Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts
Showing posts with label Dunia Islam. Show all posts

Friday, May 29, 2015

TAGGED UNDER: , , ,

Penemuan Kubur Besar Rohingya : Malaysia Jadi Stok Lawak

Karikatur ni diterbitkan dalam akhbar di Bangkok, Thailand.

Malaysia telah dijadikan bahan senda gurauan oleh masyarakat luar ekoran penemuan kem transit yang juga merangkap kem seksaan dan kubur besar bagi komuniti Rohingya .

Dalam karikatur yang diterbitkan oleh sebuah akhbar di Bangkok , The Nation, menunjukkan 3 kaum teras iaitu Melayu, India dan Cina dalam keadaan terperanjat dengan penemuan tersebut manakala anggota polis pula digambarkan sedang giat berusaha untuk menyembunyikan puluhan tengkorak  manusia .

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak juga tidak terlepas dari ditempelak apabila digambarkan berkata "kartun ini boleh didakwa bawah Akta Hasutan"

Adoih .. Seantero dunia dah tahu tahap keselamatan sempadan kita ... huuuhaaiii ~!!

Baca Artikel Asal di  Free Malaysia Today

Thursday, August 16, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mujahidin Taliban Mendakwa Tembak Jatuh Helikopter Yang Mengorbankan 11 Tentera Musuh



KANDAHAR - Sebuah helikopter milik tentera ISAF terhempas di selatan Afghanistan pada hari ini (16/8/2012), mengorbankan sekurang kurangnya 11 anggota tentara ISAF-Afghan, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita tempatan - Pajhwok.

ISAF mendakwa pesawat miliknya itu terhempas akibat dari kerosakan, perkara ini juga disahkan oleh jurucakap gabenor Kandahar. Menurut laporan awal, 7 orang tentera AS terkorban termasuk pegawai pemerintah tentera AS, turut dilaporkan terkorban ialah 3 orang tentera boneka Afghan berserta seorang penterjemah Afghan.

Namun dalam masa yang sama, pihak Mujahidin Imarah Islam Afghanistan (Taliban) mendakwa bahawa mereka menembak jatuh helikopter musuh itu di sebuah desa di pinggiran Tirinkit, ibukota wilayah Uruzgan.

Jurucakap Taliban, Qari Yusuf Ahmadi melaporkan kepada Pajhwok bahawa Mujahidin menembak jatuh helikopter itu dengan sebuah roket di daerah Chinartu. Semua yang berada dalam pesawat itu terkorban setelah helikopter tersebut dikatakan telah terbakar sejurus selepas terhempas.

Sementara itu, pihak Mujahidin belum melaporkan maklumat lebih lanjut berkaitan operasi ini, ini adalah disebabkan laman web rasmi mereka menghadapi masalah teknikal sejak beberapa hari yang lalu.

Wednesday, August 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Pengharaman Total Aktiviti Ramadhan : Episod Malang Saudara Islam Kita Di Urumqi

Kelihatan beberapa wanita etnik Uighur sedang melintas dihadapan polis separa tentera yang sedang membuat rondaan di pusat bandar Urumqi


Pihak berkuasa di Xinjiang telah bertindak mengharamkan sebarang aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadhan.

Pihak berkuasa China di rantau barat laut Xinjiang, telah mengenakan sekatan dan pematuhan awam dalam bulan suci Islam Ramadhan pada semua daerah yang diduduki oleh minoriti etnik Uighur, lapor kumpulan yang berada dalam buangan.

Kerajaan, yang pada awal bulan lalu meningkatkan keselamatan berhubung ulangtahun keganasan 2009antara etnik Uighur dan Han yang mengakibatkan korban sejumlah 200 orang, telah mengharamkan sebarang bentuk aktiviti keagamaan oleh umat Islam di rantau ini, menurut jurucakap Kongres Uihgur Sedunia yang berpangkalan di Munich.

"Mereka telah menubuhkan sebuah badan yang diberi nama 'kumpulan kestabilan Ramadhan' didalam setiap jabatan dan organisasi rasmi, dan mereka telah memilih anggota untuk berkhidmat bagi pihak mereka," ujar jurucakap yang bernama Dilxat Raxit sambil menambah "Pegawai dari setiap jabatan ini perlu berada dan tinggal di setiap masjid, sambil melakukan kerja kerja pengawasan di kesemua lokaliti."

Sementara itu, para guru, profesor dan anggota kepada Parti Komunis yang memerintah dan juga semua penjawat awam di Xinjiang adalah dilarang keras dari menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang bermula dari hari Khamis dan berakhir pada 18 Ogos, menurut Raxit.

"Mereka ditempatkan di setiap masjid pada setiap masa. Mereka ditugaskan untuk membuat pengawasan secara teknologi dan juga pengawasan secara peribadi." tambahnya lagi.

Pengharaman Kepada Pelancong

Seorang petugas yang menjawab panggilan telefon di sebuah masjid di pusat bandar Urumqi berkata, para pelancong adalah dilarang untuk menghampiri masjid sepanjang bulan Ramadhan. 

"Ya, memang benar," akui petugas tersebut ketika ditanya adakah langkah langkah khas dilaksanakan dalam masjid.

"Tiada pelancong yang dibenarkan buat masa sekarang, mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam menunaikan solat," ujar petugas tersebut dan berkata "kita akan lihat apa yang berlaku selepas bulan Ramadhan."

Manakala di bahagian selatan bandar Aksu, polis sedang galak mencari bahan bahan keagamaan "yang dilarang' dikalangan orang Islam yang dianggap melampau dan subversif oleh Beijing, lapor seorang penduduk.

"Mereka selalunya memulakan aktiviti menggeledah pada sebelah malam," beritahu seorang petugas yang menjawab panggilan telefon dari sebuah kompleks apartment dalam bandar.

Restoran yang diusahakan oleh Umat Islam Uighur adalah dilarang untuk menutup operasinya pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. "Berpuasa adalah ibadah bagi orang Uighur" ujar petugas tersebut. "Tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa mereka tidak boleh berpuasa, namun operasi restoran mesti dibuka seperti biasa."

Mesyuarat Ideologi

Raxit berkata, pihak masjid perlu mengadakan mesyuarat ideologi dengan pegawai parti pada setiap hari Jumaat. Ini diadakan untuk memantau reaksi penduduk Uighur tempatan.

Zhong, seorang penduduk dari etnik Cina Han bagaimanapun berkata, pendekatan ini terlalu berat. "memang tidak dinafikan, perbuatan ini salah" ujarnya. "Ini adalah merupakan campurtangan kedalam urusan keagamaan orang lain".

Beliau berkata beberapa buah restoran di Urumqi kelihatannya menutup operasi mereka lebih awal ketika bulan puasa.

"Saya telah pergi ke sebuah restoran milik Uighur, dan mereka hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, " ujar Zhong

Pihak berkuasa China mengenakan sekatan keselamatan di semua bandar besar wilayah Urumqi sejak dari 5 Julai, ulangtahun keganasan etnik Uighur-Han yang mengakibatkan kematian pada 197 orang dan kecederaan kepada beratus ratus orang, menurut laporan rasmi yang dikeluarkan.

Keganasan

Zhang Chunxian, Setiausaha Serantau Parti Komunis, yang dilantik untuk menjadi "Alat Pembersihan" ekoran keganasan yang melanda pada tahun 2009, telah mengarahkan kesemua anggota polis di setiap penjuru wilayah ini untuk meningkatkan langkah berjaga jaga bagi mengelakkan kemungkinan serangan dari pihak pengganas, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Xinjiang Daily.

Lanjutan dari peristiwa keganasan tersebut, China telah memperkenalkan kempen Anti keganasan di wilayah yang kaya dengan sumber alam ini, namun disebaliknya etnik Uighur mendakwa mereka menjadi mangsa kawalan politik dan penganiayaan ekoran perjuangan menuntut wilayah autonomi yang hakiki dimana selama ini hak mereka dinafikan untuk sama sama mengecapi kepesatan pembangunan ekonomi dari Beijing.

WUC melaporkan bahawa terdapat ribuan orang Uighur yang kebanyakannya lelaki, didapati 'hilang' semenjak tercetusnya keganasan kaum, ramai diantara mereka yang dibawa ke pusat tahanan dengan hanya sedikit ataupun hampir tiada langsung notis dan penjelasan yang diberikan kepada saudara mara mangsa.

Terjemahan Bebas dari Sumber : Radio Free Asia

Monday, August 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Laman Web Reuters Telah Digodam Dan Dimuatkan Laporan Palsu Tentang Syria


Laman web milik Reuters dilaporkan telah digodam oleh seorang 'hacker' yang setia kepada pemerintahan Basyar Al Assad dan penggodam tersebut telah memuatnaik satu wawancara palsu yang kononnya dibuat antara redaksi Reusters dengan Tentera Pembebasan Syria yang mengaku aka segera menarik balik pasukan penentang kerajaan.

Reuters telah mengesahkan kejadian tersebut melalui akaun twitternya. Selain dari itu, pihak Reuters juga melaporkan bahawa penggodam itu turut memuatnaik berita yang menggambarkan para pejuang pemisah memiliki kemudahan senjata kimia.



Dikhabarkan, beberapa jam setelah aktiviti penggodaman itu dikesan, Reuters masih lagi bertungkus lumus dalam proses pembaikan dan mengemaskini lamannya. Mereka juga turut meningkatkan ciri ciri keselamatan untuk mengelakkan laman itu kembali diterobos dengan berita berita palsu oleh pihak penggodam.

Syria, sebagaimana yang kita ketahui ketika ini sedang dalam suasana kacau bilau dan seringkali berlaku aksi keganasan. Pihak pemerintah Syria telah berulang ulang kali melakukan usaha untuk memesongkan perhatian awam agar tidak mendapat akses kepada kejadian sebenar yang berlaku di sana. Bahkan, mereka juga dilaporkan telah membayar seorang wartawan untuk membuat laporan palsu berkaitan peristiwa yang terjadi di Syria. Pelbagai usaha yang mereka laksanakan termasuk membekukan akses internet selama 40 minit, baru baru ini.

Sumber - Venturebeat

Monday, July 30, 2012

TAGGED UNDER: ,

Subhanallah : Wartawan Jepun Yang Membuat Liputan Di Syria Terbuka Hati Untuk Memeluk Islam .. Allahuakbar ~!!


Seorang wartawan Jepun yang sedang membuat liputan telah terbuka hatinya untuk memeluk Islam di Syria, di depan para pejuang Syria, Subhanallah Allahu Akbar Walillahilhamd.

Dalam sebuah video yang diterbitkan di Youtube, menunjukkan seorang lelaki Jepun, yang juga merupakan seorang wartawan, telah melafazkan dua kalimat syahadat di depan Mujahidin dari batalion Mamduh Julha yang berpangkalan di gunung Al-Turkman di sempadan Syria-Turki.

Menurut laporan, beliau terbuka hati untuk memeluk Islam setelah jiwanya tersentuh melihat sikap baik yang ditunjukkan oleh para Mujahidin ketika ia sedang membuat liputan pertempuran di wilayah tersebut.

Dengan sedikit kesukaran namun lancar sekali lafaz, beliau mengucapkan "Asyhadu alla ilaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah" sambil dibimbing oleh seorang mujahid dari briged tersebut. Kemudian para mujahidin melaungkan takbir, dan muallaf ini pun mengikutinya dengan wajah terlihat gembira "Allahu Akbar, Allahu Akbar!". Kini ia bernama Musthafa, hamba Allah yang menemukan hidayah di bumi para syuhada, Syam.


Pada saat itu, bertepatan dengan masuknya waktu solat asar, maka Musthafa dipelawa untuk bersama sama menunaikan solat. Ia diajarkan berwudhu oleh salah seorang mujahid. Nampak penuh keseriusan saat ia mengikuti proses wudhu yang diajarkan. Sentiasa ada dakwah dibalik jihad, Allahu Akbar~!!.

Saturday, July 28, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Rohingya : Antara Berita, Cerita Dan Derita - Artikel Dan Foto

Latuffcartoons
Presiden Myanmar Thein Sein pada 19Julai telah berkata, Orang Islam Rohingya perlu dihalau keluar dari negara dan dihantar ke khemah khemah pelarian kendalian PBB.

Myanmar’s President Thein Sein said on July 19 that the "only solution" to the plight of Rohingya Muslims is to send the country’s nearly one million Muslims -- which is one of the world's most persecuted minorities -- to refugee camps run by United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR).  Sumber - RARC


Sedangkan dalam masa yang sama, Perdana Menteri Bangladesh, yang menempatkan kebanyakan khemah khemah pelarian itu pula telah berkata, pelarian Rohingya bukan tanggungjawab negara itu. Ujarnya, Bangladesh mempunyai lebihan populasi rakyat dan tiada tempat untuk pelarian.


Malah dari banyak laporan yang dikeluarkan, memang benar, kerajaan Bangladesh telah mengusir ramai pelarian Rohingya yang ingin menyelamatkan diri dari rusuhan kaum/agama yang berlaku di Arakan, untuk kembali ke dalam perbatasan Myanmar. Ada diantara mereka ditahan ditengah tengah sungai Naf dan diarahkan untuk berpatah balik. 





Foto yang menunjukkan pihak pengawal sempadan memintas bot bot pelarian di pertengahan Sungai Naf dan memaksa mereka untuk berpatah balik atau ditunda ke laut lepas.

Sementara itu, dalam masa yang sama, harapan pada pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi turut berkecai apabila 'ikon hak asasi' itu dikatakan enggan untuk mengkritik tindakan Thein Sein yang seolah olah menggalakkan proses penghapusan etnik.

Malah apa yang lebih mendukacitakan, Suu Kyi seolah olah meletakkan kesalahan ke atas kaum Rohingya apabila meminta mereka untuk patuh pada undang undang imigresen dan menghormati kedaulatan undang undang, persisnya kaum Rohingya adalah kaum pendatang di Myanmar. - Rujuk 

Foto Foto Rohingya

Mangsa yang tercedera ketika menyeberangi sempadan sedang dirawat di Hospital Bangladesh namun akan dihantar pulang semula ke Myanmar kerana menceroboh secara haram.






Senario yang menunjukkan beberapa rumah dan kampung dibakar oleh puak pemberontak kaum Rakhine di daerah Sittwe.

Pihak tentera yang dikatakan turut mengambil bahagian dalam peristiwa pembantaian orang Islam Rohingya

Puak Rakhine ini sedang menunggu sesiapa sahaja yang keluar dari rumah (yang dibakar) untuk dibunuh.. dalam laporan dibeberapa tempat lain mengatakan mereka mereka ini bersubahat dengan pihak berkuasa tempatan Nasaka untuk melakukan rampasan dan rompakan secara terbuka terhadap orang Islam Rohingya. Rujuk Berita - Ar Rahmah



Antara mangsa mangsa yang terbunuh sejak terjadinya cetusan rusuhan kaum/agama di Arakan

Kanak kanak/remaja turut menjadi mangsa apabila mereka ditahan oleh pihak berkuasa dimana keluarga mereka tidak akan diberitahu  di pusat/penjara mana mereka akan ditempatkan. Ramai diantara mereka yang terus hilang tanpa dapat dikesan (dipercayai dibunuh)

Penduduk Islam disana tidak diberi layanan berperikemanusiaan. Mereka diherdik, dihina, dihalau, dan diperlakukan wewenangnya. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh PBB, Rohingya merupakan puak minoriti  yang paling tertindas didunia. Rujuk Harakahdaily


Wajah wajah hampa saudara Rohingya .. kemana lagi arah yang harus mereka tuju apabila dunia atau negara negara Islam khususnya, tidak berjaya untuk menunjukkan jalan keluar yang terbaik untuk mereka. Kepada siapa lagi yang perlu mereka susunkan tangan untuk memohon bantuan ?


Antara Pautan Yang Berkaitan:

Rohingya Arakanese Refugee Comittee
LA Times Blog -


Burma 'creating humanitarian crisis' with displacement camps in Arakan - The Guardians
70 Rohingas pushed back to Myanmar - BSSNews
US urges Bangladesh not to send back Myanmar refugees - AFP
Bangladesh: Open Borders for Refugees Fleeing Burma - Human Right Watch

Nota Kaki: Alangkah malangnya nasib buruk yang menimpa saudara seagama kita di perbatasan Arakan. Tiada tempat untuk dituju, tiada harapan untuk bergantung, kampung halaman pula sudah musnah terbakar dan berpatah balik bermakna hanya mengundang maut. Innalillah.

TAGGED UNDER: ,

Indahnya Ramadhan Pertama Bagi Abdullah, Mualaf Dari Pakistan

"Saya sungguh gembira untuk menjalankan ibadah puasa, yang akan menjadi sebuah pengalaman baru bagi saya," ungkap Abdullah dengan gembira kepada Onislam.

Setelah memeluk Islam sejak enam bulan lalu, Mangat Ram yang sekarang menukar nama menjadi Ali Abdullah, kini menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk pertama kali dalam hidupnya.

Abdullah (34) yang berasal dari padang pasir Thar di selatan daerah Sindh, Pakistan baru memeluk Islam pada bulan Januari 2012, meskipun beliau telah membaca kitab suci Al-Qur'an dan kitab-kitab Islam sejak setahun terakhir.

"Saya menghabiskan Ramadhan bersama umat Muslim (pada saat ia masih menjadi seorang hindu -pent) di sebuah kem pemindahan sementara setelah hujan lebat dan banjir besar menghanyutkan rumah-rumah dan ternakan kami setahun lalu," kenang Abdullah semasa menghadiri undangan acara "Tahib Ramadhan" yang diadakan oleh Dars-e-Quran network, sebuah organisasi sastera yang menjurus dalam bidang pendidikan Al-Qur'an di Pakistan.

"Namun, pada ketika itu, sayangnya saya belum dapat menemukan jalan kebenaran (belum mendapat hidayah -pent), dan kehilangan keberkatan Ramadhan," tambah ayah kepada tiga orang anak itu.

"Tetapi pada saat ini, Saya bersedia dengan keyakinan penuh untuk menjalani ibadah puasa."

Isteri Abdullah dan ketiga anaknya juga telah memeluk Islam beberapa bulan lalu setelah ia meninggalkan kem penempatan ke kampung halamannya.

"Saya kagum dengan semangat dan kegigihan saudara-saudara Muslim saya (pada saat itu), yang sedang berpuasa tetapi tetap terus melayani kami sepanjang hari," kata Abdullah.

"Keadaan itu hampir tidak dapat dipercaya oleh saya," Abdullah terharu atas bantuan dan operasi penyelamatan oleh badan amal Islam pada saat hujan lebat dan banjir besar melanda daerah tersebut, bantuan yang telah menyelamatkan hidup ribuan nyawa tahun lalu, dengan izin Allah.

"Saya sangat terinspirasi dengan cara bagaimana kami diperlakukan di kem pemindahan itu, memandangkan kami termasuk dari golongan kasta rendah (dalam adat Hindu), dan malahan kelas tinggi Hindu pun hampir tak peduli pada kami," kata Abdullah.

Pada saat itu, Abdullah meninggalkan kem penempatan untuk mengucapkan Syahadat bersama keluarganya di sebuah Masjid tempatan.

Bagi Abdullah, yang baru saja memulakan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini, puasa di bulan suci merupakan detik istimewa di dalam hidupnya.

"Adalah bulan suci Ramadhan, yang telah mengubah hidup saya untuk lebih dekat dengan Islam," katanya, "Pada tika Ramadhan jugalah, yang mendorong saya untuk berpikir tentang Islam untuk pertama kalinya di dalam hidup saya."

"Saya terus berfikir tentang kerohanian," lanjut Abdullah, "yang telah menganjurkan Muslim untuk tetap sabar  tanpa makanan, air, dan kemewahan hidup lainnya pada saat sedang berpuasa, bahkan selama waktu ketika tak ada orang di sana untuk mengawasinya."

"Saya bersyukur kepada Allah yang telah membimbing saya ke jalan yang benar," ungkapnya terharu.

Mualaf lainnya turut merasakan perkara yang sama

Sesama Mualaf, Abdul Rahman, yang dulunya dikenal sebagai Bhagwan Das, juga amat bergembira menyambut ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Meskipun ini bukan Ramadhan pertama kalinya bagi Abdul Rahman.

"InsyaAllah, ini akan menjadi Ramadhan kedua saya," katanya, yang juga berasal dari daerah Thar, kepada Onislam.

"Tetapi saya lebih bergembira saat ini kerana saya belum tahu banyak tentang pentingnya dan manfaat ibadah puasa."

Abdul Rahman, adalah seorang petani, yang telah memeluk Islam pada Ramadhan tahun lalu di sebuah kem pemindahan yang dikelola oleh badan amal Islam Falah-e-Insaniat Foundation di daerah Badin.

Beliau baru beberapa kali menjalankan puasa kerana memeluk Islam pada minggu akhir di bulan Ramadhan.

"Saya memiliki sedikit pengetahuan tentang Islam dan Ramadhan pada saat itu," kata ayah kepada lima orang anak ini.

"Saya berpuasa (saat itu), tetapi sejujurnya, ada kekurangan pemahaman dan keyakinan," lanjut Abdul Rahman, "Tetapi, saya telah membaca banyak tentang Islam sejak dari itu, dan sekarang saya memahami tentang pentingnya Ramadhan bagi seorang Muslim."

Selain Abdul Rahman,  Muhammad Ibrahim atau dahulunya bernama George Masih, bekas penganut Kristian yang telah memeluk Islam beberapa bulan lalu, juga kagum dengan bulan Ramadhan.

Awalnya, bagi Ibrahim, beliau tidak terlalu kekok dengan ibadah puasa kerana dalam ajaran Kristian  juga turut mengajarkan amalan puasa (berdasarkan aturan Kristian), namun Ibrahim ketika itu belum memahami makna puasa di bulan Ramadhan. Kemudian Ibrahim mempelajari ilmu tentang Ramadhan untuk memantapkan keyakinannya.

"Untuk memahaminya, saya membaca banyak artikel tentang Ramadhan, baik dalam bahasa Urdu mahupun bahasa Inggeris," kata Ibrahim, yang juga merupakan seorang guru.

"Semakin banyak saya membaca tentang Ramadhan, saya mulai memahami rasionaliti dalam Islam, itulah mengapa, bulan suci Ramadhan memiliki makna khusus bagi saya."

Ramadhan tahun ini telah datang, dan Ibrahim telah bersedia menghadapi ujian yang akan dihadapi selama Ramadhan.

"Saya bersedia untuk menjalankan puasa untuk pertama kalinya," tegas Ibrahim, yang tidak begitu  gusar berhadapan dengan cuaca panas dan waktu yang panjang ketika menjalankan ibadah wajib ini.

"Saya sedikit khuatir tentangnya, tetapi saya yakin bahawa dengan rahmat Allah, Saya dapat mengatasinya."

Ribuan penganut Hindu dan Kristian berlindung di kem-kem penempatan yang didirikan oleh beberapa badan amal Islam ketika banjir besar melanda salah satu daerah terbesar di Pakistan. Badan amal Islam itu juga telah melakukan berbagai aktiviti kemanusiaan dan operasi penyelamatan serta projek pengembangan kehidupan bermasyarakat di gurun Thar, di mana hampur 50 peratus penduduknya adalah penganut Hindu.

Ratusan umat Hindu telah memeluk Islam di berbagai tempat di wilayah Sindh dalam tempoh setahun terakhir, terutama dari kalangan kasta rendah Hindu, yang merupakan golongan majoriti di selatan daerah tersebut. Kebaikan kaum Muslimin terhadap mereka telah menarik mereka untuk mempelajari Islam.

Demikian juga, sejumlah umat Kristian telah masuk Islam sejak setahun lalu di daerah yang berbeza di Punjab, salah satu daerah paling kaya di negara itu.

Meskipun di negara-negara tetangga umat Muslim yang minoriti sering dilanda diskriminasi bahkan perlakuan kejam, umat Hindu dan Kristian yang minoriti di Pakistan tetap diperlakukan dengan baik oleh kaum Muslimin, jika mereka kesulitan maka kaum Muslimin mengulurkan bantuan untuk mereka. (edit Ar Rahmah)

TAGGED UNDER: , ,

Rohingya : Taliban Ancam Serang Kepentingan Myanmar



Jumaat, 27 Julai 2012 Kumpulan Taliban Pakistan, Tehreek-e-Taliban (TTP) mengancam akan menyerang Myanmar guna membalas dendam terhadap penindasan terhadap etnik Muslim Rohingya, jika Pakistan tidak menghentikan semua hubungan dengan Yangon dan menutup kedutaan Myanmar di Negara tersebut.

Tehreek-e-Taliban dalam satu kenyataan tentang penderitaan Muslim di Myanmar berkata, mereka akan membalas dendam dengan 'menumpahkan darah'.

Jurucakap kumpulan itu, Ehsanullah Ehsan mendesak kerajaan Pakistan menghentikan semua hubungan dengan Yangon dan menutup kedutaan Myanmar di Pakistan.

'' Jika tidak, kami tidak hanya akan menyerang kepentingan Yangon tetapi termasuk menyerang rakyat Myanmar di Pakistan satu-persatu di mana-mana,'' katanya dalam satu kenyataan dipetik AFP.

Kedutaan Myanmar di Islamabad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan masalah ini.

Kelompok Taliban sering mendakwa menyerang pasukan keselamatan di Pakistan tetapi kemampuannya untuk melakukannya di luar negara masih dipersoalkan.

Hanya saja, pegawai Amerika Syarikat (AS) berkata, terdapat bukti kumpulan itu mendalangi usaha letupan bom di Times Square, New York tahun 2010 dan seorang warga AS-Pakistan, Faisal Shahzad dipenjarakan seumur hidup.

Sebelum ini, Amerika menuduh Ketua Tehreek-e-Taliban, Hakimullah Mehsud telah membunuh tujuh agen CIA yang tewas dalam sebuah letupan bunuh diri di pangkalan AS di Afghanistan Disember 2009.

Konflik baru-baru ini di Rakhine antara penduduk Buddha dan etnik Muslim Rohingya menyebabkan puluhan orang terbunuh dan puluhan ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu mendesak Presiden Myanmar, Thein Sein menangani isu penderitaan etnik Muslim Rohingya sesuai standard hak asasi antarabangsa.

Dalam surat yang dihantar kepada pemimpin Yangon itu, Thein Sein diminta memberi jaminan keselamatan pada etnik Muslim Rohingya sebagai penduduk Myanmar dan menamatkan semua bentuk penindasannya.

Friday, July 27, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Gambar Gambar Bohong Yang Tersebar Tentang Rohingya


Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk - Tibetan Community | Tibet Times



Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand - Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto -  Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People's Daily | Frontline 



Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)

Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber - International Business Times | The Guardian UK


Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan  rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk | MySinchew

Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana. 

Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain .. ciss sungguh.

Monday, July 23, 2012

TAGGED UNDER: ,

Ramadhan : Ifthar - Antara Realiti Dan Fantasi


Assalamualaikum all.

Entri pertama Ramadhan .. semalam wa ada jumpa pic kartun kat atas nun .. wa save .. ingat kengkonon nak buat entry pasal buruk mentekedarah masa berbuka puasa laa hari ni.. 

Alih alih hari ni terjumpa plak pic bawah ni .. laaa .. ada sungguh rupanya .. ingatkan imaginasi karikatur aje ..


kah kah kah kah 
apa buruk lantak beno mamat ni 
perut dah macam nak meletup 
luorang pun agak agak laa time berbuka tu
jangan asal nampak je semua nak sapu..

Ramadhan bulan untuk perjuangan 
melawan nafsu makan antaranya
bukan untuk membuntalkan perut
dan bukan untuk pembaziran wewenangnya

kalo dah sampai jadi macam mamat tu
apa la ertinya puasa tu sendiri
kalo setakat terlentang lepas makan takpe lagi
dibuatnya padam terus .. kan ke haru ?
huhuhuhu

Friday, July 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Sedih: Kanak Kanak Sebesar Ini Sudah Terpaksa Memikul Senjata


Di kala kanak kanak dan remaja di Malaysia leka dengan PS2, FB, Shuffle & melepak tak tentu arah, anak semuda ini sudah terpaksa memikul senjata di Syria.

Foto menunjukkan seorang dewasa sedang menenangkan remaja yang terbabit yang kelihatan sangat tertekan setelah beliau menyaksikan ramai pemuda pemuda Syria terbunuh oleh serangan serangan tentera Syria didepan mata.




Demi melihatkan keadaan kawasan kejiranannya di Homs, Syria telah dimusnahkan dan beribu ribu penduduk disana telah dibunuh dengan kejamnya oleh tentera Bashar Al Assad .. Apakah pilihan yang tinggal untuk kanak kanak itu selain dari turut mengangkat senjata ?? 

Moga kekejaman di Syria tidak berlanjutan dan semoga rejim yang bongkak dan zalim yang diketuai oleh Bashar dapat dinyahkan dari bumi Syria .. Allahuakbar~!!

Thursday, July 5, 2012

TAGGED UNDER: ,

Wajib Baca Untuk Orang Islam - Tarbiyyah Dari Seorang Muallaf

Foto Hiasan Je Weyh ...
Cerita yang wa nak paparkan ni memang dah banyak kali wa terbaca dari perbagai medium termasuk dari media cetak (wa dah lupa samada mastika atau yang lebih kurang sama). Memandangkan apa yang nak disampaikan itu sesuatu yang memang perlu kita - orang melayu Islam khasnya - fikirkan dengan lebih mendalam so artikel ni bagi pandangan wa sentiasa relevan kalau pun nanti diterbitkan berkali kali.

=/=


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. 

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. 

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. 

Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. 

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. 

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. 

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. 

Wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. 

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. 

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Nota : Artikel ni wa terbaca semula dari blog AnakMuallaf

TAGGED UNDER: ,

Bongkar: Kaedah Kaedah Siksaan Yang Dilaksanakan Di Kem Tahanan Syria


Peta ini menunjukkan berbagai lokasi dan keterangan oleh sebahagian dari mereka yang mendakwa telah diseksa oleh Agensi Perisikan Syria.


Human Right Watch mengenalpasti 27 pusat pusat tahanan yang dikatakan mula beroperasi sejak kerajaan Presiden Bashar al Assad menjadi goyah sejak Mac 2011 apabila gerakan pro-demokrasi cuba untuk menggulingkannya.

Kumpulan yang berpangkalan di New York itu mendapati berpuluh ribu orang telah ditahan diseluruh Syria. Mereka juga telah menjalankan lebih dari 200 sesi soaljawab dengan orang ramai yang mengaku telah diseksa.

Lakaran lakaran dibawah adalah pendedahan tentang kaedah kaedah penyeksaan yang dijalankan oleh Agensi Perisikan Syria sebagaimana yang diceritakan oleh mangsa mangsa tahanan.

*Klik atas foto untuk gambaran yang lebih jelas*



Seksaan: Dulab. Lakaran ini menunjukkan kaedah yang digunakan oleh Agensi Risikan Syria untuk menyeksa tahanan. 

Mangsa: Seorang tentera yang menjadi mangsa cawangan Risikan Tentera di Latakia pada Jun 2011, telah ditemuramah oleh Human Right Watch di Hatay, Turki pada Januari 2012.
=/=


Melampau : Sesetengah mereka yang ditahan di pusat ini akan dipukul dengan objek seperti kabel, cemeti, kayu, cota dan getah paip. 

Mangsa:  Seorang awam yang telah ditahan di penjara pusat di Idlib pada Julai 2011, ditemuramah oleh Human Right Watch di Hatay, Turki pada Januari 2012.
=/=


Amat Menyakitkan: Shabeh adalah satu kaedah penyiksaan yang dikenakan keatas tahanan. Tahanan akan digantung ke siling pada pergelangan tangannya. 

Mangsa: Soerang lelaki awam, tahanan di kejiranan Kafr Souseh, Damascus pada September 2011. Human Right Watch menemubual beliau melalui panggilang telefon ketika beliau masih berada dalam Syria.
=/=


Kaedah Basat al-reeh. Mangsa diikat dengan dibaringkan atas kayu dengan kepalanya dibiarkan tidak beralas. Kayu tersebut mempunyai engsel dibahagian tengah hingga boleh dilipatkan sehingga kaki mangsa menyentuh muka sambil mangsa terus dipukul dengan menggunakan wayar kabel. 

Mangsa : Lelaki yang ditahan sekitar Mac-April 2011di Shabiha, Latakia, ditemuramah oleh Human Right Watch di Hatay, Turki pada Januari 2012.
=/=


Renjatan Elektrik: Kaedah yang digunakan dikesemua 27 pusat tahanan Syria 

Mangsa: Seorang Askar yang telah ditahan oleh Agensi Risikan Tentera Udara di Latakia pada Jun 2011, ditemuramah oleh Human Right Watch di Hatay, Turki pada Januari 2012.
=/=


Falaqa : Mangsa dipukul ditapak kaki dengan menggunakan kayu, cota dan cemeti, kemudiannya akan disuruh bangun dan berlari, kemudian diulang lagi prosesnya.

Mangsa : Telah ditahan dipusat pemeriksaan Tadumr dan dibawa ke cawangan Keselamatan Politik di Homs. Beliau ditemuramah melalui Skype ketika masih berada dalam negara Syria.

=/=

Laporan Human Right Watch mendapati, puluhan ribu rakyat telah ditahan oleh Jabatan Risikan Tentera, Direktorat Keselamatan Politik, Direktorat Risikan Awam dan Direktorat Risikan Tentera Udara.

Laporan tersebut didokumenkan oleh sekumpulan bekas pegawai risikan Syria yang menceritakan bagaimana mereka telah diarahkan untuk menyeksa para tahanan secara rutin.

Bercakap kepada CNN, seorang bekas pegawai, yang kemudiannya telah membawa keluarganya ke Turki, berkata : 'Apa yang kami mahu supaya tahanan itu katakan, ia akan katakan, Kami mencabut kuku mereka dengan playar dan memaksa mereka memakannya. Kami juga memaksa mereka menjilat darah mereka sendiri dilantai.'

Thursday, June 28, 2012

TAGGED UNDER: ,

Perbandingan Dibuat Oleh Orang Luar Berkenaan TGNA Dan Erdogan

klik untuk tumbesaran

Quote "Two leaders from different countries, but having good leadership. This is what people always want to see. Both of them can buy foods and drinks at street sold by their people. Nik Aziz is the governor of Kelantan State of Malaysia since 1990 and Erdogan is PM of Turkey. Allah bless them...Amin~" - Muhammad El Fateh

Terjemahan bebas : "Dua orang pemimpin dari negara yang berbeza, namun menunjukkan kepimpinan yang baik. Inilah yang sentiasa ingin dilihat oleh orang ramai. Kedua duanya boleh membeli makanan dan minuman dijalanan yang dijual oleh rakyat mereka sendiri. Nik Aziz ialah pemimpin di negeri Kelantan, Malaysia, sejak tahun 1990 dan Erdogan pula merupakan PM di Turki. Allah merahmati mereka.. Amin~"


Thursday, June 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tetap Menunaikan Solat Berjemaah Walaupun Dalam Kesejukan Musim Salji



SAUDARA KITA DI MOSCOW SEJUK2 PUN SOLAT DI MASJID.. KITA ???

Kerana tidak mempunyai masjid yang cukup untuk melakukan solat, jamaah Muslim di ibu negara Rusia, Moscow, tidak mencari pilihan lain selain solat di luar dalam keadaan bersalji. 

"Kami meminta pihak berkuasa untuk membenarkan kami membina masjid baru, tetapi mereka mengabaikan tuntutan kami," kata Hasan Fakhritdinov, imam Masjid Bersejarah Moscow pada BBC News Online, Khamis, 22 Mac. 

"Sekarang orang perlu solat di luar saat hujan atau bersalji." 

Moscow adalah rumah bagi kaum minoriti Muslim, lebih dari dua juta dan salah satu bandar besar di Eropah dengan tumpuan Muslim paling besar. 

sekadar renungan & iktibar bersama.

Sumber : Facebook Danish Farish

TAGGED UNDER: ,

Allahurabbi .. Hebatnya Sang Mujahiddin


Dikala nyawa jadi pertaruhan diperbatasan
Peluru bersimpang siur dari hadapan
Sang Mujahiddin masih sempat untuk membaca Al Quran
Subhanallah .. begitu indahnya iman

Teruskan lah wahai saudara ku yang berani
Berjuang sehingga kau temui Yang Hakiki
Syuhada jangan sesekali kau sangka mati
Malah merekalah orang yang bahagia disisi Ilahi

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar~!!

Monday, June 11, 2012

TAGGED UNDER:

Pergilah, Asal Bukan di Sini

Ramai yang terduduk keharuan semasa mendengar keputusan Mahkamah di Mesir hari ini – Al-Jazeera  

Zine El Abidine Ben Ali pergi.

Muammar Muhammad Abu Minyar al-Gaddafi juga pergi, tidak kembali.

Nicolas Sarkozy juga sudah meninggalkan kerusi.

Dan hari ini…

Hosni Mubarak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Mesir, kurang sedikit daripada hukuman yang dijangka, hukuman MATI.

Di suatu ketika tempoh hari, mereka sungguh angkuh di tampuk kuasa. Mereka tidak peduli tangisan marhaen. Mereka persenda kesusahan rakyat yang memilih mereka, andai masih boleh disebut ‘memilih’.



Benarlah pesanan Hasan al-Banna di suatu hari yang telah pergi:

“Wahai saudaraku, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya putus asa itu bukan akhlaq orang-orang yang beriman. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalammu dan impianmu hari ini bakal menjadi realiti esokmu. Ruang masa itu masih luas terbentang dan anasir-anasir Islam masih kukuh dan agung di dalam jiwa umatmu biar seganas mana pun ribut kerosakan yang melanda. Yang lemah tidak akan terus lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat tidak akan kuat selama-lamanya!” – petikan buku Jalan Menuju Hati oleh Abbas al-Sisi


Pergilah.

Pergilah para pemimpin zalim yang angkuh itu ke penjara, ke pinggiran, ke liang lahad, ke mana sahaja asal bukan di tampuk kuasa.

Buat para zalimin yang masih angkuh mendabik dada, dengarlah amaran Allah kepada manusia, baik kamu mahu pun kami:



Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

Setiap hari yang terisi dengan penindasan, setiap hari yang sama juga, umat mengisi tekad kebangkitan. Allahuakbar.

Sumber : Saiful Islam


© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top