Showing posts with label PRU 13. Show all posts
Showing posts with label PRU 13. Show all posts

Tuesday, September 4, 2012

TAGGED UNDER: ,

PR - BN, Pertempuran Satu Lawan Satu



MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR meng-uji ‘kekuatan’ dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.

“Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau dengan nada yakin.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.

“Dengan keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat kepada BN,” katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang.

Beliau memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak.
“Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.

“Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita ‘menebang’ pokok besar (BN), ia akan tumbang jua nanti,” tambahnya.

Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelamrin.

Lebih 100 penyokong PAS dan PR hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak.

Turut hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi PRU13 akan datang.

“Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan mendaftarkan pengundi-pengundi baharu.

“Keluar dan dapatkan se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka, nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya kelak,” tambahnya.

Friday, August 10, 2012

TAGGED UNDER: , , ,

PR Dah Ready Ke Nak Tangkis Peluru Emas Najib ??


Oleh kerana tarikh pilihanraya hanya Tuhan dan Perdana Menteri saja yang tahu, maka kita tidak dapat pastikan apakah serangan-serangan UMNO-BN terhadap Pakatan Rakyat akhir-akhir ini sudah sampai ke tahap desperado.

Tetapi corak serangan mereka sejak akhir-akhir ini merupakan petunjuk bahawa kempen politik UMNO-BN sudah memasuki fasa-fasa akhir sebelum semboyan pilihanraya dibunyikan.

Dengan bermacam projek dan pakej-pakej bantuan kewangan kepada rakyat, seharusnya Najib Razak akan lebih yakin dengan kesan politik dan populariti dirinya dan UMNO-BN. Tetapi kelihatan kesan yang didambakkan itu tidak mencukupi untuk beliau bubar Parlimen.

Tidak seperti Pakatan Rakyat yang ingin memerintah dengan adil dan telus, kemenangan bagi PR pastinya sukar diurus kerana kesedaran atas dasar pertanggungjawaban. PR enggan mempalitkan diri dengan rasuah, salah guna kuasa serta menyelewengkan wang rakyat untuk dijadikan gula-gula politik.

Ini berlaku sebaliknya bagi UMNO-BN, kerana kemenangan bagi mereka bermakna kuasa dan wang, maka mudah untuk jentera politik bergerak. Justeru, apa saja yang boleh dilakukan oleh BN untuk menang, pasti mereka akan lakukan.

Serangan perkauman UMNO

Maka dilaksanakan serangan politik desperado yang berbaur perkauman dan sentimen agama. Hinggalah apa yang terjadi baru-baru ini di mana media utama UMNO, iaitu Utusan Malaysia, tergamak menggunakan ungkapan guru agama untuk menyebar kebencian ke atas DAP yang memperjuangkan politik bersih, anti-rasuah dan peluang saksama.

Ungkapan itu dijadikan seperti fatwa untuk menutup minda orang Melayu. Bagi Utusan, apa pun asas ungkapan itu sudah tidak penting. Bagi Utusan, matlamat menghalalkan cara walau mereka berkokok sebagai juara Islam kononnya.

Malah sebelum isu ini timbul, memori hitam 13 Mei juga telah digunakan oleh juak-juak UMNO untuk berkempen. Ini tidaklah menghairankan kerana hingga hari ini, Najib Razak masih tidak menyahut cabaran Lim Kit Siang untuk berikrar bahawa jika PR mengambil alih Putrajaya, BN akan menghormati keputusan itu.

Motif semua serangan ini mempunyai pelbagai maksud dan tujuannya. Tetapi apa yang lebih utama adalah, dengan serangan ini perhatian rakyat dan juga Pakatan Rakyat akan teralih. Kita akan kelam-kabut bertahan hingga lupa taktik lama UMNO iaitu,  pecah dan perintah.

Dalam Pakatan Rakyat sibuk bertahan, UMNO dengan licik akan menekan rakyat termasuk memanipulasi parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Taktik mereka mudah saja – hentam dan fitnah DAP, pujuk dan kelirukan PAS, dan serang Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang bakal memimpin kerajaan baru.

UMNO dan BN pastinya akan melakukan perkara-perkara yang mungkin tidak pernah terduga oleh kita bahawa mereka akan melakukannya. Namun, jika ia benar-benar berlaku, adakah itu noktah perjuangan PR?

UMNO-BN halalkan apa saja cara untuk menang

Sungguhpun Najib bukan Perdana Menteri yang dipilih melalui pilihanraya (beliau hanya mengambilalih selepas Adbullah Ahmad Badawi meletak jawatan pada 2009), jangan sesekali kita memandang rendah pada kemampuan politik manipulasi Najib.

Dalam situasi UMNO yang amat terdesak ini (bayangkan untuk kali pertama sejak 1955, UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRU akan datang), mungkin ada beberapa perkara luar biasa boleh beliau lakukan kerana lojiknya ada.

Antara perkara silap mata paling memukau yang mungkin dilakukan oleh Najib adalah:

1.      Najib dan BN yang selama ini meminggirkan Kelantan yang diterajui PAS sejak 1990, tiba-tiba akan menurut apa sahaja kehendak Kelantan. Negeri Cik Siti Wan Kembang itu mungkin mendapat royalti minyak yang dituntutnya selama ini. Sama ada ini membolehkan UMNO merampas semula Kelantan, setidak-tidaknya ia akan dijadikan propaganda untuk menunjukkan kebaikan pentadbiran Najib kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai ‘Janji ditepati’.

2.      Kerajaan Persekutuan yang sebelum ini tidak mempedulikan masalah rakyat Sabah dihimpit kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyelesaikan masalah utama di negeri bawah bayu itu. Ini untuk memastikan tiada lagi Ahli Parlimen atau ADUN UMNO-BN akan lompat dan bekerjasama dengan PR yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu jika diberi mandat memerintah Sabah. Ia juga ubat mujarab untuk mengubati luka hati rakyat Sabah yang selama ini dipinggirkan oleh Putrajaya.

3.      UMNO Johor mungkin dibenarkan melaksanakan hukum hudud (versi mentah UMNO) atau setidak-tidaknya dijanjikan untuk membuat pelaksanaan. Tindakan desperado ini mungkin dilihat oleh UMNO mampu membeli jiwa orang Melayu dan melembutkan hati penyokong PAS yang sedang bangkit di Johor. Tambahan pula MCA semakin ghairah menghina dan mengutuk hukum hudud.

4.      Loji nadir bumi Lynas di Pahang mungkin ditutup dan lesen pelabur akan dibatalkan. Walaupun kerajaan UMNO-BN mungkin rugi berbilion ringgit, ia dapat memastikan penentangan rakyat terhadap BN akan berkurangan.

5.      Yang mungkin mengejutkan tapi tak mustahil, Najib mungkin meniru bulat-bulat idea Buku Jingga termasuk menurunkan harga minyak RON95 dan mengembalikan subsidi untuk rakyat serta membuat pelbagai janji baru.

Adakah rakyat mudah terpedaya?

Ini semua mungkin menjadi peluru emas Najib bagi memastikan sokongan rakyat akan dilantunkan semula kepada UMNO-BN yang semakin tidak disukai oleh rakyat pelbagai kaum.

Sungguhpun semua perkara luar biasa ini mampu dilakukan oleh Najib, rakyat juga semakin sedar bahawa jika rasuah politik dilaksanakan demi untuk menang, kerajaan yang baru dibentuk nanti akan kering kontang perbendaharaannya.

Jika itu berlaku, maka rakyat akan menderita sebaik sahaja selesai PRU apabila pelbagai cukai dan bayaran baru dikenakan untuk memulihkan kewangan negara yang telah dibazirkan dnegan teruknya pada masa ini.

Malah, kegembiraan kerana sedikit wang ringgit ditaburkan UMNO-BN hanya bersifat sementara. Najib amat terdesak untuk mengembalikan kuasa majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Selepas berjaya, itu cerita lain.

Peluru emas Najib ini akan menjadi penentu sejauh mana keyakinan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Sudahkah PR bersedia dengan taktik pecah perintah dan rasuah poilitik UMNO-BN ini? – Roketkini.com


Monday, July 23, 2012

TAGGED UNDER: ,

SAMM - 1. Rancang Tangkapan Awam Dalam PRU, 2. Hebahan Dan Program


Berita 1

NGO pro-Pakatan Rakyat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendedahkan, mereka merancang membuat tangkapan awam terhadap warganegara asing dan "agen tempatan" yang cuba mengundi secara tidak sah dalam pilihan raya umum akan datang.

"SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majoriti kawasan parlimen seluruh negara," kata NGO itu.

Menurut kenyataan kumpulan itu, membenarkan warga asing menentukan hala tuju negara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. 

"Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campur tangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakan," kata kenyataan itu lagi.

Resolusi diperoleh hasil rapat kebangsaan SAMM di Pulai Pinang pada 29 dan 30 Jun lalu.

=====///=====

Berita 2 

Kenyataan Terbuka & Program SAMM 
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Julai 2012

SAMM TERUS MARA BERSAMA PROGRAM ANAK MUDA DAN KEMASYARAKATAN

Pada tanggal 29-30hb Jun lalu, Kumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia telah mengadakan Rapat Kebangsaan siri 2/2012 bertempat di Yayasan Aman, Penanti Pulau Pinang. Antara hasil dari rapat yang menghimpun semua pimpinan utama SAMM dari seluruh tanahair adalah termasuk 4 resolusi penting menjelang hari penentuan hidup matinya pemerintahan regim iaitu PRU-13 dan juga termasuklah penyusunan program-program dan aktiviti SAMM di seluruh negara.

Berikut adalah 4 Resolusi SAMM yang terhasil dari Rapat Kebangsaan siri 2/2012 sebagai ingatan semua;

1. SAMM menuntut Pengerusi SPR Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz dan timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan yang disandang dalam SPR, memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan.

2. SAMM dengan keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi dan membimbangkan.

3. SAMM komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.

4. Membenarkan warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.

SAMM memberi amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas mana-mana warga asing serta agen tempatan yang membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan parlimen seluruh negara.

SAMM sebagai peneraju anak muda radikal tidak ketinggalan untuk menganjurkan program kemasyarakatan dan juga kerohanian. SAMM mengatur langkah awal dengan menyusun program mendekati masyarakat umum khususnya anak muda, mengambil kesempatan dari kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Bulan Ramadhan menjadi medan paling ideal untuk SAMM melancarkan gerakan memperluas jaringan anak muda dengan program yang dianjur oleh SAMM bersama sekutu organisasi massa yang lain.

Bulan puasa tidak menghalang malah menjadi perangsang untuk anak muda SAMM meneruskan aktiviti dan gerakan sambil mengambil peluang mengadakan perjumpaan-perjumpaan penting di setiap wilayah di mana SAMM punya kekuatan mobilisasi. Ia secara langsung melengkapkan persediaan akhir SAMM menghadapi tanggal PRU-13 yang tarikhnya menjadi misteri sehingga hari ini.

Sebanyak 27 program telah disusun dan sedia dilaksanakan komrad SAMM yang berkedudukkan di seluruh negara. Senarai program ini juga akan dipaparkan di sisi kanan portal utama SAMM dan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sila layari portal SAMM di pautanwww.anakmudamalaysia.com

Berikut adalah program-program SAMM;


SAMM TERENGGANU

Program Meraikan Kesucian Ramadhan
Agihan Bubur Lambuk di Bazaar Ramadhan dan Sekolah Pondok
Tarikh: 04/08/2012 (Sabtu)
Masa: 5.00ptg-7.00mlm
Tempat: Sekolah Pondok Jalan Air Puteh, Kemaman
Anjuran: SAMM Terengganu
Pertanyaan: 0199809974
Matlamat: Meraikan adik-adik di sekolah pondok sempena Ramadhan Al-Mubarak


SAMM WILAYAH

Program Tazkirah Sempena Ramadhan
Berbuka puasa, Terawih dan Tazkirah
Tarikh: 04/08/2012 (Sabtu)
Masa: 7.00mlm - 10.00mlm
Tempat: Surau Muttaqim, Gombak
Anjuran: SAMM Wilayah
Pertanyaan: 0122231239
Matlamat: Mengadakan tazkirah berselang Terawih sebagai pengisian Ramadhan bersama SAMM Wilayah dan jemaah surau


SAMM PAHANG & SAMM MUADZAM SHAH

Program Kacau Bubur Lambuk, Berbuka Puasa dan Terawih Bersama SAMM Pahang
Agihan bubur lambuk beserta edaran risalah penerangan
Tarikh: 10/08/2012 (Jumaat)
Masa: 5.00ptg-8.00mlm
Tempat: Kpg Tengah, Kuantan
Anjuran: SAMM Pahang
Pertanyaan: 0179573855
Matlamat: Mengeratkan siratulrahim sempena Ramadhan

Konvoi Sinar Ramadhan Serta Penubuhan SAMM P.Tioman
Konvoi dari Muadzam Shah ke Pulau Tioman dan majlis berbuka puasa.
Penubuhan SAMM P.Tioman
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 3.00ptg-8.00mlm
Tempat: Jeti Tanjung Gemuk & Pulau Tioman
Anjuran: SAMM Muadzam Shah
Pertanyaan: 0175008769
Matlamat: Aktiviti konvoi di bulan Ramadhan sebagai satu pengisian beriadah

Konvoi Sinar Ramadhan : Muadzam-Rompin
Konvoi dari Muadzam Shah ke Rompin dan pengagihan zakat
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 3.00ptg-8.00mlm
Tempat: Jeti Tanjung Gemuk & Pulau Tioman
Anjuran: SAMM Muadzam Shah dengan kerjasama SAMM Rompin
Pertanyaan: 0175008769
Matlamat: Aktiviti konvoi di bulan Ramadhan sebagai satu pengisian beriadah


SAMM JOHOR

Program Ramadhan : Kehadiranmu Dirindui SAMM Johor (Minggu Pertama)
Sahur bersama golongan gelandangan/homeless
Tarikh: 28/07/2012 (Sabtu)
Masa: Waktu berbuka dan sahur
Tempat: Lokasi sekitar JB
Anjuran: SAMM Johor
Pertanyaan: 0176849693
Matlamat: Bersama meringankan beban golongan gelandangan serta menyelami keperitan yang dilalui sempena Ramadhan.

Program Ramadhan : Kehadiranmu Dirindui SAMM Johor (Minggu Ketiga)

Edar bubur lambuk
Sumbangan Fakir & Anak Yatim
Iftar Selebriti & talk show - Hairie Othman
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pejabat Keadilan Muar
Anjuran: SAMM Johor
Pertanyaan: 0176849693
Matlamat: Pengisian Ramadhan diserikan dengan sebuah program talkshow melibatkan artis terkemuka yang telah berhijrah.


SAMM N.SEMBILAN

Program Meraikan Anak Yatim Sempena Ramadhan
Agihan Bubur Lambuk di rumah Anak Yatim Ampangan beserta sumbangan sempena Aidilfitri
Tarikh: 05/08/2012 (Ahad)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Rumah Anak Yatim Ampangan
Anjuran: SAMM N.Sembilan
Pertanyaan: 0123573012
Matlamat: Meraikan adik-adik di rumah anak yatim sempena Ramadhan


SAMM PULAU PINANG

Program Jelajah dan Terang Sempena Ramadhan
Edaran risalah penerangan dan kurma untuk pengunjung bazaar Ramadhan
Tarikh: 05/08/2012 (Ahad)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Bazaar Ramadhan Masjid Sg Nibong Besar
Anjuran: SAMM P.Pinang dengan kerjasama Unit Ehsan dan AMK Balik Pulau
Pertanyaan: 0124304423
Matlamat: Kempen kesedaran diteruskan sempena Ramadhan

Program Buka Puasa dan Agihan 10 Kawah Bubur Lambuk
10 kawah bubur lambuk akan diedar bersama risalah penerangan hadapi PRU-13. Juga majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa.
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Masa: 9.00pg-8.00mlm
Tempat: Bazaar Ramadhan Masjid Sg Nibong Besar
Anjuran: SAMM P.Pinang dengan kerjasama Unit Ehsan dan AMK Bayan Baru
Pertanyaan: 0124304423
Matlamat: Edaran bubur lambuk untuk orang ramai dan majlis berbuka puasa sebagai medan mengeratkan siratul rahim


SAMM SG BESAR

Program Pengisian Ramadhan (Minggu 3)
Edaran bubur lambuk, akhbar Selangorkini dan risalah penerangan
Tarikh: 11/08/2012 (Sabtu)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Bazaar Ramadhan Sekinchan
Anjuran: SAMM Sg Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat
Pertanyaan: 0123312364
Matlamat: Edaran bubur lambuk untuk orang ramai serta edaran risalah penerangan sempena Ramadhan

Program Pengisian Ramadhan (Minggu 4)
Edaran bubur lambuk, akhbar Selangorkini dan risalah penerangan
Tarikh: 18/08/2012 (Sabtu)
Masa: 5.00ptg
Tempat: Bazaar Ramadhan Sg Besar
Anjuran: SAMM Sg Besar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat
Pertanyaan: 0123312364
Matlamat: Edaran bubur lambuk untuk orang ramai serta edaran risalah penerangan sempena Ramadhan


SAMM MELAKA

Meraikan Kehadiran Ramadhan Al Mubarakh
Mengacau dan mengagihkan Bubur Asyura di sekitar kawasan Merlimau Melaka.
Tarikh: 29/07/2012 (Ahad)
Masa: 10.00pagi-7.00malam
Tempat: Sekitar kawasan tumpuan Merlimau.
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016
Matlamat: Meraikan umat Islam terutama golongan yang susah dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak berserta dengan Risalah Bongkar terbitan SAMM Melaka.

Meraikan Golongan Ibubapa sempena Kehadiran Ramadahan Al Mubarakh
Agihan Bubur Lambuk di Bazaar Ramadhan dan Pusat Penjagaan Orang Tua Seri Kenangan.
Tarikh: 05/08/2012 (Ahad)
Masa: 5.00ptg-7.00mlm
Tempat: Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka & Bazaar Ramadhan Cheng Melaka.
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016
Matlamat: Meraikan golongan tua yang dipinggirkan dan diabaikan oleh anak-anak di rumah Seri Kenangan sempena Ramadhan Al-Mubarak dan mengedarkan di Bazaar Ramadhan berserta dengan Risalah Bongkar terbitan SAMM Melaka.

Jejak Faqir SAMM Melaka
Memberi bantuan & sumbangan kepada keluarga yang susah di kawasan Masjid Tanah.
Tarikh: 12/08/2012 (Ahad)
Masa: 2.00ptg-5.00mlm
Tempat: Sekitar kawasan Masjid Tanah (telah mengenal pasti 5 keluarga)
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016
Matlamat: Meringankan beban kepada keluarga tersebut dengan memberi sumbangan berbentuk keperluan dapur dan pakaian sempena ramadhan dan kehadiran Aidilfitri.

Berbuka Puasa & Terawih bersama Pengerusi SAMM (Che'guBard).
Tarikh: 24/07/2012 (Selasa)
Masa: 7.00malam -9.30mlm
Tempat: Restoren AGB (Ayam Golek Bachang) & Masjid Bertam Malim (Terawih)
Anjuran: SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016

Ceramah Umum bersama 2 presiden (Che'gubard -SAMM & Mustafa Kamil Ayub - MAP)
Tarikh: 24/07/2012 (Selasa)
Masa: 9.30malam -12.30mlm
Tempat: KM 7 Bertam Malim Melaka.
Anjuran: MAP(Memacu Arus Perjuangan) & SAMM Melaka
Pertanyaan: 012 2478016


SAMM PERLIS

Program Jejak Fakir
Tarikh: 17/08/2012 (Jumaat terakhir Ramadhan)
Masa: 4.00ptg-6.00ptg
Tempat: Sekitar Kangar
Anjuran: SAMM Perlis
Pertanyaan: 0194342244
Matlamat: Memberi kebajikan kepada golongan miskin dan memerlukan di kalangan kita sempena Ramadhan al-Mubarak.


SAMM KEBANGSAAN

Majlis Berbuka Puasa SAMM dan Bengkel Khas SAMM (masih di peringkat cadangan)
Tarikh: 17/08/2012 (Jumaat)
Masa: 7ptg - 4pg (sahur)
Tempat: Hotel Selesa, Kuala Lumpur
Anjuran SAMM Kebangsaan


PROGRAM SAMM PASCA AIDILFITRI

Rumah Terbuka SAMM
Sempena Aidilfitri SAMM Kebangsaan menganjurkan rumah terbuka
Tarikh: 02/09/2012 (Ahad)
Masa: 11.00pg - 9.30mlm
Tempat: Dewan Orang Ramai Jawi, Pulau Pinang
Anjuran SAMM Kebangsaan

KARNIVAL ANAK MUDA PULAU PINANGKERJAYA – PENDIDIKAN – USAHAWAN
Tarikh: 31 Ogos - 2 September 2012
Tempat: Tapak Expo Seberang Jaya
Anjuran: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Dengan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Pejabat Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
Matlamat
1. Membuktikan kerajaan PR prihatin golongan muda (mendekatkan kerajaan PR dengan rakyat)
2. Mengembeling sokongan anak muda
3. Memberi ruang kerjaya pendidikan dan keusahawanan kepada anak muda P.Pinang


Pameran Motorsikal Anak Muda dengan tema 'HAK ANDA DAN POLIS'
Tarikh: 15/09/2012 (Sabtu)
Masa: 10.00pg - 6.00ptg
Tempat: Perkarangan Stadium Darul Aman
Anjuran: SAMM Kedah/Perlis di sokong oleh kelab-kelab motorsikal yang sedia membantu menjayakan program
Pertanyaan: 014-2636511

Matlamat:
-Memberi penerangan mengenai HAK, UNDANG-UNDANG dan POLIS kepada anak muda khasnya.
-Memperkenalkan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai satu platform untuk anak muda dalam mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya.

Kejohanan Snooker Terbuka SAMM
Tarikh: 22/09/2012 (Sabtu)
Masa: 9.00pg - 11.00mlm
Tempat: A-ONE SNOOKER & KARAOKE CENTRE
Anjuran SAMM Selangor/Wilayah
Pertanyaan: 012-2231239 / 012-3312364
Matlamat: Mendekati anak muda dalam segmentasi sukan 'indoor' sambil memperkenal SAMM sebagai platform anak muda yang sesuai di semua lapisan.
Yuran Penyertaan: RM20
Jumlah Peserta: 32
Juara: RM800, N.Juara: RM500, Ketiga: RM300, Ke-4: RM100 (semua beserta medal)


Kejohanan Bola Sepak Pantai SAMM Terengganu Sempena Hari Malaysia
Tarikh : 16 sept 2012 Ahad (Hari Malaysia)
Masa: 8.00am - 5.30 pm
Tempat: Pantai Merang, Kuala Nerus
Pertanyaan: 019-9809974

Matlamat: Mendekati anak muda dalam segmentasi sukan sambil memperkenal SAMM sebagai platform anak muda yang sesuai di semua lapisan.
Target penyertaan: 50 pasukan
Yuran penyertaan Untuk 1 pasukan: RM70
Hadiah Juara: RM700, N.Juara: RM500, Ketiga: RM200, Ke-4: RM100 (semua beserta medal)


Kejohanan Bowling Terbuka SAMM N.Sembilan

Tarikh : 23 sept 2012 Ahad
Masa: 10.00am - 5.30pm
Tempat: Pusat Bowling, Jusco AEON Seremban 2
Pertanyaan: 012-3573012

Matlamat: Mendekati anak muda dalam segmentasi sukan 'indoor' sambil memperkenal SAMM sebagai platform anak muda yang sesuai di semua lapisan.
Target penyertaan: 88 individu
Yuran penyertaan: RM55 (4game + t-shirt + minuman)
Hadiah Juara: RM500, N.Juara: RM250, Ketiga: RM125, Ke-4: RM75 (semua beserta trofy)


Semua golongan masyarakat khususnya anak muda dijemput untuk menyertai sekaligus menjayakan program-program SAMM di mana juga anda berada.

Sekian,


Edy Noor Reduan (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com


Monday, June 25, 2012

UMNO Dalam Kacau Bilau, Pemimpin Utama Kini Bimbang Kehilangan Kuasa Setelah Hegemoni 55 Tahun

Dewasa ini, setiap presiden atau perdana menteri berada dibawah penelitian yang tidak putus putus. Tiada aktiviti yang dilakukan melainkan orang awam akan mengetahui hampir setiap butiran terperinci. Apatahlagi, jadual tahunan mereka telah dirancang sedari awal.

Namun, kadangkala butiran yang dihebahkan hanyalah apa yang telah diarahkan kepada media - dalam erti kata lain, apa yang orang ramai perlu diberitahu dan bukannya apa yang orang ramai perlu tahu.

Dan inilah yang menjadi asas kenapa media alternatif semakin mendapat tempat, kerana ia memberikan pandangan yang berbeza untuk sesuatu peristiwa yang sama dan membenarkan orang ramai untuk menggunakan pemikiran mereka untuk menilai dan dan membuat pertimbangan.

Biarpun mengawal media, Najib gagal untuk meyakinkan rakyat

Setakat ini, terdapat banyak laporan berita dan  laporan bergambar tentang pelbagai acara politik yang disiarkan dalam media arus perdana, yang semuanya dikawal oleh kerajaan - sebab utama mengapa negara telah dilabel sebagai tidak mempunyai kebebasan media. Oleh sebab itu, segala pergerakan dan senario yang melibatkan semua pihak, termasuk dari parti pembangkang dan NGO telah diambil alih oleh media alternatif dimana terbitannya lebih dihargai berbanding MSM.

Pada masa ini, dengan PRU13 semakin hampir, liputan secara besar besaran telah diberikan kepada UMNO dan perdana menteri Najib Razak. Dan dari sekian banyak laporan, dapat dirumuskan bahawa gambaran keseluruhan di Malaysia adalah tidak menggalakkan dan berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti, walaupun pelbagai berita yang kebanyakkannya hanya menunjukkan kebaikan disiarkan oleh media arus perdana. Kenapa walaupun mengawal saluran hebat seperti akhbar, tabloid, TV dan stesen radio, Najib dan UMNO tetap terlihat korup dan tidak berkesan?

Memang tak dapat dinafikan bahawa media alternatif di Malaysia dan blog/laman pro-pembangkang memainkan peranan yang sangat efektif. Media alternatif yang dibiayai juga cenderung ke arah UMNO-BN tetapi masih memberikan ruang kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan rakan Pakatan Rakyatnya. Media pro-pembangkang pula bergerak dengan bajet yang ketat malah lebih mudah dianggap tanpa bajet langsung. Tidak dapat disangkal, ianya sangat berkesan lantaran dari bakat individu dan keupayaan dalam melontar isu yang dapat menyesakkan nafas Najib dan BN sehingga menghilangkan kredibiliti mereka.

Gabungan tekanan dari media alternatif dan pro-pembangkang seringkali membuatkan Najib tersepit, malah sebenarnya, tekanan tersebut hampir atas semua isu yang dikeluarkan sejak Najib mula mengambil alih jawatan PM pada April 2009. Situasi ini telah menimbulan kesedaran awam bahawa tidak semua yang dicadangkan oleh Najib dan partinya UMNO adalah baik untuk negara.

Sudah lebih buruk dari Abdullah Badawi

Kenyataan dolak dalik Najib dalam begitu banyak situasi telah menimbulkan cakap cakap yang mengatakan beliau telah membuatkan Abdullah Badawi kelihatan seperti mempunyai pendirian yang lebih meyakinkan. Abdullah Badawi, PM yang terdahulu - yang digelar sebagai PM Kaki Tidur, untuk satu tempoh yang dilabel sebagai kurang memberangsangkan, dimana Najib mungkin telah mengatasinya dan ramai yang meramalkan ianya akan membawa satu ruang legasi berbanding Pak Lah.

Tiada satu pun yang Najib telah rancangkan dan laksanakan berada dalam landasan yang betul atau yang tidak berhenti separuh jalan. Selepas mengambil alih jawatan dari Pak Lah, kedudukan sosial, politik, keadaaan ekonomi termasuk undang undang dan perlaksanaannya semakin memburuk. Untuk ini, Najib perlu menerima tempelakan kerana telah membibitkan keraguan awam kepada intergriti kehakiman dalam kes rampasan kuasa di Perak.

Pada lewat peringkat ini, untuk penggal pertama PM yang dilalui tanpa mengadakan sebuah PRU, beliau begitu gemar untuk bercakap tentang sokongan yang diraih. Walaupun, hasil kajian menunjukkan beliau merupakan seorang yang hanya popular dalam BN, cubalah masuk ke kedai kopi dan tanya orang sekeliling. Ramai orang akan menggelengkan kepala dan menyedari bahawa najib bukanlah orang yang memipin Malaysia keluar dari kemelut.

Dikalangan ahli UMNO, pertengkaran, pergaduhan dalaman, tikam belakang dan sabotaj menjadi semakin buruk terutama sekarang ini apabila Najib nampaknya telah memutuskan untuk menangguhkan PRU13 hanya setelah pemilihan parti diadakan. UMNO kian berantakan dan ia telah sampai ke satu tahap dimana ia tidak dapat disembunyikan lagi.

Setiap pemimpin UMNO yang terkenal telah keluar dan membuat kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain dalam usaha menonjolkan diri untuk mencuri perhatian. Kumpulan ini, tidak ada yang mendapat jalan yang lebih mudah berbanding bekas PM, Mahathir Mohamad, yang sekarang ini dirujuk sebagai PM de facto Malaysia. Tanpa sokongan Mahathir dalam UMNO, Najib dikatakan akan hilang jawatan sebelum akhir tahun ini.

Pemimpin UMNO bertarung untuk diri sendiri

Sedangkan Timbalan PM, Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Najib dalam beberapa isu seperti contoh, jadi Melayu dulu dan Malaysia kemudian (being a malay first and Malaysian second). Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tanpa ragu telah membuatkan Najib kelihatan seperti sang pengecut apabila tidak berani untuk menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka.

Atas inisiatifnya sendiri, Khairy telah menyahut untuk berdebat dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Beliau telah melakukannya 2 kali - pertama kali di London dan kali kedua di KL atas isu PTPTN. Perbahasan ini membolehkan orang ramai untuk menilai wawasan dan kualiti kepimpinan pada para pendebat dan secara tidak langsung mereka mengalihkan pandangan kepada Najib dan mengapa beliau asyik berkata 'tidak' pada cabaran Anwar.

Rais Yatim, dalam usaha untuk memperlecehkan jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 Untuk Pilihanraya Yang Adil, telah membuat kenyataan yang jelas membodohkan diri sendiri apabila megumumkan bahawa berdasarkan teknik yang digunakan oleh BBC, bilangan peserta hanya 22,741 orang sedangkan jumlah sebenar adalah sekitar 250, 000 orang.

Dan seseorang dari UMNO amat pasti telah mengarahkan media pro-kerajaan untuk menyatakan kehadiran sebanyak 100,000 orang di Majlis Sambutan 66 Tahun UMNO sedangkan jumlah yang sebenarnya kurang dari 50,000.

Klip Video yang ditunjukkan dalam saluran TV kerajaan yang menggambarkan peserta Bersih 3.0 bertindak ganas telah dicemuh dan tidak dihiraukan oleh orang ramai yang lebih berminat untuk menyaksikan suasana kejadian tanpa suntingan yang mudah didapati dari Youtube, yang turut mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh polis secara berleluasa terhadap peserta yang terdiri dari orang awam.

Cyber troopers UMNO yang terkenal dengan peruntukan RM300, 000 sebulan pun turut senyap. Ulama UMNO juga turut menjadi bebal, diberatkan dengan beban untuk menampakkan UMNO kelihatan lebih Islamik namun dalam masa yang sama isu seks dan skandal rasuah pemimpinnya sangat berleluasa. Shafie Afdal tidak mampu untuk meyakinkan orang ramai bahawa dia tidak berbelanja jutaan ringgit untuk Zahidi Rafik.

Najib bukan hanya perlu menghadapi skandal bakal menantunya, Maira Nazarbayev (yang dikatakan telah mengambil secara tak sah sebuah kondominium mewah yang bernilai sekurang kurangnya USD20 juta milik bekas suaminya), malah turut dihantui dengan kemungkinan akan diseret ke mahkamah Perancis atas tuduhan rasuah berjumlah 114 juta euro / RM 570 juta ketika transaksi perjanjian membeli 2 buah kapal selam Scorpene dari DCNS, perkara yang pasti tidak dapat luput dari fikiran beliau.

Di seluruh negara dan juga negeri.

Ahmad Shabery yang menganjurkan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru baru ini, membazirkan sekurang kurangnya RM20 juta duit pembayar cukai hanya untuk menciptakan satu gambaran palsu kepopularitian UMNO, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Bukan sahaja tidak mendapat pujian, malah Shabery diterjah dengan persoalan rakyat Malaysia yang ingin tahu tindakan tidak bertanggungjawab beliau membelanjakan sejumlah RM2 juta untuk membawa masuk kumpulan K-Pop (Kumpulan Korea) hanya untuk memastikan supaya mendapat sambutan dari belia untuk hadir ke majlis itu. Apabila perlumbaan drag race dicemari dengan insiden perlanggaran 17 orang penonton, Shabery telah melakukan kelakuan biasa burung unta - menyorokkan kepala dalam pasir.

Sementara Menteri Wilayah, Raja Nong Chik masih bertelagah dengan bekas Menteri Wanita, Shahrizat Jalil. Rafidah Aziz pula masih mencari peluang politik biarpun usianya telah memasuki awal 70an. Rafidah dilihat cuba untuk mengambil kesempatan atas aib yang menimpa Shahrizat berikutan isu rasuah RM250 juta NFC dengan meminta beliau untuk melepaskan jawatan, namun Shahrizat telah berjaya memujuk Najib untuk menyebelahi beliau.

Ini telah mendorong spekulasi bahawa Shahrizat telah 'mempunyai' sesuatu untuk Najib dan adalah paling mungkin berkaitan dengan sebuah apartment di Kazakhstan yang berharga RM1.7 juta yang dikatakan dibeli sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.

Idris Jusoh, mantan MB Terengganu masih berusaha untuk mensabotaj Ahmad Said, MB Terengganu sekarang dan tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian setiapkali ada kesempatan. Di Selangor, UMNO tidak mempunyai calon yang layak untuk menteri besar apabila Mohd Zin yang merupakan pengarah pilihanraya BN ditolak oleh ahli UMNO Selangor.

Sepupu Najib sendiri, Hishamuddin Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri turut merasakan tidak yakin untuk bertanding di Semberong dimana peluang untuk dikalahkan adalah amat besar.

Ghani Othman, Menteri Besar Johor, telah memegang jawatan tersebut sejak sekian lama dan beberapa pimpinan UMNO Johor kini mencari peluang untuk menjatuhkannya, menunjukkan perbalahan dalaman parti kian memuncak di negeri ini.

Di Perak, MB yang tidak popular, Zambri Kadir tidak dapat untuk memberikan jaminan bahawa Perak akan kekal dibawah BN selepas PRU13 nanti. Jika berbuat demikian, beliau hanya akan mendapat sindiran dan cemuhan.

Sarawak pula berada dibawah kawalan Ketua Menteri Taib Mahmud sepenuhnya dan Najib tidak dapat berbuat apa apa lansgung untuk mengawalnya. Sebalinya, Najiblah yang memerlukan pertolongan dari Taib, Sementara di Sabah, Pakatan Rakyat telah membuat jalinan secara rahsia sehingga PRU13 diumumkan kerana bimbang BN akan menggunakan kuasa wang untuk memporak perandakan hubungan mereka dengan ahli politik tempatan.

Mahathir sedang membina kes keganasan?

Mahathir juga sekarang aktif menuding jari. Beliau mengatakan UMNO menjadi lemah sekarang disebabkan oleh Abdullah Badawi. Tapi itu mungkin disebabkan sikap prejudis beliau terhadap Abdullah Badawi dan sebaliknya melindungi Najib yang beliau rasakan menjaga kepentingan beliau dengan baik.

Berdasarkan senario yang disebutkan diatas serta banyak lagi yang memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk disebutkan, peluang untuk BN memenangi PRU13 telah menurun dengan drastik biarpun para penganalisis pro-UMNO bertegas mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan 137 kerusi Parlimen.

Malah, faktanya menjadi semakin jelas UMNO-BN mungkin dikalahkan. Bekas MB Selangor yang diaibkan, Khir Toyo berasa yakin bahawa Selangor, P. Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak sekali lagi akan dikuasai oleh Pakatan dan tanpa mengambil kira ada beberapa negeri lain juga bakal jatuh ketangan Pakatan.

Mahathir separuh benar apabila mengatakan BN akan kehilangan 5 negeri dan melihat berlaku pengurangan majoriti BUKAN kerana pembangkang kuat tetapi kerana BN lemah. Tapi setelah 4 tahun, orang ramai sendiri dapat menyaksikan sendiri betapa Pakatan telah menjadi bertambah kuat sementara BN menjadi semakin tidak bermaya.

Disebabkan itu, kedua dua Mahathir dan Najib telah mengancam akan berlaku keganasan apabila berlaku pertukaran kerajaan. Pada dasarnya, UMNO tidak mempunyai perancangan sendiri untuk terus berkuasa.

Setakat ini, ia telah menyerahkan segalanya kepada SPR dan polis untuk memainkan peranan dalam memberikan keputusan yang dikehendaki tetapi kemudian diberikan maklumbalas yang tidak terjangka dengan Demontrasi Bersih 3.0 oleh rakyat Malaysia dan juga komuniti antarabangsa. Penjawat awam termasuk juga polis tidak lagi berminat untuk melakukan penipuan demi mengekalkan kuasa UMNO-BN. Tiada siapa yang ingin dipersalahkan atau didapati berbohong apabila bencana untuk UMNO-BN menjadi semakin jelas dari hari hari.

Sudah tentu UMNO akan tetap menipu dan menjadikan PRU13 sebagai yang terkotor dalam sejarah. Tapi itu juga tidak dapat menjamin kejayaan UMNO-BN, maka itulah sebabnya, Najib masih berteka teki dengan tarikh sebenar PRU13.

Mendepani hakikat kekalahan dan mencari jalan keluar.

Jadi, UMNO perlu menghadapi kemungkinan dikalahkan. Adalah menjadi beban tambahan untuk pimpinan UMNO merangka strategi jalan keluar, tetapi mereka telah melakukannya. Perkara pertama yang mereka lakukan, sudah tentu, WANG TUNAI. Cerdik pandai telah mengesan keanehan urusniaga yang diserahkan kepada Syed Mokhtar, kroni bilionaire yang dipercayai telah dianugerahkan projek penswastaan aset kerajaan pada diskaun yang luarbiasa, dipercayai dengan cara itu, beliau dapat menyimpan kewangan bagi pihak mereka.

Sementelah UMNO telah mempunyai pengalaman dalam kejadian rusuhan kaum 13 Mei, adalah tidak mustahil yang mereka akan menggunakan cara yang sama untuk kekal berkuasa. Tetapi, orang ramai telah cukup celik untuk membaca permainan UMNO yang lapuk itu.

Perlu diingat. Kejadian seperti Mei 13 adalah risiko terbesar untuk Najib. Mahathir mungkin menggalakkan tapi Najib sebagai PM yang perlu mengambil tanggungjawab sekiranya ia berlaku diluar kawalan. Sudah pasti, beliau akan memusnahkan legasinya sendiri berserta nama baik keluarganya jika beliau berhasrat untuk menggunakan rampasan sebagaimana yang berlaku dalam krisis negeri Perak.

Rakyat Malaysia telah membuktikan menerusi Bersih 2.0 dan 3.0 bahawa mereka tidak boleh diperlecehkan dan akan bangun dimuka rejim BN jika ia cuba untuk melampaui batas.

Hakikatnya, rakyatlah secara lembut akan meminta UMNO-BN meninggalkan Putrajaya. Tanda tandanya dah banyak kelihatan dan UMNO belajar dari cara yang sukar bahawa inilah kenyataan yang mereka perlu hormati. Kebanyakan rakyat Malaysia telah menanam semangat untuk berubah dan mengundi Pakatan.

Akhirnya, Najib dan UMNO perlu menyalahkan diri sendiri. Semuanya dalam tangan mereka untuk menentukan tindakan mana yang mereka perlu ambil, tapi peluangnya jika mereka kembali pada pertimbangan, tinggalkan Mahathir yang menganjurkan idea keganasan hanya untuk mempertahankan diri dan kekayaan keluarganya yang melimpah ruah, dan serahkan kekuasaan dalam suasana aman.




Nota : Terjemahan Bebas dari karya asal : Umno in disarray, top leaders fear losing power after 55-yrs of hegemony - Malaysian Chronicle

Wednesday, June 13, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Antara Ibadah Haji Dan Pilihanraya



Pada tahun lepas saya berjaya mendapatkan visa untuk mengerjakan haji, tetapi saya tangguhkan kerana kebimbangan berlakunya pilihanraya. Tahun ini saya memohon lagi dan saya bersedia untuk menangguhkannya jika sekirannya berlaku pilihanraya, sehingga ramai yang bertanya "kenapa?". 

Saya bertanya kepada sahabat yang bertanya "Solat juga adalah rukun Islam, bagaimana sekiranya jika kita sedang solat, pada waktu itu kita mengetahui rumah kita dimasuki pencuri dan penyamun, hati kita penuh dengan kebimbangan terhadap harta dan nyawa kita dan anak-anak, apakah harus kita berhenti dari solat?". Tiga orang sahabat saya semuanya mengangguk "ya", kerana dah jelas hukum feqah begitu.

Saya kasihkan Agama saya, Negara saya, masyarakat saya, rakan saya dan keluarga saya. Tak mungkin saya boleh menunaikan haji secara selesa jika sekiranya Negara saya terancam kerana diperintah oleh pemimpin yang telah terbukti mengkhianati Agama dan Negara saya. 

Saya sangat yakin dengan hadis Nabi " Ada dua golongan manusia, jika baik dia, baiklah manusia, jika jahat dia, maka jahatlah manusia" .

Saya tidak sanggup untuk mendapat pemimpin yang akan memimpin negara, masyarakat dan keluarga saya dari kalangan mereka yang tidak taat kepada Allah SWT. Saya yakin sangat buruk implikasinya jika pemimpin begini menang didalam pilihanraya, kerana bukti yang sudah cukup jelas telah pun berlaku dihadapan mata. 

Berlaku penyelewengan terhadap harta negara, berlakunya penganjuran program yang boleh merosakkan kaum keluarga saya, berlakunya penghinaan terhadap Islam, gejala sosial semakin bertambah seperti kes pembuangan bayi, zina, pembunuhan dan statistik kelahiran anak luar nikah secara rasminya yg dikeluarkan oleh pihak kerajaan sendiri ialah seramai 6 orang setiap satu jam. Saya yakin suasana ini akan bertambah teruk jika sekiranya pemimpin yang tidak beramanah dengan Allah berterusan menjadi pemerintah.

Sebagai seorang individu Muslim, saya sedar memilih pemimpin adalah merupakan tanggungjawab yang besar, kerana baik atau buruk natijahnya akan turut ditimpa keatas rakyatnya, bukan sahaja kepada masyarakat saya, rakan saya malahan sampai kepada anak-anak yang sangat saya kasihi juga berada diambang bahaya fitnah kesan daripada suasana negara saya yang semakin keji dan sentiasa mengarah kepada kejahatan. 

Sebagai ayah saya tidak mungkin mampu sepenuhnya untuk mendidik anak-anak dengan sempurna, saya sangat perlukan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang takut kepada Allah SWT, yang dapat membina suasana kerajaan yang mendorong rakyatnya untuk taat dan patuh kepada Allah SWT. Saya yakin suasana ini wujud jika sekiranya pemimpin yang takutkan Allah menjadi pemimpin dinegara saya.

Mengundi 5 tahun sekali, musim haji pada tiap-tiap tahun, dengan izin Allah SWT saya boleh menunaikan haji pada hadapan jika sekiranya saya tangguhkannya pada tahun ini. Saya yakin satu undi dari saya sangat memberikan makna kepada Agama, negara, masyarakat dan keluarga saya. 

Saya sedar bahawa saya akan disoal diakhirat tentang pemimpin yang dipilih, Haji adalah ibadat fardhiyyah saya, sementara mengundi pemimpin yang baik adalah bukan sahaja untuk maslahah diri saya, malahan agama, masyarakat dan keluarga saya.

Saya sedar jika keadaan akan semakin buruk untuk 5 tahun akan datang jika Parti Islam kalah, kerana itu saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengundi. Saya yakin menangguhkan haji kerana mengundi adalah untuk keperluan maslahah yang lebih besar yang dituntut didalam Agama Islam, maka saya sanggup, InsyaAllah.

- Ustaz Rosli Abdul Jabar

Thursday, April 26, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Sebab Kenapa UMNO Perlu Jadi Pembangkang !!


Artikel Asal Dari Roketkini

Berulang-ulang kali kita mendengar daripada kem Barisan Nasional bahawa mereka memerlukan majoriti yang besar untuk menjadi sebuah kerajaan yang ‘kuat’. Mengapa? Kerana ia akan membolehkan mereka berbuat sesuka  hari sebagaimana yang telah dilakukan sejak beberapa dekad lalu.

Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di serata dunia kita dapat melihat apa yang akan terjadi jika sebuah kerajaan itu terlampau besar dan ‘kuat’. Stalin, Hitler, Mao Zedong dan yang seangkatan dengannya juga telah berdakwah tentang bertapa pentingnya sebuah kerajaan yang ‘kuat’ dan kita tahu bagaimana keadaan dalam negara tersebut.

Adakah kerajaan yang ‘kuat’ boleh menjadi kerajaan yang baik?

Dalam sebuah kerajaan yang ‘kuat’ sedemikian, rakyat hilang suara dan kuasa; yang paling berkuasa adalah mereka yang di tampuk kuasa yang menghalalkan segala-galanya atas nama rakyat, termasuk mempergunakan kaum, agama dan ‘kebangsaan’.

Pada hari ini UMNO-BN memegang rekod dunia untuk parti pemerintah yang ‘dipilih’ oleh rakyat paling lama di dunia. ‘Pilihan’ rakyat itu dibuat melalui pilihan raya yang tidak adil, kotor dan berat sebelah d mana agensi kerajaan dan media massa dipergunakan sepenuhnya untuk berkempen bagi pihak parti pemerintah.

Hasilnya, lama kelamaan ia berjaya mempengaruhi dan lebih teruk, ,mengawal segala institusi-institusi penting negara tanpa sebarang imbangan adil atau ‘check and balance’.

Masih ingatkah kita dengan krisis kehakiman pada tahun 1988 yang amat memualkan dan menjijikkan di mana pimpinan negara memecat dan mempermainkan hakim-hakim besar demi kepentingan politik mereka?

Masih ingatkah kita dengan penyalahgunaan undang-undang zalim seperti ISA yang digunakan terhadap pesaing politik semata-mata kerana UMNO-BN tidak mampu menjawab hujah dengan hujah?

Semua ini berlaku kerana kerajaan pada ketika itu terlalu ‘kuat’. Kerajaan menang pilihan raya secara kotor dan tidak adil, kemudian menggunakan kemenangan besar yang dipaksakan itu untuk melakukan kezaliman. Rakyat hidup dalam ketakutan dan terpaksa merelakan penyelewengan, salah guna kuasa, perkauman dan sebagainya.

Apabila rakyat memberi ruang kepada pembangkang

Hari ini kita melihat pelbagai ‘reformasi’ dan ‘transformasi’ sedang dilakukan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak – ada yang serius, ada yang main-main, ada pula yang merupakan muslihat politik. Apa pun Najib terpaksa melakukannya akibat kuasa pembangkang yang semakin kuat di Parlimen yang mewakili tuntutan dan aspirasi rakyat.

Tidak seperti UMNO-BN yang mahukan penentangan yang minima di Dewan Rakyat dan juga menggunakan segala muslihat jelik untuk menutupi segala penyelewengan dan skandal, Pakatan Rakyat telah berikrar bahawa mereka mahukan sebuah pembangkang yang kuat.

Maka tidak mustahil, dengan kesedaran dan kehendak rakyat, UMNO-BN perlu bersedia untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam pilihan raya umum akan datang. Sudah tiba masanya untuk kita mengembalikan semula keluhuran proses demokrasi di negara kita.

Bila UMNO-BN menjadi pembangkang…

Pertama, sudah tiba masanya UMNO-BN menjadi pembangkang yang baik untuk menghargai peranan tersebut. Kita dapat lihat pada hari ini hegemoni kepartian yang amat ketara di Parlimen hasil pemerintahan kuku besi yang diamalkan BN.

Amalan hari ini menunjukkan setiap Ahli Parlimen hanya boleh menyokong dan tidak boleh membangkang apa-apapun yang dikemukakan oleh pimpinan parti mereka di Parlimen. Sesiapa yang mempunyai pendapat sendiri atau cuba membawa pandangan para pengundi kawasan wakil rakyat itu yang bertentangan dengan pendirian UMNO-BN, Ahli Parlimen itu akan dikenakan tindakan disiplin.

Kedua, sekiranya UMNO-BN menjadi pembangkang, barulah mereka akan lebih menghargai dan menghormati peranan pembangkang dalam sistem kerajaan dan demokrasi di mana mereka benar-benar membawakan isu-isu rakyat, dan bukannya untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni.

Jika dahulu mereka mengamalkan rasuah daripada akar umbi hingga pucuk pimpinan tertinggi, mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan rasuah menggunakan wang rakyat, tetapi terpaksa membongkarkan pula rasuah dalam kerajaan baru, jika ada penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dan untuk memenangi hati dan minda rakyat, mereka harus menjauhi rasuah dan mesti dilihat bersih untuk memenangi semula hati rakyat yang telah menolak mereka.

Ketiga, dengan menjadi pembangkang, barulah UMNO-BN benar-benar dapat muhasabah diri untuk berubah. Kerana kita lihat sejak 2004 apabila UMNO-BN berjanji untuk berubah, ia bukan sahaja di takok lama, malah penyelewengan, salah guna kuasa dan keangkuhan semakin menjadi-jadi hingga hari ini. Semuanya itu kerana UMNO-BN masih merasa diri hebat di puncak kuasa.

BERSH kan Malaysia

Sistem demokrasi memang ada sedikit-sebanyak cacat-celanya kerana ia boleh melahirkan pemerintahan kuku besi kumpulan majoriti atau ‘tyranny of the majority’ tetapi dalam amalan hari ini, demokrasi yang matang sudah pun melahirkan nilai-nilai tambahan seperti kebebasan, keadilan, hak asasi, peluang saksama, keadilan sosial dan pelbagai jaminan hak untuk memastikan kumpulan majoriti tidak menindas minoriti.

Pada hari ini kerajaan UMNO-BN terlalu berkuasa sehingga wang  rakyat menjadi milik sang penguasa dan lebih teruk lagi maruah negara ini telah digadai dan dikhianati. Demi mengekalkan kuasa politik, beratus ribu kad pengenalan dikatakan telah diberikan kepada warga asing.

Dulu masalah ini hanya di Sabah sahaja di bawah ‘Projek IC’ yang telah didokumenkan secara lengkap. Namun ia masih cuba disembunyikan oleh kerajaan pusat UMNO-BN. Hari ini masalah itu telah menular ke Semenanjung. Malah, perhimpunan aman BERSIH yang telah diadakan dan akan terus dilakukan antara lain bertujuan menghapuskan amalan keji ini.

Jika kita sayangkan negara ini, tiada cara lain untuk membersihkan dan menyelamatkan Malaysia, UMNO-BN harus dijadikan pembangkang selepas PRU13.

DAP bersama Pakatan Rakyat tidak akan mengharamkan UMNO-BN, jauh sekali melakukan kezaliman-kezaliman untuk membalas dendam. Dengan perkataan lain, Pakatan tidak mahu mengulangi sejarah perit menjadi UMNO-BN yang menekan rakyat sendiri.

DAP bersama Pakatan Rakyat sedar peranan pembangkang teramat penting dalam sistem demokrasi untuk memastikan keluhuran dan idealismenya dilaksanakan bagi memastikan kerajaan pusat dapat mentadbir dengan baik dan adil.

Monday, April 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Ingatan Buat Semua : Jangan Cabar Karan Nanti Pendek Umur


KUALA TERENGGANU - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini mengingatkan parti-parti politik di negeri ini supaya tidak memasang bendera parti di tiang-tiang elektrik.

Pengurus Besar TNB negeri Terengganu Md Yuslan Md Yusof berkata, memasang bendera di tiang-tiang elektrik boleh mengundang kemalangan elektrik.

"Kita nasihatkan parti-parti politik di negeri ini supaya menurunkan bendera-bendera yang telah dipasang di tiang-tiang elektrik kerana ia mengundang bahaya terutama apabila terdapat kabel elektrik yang tidak bersalut.

"Mana-mana bendera yang dipasang di tiang-tiang elektrik yang dikira berbahaya, kita akan turunkan bendera berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Perbuatan itu juga merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 Kerana Mengganggu Pepasangan Elektrik, katanya ketika diminta mengulas mengenai adanya parti-parti politik di negeri ini memasang bendera di tiang elektrik di merata-rata tempat tanpa mengira perbuatan itu adalah berbahaya.

Beliau berkata sepatutnya kes melibatkan dua lelaki yang maut ketika memasang bendera di tiang eletrik di Tanah Merah, Kelantan dijadikan iktibar dan tidak diikuti.

"Jadi kita nasihatkan pekerja-pekerja parti jangan memasang bendera parti di tiang-tiang elektrik bagi menghindari perkara yang tidak diingini," katanya. – Bernama

Memandangkan wa memang bergiat dalam bidang per'karan'an, so wa memang tak leh lari dari untuk bersetuju sangat sangat dengan amaran yang dikeluarkan oleh TNB ni. Elektrik satu menda yang memang kita takleh nak tengok ngan mata kasar .. mata halus pon takleh sebenarnya.. kih kih kih .. memang kengkadang nampak tiang elektrik tu clean and tidy tapi kebocoran elektrik boleh je berlaku dluar kawalan.

Petugas petugas yang nak pasang bendera parti seboleh bolehnya cuba elakkan dari bermesra dengan tiang tiang elektrik dan kawasan kawasan punca elektrik apatahlagi jika musim hujan. 1amp sahaja yang diperlukan untuk satu renjatan yang susah nak digambarkan (electrocute). Kalo lebih dari 1Amp .. luorang sendiri mau ingat.. jadikan apa yang berlaku dibawah ni sebagai satu iktibar dan pengajaran. 


Tapi cemana pon wa harap, pihak TNB jangan pilih kasih pada bendera yang dah 'terpasang' kat tiang tiang lampu tu. Jangan sebab bendera tu milik Pakatan kasi turun tapi kalo bendera dacing buat tak nampak.. tak gitu ? huhuhuhu

Monday, March 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Hantu Makin Banyak Kat Selangor


DAP Pandamaran, Klang merancang merekrut 1,000 sukarelawan bagi memantau kemungkinan wujudnya pengundi hantu di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengaktifkan jenteranya hari ini, ADUN kawasan itu Ronnie Liu berkata, hampir separuh daripada pengundi baru didaftarkan oleh individu tidak dikenali di kawasan itu.

"Kami mendaftarkan lebih daripada separuh pengundi baru, tetapi separuh lagi kami tidak tahu siapa yang mendaftarkan mereka. Jadi kami perlu amat berhati-hati (akan kemungkinan wujud pengundi hantu)," katanya.

Salam sidang medianya juga, Liu berkata, selain Pandamaran, dua lagi kawasan pembangkang Hulu Selangor dan Kapar juga menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 19,000 dan 18,000 pengundi baru.

Sumber : Mkini

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top