Monday, July 30, 2012

TAGGED UNDER:

Alhamdulillah, Sebuah Lagi Masjid Cina Di Malaysia



Masjid Cina yang pertama di Malaysia....

Kita biasa mendengar nama Masjid India, ramai di kalangan kita yang turut mengimarahkannya. Masjid India wujud di banyak tempat dan ada di hampir setiap negeri di Malaysia.

Sebaliknya Masjid Cina pula agak asing di negara kita sedangkan negara kita mempunyai tidak kurang daripada 62,000 orang Cina Muslim (Banci Negara 2002) di Malaysia.

Alhamdulillah, pembukaan Masjid Cina di Rahang Square, Seremban adalah satu sejarah kerana masjid ini dikatakan merupakan Masjid Cina yang pertama dibina di Malaysia.

Masjid ini juga beroperasi sebagai Pusat Saudara Baru dan Pusat Kegiatan yang memberi peluang kepada kumpulan sasar iaitu masyarakat Cina Muslim untuk mendalami ilmu-ilmu agama Islam serta pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

Ia turut lengkap dengan laman dan menara pagoda serta pelbagai kemudahan antaranya dewan serbaguna, dewan solat utama, ruang pejabat, bilik imam, perpustakaan serta bilik mesyuarat.

Semoga kewujudan kompleks ini juga akan menjadikannya sebagai pemangkin terhadap perkembangan dakwah Islam kepada masyarakat Tiong Hua di Malaysia. 

Saya pun sangat khuatir kalau gagal menjawab soalan di Akhirat nanti akan kenapa kita tidak berdakwah kepada mereka walau pun telah berpuluh-puluh tahun kita hidup dan bermuamalah bersama mereka ketika berkerjaya dan dalam urusan kehidupan seharian. FB Dr Zainur Rashid Zainuddin

===///===

Nota : Masjid ini sebenarnya merupakan Masjid Cina kedua di Malaysia selepas Masjid Beijing Rantau Panjang yang telah disempurnakan pembukaan nya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.


Simber Foto dan Artikel Mengenainya : Come2Kelantan.my

Pendedahan yang dibuat oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin adalah sesuatu yang tepat pada masanya dan perlu kita sebagai orang muslim di Malaysia untuk memandang serius tentang perkara ini. Sejauh manakah usaha dakwah kita dalam mendekati kaum tiong-hwa selama kita bermuamalah dengan mereka? 

Dalam pada kita inginkan Hukum Islam tertegak dinegara kita ini, sudahkan kita menjalankan kerja dakwah kepada non muslim untuk menarik mereka kejalan Islam ??

Wa setuju 100% dengan pandangan beliau, dengan usia 55 tahun kemerdekaan negara dan selama itulah Islam menjadi tunjang, sepatutnya jumlah Masjid Cina ini bukan hanya berjumlah 2 buah sahaja. Mudah mudahan kita akan menyaksikan perkembangannya dalam masa yang terdekat ini nanti .. InsyaAllah.

The karmic wheel is turning.., faster than before .., till the end of time, till the end of life.. the wheel is turning as we die
Follow me @drkarmic
Subscribe to this Blog via Email :

4 comments:

  1. assalam...inilah yg menjadi kegagalah umno selama 55 tahun memerintah,dakwah,patutnya kita dah berjaya mengasimilasi kaum cina,kalau tak 100peratus,dapat 50peratus pun kira dah berjaya,tapi skg tgk,bkn kata nak dakwah kat owg cina,melayu sendiri pun ramai dah tergadai akidah..umno mmg gagal.

    ReplyDelete
  2. Bhai DK,

    Thanks sebab info nih... gua rasa kiter kena banyak buat dakwah lagi nih... tak cukup lagi nih... kena usaha lebih..

    ReplyDelete
  3. semoga pas, sebagai badan dakwah, boleh pwekasakan usaha dakwahnya...

    amacam bhai c++?

    ReplyDelete
  4. Ini bukan Masjid kedua. Dah ada di Ipoh juga. Sekarang 2023. Dah ada di Melaka, pulau pangkor, terbaru sedang Dibina di Klang. Sila Like page MACMA N9 untuk lebih info dan Support program2 dakwah kami.

    ReplyDelete

Kepada Member : Komen le bagi semangat
Kepada Pembaca : Komen le mana yg patut
Kepada Pencacai : Agak agak le kalo komen
Kepada Kaki Spam : Luorang takyah komen pon takpe ...Kah kah kah

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top