi pemimpin-pemimpin UPKO keluar dan sertai Pakatan. Dan kita namakan kumpuln ini sebagai Angkatan Perubahan Sabah – bukan parti, bukan juga NGO tapi pergerakan yang bawa ke landasan bersama Pakatan untuk hadapi PRU 13

SK : Senario politik Sabah unik dan pertukaran kerajaan berlaku banyak kali tapi sejauh mana APS mampu menjatuhkan BN?

BUMBURING : Lihat 1967, apabila masyarakat Kadazan-Dusun-Murut diketuai UPKO sertai Usno, ia jadi itu kukuh. Selepas 13 tahun, apabila Datuk Haris Salleh bersama mendiang Saleh Sulung keluar Usno dan disertai Donald Stephen, tumbang perikatan. Dua orang sahaja.

Pada 1985, ulang sejarah apabila Datuk Pairin Kitingan dan mendiang Datuk Mark Kodding keluar dari Parti Berjaya. PBS ditubuh dan berjaya tumbangkan kerajaan sedia ada. Pada 1994, PBS memang tapi dirampas seperti yang berlaku di Perak sebelum ini.

Dengan wujudnya kumpulan APS dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), ia akan melakar satu gerakan meroboh kerajaan negeri di Sabah. Dari dua hala, orang Islam dan bukan Islam. Harus diingat, sejak 1967, apabila Kadazan-Dusun-Murut menukar haluan politik, perubahan kerajaan pasti berlaku.

Kali ini, ia disertai gerakan kebangkitan Melayu-Islam melalui PPS – itu melengkapkan perubahan. Dengan adanya perubahan di Semenanjung, ia bangkitkan semangat di Sabah. Kali ini, perubahan lanskap politik negara akan terjadi.

===///===

Nota Karmic : Jelas sekali apa yang dapat kita simpulkan dari kedua dua wawancara ini bahawa mereka telah cuba untuk menyuarakan pandangan dan isi hati yang mewakili suara rakyat di negeri Sabah melalui saluran saluran yang kononnya wujud dalam BN (mereka sering melaungkan agar ahli menyuarakan ketidakpuashatian mengikut saluran parti), namun tidak langsung diendahkan dan hanya dipandang sepi, malahan usaha Wilfred Bumburing untuk membangkitkan isu semasa Sabah dalam parlimen juga dibidas oleh rakan BN sendiri dan diperli seolah olah suara pembangkang.

Disinilah titik tolaknya mereka mengambil jalan untuk keluar dari persekongkolan BN demi kelangsungan masa depan dan nasib  rakyat di negeri Sabah. Kini, pimpinan dari kem BN, yang juga terdiri dari rakan rakan mereka di negeri Sabah telah mengecap mereka sebagai pengkhianat. Namun hakikatnya kalau bukan mereka berdua siapa lagi yang berani bersuara??

Sedangkan pemimpin lain di Sabah tanpa mengira samada dari PBS, PBRS, LDP pastinyasangat sedar betapa Sabah di anak tirikan, di pingirkan, di tindas dan diperkotakkatikkan, tapi demi menjaga kerusi dan hegemoni kuasa maka mereka yang lain sanggup jadi pak turut dan 'Yes Man' kepada tuan mereka yang bernama UMNO. Ini Kali Lah ~!!

Wednesday, August 1, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Presiden UPKO Kelihatan Sudah Mengibar Bendera Putih ??


Presiden parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) yang juga seorang Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok (foto) hari ini mengulas, pengunduran Timbalan Presidennya, Dato' Wilfred Bumburing dari Barisan Nasional adalah disebabkan kegagalan BN secara amnya untuk menangani masalah imigran di Sabah.

Ditanya samada beliau menjangka lebih ramai anggota UPKO akan mengikut jejak Bumburing, Dompok berkata,

"Saya tak tahu...ada banyak spekulasi. Tapi, inikan negara bebas. Anda boleh sertai mana-mana parti yang anda suka dan orang lain juga akan menyertai kami (Upko).". Berita penuh di Sinarharian

===///===

Wowhh .. ketepek atas muka BN dan UMNO Sabah .. kah kah kah

Apakah signal yang cuba dihantar oleh Bernard Dompok ?

Bernard seolah olahnya menyekolahkan Ameno-BN tentang kegagalan mereka dalam menangani masalah imigran yang sudah melepasi tahap kronik di Sabah. Isu ini adalah isu yang sentiasa relevan dalam suasana politik di sana sejak berpuluh puluh tahun yang lepas dan sentiasa menjadi janji politik BN setiap kali Pilihanraya Umum diadakan, namun sehingga kini tiada pendekatan dan penyelesaian yang dicapai, malah masalah kebanjiran PATI semakin meruncing saban tahun. 

Pendedahan yang dibuat oleh Dato Wilfred baru baru ini lebih memeranjatkan apabila PATI lebih diberikan keutamaan apabila mereka ditempatkan di kawasan yang lebih selesa sedangkan anak tempatan terus merempat dibumi sendiri. Begitu juga dengan kedudukan tanah adat mereka yang semakin hari semakin menipis ankara kerakusan pemimpin pemimpin BN sendiri.

Apabila Bernard secara terbuka mengatakan 'ini negara bebas' dan langsung tidak membuat ulasan yang boleh dilihat sebagai tidak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Timbalan Presidennya, apakah ini bermakna tindakan Dato' Wilfred meninggalkan BN dan menubuhkan Sabah Reform Front (SRF) sebenarnya mendapat restu dari presidennya sendiri ?? 

Wow .. iklim politik di Sabah semakin panas dan kenyataan akhbar Datuk Bernard seakan akan membuka ruang untuk spekulasi yang lebih besar .. akan adakah lagi yang bakal mengikut jejak langkah Dato' Wilfred dan Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan BN ? Sama sama kita nantikan .. yiehaaa ~!!

Friday, July 6, 2012

Musuh Nombor Satu Barisan Nasional Dan Shahrizat Jalil Tersungkur Dari Kuasa

KUALA LUMPUR — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.

Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.

Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Hari ini, nama Rafizi Ramli digeruni. Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil tersungkur dari kuasa akibat dari kebijaksanaan anak muda ini menyusun strategi dalam mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan keluarga Shahrizat.

Selepas NFC, Rafizi terus membongkar skandal dan penyelewengan. Terbaru, skandal berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.

Lawan tidak memberikan Rafizi jalan mudah. Pengarah strategik PKR itu diserang kembali dari pelbagai penjuru. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam isu NFC, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dalam skandal LRT laluan Ampang dan terbaru semalam, blog beliau www.rafiziramli.com pula digodam.

“Saya percaya selepas pendedahan skandal NFC, rakyat lebih percayakan satu pembentangan hujah yang didokong oleh fakta dan bukti. Pada masa yang sama, rakyat mahu melihat politik baru yang tidak diwarnai serangan peribadi, tetapi berasaskan isu kepentingan awam.

“Kebetulan itu tugas saya dalam PKR dan saya harus tampil membawa isu-isu begini yang melibatkan kepentingan awam. Saya fikir BN merasakan mereka tidak boleh mengulangi ‘NFC fiasco’ kali kedua.”

Tidak ramai yang tahu sebenarnya pengarah strategik PKR itu bekerja dalam sebuah pasukan yang tersusun dan didokong oleh pemimpin kanan PKR dalam mendedahkan sesuatu skandal besar. Ramai menyangka Rafizi bergerak secara bersendirian dan membuat keputusan sendiri.

“Saya mendapat sepenuhya sokongan dari rakan-rakan PKR. Kepimpinan parti berikan sepenuh mandat untuk lakukan siasatan dan ambil pendirian mewakili parti dalam hal-hal ini. Malah, saya tidak perlu pun melaporkan kepada Biro Politik segala perancangan saya dalam sesuatu hal supaya saya ada kelonggaran sepenuhnya menyusun strategi sesuatu isu.

“Dalam strategi kami membina hujah dan isu, contohnya dalam kes NFC, sebenarnya kami ada ‘tag team’ dan kumpulan sokongan yang akan mengembangkan isu itu secara tersusun. Malah, PKR memberi dokongan penuh dari segi nasihat dan bantuan guaman. Setiap isu akan ada 2-3 orang pimpinan kanan yang bersama-sama saya. Cuma,parti memberi kepercayaan sepenuhnya kpd saya untuk ke depan,” jelas Rafizi.

Anak muda kelulusan United Kingdom (UK) itu ternyata tidak gentar dengan serangan bertali arus yang datang kepada dirinya. Tekanan yang dihadapkan kepada dirinya masih belum lagi mmampu menghentikan beliau dari terus membongkar skandal penyelewengan.

“Saya tidak terlalu memikirkan risiko atau kesan kepada saya. Yang penting sesuatu isu itu ada kesan besar kepada rakyat dan sama ada fakta atau bukti itu tepat.

Jadi saya tidak banyak pertimbangan materialistik dan tidak ada cita-cita yang tinggi.

“Oleh itu saya lebih mudah menumpukan kepada tugas tanpa terlalu berkira mengenai kesan kepada diri saya.
Yang paling penting – perlu ada asas kekuatan moral dan agama. Jika kita yakin kita berada di jalan yang benar, ‘gunung’ pun boleh dialih,” kata bakal calon PKR di kerusi parlimen Pandan itu lagi.

Pengarah strategik PKR itu telah berdebat sebanyak dua kali bersama ketua pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin. Pertama debat anjuran UKEC di UK dan terbaru dalam debat anjuran Sinar Harian. Dalam kedua-dua debat, Rafizi kelihatan tenang menghuraikan hujah-hujahnya tanpa retorik dan serangan peribadi. – The Malaysian Insider

Monday, June 25, 2012

UMNO Dalam Kacau Bilau, Pemimpin Utama Kini Bimbang Kehilangan Kuasa Setelah Hegemoni 55 Tahun

Dewasa ini, setiap presiden atau perdana menteri berada dibawah penelitian yang tidak putus putus. Tiada aktiviti yang dilakukan melainkan orang awam akan mengetahui hampir setiap butiran terperinci. Apatahlagi, jadual tahunan mereka telah dirancang sedari awal.

Namun, kadangkala butiran yang dihebahkan hanyalah apa yang telah diarahkan kepada media - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu dan bukannya apa yang orang ramai perlu tahu.

Dan inilah yang menjadi asas kenapa media alternatif semakin mendapat tempat, kerana ia memberikan pandangan yang berbeza untuk sesuatu peristiwa yang sama dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan pemikiran mereka untuk menilai dan dan membuat pertimbangan.

Biarpun mengawal media, Najib gagal untuk meyakinkan rakyat

Setakat ini, terdapat banyak laporan berita dan  laporan bergambar tentang pelbagai acara politik yang disiarkan dalam media arus perdana, yang semuanya dikawal oleh kerajaan - sebab utama mengapa negara telah dilabel sebagai tidak mempunyai kebebasan media. Oleh sebab itu, segala pergerakan dan senario yang melibatkan semua pihak, termasuk dari parti pembangkang dan NGO telah diambil alih oleh media alternatif dimana terbitannya lebih dihargai berbanding MSM.

Pada masa ini, dengan PRU13 semakin hampir, liputan secara besar besaran telah diberikan kepada UMNO dan perdana menteri Najib Razak. Dan dari sekian banyak laporan, dapat dirumuskan bahawa gambaran keseluruhan di Malaysia adalah tidak menggalakkan dan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti, walaupun pelbagai berita yang kebanyakkannya hanya menunjukkan kebaikan disiarkan oleh media arus perdana. Kenapa walaupun mengawal saluran hebat seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio, Najib dan UMNO tetap terlihat korup dan tidak berkesan?

Memang tak dapat dinafikan bahawa media alternatif di Malaysia dan blog/laman pro-pembangkang memainkan peranan yang sangat efektif. Media alternatif yang dibiayai juga cenderung ke arah UMNO-BN tetapi masih memberikan ruang kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyatnya. Media pro-pembangkang pula bergerak dengan bajet yang ketat malah lebih mudah dianggap tanpa bajet langsung. Tidak dapat disangkal, ianya sangat berkesan lantaran dari bakat individu dan keupayaan dalam melontar isu yang dapat menyesakkan nafas Najib dan BN sehingga menghilangkan kredibiliti mereka.

Gabungan tekanan dari media alternatif dan pro-pembangkang seringkali membuatkan Najib tersepit, malah sebenarnya, tekanan tersebut hampir atas semua isu yang dikeluarkan sejak Najib mula mengambil alih jawatan PM pada April 2009. Situasi ini telah menimbulan kesedaran awam bahawa tidak semua yang dicadangkan oleh Najib dan partinya UMNO adalah baik untuk negara.

Sudah lebih buruk dari Abdullah Badawi

Kenyataan dolak dalik Najib dalam begitu banyak situasi telah menimbulkan cakap cakap yang mengatakan beliau telah membuatkan Abdullah Badawi kelihatan seperti mempunyai pendirian yang lebih meyakinkan. Abdullah Badawi, PM yang terdahulu - yang digelar sebagai PM Kaki Tidur, untuk satu tempoh yang dilabel sebagai kurang memberangsangkan, dimana Najib mungkin telah mengatasinya dan ramai yang meramalkan ianya akan membawa satu ruang legasi berbanding Pak Lah.

Tiada satu pun yang Najib telah rancangkan dan laksanakan berada dalam landasan yang betul atau yang tidak berhenti separuh jalan. Selepas mengambil alih jawatan dari Pak Lah, kedudukan sosial, politik, keadaaan ekonomi termasuk undang undang dan perlaksanaannya semakin memburuk. Untuk ini, Najib perlu menerima tempelakan kerana telah membibitkan keraguan awam kepada intergriti kehakiman dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Pada lewat peringkat ini, untuk penggal pertama PM yang dilalui tanpa mengadakan sebuah PRU, beliau begitu gemar untuk bercakap tentang sokongan yang diraih. Walaupun, hasil kajian menunjukkan beliau merupakan seorang yang hanya popular dalam BN, cubalah masuk ke kedai kopi dan tanya orang sekeliling. Ramai orang akan menggelengkan kepala dan menyedari bahawa najib bukanlah orang yang memipin Malaysia keluar dari kemelut.

Dikalangan ahli UMNO, pertengkaran, pergaduhan dalaman, tikam belakang dan sabotaj menjadi semakin buruk terutama sekarang ini apabila Najib nampaknya telah memutuskan untuk menangguhkan PRU13 hanya setelah pemilihan parti diadakan. UMNO kian berantakan dan ia telah sampai ke satu tahap dimana ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Setiap pemimpin UMNO yang terkenal telah keluar dan membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain dalam usaha menonjolkan diri untuk mencuri perhatian. Kumpulan ini, tidak ada yang mendapat jalan yang lebih mudah berbanding bekas PM, Mahathir Mohamad, yang sekarang ini dirujuk sebagai PM de facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib dikatakan akan hilang jawatan sebelum akhir tahun ini.

Pemimpin UMNO bertarung untuk diri sendiri

Sedangkan Timbalan PM, Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Najib dalam beberapa isu seperti contoh, jadi Melayu dulu dan Malaysia kemudian (being a malay first and Malaysian second). Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tanpa ragu telah membuatkan Najib kelihatan seperti sang pengecut apabila tidak berani untuk menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka.

Atas inisiatifnya sendiri, Khairy telah menyahut untuk berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau telah melakukannya 2 kali - pertama kali di London dan kali kedua di KL atas isu PTPTN. Perbahasan ini membolehkan orang ramai untuk menilai wawasan dan kualiti kepimpinan pada para pendebat dan secara tidak langsung mereka mengalihkan pandangan kepada Najib dan mengapa beliau asyik berkata 'tidak' pada cabaran Anwar.

Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlecehkan jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 Untuk Pilihanraya Yang Adil, telah membuat kenyataan yang jelas membodohkan diri sendiri apabila megumumkan bahawa berdasarkan teknik yang digunakan oleh BBC, bilangan peserta hanya 22,741 orang sedangkan jumlah sebenar adalah sekitar 250, 000 orang.

Dan seseorang dari UMNO amat pasti telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan kehadiran sebanyak 100,000 orang di Majlis Sambutan 66 Tahun UMNO sedangkan jumlah yang sebenarnya kurang dari 50,000.

Klip Video yang ditunjukkan dalam saluran TV kerajaan yang menggambarkan peserta Bersih 3.0 bertindak ganas telah dicemuh dan tidak dihiraukan oleh orang ramai yang lebih berminat untuk menyaksikan suasana kejadian tanpa suntingan yang mudah didapati dari Youtube, yang turut mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh polis secara berleluasa terhadap peserta yang terdiri dari orang awam.

Cyber troopers UMNO yang terkenal dengan peruntukan RM300, 000 sebulan pun turut senyap. Ulama UMNO juga turut menjadi bebal, diberatkan dengan beban untuk menampakkan UMNO kelihatan lebih Islamik namun dalam masa yang sama isu seks dan skandal rasuah pemimpinnya sangat berleluasa. Shafie Afdal tidak mampu untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak berbelanja jutaan ringgit untuk Zahidi Rafik.

Najib bukan hanya perlu menghadapi skandal bakal menantunya, Maira Nazarbayev (yang dikatakan telah mengambil secara tak sah sebuah kondominium mewah yang bernilai sekurang kurangnya USD20 juta milik bekas suaminya), malah turut dihantui dengan kemungkinan akan diseret ke mahkamah Perancis atas tuduhan rasuah berjumlah 114 juta euro / RM 570 juta ketika transaksi perjanjian membeli 2 buah kapal selam Scorpene dari DCNS, perkara yang pasti tidak dapat luput dari fikiran beliau.

Di seluruh negara dan juga negeri.

Ahmad Shabery yang menganjurkan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru baru ini, membazirkan sekurang kurangnya RM20 juta duit pembayar cukai hanya untuk menciptakan satu gambaran palsu kepopularitian UMNO, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Bukan sahaja tidak mendapat pujian, malah Shabery diterjah dengan persoalan rakyat Malaysia yang ingin tahu tindakan tidak bertanggungjawab beliau membelanjakan sejumlah RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-Pop (Kumpulan Korea) hanya untuk memastikan supaya mendapat sambutan dari belia untuk hadir ke majlis itu. Apabila perlumbaan drag race dicemari dengan insiden perlanggaran 17 orang penonton, Shabery telah melakukan kelakuan biasa burung unta - menyorokkan kepala dalam pasir.

Sementara Menteri Wilayah, Raja Nong Chik masih bertelagah dengan bekas Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Rafidah Aziz pula masih mencari peluang politik biarpun usianya telah memasuki awal 70an. Rafidah dilihat cuba untuk mengambil kesempatan atas aib yang menimpa Shahrizat berikutan isu rasuah RM250 juta NFC dengan meminta beliau untuk melepaskan jawatan, namun Shahrizat telah berjaya memujuk Najib untuk menyebelahi beliau.

Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat telah 'mempunyai' sesuatu untuk Najib dan adalah paling mungkin berkaitan dengan sebuah apartment di Kazakhstan yang berharga RM1.7 juta yang dikatakan dibeli sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.

Idris Jusoh, mantan MB Terengganu masih berusaha untuk mensabotaj Ahmad Said, MB Terengganu sekarang dan tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian setiapkali ada kesempatan. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang layak untuk menteri besar apabila Mohd Zin yang merupakan pengarah pilihanraya BN ditolak oleh ahli UMNO Selangor.

Sepupu Najib sendiri, Hishamuddin Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri turut merasakan tidak yakin untuk bertanding di Semberong dimana peluang untuk dikalahkan adalah amat besar.

Ghani Othman, Menteri Besar Johor, telah memegang jawatan tersebut sejak sekian lama dan beberapa pimpinan UMNO Johor kini mencari peluang untuk menjatuhkannya, menunjukkan perbalahan dalaman parti kian memuncak di negeri ini.

Di Perak, MB yang tidak popular, Zambri Kadir tidak dapat untuk memberikan jaminan bahawa Perak akan kekal dibawah BN selepas PRU13 nanti. Jika berbuat demikian, beliau hanya akan mendapat sindiran dan cemuhan.

Sarawak pula berada dibawah kawalan Ketua Menteri Taib Mahmud sepenuhnya dan Najib tidak dapat berbuat apa apa lansgung untuk mengawalnya. Sebalinya, Najiblah yang memerlukan pertolongan dari Taib, Sementara di Sabah, Pakatan Rakyat telah membuat jalinan secara rahsia sehingga PRU13 diumumkan kerana bimbang BN akan menggunakan kuasa wang untuk memporak perandakan hubungan mereka dengan ahli politik tempatan.

Mahathir sedang membina kes keganasan?

Mahathir juga sekarang aktif menuding jari. Beliau mengatakan UMNO menjadi lemah sekarang disebabkan oleh Abdullah Badawi. Tapi itu mungkin disebabkan sikap prejudis beliau terhadap Abdullah Badawi dan sebaliknya melindungi Najib yang beliau rasakan menjaga kepentingan beliau dengan baik.

Berdasarkan senario yang disebutkan diatas serta banyak lagi yang memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk disebutkan, peluang untuk BN memenangi PRU13 telah menurun dengan drastik biarpun para penganalisis pro-UMNO bertegas mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan 137 kerusi Parlimen.

Malah, faktanya menjadi semakin jelas UMNO-BN mungkin dikalahkan. Bekas MB Selangor yang diaibkan, Khir Toyo berasa yakin bahawa Selangor, P. Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan dikuasai oleh Pakatan dan tanpa mengambil kira ada beberapa negeri lain juga bakal jatuh ketangan Pakatan.

Mahathir separuh benar apabila mengatakan BN akan kehilangan 5 negeri dan melihat berlaku pengurangan majoriti BUKAN kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN lemah. Tapi setelah 4 tahun, orang ramai sendiri dapat menyaksikan sendiri betapa Pakatan telah menjadi bertambah kuat sementara BN menjadi semakin tidak bermaya.

Disebabkan itu, kedua dua Mahathir dan Najib telah mengancam akan berlaku keganasan apabila berlaku pertukaran kerajaan. Pada dasarnya, UMNO tidak mempunyai perancangan sendiri untuk terus berkuasa.

Setakat ini, ia telah menyerahkan segalanya kepada SPR dan polis untuk memainkan peranan dalam memberikan keputusan yang dikehendaki tetapi kemudian diberikan maklumbalas yang tidak terjangka dengan Demontrasi Bersih 3.0 oleh rakyat Malaysia dan juga komuniti antarabangsa. Penjawat awam termasuk juga polis tidak lagi berminat untuk melakukan penipuan demi mengekalkan kuasa UMNO-BN. Tiada siapa yang ingin dipersalahkan atau didapati berbohong apabila bencana untuk UMNO-BN menjadi semakin jelas dari hari hari.

Sudah tentu UMNO akan tetap menipu dan menjadikan PRU13 sebagai yang terkotor dalam sejarah. Tapi itu juga tidak dapat menjamin kejayaan UMNO-BN, maka itulah sebabnya, Najib masih berteka teki dengan tarikh sebenar PRU13.

Mendepani hakikat kekalahan dan mencari jalan keluar.

Jadi, UMNO perlu menghadapi kemungkinan dikalahkan. Adalah menjadi beban tambahan untuk pimpinan UMNO merangka strategi jalan keluar, tetapi mereka telah melakukannya. Perkara pertama yang mereka lakukan, sudah tentu, WANG TUNAI. Cerdik pandai telah mengesan keanehan urusniaga yang diserahkan kepada Syed Mokhtar, kroni bilionaire yang dipercayai telah dianugerahkan projek penswastaan aset kerajaan pada diskaun yang luarbiasa, dipercayai dengan cara itu, beliau dapat menyimpan kewangan bagi pihak mereka.

Sementelah UMNO telah mempunyai pengalaman dalam kejadian rusuhan kaum 13 Mei, adalah tidak mustahil yang mereka akan menggunakan cara yang sama untuk kekal berkuasa. Tetapi, orang ramai telah cukup celik untuk membaca permainan UMNO yang lapuk itu.

Perlu diingat. Kejadian seperti Mei 13 adalah risiko terbesar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkan tapi Najib sebagai PM yang perlu mengambil tanggungjawab sekiranya ia berlaku diluar kawalan. Sudah pasti, beliau akan memusnahkan legasinya sendiri berserta nama baik keluarganya jika beliau berhasrat untuk menggunakan rampasan sebagaimana yang berlaku dalam krisis negeri Perak.

Rakyat Malaysia telah membuktikan menerusi Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak boleh diperlecehkan dan akan bangun dimuka rejim BN jika ia cuba untuk melampaui batas.

Hakikatnya, rakyatlah secara lembut akan meminta UMNO-BN meninggalkan Putrajaya. Tanda tandanya dah banyak kelihatan dan UMNO belajar dari cara yang sukar bahawa inilah kenyataan yang mereka perlu hormati. Kebanyakan rakyat Malaysia telah menanam semangat untuk berubah dan mengundi Pakatan.

Akhirnya, Najib dan UMNO perlu menyalahkan diri sendiri. Semuanya dalam tangan mereka untuk menentukan tindakan mana yang mereka perlu ambil, tapi peluangnya jika mereka kembali pada pertimbangan, tinggalkan Mahathir yang menganjurkan idea keganasan hanya untuk mempertahankan diri dan kekayaan keluarganya yang melimpah ruah, dan serahkan kekuasaan dalam suasana aman.




Nota : Terjemahan Bebas dari karya asal : Umno in disarray, top leaders fear losing power after 55-yrs of hegemony - Malaysian Chronicle

Monday, June 4, 2012

BN Atau PR Yang Bakal Bertindak Diluar Demokrasi Jika Kalah ?


KLUANG 4 Jun - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan pembangkang akan mencetuskan huru-hara jika mereka tewas dalam pilihan raya umum ke-13.

"Apabila mereka sanggup memperalat dan memperkuda pelajar, tidak mustahil sekiranya pilihan raya umum tidak memihak mereka, mereka sanggup menghuru- harakan jalanan di atas nama hak, di atas nama kebebasan atau di atas nama hak asasi. Saya tidak tolak kemungkinan perkara ini berlaku," katanya hari ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Semberong berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini. - BERNAMA.

=================

PAS telah menyertai pilihanraya sejak dari bermulanya sistem demokrasi berpilihanraya di Malaya sehingga ke hari ini. Dalam tempoh itu memang diketahui umum bahawa PAS tidak pernah waima sekali pun memegang tampuk pemerintahan persekutuan, melainkan ketika menjadi parti komponen BN satu ketika dulu. Walaupun berkali kali kalah dalam PRU sebelum ini, belum pernah PAS menyeru supaya ahlinya merusuh dijalanraya. Bermakna kenyataan diatas tidak relevan untuk PAS.

DAP juga menyertai pilihanraya sezaman dengan PAS dan parti itu juga langsung tidak pernah merasa untuk bergelar kerajaan yang memerintah diperingkat pusat. DAP juga tewas diperingkat menguasai majoriti Parlimen secara berturut turut sehingga ke hari ini. Tidak juga berlaku apa yang dikatakan rusuhan seperti yang dikatakan oleh menteri kdn ni. So, kenyataan itu juga tidak relevan.

PKR pula menyertai pilihanraya bermula dari 1999 sebagai PKN,dan telah berjuang untuk menempatkan diri dalam pentadbiran persekutuan sebanyak 3 kali PRU termasuk setelah penggabungan dengan PRM. Berbanding dengan rakan rakan politik didalam Pakatan Rakyat, PKR merupakan parti yang termuda namun ia juga diresapi dengan semangat demokrasi yang tinggi apabila menerima kekalahan dalam PRU tanpa menimbulkan apa apa kekacauan kepada sistem keselamatan negara.

Begitu juga dengan sepakatan yang pernah terbina seperti Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan yang terkini Pakatan Rakyat, belum pernah ada tercetusnya gerakan subversif seperti yang diperkatakan, biarpun kalah dalam 12 pusingan PRU kerana ianya dianggotai oleh parti parti yang sudah biasa dengan terma kekalahan dan masih percaya untuk berjuang dalam landasan demokrasi.

Ironinya, jika Hishamuddin maksudkan Pakatan Rakyat yang akan mencetuskan huru hara jika kalah dalam PRU nanti, maka itu adalah perkara yang sangat dangkal kerana BN sangat lemah ketika terjadinya pengharaman umno satu ketika dulu sehinggakan APU berasa amat yakin untuk menerajui kerajaan persekutuan dan menobatkan tengku Razaleigh sebagai PM yang baru namun ternyata jangkaan tersebut meleset kerana peranan media yang dimainkan menjelang hari pilihanraya.

Dengan ketiadaan media baru seperti hari ini, serangan jahat yang dibuat keatas Ku Li ketika itu memang tidak dapat ditepis oleh APU dan hanya berpuas hati dengan kejatuhan Kelantan. Apakah APU merusuh dan mengadakan huru hara jalanan walhal kemenangan sangat dekat dirasa oleh penyokong penyokongnya dan cara kemenangan itu dirampas adalah dengan jalan yang amat busuk ?? Bahkan tidak. Sebabnya mereka mereka ini sangat tinggi semangat demokrasinya biarpun keinginan untuk menjatuhkan BN amat menebal.

Namun, jika sekiranya, ditakdirkan kerajaan yang memerintah selepas PRU 13 nanti adalah terdiri dari kem Pakatan Rakyat, maka mungkin benarlah telahan yang dibuat oleh Dr. M, Muhyiddin & Hishamuddin sendiri.

BN tidak pernah seumur hayatnya menjadi pembangkang diperingkat persekutuan, jadi tidak mustahil mereka mereka inilah orang orang yang tidak dapat menerima kenyataan andai pihak mereka kalah dalam pilihanraya.

Memandangkan aksi aksi ganas dari pihak BN telah pun bermula sejak dari sebelum pilihanraya, maka tidak mustahil aksi barbarik ini akan diteruskan jika mereka gagal untuk menguasai parlimen.

Justeru, sudah bersediakah BN untuk menerima kekalahan secara orang yang bertamaddun memandangkan presidennya sendiri pernah mengeluarkan kata kata akan mempertahankan Putrajaya sehingga titisan darah yang terakhir ?


© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top