Saturday, August 11, 2012

TAGGED UNDER: ,

Rakyat Asing Umpama Alien Yang Menguasai Ekonomi Sabah



Saudara Pengarang,

SURAT ini saya tulis kerana keinsafan dan kekesalan sendiri di atas bangsa dan rakyat Sabah sendiri. Kita harus tanya pada diri sendiri, Kenapa... Kenapa... Kenapa boleh begitu?

Lihat sahajalah di sekeliling kita dari Bandaraya Kota Kinabalu hingga lah ke pekan kecil seperti Kiulu dan Pitas. Kita dikuasai oleh 'Aliens' iaitu satu panggilan untuk mereka oleh orang tempatan.

Warga Pakistan dengan perniagaan kedai Runcit, bagaikan cendawan yang tumbur dengan cepat dan banyak akibat dengan kesuburan tanah Sabah itu; bangsa Bugis dengan pernigaan Bas Mini, Bengkel, Kedai Tayar, Kedai Dobi, Pendawaian Elektrik rumah, tukang paip; dan bangsa Filipina dengan rokok haram dan sektor pembinaan.

Persoalannya di sini, kenapakah bangsa luar ini boleh mengambil alih semua perniagaan dari orang tempatan? Jawapannya mungkin orang tempatan malas, malu, bongkak dan hanya tahu hidup senang; tidak sanggup bersusah payah; tambahan pula suka menyalahkan warga asing yang rajin berusaha ini.

Wahai rakyat sejati Sabah, Kita harus bangun sekarang. Ayuh! tinggalkan bantal busuk dan mimpi buruk. Berjuang dan bersainglah dengan mereka kerana jika terus menghela liur basi, tanah tumpah darah kamu bakal diambil alih oleh semua 'Alien' ini.

Pihak Kerajaan juga mesti tegas dalam soal ini, terutamanya dalam soal perniagaan Kedai Runcit, Bas mini, bengkel, pendawaian eletrik kerana semua ini memerlukan lesen perniagaan yang seharusnya dimiliki orang tempatan.

Persoalannya, kenapa semua 'Alien' ini boleh mendapat lesen berniaga? Jawapannya senang sahaja bah, pakai nama orang tempatan bah. Lepas itu boleh bah terus berniaga, bayar mereka duit kopi sahaja.

Oleh sebab itu pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri mesti mengubal satu undang-undang yang menghalang orang luar ini mengunakan orang tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan itu.

Kerajaan mesti perketatkan pengeluaran lesen perniagaan seperti membuat pemeriksaan mengejut di tempat perniagaan itu, demi memastikan hanya peniaga tempatan yang sah sahaja dibenarkan menjalankan pernigaan itu.

Walaupun cadangan ini sememangnya rumit dan tidak pratikal, tetapi demi kepentingan orang tempatan dan hak-hak orang Sabah, kerajaan mesti melaksanakannya.

Jika tidak, kita tunggu sehingga kita jadi pegemis sendiri di negeri kita sendiri nanti. Ketika itu barulah kita menyesal. Bagi rakyat tempatan pula, mestilah berubah sikap, daripada sekarang. Jangan biarkan keturunan cucu cicit kita nanti menjadi pengemis di negeri sendiri.

Salam Hormat,

MOHD DANIAL ADULLLAH

Sumber : Sabahkini

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Nampak tak karmic walaupun anda warganegara tp suku kaum lain anda akan di gelar alien di sabah...
    Kenapa kita kat semenanjung tak melatah bila org suku jawa berniaga,bawa bas,buat wiring dll..cuba tengok driver bas metro kat kl mejoriti org bugis sabah,apakah kita boleh andaikan mereka ni dapat ic dan lesen terbang hanya kerana status kaumnya sahaja??pernah tak kita bising kenapa bangsa cina memonopoli perniagaan kat malaysia walhal kita tahu mereka pun bukan pribumi...jawapan hanya satu anda rajin anda berjaya...kalau malas sendiri mau ingat der...

    ReplyDelete
  2. @Wak tempe kat sini wa nampak apa yang lu nak maksudkan .. cuma masalahnya bhai .. lu keluar dari garis topik .. isunya sekarang kerakyatan segera untuk PATI dan perkara itu memang berlaku di Sabah ..

    kalau dah diowang dah ada IC .. memang kita takleh nak undur dan memang kita hilang daya untuk kata apa apa .. cuma sekarang ni kena buat pencegahan agar perkara tu tak berterusan ..

    wa bagi contoh satu cerita benar, kawan wa yang lahir kat sini ..sampai la ni masih lagi memegang status PR.. entah kat mana silapnya .. dia tak dapat status bumi hanya kerana bapak dia lahir kat India .. tiba tiba .. selepas puluhan tahun dia lahir .. ada pulak immigran yang senang senang dianugerahkan hak kewargenagaraan tanpa sebab sebab yang kukuh ..

    isu kaum tak timbul langsung sedangkan wa sangat pasti Ali Rustam adalah orang asli Acheh dan Rais Yatim plak asli Minangkabau.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top