Wednesday, August 1, 2012

Siapa Yang Terpesong Dan Siapa Pula Yang Terpele'ot ?



Pembangkang dinasihatkan tidak membelakangkan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun di negara ini hanya kerana perbezaan fahaman politik dengan parti yang memerintah.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pembangkang perlu menghormati Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan bersama dengan kerajaan dalam meraikan hari keramat Malaysia itu.

"Sesiapapun boleh beri pandangan termasuk mengatakan kami tidak bersetuju dengan Janji Ditepati (tema Hari Kemerdekaan tahun ini)... juga kritik simbol diwujudkan tetapi saya mohon jangan terpesong daripada hormati Hari Merdeka.

"Bagi seseorang yang menjadi pembangkang di negara ini, bangkangan itu tidak sahih jika dia membelakangi Hari Merdeka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pembangkang yang bercadang menggunakan tema "Senegara, Sehati, Sejiwa" bagi sambutan Hari Kemerdekaan dan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan yang berasingan menggunakan tema dipilih mereka itu. - Mkini.

====///====

Persoalan dia yang utama, siapa yang cuba memesongkan siapa ??
kah kah kah kah kah 

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah yang cuba memesongkan matlamat sambutan hari kemerdekaan dengan secara paksa memasukkan unsur unsur kepartian kedalam majlis yang menjadi milik seluruh rakyat Malaysia..

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah yang menggubah lirik pada lagu yang juga ternyata di ciplak dan mengakibatkan para pendengarnya terkena kejutan budaya dan dikhuatiri ada yang dah pun mengalami muntah hijau..

Orang yang mengatakan pihak lain terpesong itulah pula yang mencipta logo hari kebangsaan yang jelasnya tidak membumi pada falsafah sambutan hari besar tersebut sehingga akhirnya logo itu menjadi lelucon dan senda gurau yang menjatuhkan airmuka si penciptanya sendiri ..

Apakah orang yang berkata pihak lain terpesong itu boleh mendatangkan bukti bahawa pihak yang dituduh telah pernah membelakangkan Hari Kemerdekaan sebelum ini??

Apakah orang yang berkata pihak lain terpesong itu pernah membandingkan slogan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" dengan "Janji Ditepati" disamping cuba untuk berlapang dada sambil memikirkan yang mana lebih layak untuk menterjemahkan semangat 1 Malaysia ??


Persoalan yang kedua, Bukankah beliau sendiri yang mencabar Pakatan Rakyat untuk membuat slogan sendiri kalau tak berpuas hati dengan slogan yang dicadangkan ??

Serentak dengan itu Rais menyindir dengan berkata parti-parti pembangkang boleh buat yang sama dan biar rakyat membuat keputusan pakatan mana yang mereka mahu sokong. - Agendadaily.

Namun bila Pakatan Rakyat dah sahut cabaran dan keluarkan slogan yang lebih mencerminkan wadah sambutan hari kebangsaan, ditambah lagi dengan segala hiruk pikuk yang melanda slogan/logo/lagu yang beliau sendiri cipta/paksakan untuk 31 Ogos, tiba tiba dia boleh kata jangan terpesong .. kah kah kah kah .. apa pon tak bleyh .. weyh .. bagi laa can rakyat nilai dulu sebagaimana yang lu cadangkan ..

Nota Tak Terpesong : Memang selama ni kerajaan negeri waima yang diperintah oleh ameno-bn menganjurkan sambutan diperingkat negeri masing masing jadi tak timbul soal sambutan berasingan kat sini. Cumanya negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat enggan menggunakan Tema yang berunsur kepartian dan lebih mengutamakan Tema yang mewakili semua rakyat tanpa mengira agama, kaum dan pegangan politik.

Nota Yang Langsung Tak Terpesong : Rais bukan anak yatim walaupun nama sahih beliau Rais bin Yatim .. kah kah kah kah

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

2 comments:

  1. Kalau nak pembangkang sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan ni...minta Dato Seri Rais menjemput MP2 PR sama-sama duduk atas pentas utama sama-sama dengan PM. Sama-sama meraikan dan lupakan ideologi politik masing-masing, kalau dalam parlimen boleh kenapa atas pentas utama Hari Kemerdekaan tak boleh.

    ReplyDelete
  2. ANOM kat atas,

    Mana boleh pemimpin pembangkang duduk sama atas pentas khas sambutan merdeka tu sebab di sini heronya cuma UMNOH saja. Nak join juga jadi Pak Pacak lah kat bawah.

    Orang yang Membakar Jambatan setelah menyeberanginya, kemudian berenang semula ke seberang sana adalah orang yang BANGANG ATAU DUNGU. Cakap orang seperti ini tak boleh dipakai. Dia buat thesis tenang keburukan ISA. Bila dilantik semula jadi Menteri, dia sokong ISA termasuklah Isa Pendek sekali. Hanya manusia MUNAFIK di Aidil Fitri saja berperangai begitu. Cakap berbelit-belit.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top