Monday, August 6, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Mungkinkah Satu Suntikan Gergasi Pada FGV Bakal Dibuat Untuk Kembali Memujuk Peneroka Felda ??



PETALING JAYA: Biro Peneroka PKR menjangka kerajaan akan membuat suntikan besar-besaran ke atas Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) bagi menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum 13.

“Suntikan `gergasi’ itu akan dibuat kerana kerajaan bimbang peneroka Felda akan mengundi pembangkang. Sudah ada tanda-tanda peneroka marah kepada kerajaan kerana FGV hanya indah khabar dari rupa.

“Peneroka marah kerana sejak penyenaraian FGV lebih sebulan lalu, mereka hanya mendapat keuntungan 60 sen bagi seunit saham.

“Pada hari penyenaraian FGV 28 Jun lalu, harga seunit ialah RM4.55, manakala semalam ialah RM5.10. Kadar ini masih rugi kerana peneroka terpaksa membayar pelbagai kos kepada FGV.

“Jika tidak ada suntikan gergasi, peneroka akan marah kerana merasakan mereka telah tertipu,” kata Ketua Biro Peneroka PKR, Suhaimi Said.

Bagaimanapun, Suhaimi berpendapat, FGV jauh panggang dari api untuk menempa keuntungan berikutan keengganan korporat luar negara melabur modal.

`Omong kosong’

Katanya, FGV masih bergantung harap kepada pelaburan tempatan terutama agensi-agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Lembaga Tabung Haji.

“Tanpa pelaburan asing, FGV sukar untuk mengaut keuntungan dalam jangka panjang. Saya bimbang akan mengalami nasib seperti KUB dan amanah-amanah saham di beberapa negeri yang mengalami kerugian besar.

“Kononnya saham FGV akan menjadi lebih besar dari Facebook nampaknya akan menjadi omong-omong kosong saja,” tambah Suhami.

Seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara ditawarkan 800 unit saham seorang dengan harga RM4.55 seunit.

Bagaimanapun, penyenaraian FGV ini tanpa pembabitan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF). Manakala beberapa kerajaan negeri turut tidak menyerahkan tanah milik mereka kepada FGV. - FreeMalaysiaToday  

***

Nota Karmic : Adakah wa gembira dengan berita ni ? atau mungkinkah kita ingin bersorak dek kebobrokan kepimpinan yang ditunjukkan oleh para pemimpin negara? Yang tersiratnya adalah hartabenda dan kepunyaan bangsa melayu sedang diperkotak katikkan. Kita boleh dengan pantas menuding dan mempersendakan pakcik makcik di Felda atas keghairahan mereka ketika memikirkan penyenaraian Felda ke bursa saham akan memberi laba yang lumayan pada mereka.

Apatahlagi dengan sejumlah besar dari mereka adalah golongan yang terkenal karat dengan ameno-bn. Sudah pasti pada perkiraan mereka, apa sahaja yang dibawa oleh parti keramat mereka adalah satu tuah yang tidak dapat ditolak. 

Manakala segelintir dari mereka yang awas, tidak mempunyai pilihan selain dari terpaksa mengikut arus lantaran tidak ingin menjadi kera sumbang akibat dipulaukan oleh masyarakat setempat.

Sedangkan, mengikut trend, saham Felda semakin hari semakin menunjukkan indeks menurun dan ketika entri ni ditulis, harganya adalah sekitar RM5.10, iaitu catatan keuntungan sebanyak 60sen dari harga pemula.

Mengikut laporan (rujuk sumber) para peneroka telah diberikan sebanyak 800unit saham yang mana jika mengikut congak mudahnya, mereka mendapat keuntungan atas kertas sebanyak RM480 (800unit x 60sen). Sedangkan yang pastinya, mereka perlu membayar lebih dari jumlah itu untuk kos pengurusan, pinjaman, yuran dan sebagainya sementelah lagi jumlah 800 unit adalah satu amaun yang hampir mustahil untuk diperjual beli (jumlah yang diperlukan adalah 1 lot yang bersamaan dengan 1000 unit).

Biarpun penyenaraian Felda ke bursa saham diiringi dengan paluan propaganda tentang gahnya sebagai kedua terbesar sesudah IPO saham facebook, namun aliran menurun carta keuntungannya mencerminkan sebaliknya. Apakah cukup dengan suntikan dana dari kerajaan untuk terus memastikan saham Felda berdaya saing sedangan sambutannya dari para pelabur kekal dingin?

Apa yang pasti, diakhirnya, sang peneroka juga yang menanggung segala natijahnya lantaran perjanjian dengan bank telah dimeterai, faedahnya perlu dibayar, tanah sudah dipertaruhkan sedangkan tiada jaminan dalam menentukan kelangsungan FGV dalam bursa saham.

Apakah kita bakal menyaksikan satu lagi episod sedih kepada tanah tanah milik melayu ini ? Wallahua'lam

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

1 comment:

  1. Wa pun suka juga tengok peneroka kena tipu...
    sebab peneroka dapat banyak duit ada makcik2 dan pakcik2 Felda ada ingat sama kite ke, sama orang miskin papakedana ke,sama anak yatim dan janda2 tua yang tak sape nak tolong ke..habok pun tarak!!!!
    Sesekali patut juga kena tipu sebab mungkin zakat pendapatan tak ada keluar.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top