Foto diatas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk - Tibetan Community | Tibet Times
Foto foto atas ni juga berlegar diantara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand - Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 dimana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto - Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People's Daily | Frontline
Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fesbuk foto ni)
Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber - International Business Times | The Guardian UK
Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk | MySinchew
Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.
Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain .. ciss sungguh.
Cube le admin letak gambar yg betul pasal kt myanmar boleh?
ReplyDeleteMemang nak komen Admin, kenapa langsung tiada berita pasal bantuan untuk umat islam rohingya? Semacam tiada siapa yang mempedulikan hatta pemimpin besar umat Islam?
ReplyDelete@Anonymous 1 InsyaAllah akan diusahakan .. :)
ReplyDelete@Anonymous 2 Setakat ni memang ada badan antarabangsa yang berusaha kearah membantu i.e kebanyakan khemah pelarian yang terletak dalam bangladesh diuruskan oleh badan badan kebajikan ni ..
ReplyDeleteAdmin expose benda ni tak kukuh la. Seolah2 kita nafi kensengsaraan umat Islam Rohingya. Boleh tak Admin tunjuk dulu gambar sebenar "realiti' yang berlaku di Rakhine? gambar yang konon palsu ni baru 0.99% yang berlegar d internet pasal rohingya, yang lain macamana tipu juga ka?
ReplyDelete@Anonymous Bro .. wa quote balik nota atas ..
ReplyDeleteNota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.
Bila plak wa nafikan kesengsaraan ummat Islam Rohingya ??
Banyak foto yang berlegar dalam net dan boleh dijadikan rujukan tentang keadaan yang berlaku.. cuma masalahnya sebilangan dari foto itu palsu .. antaranya foto yang kat atas ni .. dan sebab foto ni hoax adalah kerana kebanyakan site dan blog hendak menaikkan rating .. dan itu bukan cara yang terhormat.
dalam komen yang memula tadi wa dah tulis .. akan diusahakan gambar gambar yang boleh menggambarkan realiti sebenarnya .. InsyaAllah
Betul Karmic Wheel...menyebarkan gambar yang salah hanya akan memburukkan keadaan je. Bukan semua penganut Buddha macam tu. Dan Islam pun tak menggalakkan berbunuh sesama kita walaupun berlainan agama.
Delete:) .. matlamat tak menghalalkan cara
Deleteberita terkini yg berani bersuara malah mahu memerangi Myanmar ialah Taliban.....walaupun Taliban di anggap penganas tapi ia tidak rela kaum seagama muslim di bantai tanpa pemedulian
ReplyDeleteWalaaupun kita tahu banyak kezaliman terhadap umat di wilayah Rakhine sebelah barat Myanmar yang membunuh ratusan nyawa TETAPI
ReplyDeleteJangan gunakan gamabra yang salah yang berlaku ditempat lain untuk salahkan panganut Buddha Myanmar.
Semua gamabr yang disiarkan berlaku di seperi mana blogger nyatakan memang benar.
Kalau mentaliti sami buddha Myanmar diambil kira umat Islam Malaysia pun bolah halau atau bakar rumah penganut Buddha di Malaysia tetapi itu bukan kaedah Islam.
Jangan amalkan seperti Zionis Israel dan Amerika
Oleh itu kita usahakan menceritakan yang benar dan bukan membuat fitnah tak kira siapa pun.