Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

TAGGED UNDER:

Perghh .. The Real Pengantin Remaja 16 & 14 Tahun


Video dari youtube Media Lah. Kalo server/line luorang lembab takyah la layan sebab vc dia 10 minit lebih .. panjang sangat, letih siot nak melayan .. kih kih kih..

Apa apa pon dedua budak yang jadi pengantin ni memang cute. Wa tak pasti kat mana, sebab tak dinyatakan dengan jelas cuma dinyatakan namanya Syafiq 16tahun & Yana 14tahun. Skolah lagi eh ?? sapa yang kejut sapa time gi skolah ? ke sesama kena kejut ngan mak bapak ? kah kah kah kah .. layan je la


Nota: Wa selalu dengar orang kata "kalau tahu kawin tu best .. dah lama aku kawin" .. kira Syafiq ni dah tau le memang best sebab tu dia kawin awal kan kan kan ? Apa apa pon ..walopon wa tak kenal sape pengantin .. wa tetap ucapkan semoga berbahagia .. yiehaaa 

Friday, July 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Laa .. Ingatkan Sebab Ada Kesedaran, Rupa Rupanya ....Haishh


Dah betul dah kesedaran tak cukup dewasa lagi nak dating & takut mak marah, tapi bukan sebab tu rupanya.

"Tapi sebenarnya bukan tak nak, dia hanya ada motor je, mana ada standard dating naik motor."

Walaweyh .. alasan sebab yang ajak tu mat motor .. kalau mamat berkereta gerenti tak keluar dah statement gitu .. meloncat terus masuk kereta eh ?? haish .. parah betul tahap material remaja sekarang ni.. huhuhu 

Thursday, June 21, 2012

TAGGED UNDER: ,

Foto Yang Menguji Hati Nurani Dan Erti Kemanusiaan


Kalau takde rasa sebak bila tengok keadaan yang macam dalam foto kat atas ni, haruslah lu, wa dan kita semua pertanyakan kembali apa yang dah menyaluti hati dan fikiran kita. 

Bila terjumpa hal sebegini, hulurkanlah sekadar yang termampu. Perkara ni boleh je jadi kat anak sape sape dan harus kita ingat, bukan mereka yang meminta untuk jadi demikian..


Tuesday, June 5, 2012

TAGGED UNDER: ,

Belasungkawa: Ada Apa Dengan Yasmin Hunwick ??

Entri ni wa off topic dan nak share satu cerita yang tengah hangat diperkatakan dalam net, khususnya twitter dan instagram. Cerita ni berkenaan dengan seorang gadis yang sebenarnya pada hari ini hanya tinggal nama dan kenangan pada kenalan dan sanak saudaranya.

Siapa Yasmin Hunwick dan kenapa tetiba namanya jadi trending di twitter??

Difahamkan gadis ini mempunyai hobi bermain twitter seperti gadis-gadis lain. Apa yang membuatkan ramai yang ingin tahu ialah arwah telah memuatkan satu gambar buku yang bertajuk 7 Malam Pertama Di Alam Kubur pada hari dia meninggal dunia.


Dalam satu post yang lain sebelum ini, arwah juga menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan mimpinya. Boleh baca dengan lebih lanjut tulisan tentang cerita ini dari blog beliau - Mimpi ngeri


Dan ini adalah laporan kemalangan yang melibatkan arwah yang berlaku tidak berapa lama selepas post post diatas.

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini. 

"Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi," katanya hari ini. 

Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama 5/6/2012

Erm .. dan kiriman kiriman yang berkaitan ..






Berikut ialah sedikit maklumat tentang arwahyarhamah...
(dikutip terus dari blog)

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi
Seorang yang : periang, tidak suka perkara remeh-temeh, suka berkawan, agak kasar, open minded, pendiam pada mula berkawan tapi akan mula menggila kemudian, pemain piano, catur, arimathical, cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2 kg
Blog : http://www.misschronicz.blogspot.com/
Ciri-Ciri Fizikal : Sangat kurus, berdarah kacukan Melayu-Inggeris

Nota :

  • Semuanya berkemungkinan dan mungkin ajal dan postnya tidak berkaitan sama sekali
  • Wa selalu dengar cerita tentang manusia yang seakan tahu bahawa mereka akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini, tapi cerita tentang Yasmin Hunwick ini adalah yang 'live' dan terakam.
  • Alfatihah dan sama sama kita doakan yang terbaik buat Allahyarhamah ..

hrmmmm


Thursday, April 19, 2012

TAGGED UNDER: ,

Dah Takde Idea Lain Ke ?



Satu acara sukan bakal diperkenalkan tak lama lagi. Sukan ini berlainan dari segala jenis sukan yang pernah kita lihat dalam televisyen atau akhbar. Malah sukan ini bakal mengubah persepsi masyarakat sehingga mungkin setiap pesertanya akan mendapat kalungan bunga, peserta nya mungkin akan direbut oleh pakcik pakcik penduduk flat atau ppr yang merata sekitar lembah klang ni untuk dijadikan menantu, apatah lagi sukan ini telah mendapatkan restu yang tak berbelah bagi dari pihak kementerian dalam negeri- KDN.

Maka berbangga lah mak bapak di kampung. Berbangga la aweks aweks dan minah minah embun, berbanggalah si jongos jongos yang selama ini selalu diperkecil kecilkan bakat dan kemampuan mereka, betapa selama ini mereka sering dilabel, dimaki, dicela, diperendah rendahkan, yeah mereka memang layak untuk kontrol ensem sebab bidang yang mereka ceburi telah mendapat pengiktirafan yang sewajarnya apatahlagi dari KDN yang kita tahu sangat prihatin dengan keselamatan negara ... kah kah kah kah 

===============================

Pertubuhan Rempit Bersatu Dilancarkan

Kuala Lumpur : Pertubuhan Rempit Bersatu atau Rempit United yang dianggotai 200,000 (hmang aih) ahli kelab dan persatuan permotoran tempatan berusaha untuk membantu golongan muda bermasalah menyertai aktiviti rempit sebagai satu sukan rekreasi sekaligus mengubah persepsi sinis masyarakat terhadap mereka.

Presidennya, Wazi Abdul Hamid berkata, RU yang mendapat kerjasama dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermatlamat menyemai semula nilai positif pada anak muda untuk menjauhkan Mat Rempit dari aktiviti tidak sihat termasuk jenayah.

"Justeru, menerusi RU kami menggunakan pendekatan rakan dan berusaha menjadi pendengar kepada mereka untuk meluahkan masalah seterusnya membantu mencari penyelesaian. Antara tindakan dilakukan termasuk mendapatkan pekerjaan dan sebagai perantara menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan."

"Melalui program ini juga, kami menyediakan landasan betul untuk remaja membabitkan diri dengan aktiviti rekreasi lebih produktif dan kami akan melobi kerajaan bagi membina kemudahan trek dan fasiliti untuk aktiviti rempit"

Sumber : HMetro

=================================

Wa cuba untuk bersangka baik terhadap hasrat dan tujuan penubuhan Rempit Bersatu ni walopon susah nak masuk dengan matlamatnya. Bagi wa sebenarnya banyak lagi saluran yang boleh di channel kan untuk anak muda supaya lebih berinteraktif dalam masyarakat.  Bukan dengan merempit walopon statusnya di'halal'kan dengan dijenamakan sebagai sukan rekreasi. Mungkin niatnya baik, tapi kemudaratannya lebih banyak.

Nota : Kalo lepas ni kita terdengar bingit motor tengah merempit kat kawasan kita, jangan runsing, sebab mereka itu baru balik dari bersukan ... kah kah kah kah

Sedih . Punah ranah mentaliti orang orang dinegaraku. Jangan sampai nanti tak tahu nak bezakan antara mat rempit ngan spesis kat bawah ni ....


Oret, Lets Rock N Roll Baybeh .. kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top