Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Wednesday, June 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tok Janggut Syahid Kerana Pertahan Khilafah - Bukan Kerana Protes Cukai



Assalamualaikum,

Susulan dari kuliah yang lalu di mana saya telah jelaskan peranan yang dimainkan oleh Ust Nur Alam dan Sdr Abu qassim dalam membangkitkan peristiwa Dahagi di Singapura, sentimen dan seruan 'Jihad-e-akbar fardhu ain' yang dikeluarkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah turut disambut oleh ulama-ulama di Kelantan khususnya di Pasir Mas. 

Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-benteng Kerajaan Turki Uthmani. 

British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba (gambar di atas), Meggido (Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. 

Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British (berbangsa melayu) dari Singapura. 

Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah kapal perang dan kontinjen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh.



Jenazah Tuk Janggut telah digantung selama seminggu di depan istana, di arak selama sehari di pekan Kota Bahru..

Beberapa persoalan yang wajar kita fikirkan dalam suasana kegawatan politik dan akhlak yang berlaku di negara kita kini. Tuk Janggut memahami tuntutan perjuangan membela al haq dan Islam. Malangnya institusi yang sepatutnya membela dan mempertahankan perjuangan rakyat telah tunduk kepada tekanan British dan mengistiharkan Tuk Janggut sebagai penderhaka. Bahkan jenazah Tuk Janggut digantung di hadapan istana selama seminggu..

Di satu pihak pula di manakah rakyat jelata ketika Tuk Janggut berhadapan dengan imperialis British. Apakah mereka ini merupakan 'the reluctant public' seperti yang kita saksikan pada hari ini. Jika fenomena 'reluctant public' ini berlaku juga pada hari ini, tidak mustahil jenayah politik akan disempurnakan melalui instrumen ugut dan fitnah...

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

TAGGED UNDER: ,

Pengkhianatan Pimpinan Melayu Terhadap Khalifah & Bumi Palestin



Nota gambar :Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Siri Kuliah Sejarah - Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Assalamualaikum, 

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah masjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. 

Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. 

Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. 

Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitnya ustiazatul alam (Islamic world order yang memayungi seluruh dunia). 

Untuk siri yang pertama ini saya bongkar hubungan perjuangan umat Islam di Tanah Melayu dengan sistem khilafah yang berpusat di Istanbul. 

Saya jelaskan pada hadirin bahawa kita kena letakkan ulama-ulama pejuang yang selama ini dinobat sebagai pejuang nasionalis melayu kepada para mujahiddin yang gerak kerja dan perjuangannya bersifat global dan 'alami. Ini termasuklah peranan yang dimainkan oleh Dato' Bahaman, Tuk Gajah (Imam Perang Rasul), Mat Kilau, Tuk Janggut dan Tuk Ku Paloh. 

Apabila pecah perang dunia pertama, Turki Uthmaniy terseret sama ke dalam kancah global ini demi mempertahankan kedaulatan wilayah Islam dari pencerobohan British dan Peranchis. Untuk menghadapi ancaman barat ini maka khilafah telah mengeluarkan pengistiharan Jihad-i-akbar pada bulan Nov 1914. Fatwa kewajipan jihad ini telah membangkitkan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Tanah Melayu. 

Singapura yang merupakan pusat pentadbiran dan military base bagi British menempatkan juga askar-askar India muslim dan melayu dalam pasukan British. 

Mereka akan dihantar ke tanah Arab untuk membantu 'revolusi Arab' menentang Turki Uthmani (Revolusi Arab ini dicetuskan oleh agen British T.E Lawrence atau terkenal dengan gelaran 'Lawrence of Arabia untuk mengusir Turki dari 'levant' termasuk Palestin). Askar melayu pula akan dihantar ke Afrika Timur untuk menggugat wilayah Islam seperti Somalia, Ethiopia, Eritrea, Sudan. 

Seorang ulama tempatan bernama Ust Nurul Alam Syah dari Kampung Jawa, Singapura dan seorang saudagar Gujerat bernama Kassim ali telah meniup semangat jihad di kalangan tentera Islam supaya tidak patuh kepada arahan British dan sebaliknya memerangi mereka yang memusuhi Islam. 

Pada 15 February 1915 seramai 815 askar India Muslim dan 100 askar melayu telah menyerang kedudukan pasukan British, menyebabkan 33 orang askar British terkorban. British telah memohon bantuan dari TSN (Timbalan Setia Negeri) untuk mematahkan pemberontakan ini. Ini adalah satu episod malang di mana Tentera Setia Negeri telah digunakan untuk mengkhianati perjuangan umat Islam. 

Peristiwa yang disebut sebagai 'Dahagi' (mutiny - atau pemberontakan) ini telah menyebabkan ramai askar-askar muslim dijatuhkan hukuman bunuh dengan 'firing squad'. Ust Nurul Alam dan Kassim Ali di hukum gantung. 

Demikian secebis dari perjuangan umat ini yang tidak pernah diungkap dalam buku-buku sejarah rasmi negara kita. Atas kesedaran bahawa ada usaha untuk menafikan umat ini dari sejarah sebenarnya, saya akan berusaha untuk mengenengahkannya kembali melalui ucapan, ceramah dan penulisan buku insyaAllah.  

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

Sumber

Tuesday, June 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Nostalgia : Siapa Kata Demo Bukan Budaya Orang Melayu??

Kuala Lumpur. Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu "

Melaka. Sepanduk : "Zalim Itu Binasa"


Demo oleh Melayu Kelantan menentang Malayan Union
Demonstrasi secara besar besaran ini dilaporkan berlaku pada Februari 1946. Menurut akhbar MAJLIS (9/2/1946), perhimpunan itu dihadiri sejumlah 36,000 orang melayu Kelantan manakala akhbar SERUAN RA'AYAT pada hari yang sama telah melaporkan kehadiran seramai 65,000 orang.  

Nota : 

Rakyat Kelantan memang dah bijak dalam politik dan hak mereka sejak sekian lama.. syabas betta

Kalau Rais Yatim dah ada pada ketika itu sebagai menteri, mungkin akhbar MAJLIS akan melaporkan hanya 3277 orang saja yang hadir, termasuk jurugambar dan pasukan cheerleaders.. kah kah kah


Perarakan anggota API, AWAS & GERAM di Melaka menentang Malayan Union. Demonstrasi ini diadakan setelah gabungan politik berhaluan kiri selesai mengadakan Sidang Kongres di Melaka.

Nota: pada manusia manusia yang berkepentingan yang sesuka hatinya mengatakan demonstrasi bukan dari budaya melayu/malaysia, sila buka mata dan jangan pekakkan telinga. Demo itu hak yang terjamin dalam perlembagaan yang bertunjangkan demokrasi .. bukan sebab demo tak kasi ..err.. demo lo ni doh tok supo mulo .. kah kah kah kah


TAGGED UNDER:

Nostalgia : Hero Yang Dilupakan Oleh Majoriti Generasi Kini

Barisan kepimpinan PKMM & API

Perghh .. retro habis. Luorang tahu ke gerangan mereka mereka yang ada dalam gambar ni? Ini lah manusia manusia yang berjuang dengan keringat dan air mata demi sebuah kemerdekaan untuk negara kita yang tercinta. Ingat tu sampai bila bila ..


Gambar ini di ambil di tepi belukar di sebuah kampung, di Sitiawan dalam negeri Perak dalam tahun 1946.

Duduk dari kiri:
Ahmad Boestamam
Ishak Hj. Muhammad
Mahmud Abdul Samad
Ayus Nurdin

Berdiri dari kiri:
Abdullah Ayub
Khalid Wazir
Rahman Rahim
Baharuddin Latif
Dom Madzi Ibrahim


Sumber: Buku Ahmad Boestamam, 'Merintis Jalan ke Punchak' Penerbitan Pustaka Kejora 1972

Saturday, June 2, 2012

TAGGED UNDER: ,

Owh .. Inilah Sebabnya Kenapa Ameno Bertegas Nak Usia 66 Tahun .. kah kah kah

Sumber 
Utusan Melayu, 27 Oktober 1988, Mahkamah Tinggi menghalang penyiaran UMNO sebagai “UMNO Baru” kerana boleh mengelirukan orang ramai seolah-olah ada pertubuhan lain yang bernama UMNO juga.

Memang le secara teknikal mahkamah larang guna Umno Baru sebab ameno yang lama dah mati. Sama le kalau nama Abu Bakar bin Ali bin Abu Bakar .. nama cucu sama ngan nama datuk ..takyahlah nak letak nama Abu Bakar Baru. Tu dah kira habih la bersangka baik .. kah kah kah 

Tapi hakikat yang tak boleh disangkal ialah ameno lama dah mati.. kaput.. berkubur.. ghuyub.. almarhum. Yang wujud cuma ameno baru dengan kelahirannya di bumi Malaysia adalah pada tahun 1988.

Sumber
Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.

Mengikut analogi Abu Bakar b. Ali b. Abu Bakar kat atas nun, boleh ke Abu Bakar yang cucu tu mengaku sama umur ngan datuk dia ? Ya boleh .. kalo didendangkan dikhalayak chai chai ameno yang buduh buduh mengikut kata pengasas ameno baru ni ... kah kah kah kah 

Tuesday, May 29, 2012

TAGGED UNDER: ,

Koleksi Foto: Tunku Abdul Rahman Minta Orang Melayu Hapuskan UMNO


Wahai orang orang ameno. Lihatlah dan saksikanlah, orang yang luorang sendiri kagumi sebagai ikon pejuang kemerdekaan negara, iaitu Tunku Abdul Rahman, telah pun meminta agar luorang hapuskan parti ameno yang luorang bangga bangga kan tu .. takkan ini pon luorang nak spin salahkan Pakatan Rakyat gak ? kah kah kah 

Friday, May 18, 2012

TAGGED UNDER: ,

Santai Jumaat - Dubai: Transformasi Selepas 50 Tahun



Dubai adalah merupakan satu pusat kegiatan pembangunan yang termashyur di Timur Tengah, dengan pelbagai projek yang bertaraf mega serta menawarkan kualiti kehidupan yang ekslusif serta sebagai pusat membeli belah tanpa cukai yang terbesar didunia.

Tapi tahukah luorang, apa yang dicapai oleh Negara Emiriyah ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan hanya berlaku dalam masa yang sangat singkat. 50 tahun yang lampau, negara ini hanyalah sebuah kerajaan yang hampir tidak dikenali dan penduduknya hanya bergantung kehidupan dengan pekerjaan sebagai nelayan. Unta dan baghal dijadikan kenderaan pengangkutan utama dan penduduk bandarnya hanya membina rumah dari pelepah kurma.

Namun apabila emas hitam (minyak) mula dijumpai di kawasan perairan teluk, transformasi yang berlaku ke atas negara ini amat drastik dan sungguh diluar jangkaan. Ferrari dan Porche menggantikan unta dan baghal, mahligai menggantikan rumah dan pondok, sementara penduduknya menimbunkan wang simpanan dalam bank dengan banyaknya. 

Pengangkutan Air Dubai: Perahu perahu yang pernah menjadi perantaraan penting bagi Dubai yang terkenal dengan perdagangan mutiara. 

Perlumbaan Perahu Nasional kini menjadi acara Sukan Tradisi 

Hub Perdagangan Utama. Berjuta juta ringgit dilaburkan dalam proses pelebaran sungai untuk memberikan laluan pada kapal kapal besar.

Pembangunan Padang Pasir - Bulatan Menara Jam di kejiranan Deira yang suatu ketika  adalah kawasan  yang terpencil dari kawasan  pusat bandar.

Kini - Pembangunan pesat disekitar Bulatan Menara Jam


Mercutanda Budaya - Sekumpulan lelaki kelihatan sedang berehat di Naif Al Souq, pasar tradisi tertua di Dubai
Sebahagian dari Naif Al Souq musnah dalam kebakaran pada tahun 2008, namun  seorang individu yang kaya telah membiayai pembinaan semula pasar tersebut pada tahun 2010. 

Sebuah pasar terbuka yang terdapat di bandar Dubai..
Kini digantikan dengan gedung yang bergemerlapan dan membuatkan bandar itu menjadi pusat membeli belah golongan mewah dari serata dunia.


Kaedah Pengangkutan - Tidak berapa lama dulu, orang Dubai hanya menggunakan unta dan baghal sebagai kenderaan dan sekarang Ferrari menjadi kebiasaan.


Pada tahun 1959 Dubai telah memulakan usaha untuk menjadi hab perdagangan utama dan berjuta-juta dolar telah dipinjam oleh pemimpin ketika itu Sheikh Rahid dari Emir Kuwait untuk mengubahsuai sungai di bandar ini, bagi membolehkan ia menampung kapal besar.

Penemuan minyak pada tahun 1960an telah mengubah lanskap Dubai dan menjadikan ekonominya meningkat mendadak, dan dalam masa yang sama  menarik ramai pedagang untuk berhijrah dan bermastautin disana. Dengan bermulanya eksport minyak mentah, duit dari petrol melimpah masuk ke Dubai dan bermula dari 1973, Dirham menjadi matawang rasmi negara.

Bagaimanapun, dalam tahun 1980, ekoran dari krisis harga minyak, pendapatan tahunan negara telah jatuh keparas yang terendah dan membuatkan kerajaan terpaksa memikirkan cara alternatif untuk menjana kewangan. Pertengahan 1980an, negara tersebut dijenamakan sebagai destinasi pelancongan sekaligus syarikat penerbangan Emirates ditubuhkan. 

Emiriah mengekalkan status bebas cukainya dan menarik lebih ramai orang luar untuk tinggal di Dubai. Pada tahun 1999, salah satu hotel yang tertinggi di dunia dibuka, dan ini menguatkan lagi statusnya sebagai destinasi pelancongan.

Nota : Adoih, nasib baik lah 'Malaysia cuma negara orang minyak dan orang naik minyak'  .. kah kah kah kah

Saturday, April 21, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Bicara Pak Samad : Tunku Abdul Rahman Cuma Penyambut Kemerdekaan Dan Bukan Pejuang

Nota : Entri bertarikh 15 Sep 2011 dari Merdeka Review. Wa re-publish kerana bicara Pak Samad bukan sekadar ocehan dan omelan kosong. Bicara beliau bicara berisi, mempunyai substansi, diiringi fakta, khas kedudukannya sebagai sasterawan terulung negara. 

Entri ini akan kekal relevan selagimana Pekembar atau nama dayusnya umno, terus mendabik dada bahawa merekalah pejuang kemerdekaan negara dan penyelamat kepada kelangsungan bangsa.

========================

"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"...Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya."

Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam (15 Sep 2011 - Karmic).  Beliau yang pernah bekerja dengan Ahmad Boestamam, mengisahkan pengalamannya kepada kira-kira 50 orang hadirin, bagaimana Ahmad Boestamam dipanggil untuk berunding dengan Burhanuddin Al-Helmy dan Tunku Abdul Rahman, berhubung "bagaimana kemerdekaan itu harus disambut".

A.Samad Said, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, pernah bekerja di akhbar Fikiran Rakyat, di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.  Beliau pernah mengikut Ahmad Boestamam ke bangunan di mana perbincangan tersebut berlangsung, dan beliau dimaklumkan bahawa

"British bersedia menyerahkan kemerdekaan ini, tapi perlulah diberikan kepada orang yang munasabah."

"Waktu itu, tentulah, orang yang munasabah, Tunku Abdul Rahman," katanya, yang mendakwa bahawa Tunku bekerja dengan British.  Menurut beliau, British tidak berunding dengan "kelompok Boestamam, Ishak Hj Muhammad, Burhanuddin" kerana dirasakan tidak akan menjaga kepentingan British, meskipun badan yang dipimpini tokoh-tokoh tersebut ditubuhkan lebih awal daripada UMNO.

"Kita bermula dengan orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British," 

simpulnya di akhir ucapan beliau.  Malah, ketika wartawan cuba mengesahkan kenyataannya itu selepas forum berlangsung, beliau mengulangi bahawa "Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan"; bahkan beliau sempat berseloroh dengan wartawan, bahawa istilah "kemerdekaan" pada gelaran "Bapa Kemerdekaan" yang diberikan kepada Tunku mungkin perlu digugurkan, kerana menurut Dr.Zainal Kling, negara kita tidak pernah dijajah.

Kuasa diwarisi oleh golongan bangsawan

"Dan sejak itu, berterus-terusan kita sebenarnya dijajah, atau (guna istilah) diperintahlah, agar lebih manis (didengar), diperintah oleh kelompok yang menyambut kemerdekaan.  Dan kelompok ini datangnya daripada golongan bangsawan, selama 54 tahun."

Pak Samad menganggap kesemua Perdana Menteri Malaysia adalah daripada golongan bangsawan, termasuk Mahathir Mohamad yang mendapat gelaran "Tun" kemudiannya.

"Negara ini tidak pernah diperintah oleh orang yang berjuang untuk kemerdekaan," tegasnya.  Untuk beliau, golongan bangsawan tidak dapat merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat biasa, kerana "orang-orang ini mendapat kemewahan daripada awal, mendapat pendidikan percuma daripada awal, mendapat kedudukan daripada awal, mendapat keistimewaan daripada awal..."

"Saya dapat faham kalau orang Cina merasakan, dan saya juga dapat faham kalau orang India merasakan... Tapi akhirnya saya juga merasakan, bahawasanya betul orang Melayu mempunyai keistimewaan, tetapi keistimewaan kelompok atas saja.  Rakyat lain...hampir sama saja," katanya.

Pak Samad berkata, keadaan sedemikian menimbulkan rasa ketidaksenangan, maka adalah mudah untuk mereka yang berada di atas untuk memainkan perasaan perkauman, agar tempat mereka dikekalkan.  Beliau pernah diajukan soalan sama ada dirinya berasa terancam sebagai Melayu di negara ini, dan jawapannya tidak, kerana sejak merdeka, jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kebanyakan jawatan Menteri Besar dan Ketua Menteri disandang oleh Melayu.  Seandainya Melayu merasakan dirinya terancam, maka ia bererti pemimpin kita gagal, jelasnya.

Sumber - Merdeka Review

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top