Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Reload - Mesti Lihat : Ahli Politik Yang Berani Mati


Perghhh ... sekali lagi .. perghhh ... 

JIKA SAYA KORUPSI, IKHLAS DITEMBAK MATI !
H. ERWIN AMRIL

JIKA NANTI SAYA TERPILIH, SETIAP BULAN GAJI DAN TUNJANGAN SAYA, AKAN SAYA SUMBANGKAN KEPADA MASYARAKAT YANG MISKIN.

Kalau ramai yang berpendirian gini (benar benar maksudkan), perkara yang kat bawah ni pasti dapat dielakkan. 

 dan sekali lagi .. perghh .. mang aih 

Friday, July 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Antara Komunis, Polis Dan Dot Dot Dot


"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. - Petikan dari Malaysiakini.

Kenyataan kat atas adalah pemikiran yang mungkin terkeluar dari kepala yang terkena bisul selama 7 hari berturut turut dan kemungkinan untuk pulih akan memakan masa yang panjang .. kah kah kah  

Dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit merupakan satu ayat andaian, satu tanggapan, satu serkap jarang yang selalu digunakan oleh orang yang sebenarnya langsung takde maklumat dan substansi tentang isu yang dia sendiri perkatakan. Kalau kerja dalam satu syarikat, masa meeting lembaga pengarah, bila ditanya oleh CEO dalam satu satu perkara, bila perkara yang hanya andaian ni dikeluarkan untuk menyokong satu satu pelan tindakan , maka bersedialah untuk disembur dan dimaki sampai rasa macam takde harga diri .. kah kah kah kah 

Takkan unit risikan langsung takde bukti bergambar yang menunjukkan pelaku pelaku yang dituduh sekurang kurangnya berada di tempat pertemuan? Kalau ada foto, boleh goyang jugaklah rakyat Malaysia walaupun kita tak tahu apa niat disebalik pertemuan tu .. itu pun KALAU ADA FOTO .. ni takda langsung .. luorang risik apa ? Risik anak dara orang kat Siam ke ? kah kah kah kah 

Tu foto kat atas tu, terang terang membuat jalinan kerjasama dengan Parti Komunis China malah sangat mengalu alukan kehadiran kader kader (apprentice) dari CPC. Sampai sekarang ni, desakan untuk memperjelaskan tujuan kedatangan mereka ke Lurah Bilut masih tidak kedengaran jawapan yang memuaskan. Dan ini bukanlah kali pertama peristiwa yang menunjukkan hubungan jelas antara UMNO dan CPC.

Diharap selepas ni unit risikan polis boleh le teropong dalam kem ameno pulak yang memang terbukti telah diresapi malah tahap telah dirasuk dengan komunisme melalui CPC - Parti Komunis terbesar didunia, kapitalisme yang semakin menekan ekonomi negara, Zionisme melalui peranan APCO sebagai penasihat kerajaan, nasionalisme yang menjadi tunjang BN, dan FLOMisme + Rosmahisme yang sangat berpuaka .. kah kah kah kah

Nota : Kenyataan yang dibuat semalam tak ubah macam nak membenarkan kenyataan gila Rahim Noor yang boleh nampak agen komunis dalam Bersih 3.0, pakai teropong Laksamana Do Re Mi ke ? kah kah kah kah.. hati hati weyh, berbagai lagu dah berkumandang untuk merealisasikan ramalan bahawa rakyat nak menggulingkan kerajaan secara kekasaran, dan ini tak syak lagi adalah antara ayat yang paling bangang dalam tahun 2012.. kah kah kah

Nota Ciput : PKM dah lama bubar weyh.. bekas ahli yang masih hidup pon kesemuanya dah masuk era expired..  tapi CPC masih berkuasa dan jadi tunjang pemerintahan komunis.. apa cerrr?

Thursday, July 19, 2012

TAGGED UNDER: ,

Apa Kesudahan Dengan Cerita Ni ?? Happy Ending Ke ??

Klik kalo tak clear


Isu ni memang sangat hot diperkatakan sekitar Mac - April 2012, sampai habih terlondeh pasal banglo, botox, komisen, orang tengah untuk projek dan macam macam lagi cerita yang menambahkan sensasi.

Kemudian keluar plak pihak sini nak saman sana, yang sana nak saman sini .. pihak sini nak keluarkan bukti lebih terperinci, puak sana nafi .. sehinggalah tarikh 28 April apabila Bersih 3.0 mengambil alih tempat sebagai berita yang diperkatakan seantero dunia.

Selepas dari Bersih 3.0, kita semua diheret kedalam isu demi isu sehingga wa tengok langsung takde perkembangan pasal berita yang kat atas ni .. ada sesape yang boleh bagi pencerahan ?? ke wa yang terlepas pandang ??

Saturday, June 30, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Wallaweyh .. Ning Baizura Pun Akan Join PAS?


Ning Baizura Join PAS ?

Rilek bhai , rilek .. berita ni masih diperingkat ura ura. Dan orang yang menyampaikan ura ura ni bukan orang sembarangan.. Naib Presiden PAS sendiri iaitu Salahuddin Ayub dalam ucapannya bersempena Jamuan Makan Bersama Tok Guru di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas, Tampoi baru baru ni ..

Wa sangat konfiden, khalayak sangat kenal dengan kelibat yang bernama Ning Baizura ni. Perjalanan seninya memang tak pernah lekang dengan gossip dan kontroversi dan wa langsung tak berminat nak menyentuh pasal perkara tersebut. 

Sumber : Sinar Harian


Namun, jika berita yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS ini betul, alangkah besar kesannya pada senario semasa hari ini apabila artis artis semakin menunjukkan kesedaran dan inginkan perubahan kepada yang lebih baik dan Ning Baizura bakal menjadi contoh yang signifikan.

Dan jika ia benar benar terjadi, ia akan menjadi satu titik tolak kepada satu anjakan paradigma kepada artis artis lain untuk mula keluar dari kegusaran untuk menyatakan pendirian politik masing masing hanya kerana alasan takut periuk nasi bakal terancam jika berbuat demikian. Jika Ning Baizura pun boleh berubah mengapa yang lain tidak ??

Apapun perkara ini masih lagi belum pasti dan masih diperingkat spekulasi. Namun jika terjadi, wa ucapkan Tahniah dan Ahlan Wa Sahlan kepada beliau.

Nota : Wa tak dapat bayangkan serangan peribadi yang bakal dilakukan oleh chai chai ameno jika Ning Baizura ingin berubah dan menyokong PAS. Jika serangan gilababi kepada Abby, Bob Lokman & Hairie dijadikan contoh, bayangkan cemana chai chai ini bakal meroyan nanti.

Saturday, June 23, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Lawak Awal Pagi Sabtu : Owh My Engrish~!!


Luorang dont play play. Wa taste not happy, what are the because the children fruit at SUK and tribe ghosts show stupid doesn't play. But wa dont want to enter mix..

And luorang here read this good good, this full week wa dont write politics much much ..  wa say sorry, body wa is not delicious,  body wa taste like enter the wind... kah kah kah kah kah

Wednesday, June 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tok Janggut Syahid Kerana Pertahan Khilafah - Bukan Kerana Protes Cukai



Assalamualaikum,

Susulan dari kuliah yang lalu di mana saya telah jelaskan peranan yang dimainkan oleh Ust Nur Alam dan Sdr Abu qassim dalam membangkitkan peristiwa Dahagi di Singapura, sentimen dan seruan 'Jihad-e-akbar fardhu ain' yang dikeluarkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah turut disambut oleh ulama-ulama di Kelantan khususnya di Pasir Mas. 

Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-benteng Kerajaan Turki Uthmani. 

British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba (gambar di atas), Meggido (Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. 

Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. 

Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontinjen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.



Jenazah Tuk Janggut telah digantung selama seminggu di depan istana, di arak selama sehari di pekan Kota Bahru..

Beberapa persoalan yang wajar kita fikirkan dalam suasana kegawatan politik dan akhlak yang berlaku di negara kita kini. Tuk Janggut memahami tuntutan perjuangan membela al haq dan Islam. Malangnya institusi yang sepatutnya membela dan mempertahankan perjuangan rakyat telah tunduk kepada tekanan British dan mengistiharkan Tuk Janggut sebagai penderhaka. Bahkan jenazah Tuk Janggut digantung di hadapan istana selama seminggu..

Di satu pihak pula di manakah rakyat jelata ketika Tuk Janggut berhadapan dengan imperialis British. Apakah mereka ini merupakan 'the reluctant public' seperti yang kita saksikan pada hari ini. Jika fenomena 'reluctant public' ini berlaku juga pada hari ini, tidak mustahil jenayah politik akan disempurnakan melalui instrumen ugut dan fitnah...

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

TAGGED UNDER: ,

Lawak Gunting Rambut



Satu hari seorang penggubah bunga telah pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambutnya. Setelah selesai, dan ketika beliau ingin membayar, si tukang gunting telah berkata "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Si penggubah bunga berasa kagum lalu meninggalkan kedai tersebut. Pagi berikutnya apabila si tukang gunting ingin membuka kedainya, beliau menemukan sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sejambak bunga ros diletakkan didepan pintunya.

Kemudian, seorang anggota polis datang untuk memotong rambut, dan apabila beliau hendak membuat pembayaran, sekali lagi si tukang gunting mengatakan "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Polis tersebut berasa gembira dan berlalu pergi. Keesokannya, sekali lagi si tukang gunting mendapati ada sebuah kad ucapan 'terima kasih' dan sedozen donut didepan pintu kedainya.

Kemudian, datang seorang ahli politik ke kedainya untuk memotong rambut. Apabila selesai dan ingin membayar, jawapan dari si tukang rambut tetap sama "Saya tidak boleh menerima bayaran kerana saya sedang menjalankan khidmat masyarakat secara percuma selama seminggu". Ahli politik itu berasa sangat gembira ketika meninggalkan kedai tersebut. Menariknya, apabila si tukang rambut bersedia untuk memulakan tugasnya pada keesokan hari, disana telah terdapat berderet deret ahli politik yang sedang beratur untuk menggunting rambut secara percuma .. kah kah kah

Dan cerita ni walaupun lawak, namun dapat menggambarkan apa yang tersirat dalam realiti membezakan masyarakat kat negara kita dan ahli politik yang menerajuinya.


Friday, June 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Benarkah Kegiatan Bomoh Memang Wujud Dalam Politik Ameno - BN?

Bomoh Petai
Malaysia pernah dikejutkan dengan perlakuan sadis trio pengamal perbomohan yang menggegarkan arena politik tempatan khususnya kerana melibatkan seorang ahli yang berhormat dari daerah Raub, Pahang. 

Trio yang dimaksudkan ialah Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandy, dan pembantunya Juraimi Hassan yang telah didapati bersalah kerana membunuh seorang pemimpin ameno, Dato' Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam.

Menurut fakta kes, tujuan utama Dato' Mazlan berjumpa dengan trio bomoh tersebut adalah untuk meminta bantuan bagi memastikan kedudukannya sebagai ahli politik dan ADUN terus berkembang maju dan cemerlang.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1993 dan bagi yang kurang jelas, luorang boleh baca lebih lanjut dari sumber

Soalnya, kenapa wa timbulkan isu ni ? 

Hari ini dalam dewan parlimen, timbul kembali pertikaian berkenaan penggunaan bomoh dalam perbahasan antara ahli dewan. Mungkin secara tak disengajakan, Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) telah mengeluarkan kenyataan sindiran kepada MP yang secara tak langsung mengesahkan penglibatan bomoh dalam politik BN ini telah lama berakar umbi. 

Lihat kenyataan beliau yang wa highlight ngan kaler biru. 

================================

Gelagat beberapa anggota Parlimen yang saling bertingkah pendapat soal siapa paling banyak menggunakan khidmat bomoh, antara kaum wanita dan lelaki, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat semalam.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai 'doktor moden' itu.
 
"Dari pengamatan saya kaum ibu yang paling suka jumpa bomoh untuk macam-macam sebab, asal ada yang musykil sahaja pergi jumpa bomoh... ini benar-benar berlaku," katanya ketika mencelah ucapan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012.

Dakwaan Bung menarik perhatian Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara) yang bangkit menyangkal kenyataan itu kerana menyifatkannya tidak berasas.
 
"Saya tidak berapa setuju dengan kenyataan Yang Berhormat pasal wanita teramai guna bomoh...Yang Berhormat ada buat kajian kah?

"Saya rasa sekarang sementara menunggu perdana menteri umum tarikh pilihan raya, paling ramai kaum lelaki yang jumpa bomoh," sindirnya yang mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir.
 
Cuba mempertahan pandangannya, Bung Moktar berkata dakwaan itu berdasarkan banyaknya laporan media yang mengaitkan kaum wanita dengan kegiatan bomoh.
 
"Kalau Yang Berhormat tak percaya boleh langgan Harian Metro yang banyak selongkar masalah ini... itu yang saya buat sebagai rujukan," katanya yang sekali lagi menggamatkan suasana dewan.
 
Perselisihan pendapat antara kedua-dua anggota Parlimen itu diredakan Idris yang mengakui tidak boleh berpihak kepada mana-mana rakannya, tetapi sempat mengusik Bung Moktar.

"Yang Berhormat Kinabatangan pernah kena bomoh ke? Tetapi rasanya tak pernah sebab itu yang berhormat sentiasa berdiri tegak menyatakan pendapat di sini," katanya.

Bagaimanapun kesemua anggota Parlimen itu sependapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang lebih ketat bagi mengawal aktiviti dan perkhidmatan bomoh untuk membendung aktiviti bomoh penipu.

Anggota Parlimen itu turut meminta kerajaan memantau percambahan pusat-pusat kecantikan yang semakin banyak menawarkan perkhidmatan kesihatan, termasuk pembedahan kecantikan sejak kebelakangan ini.
 
- Bernama

Sumber : Malaysiakini
===============================

Walaupun isu yang disentuh oleh MP Kinabatangan adalah berbentuk umum, tapi minah dari Johor tersebut melenting macam disergah pontianak harum sundal tengahari sambil terus mengaitkan dengan tarikh pilihanraya yang belum diumumkan menyebabkan ramai yang telah mengunjungi kunjungan hormat kepada bomoh - mungkin untuk memastikan nama nama mereka tercalon.

Kenyataan Idris Haron plak bagaikan mengiakan, seolah olah MP yang tidak berani bersuara dalam dewan adalah mereka mereka yang sudah terkena mandrem ..

Nota : Banyak lagi isu penting yang perlu dibicarakan dalam dewan, namun isu ini juga yang dibenarkan oleh Yang Dipertua, sedangkan isu isu yang lebih menjurus kepada keselamatan negara dan isu Syria ditolak mentah mentah.. Aduhai Parlimen negara ku yang terchenta.

Friday, June 1, 2012

Mesti Baca: Mat Zain - Kenyataan Musa Buktikan Tiada Bukti Kukuh

Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim membidas kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkaitan kes 'Liwat I' yang dikaitkan dengan ketua pembangkang.

Mat Zain menyifatkan perkara itu sebagai perkara tambahan yang baru sahaja difikirkan (afterthought).

Beliau yang juga pegawai penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada 1998 menegaskan, Musa sepatutnya merujuk beberapa kenyataan berkaitan.

Ia antaranya kenyataannya dalam perbicaraan itu, kenyataannya kepada ketua pasukan penyiasat CID Kuala Lumpur, dakwaan Musa sendiri terhadap Anwar dan kenyataan yang diberikan Mohd Rodwan Yusof.

Menurutnya, sampel darah untuk ujian HIV itu diambil doktor pakar Hospital Kuala Lumpur pada 28 September 1998 sewaktu Anwar ditahan polis dan beliau sendiri memberi kebenaran untuk itu.

Menurut Mat Zain, sampel itu diambil dan diberi berdasarkan prosedur. Namun, sampel yang sama diambil tanpa kebenaran doktor pada 15 Oktober 1998 untuk ujian DNA.

"Doktor menegaskan sampel darah untuk ujian HIV itu tidak sesuai untuk ujian DNA kerana prosedur untuk sampel DNA perlu mematuhi beberapa protokol. 

"Apabila Musa mengaku menggunakan darah itu untuk ujian DNA ke atas tilam, ia secara tak langsung bermakna beliau mengakui tidak mempunyai bukti kukuh sewaktu beliau memberi penerangan kepada perdana menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Jika tidak, kenapa Musa perlu curi sampel darah itu dari HKL dan melakukan ujian DNA ke atas tilam jika siasatannya lengkap sewaktu bertemu Mahathir," kata Mat Zain.


Nota :
Untuk memahami lebih lanjut tentang isu berbangkit ini .. sila baca Surat Terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim (Mantan Pengarah CID) Kepada Ketua Polis Negara entri tahun lepas.

Dalam entri itu, Datuk Mat Zain membongkar

  1. Dendam Rahim Tamby Chik Pada DSAI
  2. Penglibatan Musa Hassan dalam penyelewengan bukti
  3. Persekongkolan antara Musa dan Gani Patail
  4. Rasuah yang melibatkan amaun ratusan juta ringgit diantara mereka

Baca, teliti dan tolong fahamkan .. betapa bejatnya sistem kita sekarang.

Monday, May 14, 2012

TAGGED UNDER: ,

Artikel : Bezanya Parti Politik Dan Kerajaan



Sepanjang pemerhatian saya, sebahagian daripada masyarakat hari ini tidak kira sama ada dari kelompok pelajar, professional hatta orang terpelajar — masing-masing masih belum jelas dengan perbezaan antara kerajaan dan parti politik.

Bukan sekadar kabur dengan perbezaan antara parti politik dan kerajaan bahkan kebanyakkan juga kurang jelas dengan pengertian apa itu kerajaan dan apakah pula parti politik?

Lantaran itu, tidak hairanlah seandainya ada polisi kerajaan yang dikritik, kata-kata sinikal seperti tidak mengenang budi mudah saja ditunding oleh sesetengah golongan ini. 

Pada hakikatnya, kata-kata itu secara dasarnya merupakan satu tuduhan yang tidak berasas ekoran dari kedangkalan dalam memaklumi dan membezakan definisi sebenar kerajaan dan parti politik.

Secara dasarnya, parti politik adalah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama membina kepentingan Negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang telah dipersetujui secara kolektif manakala menurut Peter B. Harris parti ialah satu kumpulan yang tersusun yang berusaha untuk menguasai kedudukan personel dan dasar sesuatu kerajaan.



Contoh ini dapat dilihat dengan kewujudan parti politik seperti Barisan Nasional, PAS , Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain yang wujud atas kepentingan parti dalam membawa dan menyuarakan hak rakyat.

Penyertaan parti politik ini di dalam pilihan raya umum seterusnya membolehkan parti politik tersebut membentuk sesebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yang mana pada dasarnya telah dipersetujui oleh kelompok masyarakat melalui undian pilihan raya.

Justeru itu, tidak kira parti mana pun yang memerintah, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yang sama. Kemenangan yang diperoleh dalam pilihanraya umum adalah satu kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk memerintah.

Antara fungsi utama sesebuah kerajaan adalah menyediakan barangan dan perkhidmatan awam untuk kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan, seperti infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam dan kemudahan awam yang lain. Perlu ditekankan di sini, bahawa ini adalah satu kemestian atau kewajipan bagi kerajaan untuk menyediakan setiap prasarana yang kondusif kepada masyarakat awam.

Seharusnya, papan-papan tanda seperti “Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional” tidak seharusnya wujud. Yang perlu wujud adalah “Satu lagi projek kerajaan persekutuan” atau “satu lagi projek kerajaan negeri”.

Hakikatnya, kerajaan itu wujud dan berdiri atas kemenangan parti. Justeru parti apa pun yang menang, itu adalah kerajaan yang bakal memerintah. Jadi apa perlunya menekankan projek yang didirikan itu berlandaskan parti? Setiap dana yang dikeluarkan untuk projek tersebut adalah daripada rakyat dan dikembalikan kepada rakyat, cuma sekadar di realisasikan oleh kerajaan yang memerintah untuk kemudahan rakyat.

Dewasa ini, dapat dilihat ramai antara golongan mahasiswa yang sudah mula membuka mata dan sudah berani untuk mengkritik polisi kerajaan yang dirasakan tidak betul dan tidak menguntungkan masyarakat awam. Tindakan golongan mahasiswa ini adalah atas dasar kepentingan rakyat dan bukan atas isu politik semata-mata.

Namun golongan ini, kerap kali dikecam oleh penyokong-penyokong parti politik. Mereka menuduh bahawa mahasiswa tidak besyukur dengan apa yang telah diberikan oleh kerajaan. Kencaman tidak mengenang budi sudah menjadi lumrah yang ditunding kepada pelajar IPTA atas alasan tidak menghargai subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka dari pendidikan rendah sejak pendidikan tinggi.

Hakikatnya, subsidi adalah tanggungjawab kerajaan, justeru mengapa pelajar harus dikecam seandainya mereka menyuarakan pendapat tentang polisi kerajaan yang dilihat tidak berasas atau tidak membawa keuntungan kepada rakyat. Lantaran setiap dana yang dikeluarkan itu harus diambil kira secara mendalam tentang kepentingannya untuk jangka masa panjang kepada masyarakat.

Apa perlu diungkit sama ada mahasiswa itu perlu mengenang budi atau tidak? Soal itu sebenarnya tidak pernah timbul! Hakikatnya itu adalah sudah menjadi satu kewajipan kerajaan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut kepada masyarakat awam.

Lantaran itu, keperihatinan mahasiswa dalam mengkritik polisi kerajaan sama sekali tidak harus dipersoalkan. Hal ini kerana sama ada barisan nasional mahupun pakatan rakyat, masing-masing harus bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan yang sama.

Apakah golongan terpelajar sekadar perlu duduk dan melihat apa saja yang dilakukan dan menerimanya seadanya tanpa memberikan sebarang teguran seandainya ada kekhilafan yang terbentang di depan mata?

Kelompok masyarakat seperti inilah yang menyumbang kepada kelompok masyarakat tipikal yang mudah berpuas hati apabila diberikan sedikit ganjaran. Inilah juga yang menyumbang kepada kelompok masyarakat yang tidak kisah jikapun wakil rakyat mereka tidak turun padang dan memantau kebajikan masyarakat yang telah mereka wakilkan di dalam pentadbiran kerajaan. Cukup sekadar wakil rakyat tersebut turun sewaktu hari berkempen dan memberikan sedikit saguhati sepanjang hari berkempen.

Perkara ini seharusnya dibanteras dengan lebih cepat. Bagi mendapatkan satu kerajaan kebajikan yang mementingkan kebajikan masyarakat lebih daripada kepentingan individu. Untuk tujuan itu, maka seharusnya masyarakat kita harus mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima kritikan membina dari setiap pihak untuk kemaslahatan bersama.



Rakyat pula harus bijak dalam membezakan antara tanggungjawab kerajaan dengan perkara-perkara yang diperjuangkan oleh parti politik bagi memastikan keputusan yang dibuat sewaktu menentukan kuasa kepimpinan Negara adalah yang terbaik di masa akan datang.

Nota:  Artikel Dari Sumber

TAGGED UNDER: ,

Trailer Terbaik Bersih 3.0 : The Conspiracy - Rakyat Sudah Bangkit






Stop asking why Police acted so cruelly and merciless during the Bersih 3.0 Rally as there could only be ONE reason:

They did it on purpose, to create chaos and make Bersih 3.0 looked ugly.

There are many conspiracies , no one knows who is right or wrong...IT ALL DEPENDS ON WHAT YOU BELIEVE!

==================

Kudos .. Hit the bulleyes ~!!

Jangan tanyakan kenapa polis bertindak kejam dan tanpa belas kasihan ketika perhimpunan Bersih 3.0 kerana cuma ada SATU  jawapan.

Mereka melakukannya dengan sengaja, mencetuskan huru hara dan membuatkan Bersih 3.0 nampak kotor.

Terdapat terlalu banyak konspirasi, tiada siapa tahu siapa yang betul atau salah.. SEMUANYA BERGANTUNG ATAS APA YANG ANDA PERCAYA!

========================

Macam tengok previu filem.. Next Change ~!! yiehaa

Wednesday, May 9, 2012

TAGGED UNDER: ,

Rahim No No No No



Kalau nak tahu pasal ilmu sakit puan jangan tanya nyonya jual kangkung
Kalau nak tahu pasal ilmu kaji bintang jangan tanya pakcik pomen kedai besikal

Mak cik goreng pisang takkan nak cerita pasal ozon makin nipis
Pakcik jual cendol takkan nak cerita pasal beruang kutub

Bila, apek besi buruk bercerita pasal trigonometri, gerenti kena gelak
Bila Mak Jah jual jamu cerita pasal angelina jolie makan manjakani, konfem kena umpat

Sebab apa ? sebab cerita cerita tu datang dari orang yang bukan ahlinya
So bila seseorang yang terlibat ngan judi dan pernah plak dipenjara kerana memukul tahanan,   keluar dengan statement yang memang bukan langsung bidangnya, maka .......

percayalah, bahawa dia memang dah buang tebiat dan tak perlu amik pusing dengan cakapnya..buang karen

Tuesday, May 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Guano YB ? Baham Tanah Ko ? .. kah kah kah


Mentaliti YB siput sedut .. demo lo ni bodoh bodoh blako ..thubarkk aaa .. kah kah kah kah

Sumber Foto : FB  Hamitsu Koniciwa 

Friday, May 4, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Mengapa PAS Tidak Boleh Bersama umno ?

Foto Sekadar Hiasan Walaupun Ada Kena Mengena .. kah kah kah


Masih ada lagi yang bertanya, mengapa PAS tidak boleh bersama UMNO sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita. 

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun ditangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustadz, ianya tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ianya tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

UMNO ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau PAS turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda PAS akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. PAS juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila PAS bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan UMNO yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal ‘buat dengan siapa’ tetapi yang penting adalah ‘buat apa’?

Ini selari dengan kata-kata masyhur Saidina Ali (KW), “undzur ilaa maa qala wa laa tandzur ilaa man qala” atau “lihat pada apa yang dikatakan dan jangan kamu lihat pada siapa yang mengatakannya'


WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD

Tuesday, May 1, 2012

TAGGED UNDER: ,

Kenapa Ayam Melintas Jalan ??


Kenapa ayam melintas jalan ?

Akademik

Saintis: Mungkin kerana diseberang jalan terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya kerana ayam mempunyai deria yang sangat sofistikated.

Ahli Matematik: Kebarangkalian ayam tersebut ingin melintas cuma 1/6 dari naluri asalnya yang was was kepada kekalutan jalan raya.

Prof Aziz Bari: Tidak terdapat klausa dalam undang undang persekutuan untuk menghalang dari ayam itu melintas..

Prof Kangkung: Perbuatan ayam melintas jalan itu sangat jelek dan amat memalukan negara

Pak Samad: Ayam itu sesungguhnya tidak sama seperti Lembu.

Media

TV3suku: Ayam ni le sebenarnya jadi penyebab kereta polis tu terbalik.. kita saksikan videonya....

Utusan Meloya: Ini adalah bukti bahawa ayam itu telah terpengaruh dengan anasir luar

Berita Hairan: Ayam itu telah diupah oleh pihak tertentu untuk melintas jalan tersebut..

Mstor: Ayam inilah yang dikatakan telah membelasah seorang wartawan

Manggar: Khabarnya, ayam tu pernah mempunyai klip video 'mesra' bersama pasangannya. 

NGO's & Persatuan

Ambiga: It the chicken's right

Ahsan Jati: Saya percaya, ayam ini adalah salah satu parasit yang menyebabkan saya tersingkir.

Brahim Perkasam: Ayam itu telah cuba untuk menggugat ketuanan. Jangan benarkan ia melintas.

Zaid Mat Ghib: TIBAI - Tolak Individu Bernama Ayam Ini

7 Peniaga Pertama Kompleks: Kami rugi berjuta ringgit sebab tutup, tapi ramai peniaga yang bijak untung  besar. Nyesal plak rasanya

Persatuan Teksi: Ini menyusahkan kami untuk mencari penumpang, kalo lembu melintas lain cerita..

Badan Berkuasa

DBKL: Tidak, kita tidak akan benarkan ayam itu melintas, kerana jalan itu hanya untuk agenda nasional

Mato Mato: Permit? Ikut Akta terbaru, kami cuma perlu dimaklumkan sahaja, sila le melintas, anggota kami sedia tunggu ngan water canon & tear gas

Peguam Chai: Kita masih mengkaji. Sekiranya mempunyai kes, kita akan buat dakwaan.

Peguam PR: Tolong baca perlembagaan Artikel 10 yang memberi hak kepada ayam itu untuk melintas

Politik & Ahli

PR: Ayam itu juga perlu dilindungi dalam konteks demokrasi . Samada ia melintas atau tidak itu pilihannya.

BN: Ayam itu telah diperkudakan oleh err... oleh ayam

Che Dot: Saya ulang kenyataan saya sejak dulu, ia memang berniat untuk menumbangkan kerajaan

Kak Jat: Ini sangat peribadi, orang cuma tahu menghukum, lembu juga boleh memimpin .. eh.. kita cerita pasal ayam eh?

Ku Denan: Kita akan mintak NGO NGO melayu untuk bantu menjelaskan keadaan ini

Mat Maslan: Walaupun saya bodoh, PM tetap lantik saya ..sebab tu lah saya malas nak komen

Sham Keris: Melintas jalan ? Owh itu memang dah jadi SOP polis untuk menyekat ayam dari melintas. 

Mat Monggol: Ayam ? mana mana ? eh .. sesape je yang kata ayam tu dari Monggolia .. adalah pengkhianat.

Pie Bedal: Saya dengan ini menafikan .. takde kena mengena ngan ayam tu !!! 

Individu

Pencacai: Kah kah kah .. kitorang pon tak tau kenapa kitorang gelak .. kah kah kah

Atuk Felda : Entahle .. dulu atuk pening nak jawab mana dulu ayam ke telur ayam .. sekang kau tanya kenapa dia lintas jalan ? jap .. atuk nak amik air semayang

Zida Rapik: Ini fitnah .. bila saya kata nak lintas jalan ?

Ayam : Weyh apa ni ?? Den nak balik rumah je lah .. kah kah kah 

Tuesday, April 24, 2012

Jika Bijak , Cuba Teka Siapa Saya ?

Teka Siapa Saya ?

Saya pernah menjadi MP yang paling muda dalam Parlimen
Saya pon pernah menjadi model bagi satu majalah

Siapa saya ? Khir Toyo .. ? Bukan ..bukan
Saya tak pernah bagi penyapu kat orang .. sebab perbuatan tu sangat tak bertamaddun sedangkan saya anggap diri saya seorang yang intelektual.

Siapa saya ?
Arwah bapa saya adalah seorang duta
Sebab tu saya dilahirkan di Kuwait pada tahun 1976 dan berkelana di banyak negara
Saya belajar sehingga mendapat Ijazah dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi
Selepas belajar saya jadi penulis jurnal sehingga dapat le jadi pegawai khas kepada salah sorang TPM

Jadi siapa saya ?? .. Hisha moo din ? .. bukan jugak ..
Saya bukan orang Johor walaupun asal usul tak jauh dari situ
dia jadi menteri sedangkan saya tak dapat walaupun layak
dan arwah bapak saya bekas duta .. bukan bekas PM

Ok .. saya berkawin dengan anak seorang bekas PM
dan saya masih mengepalai satu gerakan manusia tolol
jadi pemimpin mereka mungkin sebab saya lebih terpelajar
atau pun pak mentua saya memang kesiankan saya
masih tak dapat teka lagi ??

Semalam saya ada beri kenyataan yang berbunyi gini;

"Dalam program BN Pilihan Orang Muda di Ipoh baru-baru ini kita telah berjaya himpunkan lebih 10,000 orang dan hari ini, untuk jentera Wilayah Persekutuan, kita telah himpunkan lebih 5,000 orang, kalau hendak dibandingkan dengan lima khemah di Dataran Merdeka, bila-bila masa kita dapat tawan Wilayah Persekutuan," katanya.

walopon saya tahu kenyataan saya itu bunyi nya amat bodoh, tapi saya tahu mereka mereka yang hadir akan tetap bersorak gembira apabila mendengarnya. Ini mungkin disebabkan mereka mereka itu lebih bodoh dari apa yang saya sangka.

Malangnya, ramai lagi pemuda pemudi negara yang memandang enteng dengan kenyataan saya lebih lebih lagi mereka yang dah terpengaruh dengan kebenaran yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, ini adalah sesuatu yang menduka citakan saya dan hampir pasti menyebabkan saya kehilangan jawatan. Saya tidak dapat meletakkan kesalahan ini terhadap mereka tapi Internet lah yang perlu dipertanggungjawabkan. Ruang siber telah menidakkan hak saya untuk terus menyebarkan pembohongan sebagaimana yang telah dilakukan oleh media media pengampu. Saya sangat sedih.

"Atas sebab perjuangan mansuhkan PTPTN, pakatan pembangkang sanggup membiarkan anak muda tidur di jalanan sedangkan pemimpin mereka balik tidur di katil yang empuk dan pasang aircond, inilah pakatan pembangkang yang kita hendak bagi gelaran pembangkang paling teruk di dunia," katanya.

Cuba perhatikan kenyataan saya semalam, apakah salah apabila saya buat anggapan melulu begitu sedangkan itulah cara yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin yang terdahulu? 

Saya tak salahkan PM kalo himpunan beg Birkin bininya boleh menampung keperluan sekampung selama berbulan bulan kerana beliau sorang PM. 

Saya takkan salahkan Sharizat kalo lembu peliharaan lakinya boleh duduk kat kondo .. sebab dia seorang menteri dan senator. 

Saya tak salahkan Shafie Afdal walopon khabarnya dia boleh bagi duit berlambak lambak kat sorang artis sebab dia adalah seorang menteri kerajaandan ahli majlis tertinggi merangkap naib presiden. 

Dan sudah tentu saya tak dapat menyalahkan diri sendiri apabila menipu rakyat Rembau dengan janji janji palsu sebab saya dari pihak Kerajaan. Saya tahu mereka orang orang susah tapi mereka tak pernah kisah tentang kehidupan elit saya. Memang saya susah nak turun ke sana sebab itu akan mencalarkan imej saya. Itu semua biasa dan orang kampung dapat menerimanya. lagipun saya dah offer untuk tidak bertanding, jadi sudah sepatutnya isu berkenaan janji janji saya itu dilupakan terus. 

Salahkah saya menempelak pihak PR walaupun saya tahu saya cuma menepuk dulang sedangkan airnya terpercik balik kat BN ? Salah kah ? Baca balik kenyataan penuh saya di Utusan Meloya, akhbar yang tidak jemu jemu mengampu saya dan semua pemimpin BN. 

Kita balik pada persoalan. Siapa kah saya ?

Saya adalah seorang yang biol, eh bebal ..eh saya tarik balik.. saya adalah seorang yang bangang .. itupon saya tarik balik ..saya adalah pemimpin kepada sekumpulan orang orang yang bodoh dan sentiasa membodohkan diri sendiri .. itu saya tak peduli, sekurang kurangnya saya telah dilantik untuk menjahanamkan PUNB sebagaimana liciknya saya menelan GLC Avenue Capital dengan hanya menggunakan syarikat kecil yang bernama ECM Libra.. then bila Shahrir Samad bising.. saya jual je la.. untung wo.. kat sini siapa yang lagi bodoh ?

Sudah lah, tak payah lagi berteka teki. Pendek kata saya adalah seorang badut yang bernama Khairy Jamaluddin ..(syabas buat mereka yang dapat meneka sejak dari awal .. anda memang bijak dan saya patut rasa malu dengan tahap iq sebegini)



Oleh itu ..kasihanilah saya dan jangan le mentertawakan kenyatan kenyataan bodoh saya sebab saya tak pernah berniat untuk melawak dan jika lawak itu kedengaran sangat bodoh .. maka maafkanlah kebodohan saya ..kerana juak juak saya masih sudi untuk mendengarnya.. itu pun selama saya masih lagi memegang jawatan KP diowang.. kalo dah tercampak nanti .. sudikan PR untuk menyambut saya ?? ptuiiihhh ... kah kah kah kah

Monday, April 23, 2012

TAGGED UNDER: , ,

PANAS : Polis Plak Tolak Permohonan Bersih Selepas DBKL


Foto atas : Surat yang dihantar untuk meminta sokongan dan kerjasama dari pihak polis dalam program Bersih 3.0. Surat ni kita dapati langsung takde menyentuh isu meminta permit atau kebenaran berhimpun kerana KDN melalui menterinya telah memberi jaminan bahawa program tersebut boleh dijalankan tanpa halangan. Yang jelasnya, surat ini dihantar bertujuan untuk meminta kerjasama polis dalam perkara keselamatan .. itu je .. fullstop .. tapi luorang tengok apa jawapan Polis Dang Wangi ...



Laporan rujuk ke MalaysiaKini

Aih .. PDRM bukan bawah KDN ke ? Hari tu Hisham Moo Din kata Bersih 3.0 ni bukan ancaman .. ke Hisham ni dah takde 'kehormatan' dari pihak polis? kah kah kah kah

Sumber : malaysiakini

Apa ni weyh ? .. main bangsat ke ? Rakyat bukan nak gi joget joget kat sana .. cuma duduk dan bantah .. apsal lak nak sentuh isu keselamatan ?

Apa pon tak bley ...
KDN kata boleh .. polis bangkang
Parlimen kata boleh .. DBKL bangkang
Cakap belit belit .. perangai cam longkang
Semua takde telo .. apa punya bangang
kah kah kah kah kah

Tuesday, April 17, 2012

Kenyataan Bodoh Dari Ibrahim Ali



Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mahu Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang juga Setiausaha Agung DAP membuat kenyataan terbuka mendesak Singapura memansuhkan ISA yang masih berkuatkuasa di republik itu.

"Semua orang tahu, (Ahli Parlimen) Bagan (Lim Guan Eng) pun tahu sehingga kini Singapura masih belum mansuhkan ISA. Oleh itu saya cabar DAP buat kenyataan terbuka desak Singapura memansuhkan ISA seperti mana Malaysia," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Dewan Rakyat hari ini. - Sumber

================//=================

Ini adalah antara kenyataan yang paling dangkal yang wa pernah nampak. Nak kata bangang, sudah tentu .. nak kata cerdik .. huh .. jauh sekali. Kalo Singapura jentik sikit pasal Malaysia, puak puak ni laa yang akan terloncat loncat macam kambing termakan semut. Masa tu la semangat nasionalis akan membuak buak macam nak terkeluar ikut telinga. Lepas tu akan terbit laa memacam sepanduk yang mengutuk dan mengeji Singapura agar jangan masuk campur urusan negara tetangga.

Manusia jenis tak sedar diri. Kalau tak suka orang buat kat diri sendiri so jangan le buat ke orang lain. Ni sampai cabar dalam Parlimen then terbit plak dalam akhbar. Macam le orang Singapura tu tak tau nak baca bahasa melayu. Kalo lu nak orang hormat lu, lu pon kena hormat orang bhai ... 

Persoalannya, apa kena mengena Singapura dengan hal pentadbiran dalam negara ? Main bangsat ke ? Hal dalam kelambu apasal nak diseret jiran sebelah ? akal letak mana weyh .. ? Kalo Singapura nak amalkan polisi kominih sekali pun, apa kena mengena ngan negara kita ni? 

Awas : Menatang ni akan bermaharajalela menjelang PRU tak lama lagi. Jangan sangka ia ada perasaan malu sebab kulitnya memang dah keras tahap kematu.. kah kah kah kah

Monday, April 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

PANAS !! Patutlah Najib Beria ia Mempertahankan PTPTN - Dr. M Dah Bonsai

klik foto kalo nak jelas

Tu dia aih .. patut la dia beria ia mempertahankan PTPTN, idea asli dan tulus dari dia jugak rupanya. Abih tu yang Dr. M dok kalut kata DSAI yang punya perancangan tu datang dari celah mana ? huih .. karut .. memang karut .. ni dah kategori ketepek atas muka sendiri dah ni .. mana nak sorok ? .. kah kah kah

Sekodeng lagi satu paragraf ni, akhir penggulungan yang mana dia gak dok mencadang, lepas tu disokong oleh puak dia gak .. ex MB Perak, Tajol Rosli


klik foto kalo nak jelas

Tang mana yang kata DSAI ada kena mengena dalam ini gambar, tun Dr. M? siapa pulak yang terlupa ni ? kah kah kah kah

Nota : Petikan kat atas wa cilok direct dari hansard parlimen ikut tarikh Mei 1997.

Thursday, April 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Siapa Lantik Mamat Ni Jadi Jurucakap PAS & DAP ??


Bila pulak si Khairy ni dok semeja ngan pimpinan PAS & DAP sampai dia boleh keluarkan kenyataan yang 2 parti ni tak sehaluan dengan PKR dalam isu PTPTN ? Setakat post ni ditulis, belum ada lagi wa terbaca berita dari kem kedua dua parti yang berkenaan, menolak atau menentang idea DSAI dalam isu ni ..tapi yang menyokong memang ada, malah banyaakkkkkk ... contoh :



Tapi wa sebenarnya tak berminat nak ulas lanjut pasal PTPTN ni sebab banyak dah blog sentuh isu yang sama. Wa lebih terarah untuk mendebik mamat ni berkaitan 'janji manis dan tak bertanggungjawab' yang dia dok tujukan pada DSAI. Rembau tak pernah lupa bhai .. 

Selama dia jadi wakil parlimen Rembau, apa yang BN tak tabur bagi kelabu mata penduduk kat sana ? Then apa yang dia dah tunaikan ? .. yilek ..nil .. kosong .. hampas ..kelabu asap. Apa macam bro ? Mana janji lapangan terbang dengan pusat pembelajaran penerbangan yang nak dibangunkan ?? . Luorang tengok apa jawapan dia ..

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di Rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembangkang.

Putar belit eh ? Lu ingat ini zaman mesin taip ke ? Silap bro .. maklumat di hujung jari 'be .. moh tengok belit ke tak belit ..

Utusan Malaysia 21 Feb 2008 

Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. 

“Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite.” 

“Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan,” kata beliau di sini semalam. Rujuk - Pusat Aduan Rakyat Chembong 

Tu diaaa aih .. janji sebelum PRU 12, dan sampai nak ke PRU 13 pon jangan kata lapangan terbang cessna, lapangan terbang mainan pon takde bayang bro. 

Yang lebih bangang nya plak, kenyataan lanjutan dari MB (Mangkuk Berayun)Mat Hassan yang jelas mempermainkan harapan rakyat Rembau bila mengatakan lapangan terbang yang dibina adalah lapangan terbang mainan di hadapan penduduk Rembau sendiri .. weyh .. ni dah kira menghina pengundi yang percaya pada janji luorang .. So tu kira janji manis ke janji masin kelat bro ?

Mana dia hospital Rembau yang batu asasnya dah dibina sebelum PRU12 ? Dah dekat PRU13 baru puak luorang renew balik projek dengan kembali menaikkan papan tanda dan pembersihan tapak binaan. Perghh .. dasat luorang punya skrip. Tender baru yang dikeluarkan plak khabarnya ada peningkatan kos yang drastik berbanding penilaian awal dengan kos sekitar RM100juta .. senang je puak luorang tibai duit kan ? Cerita Lanjut - Sila Rujuk Janji Hospital : MB Negeri Sembilan Perbodoh Rakyat Rembau.

Haih .. ada lagi janji PRU12

Pada awal tahun 2008 Menteri Besar Negeri Sembilan, mengumumkan pembinaan sebuah lagi kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Rembau. Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, projek itu juga akan membantu membangunkan Rembau sebagai destinasi pelancongan terkenal. Selain itu katanya, kawasan rekreasi kolam air panas Pedas juga akan diperbesarkan dengan tambahan kemuda han seperti hotel bertaraf antarabangsa dan dewan persidangan. - Sumber Rujukan

Ni plak skrip re-make untuk PRU 13

REMBAU, 31 Mac 2012 – “Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Negeri Sembilan yang ketiga akan di bina di Rembau. Walau pun masih di peringkat awal cadangan, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti dua ke tiga lokasi sesuai bagi pembinaannya kelak.” Ujar Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ketika berucap di Rembau petang tadi. - Sumber

Dari 2008 sampai ke 2012 baru peringkat awal cadangan je ke bro ? kalo ikut congak ni .. mungkin UiTM tu mungkin akan siap pada tahun 2045 ye dak ? .. so luorang boleh le canang setiap kali PRU (kalo masih pegang persekutuan laa).. 

Walopon semua cerita wa ni pasal mat yeh yang bernama Khairy, tapi wa rasa tu le realitinya secara borong kat tempat tempat lain pon. Janji Gerombolan ni datang cuma masa dekat PRU, then akan renew pada next PRU. Berulang ulang macam iklan keropok cikedis time tengok drama sedih. Tapi nak buat cemana , mungkin rakyat Malaysia memang suka makan jajan sambil tengok cerita ombak rindu .. kah kah kah kah .. 

kredit : tawanmalaysia.com
Khairy ni plak khabarnya taknak dah dicalonkan untuk PRU kali ni. So janji tu semua akan kekal sebagai janji. Play Safe ke bro ? Ke sebab memang dah tak laku dalam gerombolan ? Cer cerita cer cerita ..

Berbalik pada janji Pakatan Rakyat plak, cemana le nak kata janji manis ke atau idak ..blom perintah persekutuan lagi bro .. Acu try tengok .. Sekurang kurangnya ada Kelantan sebagai role model. Dengan segala kekurangan pon masih bertahan untuk memberi khidmat yang diperlukan selama 22 tahun dan yang paling penting, MB Kelantan masih mengekalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian idak le pelahap macam puak gerombolan. 

Nota : Dah jadi pengerusi PUNB plak .. arghhh jahanam ~!!

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top