Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

TAGGED UNDER: , ,

CIJ Lancar Hari Cegah Siar Internet Selasa Depan



PUSAT Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia akan melancarkan hari cegah siar internet Selasa depan dalam kempen menentang pengenalan 114A, Akta Keterangan yang dikatakan akan mengongkong kebebasan Internet.

Ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna Internet mengenai impak negatif pindaan tersebut terhadap kebebasan bersuara di talian.

Pegawai Eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah, dalam satu kenyataan berkata, matlamatnya adalah untuk warga internet mendesak kerajaan menarik balik pindaan yang diluluskan secara tergesa-gesa bersama dengan beberapa undang-undang lain, dalam sidang Parlimen April lalu dan diwartakan pada 31 Julai.

"Pindaan ini telah menimbulkan kebimbangan banyak pihak seperti peguam, aktivis dan perniagaan berasaskan Internet. Di bawah seksyen itu, seseorang pengguna internet dianggap penerbit mana-mana kandungan dalam talian, melainkan ia dibuktikan sebaliknya.

"Ia juga menjadikan individu dan mereka yang mentadbir, mengendali atau menyediakan ruang untuk forum komuniti dalam talian, blog dan hos perkhidmatan, bertanggungjawab ke atas kandungan yang disiarkan.

"Anggapan bersalah ini bertentangan dengan prinsip asas keadilan, iaitu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan membebankan seseorang yang mungkin tidak mempunyai sumber untuk mempertahankan dirinya di mahkamah," katanya.

Jangkauan luas pindaan tersebut, katanya, akan memberi kesan kepada semua pengguna internet, lamanweb yang menyediakan ruang untuk komen dalam talian, dan mana-mana premis perniagaan yang menyediakan Wi-Fi percuma kepada pelanggan mereka.

Seksyen baru ini telah digubal walaupun pada hakikatnya undang-undang yang sedia ada termasuk Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah digunakan untuk menangkap dan mendakwa mereka yang dituduh melakukan fitnah, penipuan dan hasutan melalui talian.

Ia telah dilaporkan oleh peguam hak asasi manusia Edmund Bon bahawa pindaan Seksyen 114A tidak perlu kerana polis boleh mendapatkan bukti dengan cara lain, dan tidak mempertanggungjawabnya terhadap pengendali perkhidmatan itu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menggesa supaya seksyen itu dibatalkan kerana ia mengongkong media Internet.

Monday, August 6, 2012

TAGGED UNDER: ,

Laman Web Reuters Telah Digodam Dan Dimuatkan Laporan Palsu Tentang Syria


Laman web milik Reuters dilaporkan telah digodam oleh seorang 'hacker' yang setia kepada pemerintahan Basyar Al Assad dan penggodam tersebut telah memuatnaik satu wawancara palsu yang kononnya dibuat antara redaksi Reusters dengan Tentera Pembebasan Syria yang mengaku aka segera menarik balik pasukan penentang kerajaan.

Reuters telah mengesahkan kejadian tersebut melalui akaun twitternya. Selain dari itu, pihak Reuters juga melaporkan bahawa penggodam itu turut memuatnaik berita yang menggambarkan para pejuang pemisah memiliki kemudahan senjata kimia.



Dikhabarkan, beberapa jam setelah aktiviti penggodaman itu dikesan, Reuters masih lagi bertungkus lumus dalam proses pembaikan dan mengemaskini lamannya. Mereka juga turut meningkatkan ciri ciri keselamatan untuk mengelakkan laman itu kembali diterobos dengan berita berita palsu oleh pihak penggodam.

Syria, sebagaimana yang kita ketahui ketika ini sedang dalam suasana kacau bilau dan seringkali berlaku aksi keganasan. Pihak pemerintah Syria telah berulang ulang kali melakukan usaha untuk memesongkan perhatian awam agar tidak mendapat akses kepada kejadian sebenar yang berlaku di sana. Bahkan, mereka juga dilaporkan telah membayar seorang wartawan untuk membuat laporan palsu berkaitan peristiwa yang terjadi di Syria. Pelbagai usaha yang mereka laksanakan termasuk membekukan akses internet selama 40 minit, baru baru ini.

Sumber - Venturebeat

Friday, July 13, 2012

TAGGED UNDER: ,

Tolong Baca : Rayuan Bantuan Pada Pembaca Dan Blogger Yang Prihatin



Assalamualaikum all,

Pada pembaca blog ciput yang tak seberapa ni, berikut ni adalah satu email yang wa terima dari seorang hamba Allah dan minta diperpanjangkan melalui blog wa dan sudilah kiranya member member yang mempunyai blog  turut sekadar menghebahkan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh seorang bapa.

Luorang yang rasa nak berikan sumbangan sila rujuk pada no. akaun yang diberikan kat bawah nanti, dan pada sesape yang nak bersikap skeptikal & prejudis .. silakan ..  tapi wa mohon jangan keluarkan apa apa komen yang boleh mengaibkan si perayu. TIADA APA APA PAKSAAN.

Memandangkan Ramadhan sudah semakin hampir, sayugialah sekiranya ada pihak yang dapat meringankan kesempitan dan turut bersimpati. InsyaAllah.

 “Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”       (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


===//===

KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.

MEMOHON BANTUAN  KEWANGAN .

Tuan,

Saya  MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN No K/P 770818-02-5791 seperti alamat diatas ingin memohon bantuan keewangan  daripada pihak tuan bagi menampung perbelanjaan rawatan  anak saya.

K/Pengenalan Bapa


2. Buat pengetahuan pihak tuan, anak lelaki saya yang kedua iaitu  MUHAMMAD HAFUZA RAYYAN No My Kid 081205-02-0097 berumur  3 tahun 5 bulan dimasukkan ke hospital pada 5hb Februari  2012 setelah didapati kencing berdarah dan  telah disahkan mengidap penyakit kanser buah pinggang (Wilm’s Tumor ) peringkat III selepas keputusan  ujian biopsy  pada 16hb Februari 2012. 

Mykid Muhamad Hafuza Rayyan


Pembedahan telah dilakukan untuk membuang buah pinggang sebelah kanan yang rosak akibat kanser tersebut pada 23hb Februari 2012 setelah berlakunya pendarahan dalaman.  Buat masa sekarang saya perlu membawa anak saya untuk menjalani Chemotherapy  setiap kali mengikut jadual yang dikeluarkan Pakar kanser Hospital Besar Pulau Pinang dan dia juga kerap kali dimasukkan ke wad apabila keaadaannya tidak stabil selepas Chemotherapy di buat. Rawatan ini akan berterusan dan mengambil masa yang agak  panjang. 






3. Saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana cuti bergaji saya dah pun habis untuk menemani anak saya di wad memandangkan ibunya perlu menjaga  dua orang anak lagi yang berusia 5 tahun dan satu tahun lebih. Saya yang bekerja kilang secara kontrak ini dan berpendapatan rendah buntu kerana tidak dapat menambah pendapatan dengan bekerja lebih masa lagi seperti sebelumnya kerana anak  sering kali demam dan kerap dimasukkan ke wad. 



Dengan penerangan diatas saya amatlah berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini dengan sewajarnya . Bersama ini saya sertakan dokumen pengenalan, surat pengesahan doktor  serta gambar anak saya sebagai rujukan.  Sekiranya pihak tuan sudi bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun MAYBANK  152031508654 yang didaftarkan atas nama saya MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN. 

Keperhatinan dan bantuan daripada tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan ucapan terima kasih.

Yang Benar,
Mohd Sa'ad
(MOHAMMAD SA’AD)
20 Jun 2012

======//======

Nota : Terima Kasih kepada pengirim email (Mohd Fadzil) atas kepercayaan untuk menerbitkan dalam blog wa dan Alhamdulillah dapat wa laksanakan dengan segera.

Thursday, July 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Terhangat : Dr Maza Kini Sudah Panas Dengan Umno ?


Bagi sesiapa yang blurred dan tak tahu butir butir, apa yang menyebabkan Dr Maza berkata seperti kat atas ni boleh le rujuk kat entri wa yang lepas - Panas: Tun Faisal kena Debik Dengan Dr Maza

Wednesday, July 11, 2012

Panas : Tun Faisal Kena Debik Dengan Dr. MAZA


Cair mamat ketua UMB ni kena debik ngan Dr. Maza. kalau cenggini je taraf pemikiran seorang ketua kepada unit cybertroopers ameno.. tak heranlah tahap IQ chai ameno memang ditahap besi karat kat kedai barangan terpakai .. kah kah kah

Luorang boleh tengok corak serangan membabun buta yang tiba tiba dihalakan pada Dr. Maza. Takde angin takde ribut tetiba nak kaitkan Dr. Maza dengan peristiwa ngamuk di Putrajaya. Dasar kurang ajar. 

Lalu, bersesuaian dengan kelakuan orang utan TF, terus Dr. Maza keluar 'fatwa' wajib kikis orang yang semacam TF dari ameno malah beliau juga dikatakan sumber bala bagi gerombolan.. weyh TF, sape suh lu jolok sarang tebuan ??  kah kah kah .. tersentap medula oblongatanya .. WTF TF ? 

Monday, July 9, 2012

TAGGED UNDER:

Tinta Hijau Ke Atau Tinta Hijau Di Kaki Bukit ?


Pagi ni wa memang terkejut dengan berita yang tersebar mengatakan Tinta Hijau Di Kaki Bukit @ Tintahijau DKB telah kembali kerahmatuLlah. Malah banyak facebook update dan blogger blogger pon turut memuatkan cerita yang hampir sama merujuk kepada Tintahijau DKB adalah orang yang sama dengan Nik Hazman yang dikhabarkan menemui Al Khalik ketika melakukan ibadah Umrah.

Apa yang membingungkan wa, sepanjang yang wa tahu Tintahijau DKB adalah blogger yang berasal dari Jerteh manakala arwah Nik Hazman pula berasal dari Kg. Kok Lanas Kelantan.

So wa tinjau le laman facebook Nik Hazman & Tinta Hijau Di Kaki Bukit untuk mengesahkan apa yang bermain dibenak wa ..

Info Wall Arwah Nik Hazman

Info Wall Tinta Hijau DKB


Memandangkan facebook Tinta Hijau Di Kaki Bukit dah lama terbiar tanpa update, ianya bagai membenarkan tanggapan bahawa beliau dan Nik Hazman adalah merupakan dua nama yang dimiliki oleh orang yang sama .. Maklumat tempat asal mungkin sengaja dibiarkan berbeza untuk menyelindungkan identiti.

Tapi, kemudiannya wa terbaca plak satu post yang ada kat wall Tinta Hijau Di Kaki Bukit yang bertanyakan kesahihan identiti persis apa yang wa rasakan. Terpanggil untuk turut mengetahui lebih lanjut, wa klik pada post tu 



Nah .. Terpampang penerangan dari sorang Hamba Allah (Dari Perantauan) yang mengatakan Nik Hazman adalah juga Tinta Hijau tapi BUKAN Tinta Hijau Di Kaki Bukit seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. 

Info wall Tinta Hijau (see .. juga dari Kota Bharu)


Tinta Hijau juga adalah merupakan seorang blogger dan alamat blognya adalah Akutintahijau.

Jika Arwah Nik Hazman adalah juga Tinta Hijau maka blognya bukan Tinta Hijau Di Kaki Bukit.

Tapi kekalnya Tinta Hijau Di Kaki Bukit untuk tidak bersuara juga menimbulkan seribu persoalan .. ada sesiapa yang boleh mengesahkan ?

Blog Aku Tinta Hijau 


Wallahua'lam

Nota : 
  • Alfatihah dan doa buat arwah Nik Hazman
  • Tinta Hijau Di Kaki Bukit adalah antara blogger terawal yang wa bagi bloglink selain biaqpila, abunawas, ayyid manjadda dan kopitarikkaw 


Tuesday, July 3, 2012

TAGGED UNDER: ,

Siapakah Yang Bakal Terjungkit? Pak Lah, Khairy Atau Najib?



Blogger APA - Blogger Gila sudah mula menunjukkan bunga bunga silat dan sudah bersedia untuk bertarung. 

Haruslah wa akui, walaupun berlainan kem, blog beliau adalah salah satu blog pro kerajaan yang sering wa jadikan rujukan isu untuk mengetahui berita dari sebelah sana selain dari blog umno reform 2, outsyed the box, mummy rokiah dan beberapa lagi blog lain. 

Pendedahan demi pendedahan yang blogger APA lakukan (setakat ini sudah sampai siri ke 5) untuk menuntut haknya yang dinafikan oleh kerajaan Ameno-BN tidak dipedulikan dan kini beliau nampaknya dah bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dengan melakukan banyak lagi pembongkaran yang melibatkan kebobrokan dan kerakusan pemimpin pemimpin utama Ameno yang dengan bukti bukti yang beliau simpan selama ini.

Apakah siri pembongkaran ini akan menandingi blog uncleseekers yang mengkhususkan isu pada Istana Johor atau mungkin lebih panas darinya kerana melibatkan parti dan pucuk pimpinan yang memerintah negara ?? Sama sama kita tunggu dan lihat.

============

P/S : Kepada Dato Seri Najib dan Panglima Panglima Besar Umno hari ini jangan memandang 'enteng' apa RAHSIA dan DOKUMEN yang ada ditangan aku.Jangan menganggap segala peringatan aku selama bertahun tahun ini hanya 'omong kosong' aku sekadar ingin menakut nakutkan korang.Kalau korang boleh memperolehi DOKUMEN BANK NEGARA yang akhirnya memaksa Pak Lah meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri..apakah 'mustahil' untuk aku mendapatkan dokumen yang sama?


Kalau aku boleh siapkan PROJEK PRU 11 bernilai ratusan juta RM tanpa mendapat satu sen pun dari Umno sampai kehari ini....aku bukanlah BODOH sangat saperti yang korang sangkakan..heh heh heh.


============
Nota : Maka makin tak senang duduk lah chai chai ameno untuk menangkis serangan serangan buah kunci jika benar APA ingin meneruskan pembongkaran yang besar sebagaimana yang beliau nyatakan. 1.9 Bilion? .. isk isk isk

Monday, June 18, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Kartun : Di Tonggeng Halal .. Kah Kah Kah

cam biasa, klik untuk tumbesaran

Suka atau idak ..
Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita skang ni .

Cukup berhati hati bila tiba bab makanan
Dicari sampai sedalam dalanya maklumat berkaitan
Samada ada bahan syak atau meragukan
Tak dinafikan tu memang bagus utk jadi amalan

Tapi halal dan haram bukan setakat apa yang kita telan
Jangan bila dalam hal lain .. pakat bedal kiri dan kanan
Hilang terus rasa nak cek waham dan dzan,
Pulun semacam sampai tahap meroyan

wuuhhhaaaiiiii ~!!!

Foto Kredit : Sumber FB

Tuesday, June 5, 2012

PANAS: Blogger Chai Ameno Dah Mula Angkat Bendera Putih

Foto : Screenshot dari blogger chai ameno yang seperti biasa .. malas nak bagi kredit

weyh .. apa cerita ?
dah nampak ura ura nak ke parit ke ?
dah terbayang baham tanah ke ?
dah mula rasa tak keruan ke ?
kah kah kah kah kah

Biasa la tu ..
wa bajet, kalo tak merajuk ....
mesti sebab dah tak berapa masyukk..
kah kah kah kah kah

err .. taknak celoteh bebanyak
tak mendatangkan pekdah
luorang ada atau idak ..
ameno mesti ditumbangkan .. yiehaaaa

Friday, June 1, 2012

Rantai Inikah Yang Dipakai Oleh Najib ? Kah Kah Kah




Chai chai ameno memang pandai dalam bab cipta lawak
Macam macam lawak ada, dari lawak gaban sampai ke lawak jamban
kah kah kah kah

Bila heboh isu yang Najib memakai rantai ..
maka berbondong bondong chai cuba defend
Ada yang kata gambar tu photoshop
Ada yang kata itu bukan rantai tapi ear wire
Ada plak yang langsung tak kata apa apa .. sebaliknya tuduh pembangkang fitnah
kah kah kah kah

Tapi ada jugak chai yang kekonon nak play rationale
Ngaku Najib memang pakai rantai .. tapi secara sah
Sebab rantai tu cuma pendant kesihatan .. dan dapat cop jakim
Ditonggeng halal tanpa was was
Adoih .. ini macam pon ada ka..
kah kah kah kah




Weyh .. tak hagak hagak nak mengampu ..
Mengikut maklumat yang diperolehi ??
Dari sape weyh ? Rooooss maaahhhh ??
kah kah kah kah kah

Najib pakai quantum solar energy tu pasal hape plak ?
Salah satu yang disebutkan diatas ke ?
Takkan sumber maklumat tu tak bagitau lu ?
Ke dia kena sindrom menopause ..
Sebab tu ke dia beria ia nak lead pergerakan wanita
kah kah kah kah kah


Jap .. moh skodeng


Errrrr
weyh .. lu biar betik
nampak macam tak sama je ..
sama ke ?
kah kah kah kah kah 

Nota : Kepada kaki kaki mlm, baik luorang masuk jadi ahli jual pendant sekarang .. tak lama lagi boom le jualan rantai ni disemua cawangan cawangan ameno .. sebab bapak wasatiyah dah jadi pelopor ..adoih .. pecah perut wa.. kah kah kah kah

Thursday, May 31, 2012

TAGGED UNDER:

Isu Hina Sultan - Blogger Aduka Taruna Bebas Dari Tuduhan



Blogger "Aduka Taruna" atau nama sebenarnya Khairul Nizam Abd Ghani, 26 yang diheret ke Mahkamah atas dakwaan menghina almarhum Sultan Johor didapati tidak bersalah.

Ketetapan itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, lapor Peguambela Mohd Radzlan Halaluddin kepada Malaysiakini/

Dua tahun lepas, Khairul Nizam mengemparkan negara apabila secara terbuka melahirkan rasa tidak selesa dengan kehidupan eksklusif di istana.

Sejak itu, blogger mesra Pakatan Rakyat itu menerima kritikan Umno sehingga mengheret beliau ke Mahkamah.

Beliau ditahan selama empat hari di Mahkamah Kota Baru sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada 29 Januari tahun yang sama.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

Sunday, May 20, 2012

TAGGED UNDER: ,

Senarai Pemilikan Saham Facebook



Facebook kini berstatus sebagai sebuah syarikat awam, kerana baru sahaja selesai memperdagangkan sahamnya di bursa saham Nasdaq pada Jumaat (18/5/2012) waktu tempatan.

Laman jaringan sosial terbesar ini telah menjual sejumlah 421,200,000 saham dalam penawaran perdana kepada awam (IPO) dengan harga USD38 sesaham. Dengan ini, maka Facebook menggalang dana IPO sebesar USD16 bilion.

Angka sebesar itu membawa Facebook sebagai perusahaan internet dengan nilai IPO tertinggi di US, bahkan jauh mengalahkan Google ketika syarikat enjin carian internet itu menawarkan IPO sebelum ini.

Berikut ini adalah nama individu dan syarikat yang memiliki saham Facebook, yang dipetik dari Reuters. Peratus pemilikan saham mungkin telah berubah, disebabkan terlalu banyak pihak yang memburu saham Facebook.

 32.4% - Personnel dan bekas kakitangan Facebook
 28.4% - Pendiri sekaligus CEO Facebook, Mark Zuckerberg
 11.4%  - Jim Breyer dan Syarikat Permodalan Usahasama Accel Partners
 7.5%   - Pendiri Bersama Facebook, Dustin Moskovitz
 7%    - Digital Sky Technologies:
 3.5% - Goldman Sachs:
 3%  - Syarikat Permodalan Usahasama Greylock Partners & Meritech Capital
 2.5% - Peter Thiel (individu)
 1.6% - Perusahaan Microsoft:
 1.0% - Syarikat Permodalan Usahasama Elevation Partners:
 0.75% -  Li Ka Shing (individu)
 0.64% - T. Rowe Price
 0.2% - Syarikat Permodalan Usahasama Andreessen Horowitz

Nota : 1% bersamaan USD160 juta .. humang aih

Sunday, May 13, 2012

TAGGED UNDER: ,

Mesti Baca : Wahai Blogger .. Perhatikanlah Agenda Barat Ini


Hari ini wa terbaca satu info yang mungkin luorang sendiri pon dah terbaca. Wa tak pasti samada perkara ini disengajakan ataupun tidak, tapi yang pasti ia bebetul memeranjatkan dan membuat bulu ketiak wa berdiri .. kah kah kah 

======================

Wa telah mendapat info dari blogger lain... berkenaan alamat blog yg dimanipulasi...bagaimana mereka/yahudi manipulasi alamat blog kita?

buka link blog dibawah...(alamat blog ini)
buka 1 lagi browser lain dan buka pula link dibawah

apa bezanya? huruf "s" pada perkataan blospot dibuang...dan luorang akan terkejut kerana ia akan membawa luorang kepada website "Mega Site of Bible Studies"....

Ya...alamat blog akan sama dengan alamat kajian bible.... cubalah alamat blog yg lain, buangkan sahaja huruf "s" pada perkataan blogspot...ia akan membawa kita kepada website bible yg sama...pelik kan? bagaimana mereka lakukan?

siapa yg pernah guna IP Locator? cuba ketahui dimana alamat blog kita di "host"kan...
caranya:
1- pergi ke start>run
2- taip dan tekan
3- taipkan (letak la alamat blog anda)
maka akan keluarlah begini:



ambil ip no yg tertera, iaitu: 209.85.175.132
seterusnya buka website ip locator http://smart-ip.net (ini adalah salah satu dari banyak lagi web yg boleh locate nombor ip).

lepas tu masukkan nombor ip pada kotak nombor ip yg disediakan...biasanya dia akan terus detect ip no komputer yg sedang luorang gunakan seperti rajah dibawah...



tekan "enter" atau butang "locate"
inilah keputusannya:



keputusan menunjukkan file hosting blog kita terletak di Amerika...
sekarang cuba pula ping alamat blog yg telah dibuang "s" pada perkataan blogspot....
luorang akan dapati keputusan yg pelik iaitu:



ya...request "timeout" ... 100% lost...
cuba pulak ambil nombor ip tersebut dan letak pada website ip locator tadi...
dapat pulak lokasi hosting tu...di Amerika juga...walaupon kita ping, semua lost (failed), tapi kita dapat kesan lokasi...



erm...misteri sungguh...apakah ini juga merupakan 1 lagi perangkap yahudi? apakah ini juga salah satu perancangan rapi oleh mereka seperti di artikel ini dan ini?

mungkin hanya pakar2 IT, hackers, penggodam sahaja yg tahu bagaimana mereka buat... tapi segala perancangan mereka, tetap tidak akan dapat melawan perancangan dari Allah SWT..
wallahua'alam...
==========

Gitu la adanya sumber entri yang wa cilok dari blog mdsafkyo

Weyh .. wa buat gak eksperimen tu pakai address blog member contoh greenboc.blogpot.com, gigitankerengga.blogpot.com, wartamaya.blogpot.com, cenangau.blogpot.com dan banyak lagi .. memang semua menghala ke web yang sama.

Tapi lepas tu, wa buat carian bebas dengan menaip kepalahotakkau.blogpot.com, blogbangang.blogpot.com, zulsewel.blogpot.com .. aih .. semua ke situ gak .. kah kah kah kah

Kesimpulan yang tersimpul bagi wa, bukan sebab lu punya alamat blog tu canggih ataupun best tahap gaban, tapi apa je yang lu taip.. asalkan belakang dia ada blogpot.com .. pasti akan menuju ke sinun. Takyah le memeningkan hacker.. perkara gitu simple je. 

Tuesday, May 8, 2012

TAGGED UNDER: ,

Guano YB ? Baham Tanah Ko ? .. kah kah kah


Mentaliti YB siput sedut .. demo lo ni bodoh bodoh blako ..thubarkk aaa .. kah kah kah kah

Sumber Foto : FB  Hamitsu Koniciwa 

Tuesday, March 13, 2012

TAGGED UNDER: ,

Yahoo VS Facebook




SAN FRANCISCO: Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan. 

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

"Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.
“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya. 

Sumber- AFP 


Tuesday, March 15, 2011

TAGGED UNDER: ,

Cara Cara Nak Meroketkan Fesbuk Luorang Yang Lembab



Luorang mesti terasa ati ngan fesbuk lately ni sebab slow tak tentu arah kan ?
alaaaa .. toksah memalu le nak ngaku .. dan jangan nak merajuk
takpe .. dont be khuatir .. menda free memang banyak masalah .. kah kah kah
so kat sini wa share kan cemana luorang nak fesbuk luorang laju tahap lupa diri

Ikut je step by step .. mudah mudahan mujarab
eiceh .. macam haremz .. kih kih kih


Facebook.
Untuk pengguna Windows aje .. yang lelain .. wa tak khatam ..


  1. Memula gi ke fail .. C:\Windows\System32\drivers\etc\
  2. Dalam fail ...\drivers\etc\ tu luorang akan nampak fail hosts
  3. Lepas tu luorang kopipes fail hosts tu ke desktop (tak leh nak edit kalo tak pindahkan dulu)
  4. Kemudian bukak fail hosts tu dengan notepad.exe


Fail yang luorang dah bukak tu akan nampak gini :
# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost


Kemudian luorang tambah line kat bawah tu (bawah # ::1 localhost) dengan menda yang wa tandakan merah ni :

203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

So .. dia akan jadi gini ...

# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com


  • Then .. save laa 
  • Next step .. kopipes balik kedalam fail asal dia (..\drivers\etc\)
  • Replace le fail hosts yang lama ..
  • Kemudian bukak browser, taip www.facebook.com.

Lepas tu luorang boleh le berlagak sampai tak sedar diri 
kah kah kah kah kah 


 Nota :

  1. Ni le cara cara nak menjampi fesbuk bagi dia laju .. kalo tak menjadi .. jangan salahkan wa .. terajangkan aje pc luorang tu .. kah kah kah kah 
  2. Menda ni utk pengguna kat Malaysia je .. kalo luorang dari Burkina Faso atau Surinam .. tak mendatangkan hasil yang dicadangkan .. ngabihkan boreh yo ..
  3. Kat bawah ni wa paste sekali post original dia .. ye le .. mana le tau .. luorang spik inglish je.. huhuhu



Facebook.
Windows Only:
Go to C:\Windows\System32\drivers\etc\
Open hosts file with notepad.exe
Add the following:
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com
Save.
Open your browser, key in www.facebook.com.
Enjoy the superfast speed!

Your hosts file should look like this:
# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
# 102.54.94.97 rhino.acme.com # source server
# 38.25.63.10 x.acme.com # x client host
# localhost name resolution is handled within DNS itself.
# 127.0.0.1 localhost
# ::1 localhost
203.106.85.66 www.facebook.com
203.106.85.66 facebook.com

How to Edit Hosts File

1.Copy hosts file to > desktop.
2.Edit.
3.Paste back > C:\Windows\System32\drivers\etc\

This is temporary solution to fix the speed issue with facebook.
GOOD LUCK. 

Lock And Lolz Baybeh

Tuesday, March 8, 2011

TAGGED UNDER: ,

Realiti Hujan Batu Di Negeri Sendiri - Benjol

perghh .. kalo batu ni yang jadi hujan .. bukan sekadar benjol .. tapi .. kojol .. kah kah kah kah kah 

Hari ni wa cuma buat blogwalking sebab kepala hotak wa kusut .. semalam pon wa tak update blog .. tapi apa de hal .. blog wa bukan ribu riban orang datang .. sape nak heran ye dak ? blog ciput .. tapi takpe,  wa sedar keadaan tu .. kah kah kah kah kah .. 

Alih alih wa terbaca satu komen dari blog otai Tukar Tiub (luorang boleh nengok kat sebelah kiri tu dia punya blog link) .. tanpa menunggu lebih lama .. wa cilok komen tu buat update .. sebab apa yang mamat tu luahkan adalah apa yang sebenar benarnya berlaku .. sebab wa sendiri pernah mengalaminya .

Luorang bayangkan le .. satu tin coke kecik 22pence .. wa beli 4 tin waktu petang untuk stok lepak masa malam .. tak sampai pon sepound sterling (masa wa lepak sana tahun 95 , conversion dia RM4 = £1 .. lepas tu kerja part time melambak .. sejam = £4.50 .. skang ni wa tak tau le rate dia) .. masa tu tiket tube (khidmat ketapi bawah tanah) untuk semua area baru £3. 60 sehari.. pegi le kemana mana destinasi pon .. turun naik ketapi sambung naik bas sampai lebam .. CD Metallica baru £5 je .. pendekata .. 10 pound tu susah betul nak abih dalam sehari .. kat Malaysia ?? RM50 gi pasar malam .. abih gitu je .. tak perasan .. kah kah kah kah kah kah ..

Ah wa malas aa nak ngomel bebanyak .. nak mandi .. luorang baca je la .. wa nak cakap .. tu le realitinya 

================================

Satu masa dulu,adik aku pernah menetap di UK selama lebih setahun. Tapi adik ipar aku duduk situ dah lama,dekat 6 tahun.Duduk situ,kerja bukannya kerja besar,kerja pun chef kecil-kecilan dekat restoran.Adik aku pulak kerja jadi baby sitter.Gaji,takde la besar, tak sampai pun seribu pound tak silap aku...tapi... 

1. Baju kat sana 3 pound. Kat Malaysia baju2 tu hanya dijual di Pavilion,KL.Baju orang kebanyakan di UK ,baju orang kaya di Malaysia . 

2. Kasut Lacoste kat sana 20 pound. (wa tambah .. CAT 40pound , Dr Marten 25pound je)

3. Sewa bilik ada dapur 200 pound. (wa tambah .. studio room just 10 pound sehari.. kat tengah kota London woo .. bukan area setinggan ..  kah kah kah kah)

4. Transportation,takde,naik bas,naik tube,satu hari punya tiket 5 pound unlimited ride.Tak payah tunggu lama, paling lama tunggu bas,5 minit 2 bijik datang.Naik tube tak pernah rasa tak selesa.Ada Oyster kad,senang nak ke mana-mana. 

5. Pegi Asda ke Tesco ke, beli barang dapur,satu troli 20 pound.Lepas untuk seminggu. 

6. Tak pernah rasa nak beli kereta sebab membazir, orang kaya berlagak aje pakai kereta ke mana-mana. 

7. Jalanraya sesuai untuk bawak basikal.Adik ipar aku, main transportation dia,basikal,undang-undang...wajib pakai helmet. 

8. Tambang tube nak ke airport...3 pound. 

9. DVD ori sekeping 3 pound.Aku beli Ice Age 1 dan 2 boxset 6 pound. 

10. Apa-apa barang pun mcm pakaian, tak puas hati dengan produk, boleh pulangkan dalam tempoh 30 hari, takde banyak soal asal simpan resit dan tag tak dicabut. 

11. Dan aku malas nak cerita pasal Black Friday dan sale musim panas... 

12. Bayangkan anda mampu beli kereta Mercedes second hand cash... dengan hanya mengeluarkan 500 pound. Sini? Hutang 5 tahun untuk bayar kereta second hand.. kereta di UK tidak ada value sangat kerana... pengangkutan awam membuatkan kereta tidak relevan dan penting dalam hidup.Perkhidmatan teksi adalah sesuatu perkhidmatan premium sebab teksi tidak diperlukan sangat. 

Bila dia balik Malaysia, 

......kerja mesti kena ambik overtime, kalau tak duit tak cukup. Barang makanan sekali pegi beli Rm200. Nak pegi beli barang pun susah sebab public transport susah. Apa yang Ismail Sabri Yaakob pelik macam mana RPK boleh hidup mewah kat UK kalau orang Malaysia yang kerja dia waiter kedai makan dekat Malaysia Hall pun boleh hidup senang kat sana? Adik ipar aku balik sini, sambil hisap rokok dengan aku dia tanya aku, "Apasal hidup kat Malaysia ni susah sangat?" 

Lagi la pelik bila menteri tanya apasal ramai orang lebih gemar migrate ke negara lain... Tukang sapu pun boleh hidup senang kat UK . Marah pulak diorang bila rakyat mempersoalkan "Kenapa menteri mampu hidup mewah kat Malaysia ,layak ke diorang?"

8 MAC 2011 3:59 PM Oleh Tanpa Nama 

Monday, January 10, 2011

TAGGED UNDER: , ,

Facebook Akan Ditutup - Lawak Paling Ngeri

Gegak gempita alam maya ari ni disebabkan berita besar yang mengalahkan tsunami .. berita apa ? Facebook nak kena tutup  ngan alasan .. Mark Zuckerberg dah boring nak buat duit .. kah kah kah .. weyhh .. kalo ye pon nak percaya .. biarlah logik skit . 

Wa bayangkan gini .. wa dah ada satu perniagaan menggoreng pisang .. kemudian ada le pengusaha pengusaha kuih ngan kek secara kecil kecilan tumpang sekali kat gerai wa .. sebab perniagaan wa maju .. tetiba wa umumkan nak tutup perniagaan wa .. sebab dah boring ramai sangat owang datang beli . sampai wa rasa tertekan .. dan mungkin disebabkan perniagaan goreng pisang wa la.. orang ramai sampai lupa nak makan lempeng kat rumah ... kah kah kah .. dah tu plak apa yg wa nak bagitau kat pengusaha kecil kecilan tu ? hadoih .. letih .

Siapa petualang disebalik penyebaran hoax ni ? ni dia .. blog yg bernama Weekly World News .. ntah datang dari planet mana ntah .. tetiba dia lebih tahu dari segala laman web yang besar besar .. malah dia lebih tahu dari Mark Zuckerberg sendiri .. khabarnya mamat ni dapat interview melalui telefon .. adoih .. ntah Mark mana le yang jawab agaknya .. sesilap Markonah .. kah kah kah .

Setelah diselidik lebih lanjut tentang isi kandungan web ni .. banyak cerita yg berbentuk mengada ngada.. kalo luorang tak caya .. gi selidik sendiri .antaranya



dan banyak lagi cerita yang bebetul buat kutu berguguran dari rambut dek gegaran otak diluar kawalan ..  so dengan otomatiknya kita akan dapat tau yang laman ni memang sengal .. nak percaya lagi ? .. walo cemana pon .. free free je laman tu collect komen sampai dekat 10 ribu .. lepastu ramai plak yg tumpang glemer tolong sebar cerita payah ni .. apa le buat susah susah diri sendiri .. Mark Zuckerberg elok je dok umah tengah minum milo .

Ok kemudian gi ke babak ke dua .. laman yg memula sekali buat penafian pasal hoax yang dah tersebar ni --> blogtechnical .. boleh nengok apa yang dia kata ..

So just to confirm, this is a fake story by a faux news site, similar to that of The Onion and Chive. As a reminder, always fact check before passing on stories, or else what happened today will keep happening over and over (like this trend will ever stop anyway)… oh yea, use some common sense. Also, with a company estimated at being worth over $50 billion, why would anyone even think of suddenly shutting it down. As a friend said, it would obviously make sense to sell it off rather than just kill it all together.
betul le tu .. takkan Mark Zuckerberg bengong sangat sampai nak tutup gitu je .. dah tentu tentu fb generate banyak income .. apsal tak jual je .. 50billion beb .. bukan 50 ringgit yang tak bernilai apa apa bila gi pasar malam kat negara kita sekang ni .. huhuhu

Ketiga .. kalo luorang peka .. utk akaun fb ... ada banyak blog yang direka khas oleh jabatan IT fb untuk membantu pengurusan akaun .. antaranya developer, technical blog dan ada plak blog.facebook.com untuk pemberitahuan maklumat terkini hal ehwal facebook .. pernah tak luorang check atau amik tau ? Antaranya .. dia ada kata dalam mukadimah nya .. apa apa je hal berkaitan FB akan diupdate di blog FB .. bukan kat tempat lain .Semalam wa nengok .. takde apa apa pon pasal topik penutupan fb .. guruh takde .. kilat takde .. tetiba nak tutup ? dah cam cerita Pendekar Bujang Lapok lak .. 'Ani .. angkat kain hujan ... Jemuran dah turun'. kah kah kah 

Keempat .. wa teringat awal tahun lepas .. cenggini gak .. ada ura ura FB akan mengenakan bayaran sebanyak 3dollar sebulan .. riuh rendah alam maya .. semua tertanya tanya gitu dan gini .. last last FB kena letak kat login page .. It's free, and always will be. .. kalo luorang tak caya .. nanti luorang nak login .. cuba luorang perati ayat tu ..

Last sekali .. adoih .. dah jadi cam jurucakap FB lak wa .. tapi ye lah .. FB baru je launch product baru dia yang berupa email .. berapa juta dia abih untuk developement project .. masuk akal ke bila dah berabih gitu tetiba belum start guna lagi .. tetiba dia nak tutup .. huhuhu .. mana logiknya bhai ? apa apa pon .. setiap yg bermula pasti akan berakhir .. esok esok ntah apa le laman sosial yang akan timbul .. cam dedulu la .. sape sangka Myspace akan dipotong tang corner oleh FB .. kan ? 

Ok aa .. memandangkan ni post pertama wa untuk blog ni .. wa berenti dulu takat ni .. kang pening lak luorang nak baca .. buang karen je .. keh keh keh .. dah petang .. wa nak mandi .. Adios 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top