Thursday, March 15, 2012

TAGGED UNDER: ,

Bravo Hakim England - Keadilan Untuk Mohd Asyraf Haziq



London - Dua orang lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara selepas menunjukkan 'lagak baik' namun selepas itu dirakamkan mencuri dari seorang pelajar malaysia yang tercedera semasa rusuhan di London.

John Kafunda, 22, telah berjaya dirakamkan video amatur ketika sedang menggeledah beg Mohd Asyraf Haziq yang ketika itu tercedera setelah diserang dalam pergolakan sekitar Ogos 2011. Turut didakwa dalam jenayah itu ialah seorang pemuda bernama Reece Donovan yang kelihatan dalam video yang sama, sedang mencuri kandungan dari beg mangsa.

Kafunda dijatuhkan hukuman penjara selama 42 bulan atas dakwaan rompakan dan berkelakuan ganas, sementara Donovan pula dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.

Sebelum itu, seorang lagi lelaki, Beau Isagba, 18, telah dibicarakan seminggu lebih awal dan dijatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun selepas didapati bersalah atas dakwaan mendatangkan kecederaan serius kerana menumbuk mangsa hingga menyebabkan rahangnya  patah. - AP

=========

Wa rasa berita ni mungkin bersifat rekaan, khayalan dan mitos semata mata ... 
Wa rasa Associated Press (AP) telah terpengaruh dengan NDI
Hakim tu mungkin dah tersalah fakta ..
Sebab Mohd Asyraf mungkin telah menumbuk diri sendiri ... kah kah kah kah

TAGGED UNDER: ,

Si Menopause VS Katak Gila

Kesian lu .. blom pencen lagi dah nyanyuk .. kah kah kah 

Lain kali, kalo nak jadi katak .. jadi le katak bullfrog .. ada gak personaliti .. atau katak beracun .. takut gak le orang nak sentuh .. ni lu jadi katak mereng .. apa cerita ?? .. kah kah kah 

Itu lah .. dulu sape suh lu langgar pantang ..jangan lompat tepi busut .. kan dah gila isem .. kah kah kah kah 

Weyh .. menda ni bukan wa kata .. sebab wa sebagai manusia yg penuh sopan santun .. takkan gelarkan beliau gitu ... jelasnya dia ni bagi masih ok ... ok untuk didebik .. kah kah kah .. 


Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.

Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.

"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.

"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.

Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.

Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.

"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.

"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya.


=========

uish .. Tanjung Rambutan ?? kat mana tu ?? errr .. dekat dekat ngan negeri Setan .. kah kah kah kah 


Syeikh Kadiaq .. adik lu plak cemana ?? taknak borong sekali ?? selalu meroyan gak wa nengok .. kah kah kah kah

TAGGED UNDER:

Ketepek Atas Dahi Blogger Gerombolan .. kah kah kah


Semalam masa wa buat blogwalking .. gegak gempita alam maya dari puak puak gerombolan mensensasikan cerita kononnya sahih PKR rujuk buku yang  diterbitkan oleh Zionis ... (luorang boleh buat search sendiri blog blog tersebut ngan lebai google sebab wa malas nak link kat blog wa ... semak padang .. kah kah kah).

Mula mula wa terpaku & terkesima sambil gosok dahi wa sampai naik pedih .. lepas tu wa cuba le kengkononnya hari ni nak buat research skit pasal topik tu ... alih alih pecah plak berita dari Merdeka Center .. aih .. komponen BN pon banyak yg guna buku yang sama ?? kah kah kah kah kah ... weyhhh .. luorang nak sorok mana ?? kah kah kah kah 

=============


Merdeka Center: Buku NDI 'bukan bahaya'

SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara  yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

====================

Agak agak le weyh .. 
Ibrahim tu pon dok guna buku yang sama masa bagi ceramah kat BN ... kah kah kah kah 
Itu bukti luorang dan BN sokong zionis - vice versa ka ?? kah kah kah kah
Yang bebetul bahaya bagi wa .. bila BN lantik APCO jadi tukang penasihat 25% .. kah kah kah
Yang bebetul bahaya bagi wa  .. Bila BN buat hubungan dagang ngan diowang .. kah kah kah 
Yang bebetul bahaya bagi wa  .. BN bukan setakat baca .. tapi ikut perangai diowang .. kah kah kah

TAGGED UNDER: , ,

Harap Najib jadi Ketua Pembangkang - Bekas Adun BN

PEKAN, 15 Mac: Program ceramah umum Pakatan Rakyat di Kampung Batu 9, Sungai Miang dekat sini malam tadi tercemar dengan gelagat penyokong UMNO yang sengaja membuat provokasi di kawasan terbabit. 

Tidak cukup dengan mengadakan program "Penerangan & Ramah Mesra Bersama Masyarakat" dijarak begitu hampir (sekitar 100 meter) daripada lokasi ceramah berkenaan, mereka juga turut mengganggu dan mengejek Mohammad Sabu ketika Timbalan Presiden PAS itu menyampaikan ceramahnya semalam.

Ceramah dimulakan oleh Ustaz Abu Kassim Manaf, Yang DiPertua PAS Kawasan Pekan kemudian diikuti oleh Aspan Alias, bekas Blogger UMNO Negeri Sembilan yang kini menyertai DAP. 

Selepas itu barulah mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) menyampaikan ceramahnya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP. 

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya. 

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri. 

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.
Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri. 

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan. 

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.

Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya. 

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah. 

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai. 

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis. 

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah. 

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi. 

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang. 

Katanya, Pakatan Rakyat kini berpeluang cerah untuk menakluki Putrajaya. ..

Sumber : PahangDaily.

====

Wa bangkang sekeras kerasnya kenyataan ni
Luorang boleh tak bersetuju dengan wa .. wa tak peduli
Sebab kalo Najib jadi Ketua Pembangkang 
Rosmah Mansor nak jadi hape plak ?? kah kah kah kah kah

Tuesday, March 13, 2012

TAGGED UNDER:

Sekadar Satu Pengumuman Picisan

Firstly : Guys (member blogger) wa tau le wa dah lama tak aktif .. sampai ati luorang buang backlink blog wa eh ? kecik ati kuman woo .. kah kah kah kah kah .. 

Tapi tarak hal la tu .. patah tumbuh - hilang gi repot polis .. keh keh keh .. bak kata iklan bedak dedolu (brand menda pon wa dah tak ingat) Mulakan hari yang baru ~!! Talkum Safi ke ? adoih lantak ah

2nd : Wa ingat nak bangunkan satu portal yang berbentuk sinopsis untuk blog blog memember .. sebenarnya wa dah mulakan separuh jalan tahun lepas .. tapi terbantut .. sebab wa kena kidnap ngan KGB .. weyh .. betul ni .. kah kah kah .. 

Memandangkan sebilangan dari bloglink yang wa dah masukkan dalam tu dah sisihkan wa .. so wa kena le replace ngan yg baru ye dak ? (ni kira merajuk le konon) .. So , pada sesape yg ada blog yang bajet ensem dan nak exchange link ngan wa .. dipersilakan komen kat bawah ngan address blog sekali .. tu pon kalo sudi laaa .. eicehh ..

Then kalo luorang nak skodeng portal yang dalam pembinaan tu dipersilakan -> Klik Sini <- 

Ok le .. tu je yg wa nak bagitau .. kepala dah miong .. nak chiao ~! Astalabiontos baybeh 

p/s : 25 blog je boleh listing kat situ 
      : Nama, Address, Susunan yang ada kat situ sekadar khayalan yg blom jadi kenyataan

TAGGED UNDER: ,

Yahoo VS Facebook




SAN FRANCISCO: Yahoo! hari ini menfailkan saman di Mahkamah California terhadap Facebook selepas mendakwa gergasi rangkaian sosial terbesar itu mencabuli 10 paten yang dihasilkan perintis Internet berkenaan. 

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

"Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.
“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya. 

Sumber- AFP 


Monday, March 12, 2012

TAGGED UNDER: ,

Hantu Makin Banyak Kat Selangor


DAP Pandamaran, Klang merancang merekrut 1,000 sukarelawan bagi memantau kemungkinan wujudnya pengundi hantu di kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengaktifkan jenteranya hari ini, ADUN kawasan itu Ronnie Liu berkata, hampir separuh daripada pengundi baru didaftarkan oleh individu tidak dikenali di kawasan itu.

"Kami mendaftarkan lebih daripada separuh pengundi baru, tetapi separuh lagi kami tidak tahu siapa yang mendaftarkan mereka. Jadi kami perlu amat berhati-hati (akan kemungkinan wujud pengundi hantu)," katanya.

Salam sidang medianya juga, Liu berkata, selain Pandamaran, dua lagi kawasan pembangkang Hulu Selangor dan Kapar juga menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 19,000 dan 18,000 pengundi baru.

Sumber : Mkini

TAGGED UNDER:

Bung Mokhtar Debik Shahrizat



SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini telah dua kali meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar meletakkan jawatan ekoran  kontroversi projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), hari ini menyifatkan keputusan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sebagai terbaik walaupun sudah "terlambat."

"Saya lihat ini keputusan yang baik walaupun lewat diambil, diumumkan oleh beliau hari ini. Bagi saya, ia sepatutnya sudah lama diputuskan," kata beliau sambil bertanya "mengapa harus mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan ini?"

"Jangan tunggu lama-lama. Buat apa hendak tunggu lama-lama," kata beliau merujuk kepada pengumuman Shahizat akan berundur pada 8 April ini.


Sumber - Sinar Harian 

=========================


Bung .. wa setuju dia dah terlambat
patutnya awal awal dulu dia dah berangkat
tapi selagi boleh kaver .. biasa ah puak lu tutup rapat rapat
bila dah tak leh nak ejas ..so hilang le kata sepakat
kah kah kah kah 

Bung .. wa setuju dia dah terlambat
tapi apa jadi ngan duit yg dirembat ?
hal yg tu pon lu kena gesa untuk siasat
ke nak tunggu kain dia terangkat ?
kah kah kah kah kah

Bung .. wa setuju dia terlambat
tapi isu letak jawatan tak leh dijadikan penamat
RM 250 juta .. perghh .. bukan buat buat
lain le kalo lu pon sama sama sebat ..
kah kah kah kah kah 

Bung .. wa setuju dia terlambat
tapi lu masih tak terlewat untuk dikurniakan zuriat ..
kah kah kah kah kah 

© 2014 Debik Karmic. Designed by Bloggertheme9
Powered by Blogger.
back to top