Saturday, August 4, 2012

TAGGED UNDER: , ,

Sabah - Kenapa Najib Menggelabah ??



Masa kecik kecik dulu wa selalu dengar peribahasa "kalau takde angin, masakan pokok bergoyang". Wa pasti luorang pon memang mesra ngan frasa ayat tu - walaupun sejak dari dulu sampai la ni, dah banyak modifikasi yang dibuat tapi maksud ayatnya tetap sama.. pasti ada sesuatu yang telah berlaku yang menyebabkan terjadinya sesuatu yang lain pula.

Gitu lah gambaran yang tepat yang boleh disimpulkan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pi Em baru baru ini berkenaan dengan kegawatan politik yang berlaku dekat Sabah. Najib dan kuncu kuncunya seboleh bolehnya cuba mengeluarkan kata kata macho yang berbentuk penafian seolah olahnya apa yang terjadi cuma satu perkera enteng yang tidak perlu diberikan perhatian yang khusus.. tapi kenyataan yang berlaku menggambarkan sebaliknya.. jika tidak .. kenapa Najib perlu terburu buru untuk membuat lawatan ke Sabah esok?

Malaysiakini
Najib dalam kenyataannya menolak anggapan lebih ramai anggota komponen yang akan meninggalkan BN di Sabah, namun menurut khabar yang diberitakan, bukan sahaja UPKO dan LDP yang dikatakan bermasalah, malah ianya juga melibatkan parti UMNO yang dikatakan berantakan ekoran perpecahan yang berlaku diantara kem Musa Aman dan Shafie Afdal yang semakin bernafsu untuk menungguli kerusi Ketua Menteri Sabah.

KENANGAN......Lajim menghadiahkan Musa potret peribadi sebelum sengketa ciptaan Shafie meletus? Apakah Lajim bayangan Shafie Apdal yang kepingin menjadi Ketua Menteri Sabah? 
Najib juga katanya mengulangi keyakinan bahawa kedudukan BN tidak terancam dan desas desus tentang perkara ahli parlimen yang akan berpaling tadah itu tidak mempunyai asas dan cuma merupakan cakap cakap politik tapi apakah benar benar keyakinan beliau itu kukuh?

Baru baru ini, DS Anwar Ibrahim mengatakan akan berlaku lebih banyak kejutan yang bakal melanda di negeri bawah bayu itu dalam kunjungan pusingan kedua yang dijadualkan pada minggu depan, jadi tidak dapat tidak, kita tidak boleh lari dari membina persepsi bahawa kunjungan Najib secara tergesa gesa ke Sabah juga adalah berikutan dari kenyatan DSAI itu kerana jika benar Najib tidak gusar, mengapa harus beliau kesana secara tiba tiba sedangkan mengikut laporan diatas belum ada perincian yang dibuat dalam pembentangan RCI, jadi pengumuman terma tersebut secara automatik menjadi sesuatu yang tidak relevan.

Kita sedia maklum, beberapa tahun yang lepas, rentetan dari pengumuman Anwar Ibrahim bahawa akan terjadi perubahan kuasa pada 16 September telah menyaksikan ramai dikalangan Ahli Parlimen BN yang telah dihantar untuk melancong keluar negara, apakah senario yang sama akan berulang sekali lagi?

Apa apa pun, Sabah adalah merupakan negeri yang sukar untuk diramal sepak terajang politiknya. Namun harus diingat, sejarah telah membuktikan betapa pembelotan Lajim Ukin pada PBS satu ketika dahulu telah melahirkan UMNO disana dan mengakibatkan tumbangnya parti yang dipimpin oleh Joseph Pairin Kitingan dan pecahnya dominasi PBS. Perkara ini mungkin sahaja berulang dan itulah sebenarnya yang sangat ditakuti oleh Najib Tun Razak.

Nota : Bersedialah orang Sabah untuk menerima durian runtuh yang bakal mengiringi kedatangan Najib nanti. Mungkin perkara ini memang telah dicaturkan oleh para pemain politik disana .. tapi yang pasti .. pokok bukan sekadar telah bergoyang malah bergoncang, dan anginnya pula bukan lagi selembut bayu ..yiehaaa ~!!

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

0 comments:

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top